8.12.11

Behind Every Problem, Experience and Lesson are Hidden.


Salam.


Hai belog! Rasa macam dah lama tinggalkan dunia ni. Maaflah, emosi tak berapa nak stabil sangat kebelakangan ini. Dengan kekangan masa sebagai seorang pelajar tahun akhir yang tak habis2 dimomokkan dengan pelbagai jenis tugasan, test, presentation, mini project, Final Year Project, bla bla bla, nak uruskan diri sendiri lagi yang dah tak berapa nak terurus ni. Dengan macam2 masalah dan dugaan yang datang secara tiba2 yang kadang2 buat aku rasa macam dah give up untuk teruskan perjalanan akademik yang hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum aku dapat terima scroll azimat itu! Ohhhh!!!!! 



Namun.....namun....walaupun kadang2 hati rasa macam dah tak kuat nak hadapi semua ni, tapi dengan adanya sokongan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi daripada keluarga terutamanya abang sulung dan isteri beliau yang paling dekat dengan aku kat sini plus kawan2 yang selalu bertanya aku ok ke tak diiringi kata2 semangat dari mereka supaya aku banyak bersabar, maka aku masih mampu bertahan. Dan yang paling penting haruslah diri kita sendiri. Emosi dan mental yang paling banyak pengaruhi pemikiran dan tindakan kita. Kalau selalu fikir diri kita dah tak mampu nak berdiri, tak mampu nak berdepan hari esok, lemah semangat, putus harapan, so there you go! Sebab tu lah kita selalu kena fikir positif. Jangan sebab masalah yang kita hadapi kita rasa Allah tak adil dengan kita, kita rasa kita malang. 



He gave you tests just because you are the chosen one. He know that you are able to face all those tests and problems. 


Never lose hope in mercy of Allah.;)




“And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As-Sabirun (the patient).”

(Surah Al-Baqarah, 2:155)

....................................................................................................



Nota 1: Dah setel satu presentation, Health Impact Assessment (HIA)! Everything was fine, mood Prof Zailina sangat baik masa hari kami present. Alhamdulillah.... Nanti kalau aku rajin aku update cerita HIA dekat sini. Buat masa ni boleh baca kisah HIA kami dekat belog adik manis kita kat -->> sini :)


Nota 2: Aku rindukan Kuala Terengganu. Like seriously! Rasa macam dah lama sangat tak balik. Mak, tak rindu dekat masakan anak mak ni ke? Wuwuuu... dekat Usop lagi la rinduuu rinduuu rinduuuu! Hari tu tahu tak abang call aku semata-mata nak gelakkan aku sebab nak bagitahu yang Usop selalu kena dera dengan kakak aku. Kakak aku tak suka Usop, dia selalu sepak Usop lepas tu kalau dia tengah menyapu lantai bila Usop lalu kat situ dengan Usop sekali dia sapu. Kamu sangat kejam wahai kakak! Demmm...Usop, sila kuat semangat macam tuanmu ini. Anggapla tu dugaan untukmu. Lagi sebulan Mamay balik ye..nanti Usop boleh tidur atas perut Mamay. Ops, kantoi sudaaa. haha.


Nota 3: Isnin ni cuti. Tapi rasanya weekend ni stay kat bilik je kot. Banyak sangat benda yang perlukan perhatian aku dekat sini. Ohhh that's the "awesome" thing being a final year student. LOL! Tapi kalau macam bosan sangat kat kolej nanti maybe pergi melawat Makcik aku dekat Ampang. Plus dah lama sangat tak balik sana. Nanti boleh jumpa budak comel ni.


Ini Afif Aiman. Ingat tak kat Aiman? Alaaa...yang masa majlis cukur jambul dia hari tu ada kakak aku yang cun melecun yang lain mak lain bapak dengan aku ada datang jugak tu... Kalau tak ingat boleh klik sini. Aiman dah besar... Umur nak masuk 7 bulan. Ni tengah posing dengan jubah yang nenek dia beli kat Mekah baru2 ni. Aiman, kalau takde pape nanti Aunty Mamay balik Ampang ye....nak cium Aiman!!!!! Weeeee~~~
  

Nota 4: Malam ni kena siapkan slides untuk proposal presentation. Esok Dr Din nak tengok.Wuwuuuu.


Nota 5: Jangan rindukan budak Mamay.Hiks!!!!! Ok, babai for now! Take care sayang!!!!!



6 comments:

Hanis Haziqah said...

haha. Chayok May! goodluck in everything you do :)

Mohd Rozaiman said...

...semangat babe...

May Maisarah said...

-->> Hanis:

Thanks,my dear!!!same goes to you! keje elok2 okayyy!!! =))

May Maisarah said...

-->> Mohd Raziman:

Insyaallah semangat...hihi. =))

Rara Nasiha said...

kadang-kadang terlampau mudah kita menyalahkan takdir bila sesuatu terjadikan. :)

May Maisarah said...

-->>Rara Nasiha:

Yup...time tu lah pentingnya iman dalam diri. thanks anyway! =))