28.11.11

Sesuci Embun, Sedingin Angin Pagi







Salam.



Penulis masih lagi dalam mood menguruskan badan. Setiap hari lepas Subuh akan adalah seorang cewek dengan azam yang tinggi berlari-lari anak (jogging) di atas trek di padang Kolej 17. Ye, setiap hari. Dan setiap kali jogging pasti si cewek itu akan menangkap gambar matahari yang sedang menonjolkan diri di kaki langit. Oh...tersangatlah indah.....*senyum*



Ini adalah sebahagian gegambar yang berjaya ditangkap (snap) oleh beliau ketika berlari-lari anak. 


Mari kita hayati keindahan alam ciptaan-Nya bersama-sama.......



Camera: Xperia X8 (3.2 MP)
(Diambil dari padang k17)


Tarikh: 17 November 2011

 Langit Ilahi (6.55 AM)



Miss Sunshine..... (6.56 AM)




Panorama..... (7.12 AM)



Indahhh...... (7.13 AM)




Padang (7.14 AM)




 Heyyyy sunshine! (7.15 AM)



 Helloooooo! (7.16 AM)





18 November 2011

 Dinihari...... (6.54 AM)



 Court tenis (6.48 AM)



 Trek joging dari kiri (6.48 AM)



 Trek joging dari kanan (6.49 AM)



 Blok A (6.49 AM)



 Blok penulis- Blok B (6.50 AM)



Blok B lagi. (6.51 AM)


Nota 1: Setiap kali saya joging mesti banyak siput babi sedang berjalan-jalan kat atas trek joging ni. Saya dah habis satu pusingan trek, siput babi baru je berjalan dalam 3 cm kot. Memang patutlah orang selalu cakap lambat macam siput babi. Ko memang betul-betul lambat la siput oi! Terkedek-kedek. kehkehkeh. Btw, banyak jugak gambar siput babi yang saya sempat snap. Ada satu hari tu siap sempat snap gambar siput babi tengah mengawan (kot). haha. Tak percaya? Tengok kat bawah ni. 








Tak clear? Tengok bawah.

Ahahahaha! P/S: habislah saya...tengok aksi 18 SX. kehkehkeh.



Nota 2: Saya baru sedar hakikat sebuah kenyataan hidup bahawa untuk menaikkan berat badan memang SENANG tapi untuk turunkan atau maintainkan berat badan MEMANG payah. Masa awal semester saya joging 2 bulan hampir setiap pagi dapat turunkan 2 kilo JER then lepas tu ada cuti semester saya berhenti joging dalam 3 minggu kot, tengok2 naik semula 2 kilo yang dah turun tu. *sigh*



Nota 3: Tak sia-sia saya dan abang tak pergi tengok bola kat stadium semalam (kalau tengok kat stadium memeyy frustt giler ar kan!). Ye ar, bukan main team Malaysia dah leading 2-0 last-last boleh pulak Pak Arab berjambang tu score 3 gol dalam masa 6 minit. What The Fish! Diorang main 10 orang je kot. Aduhai.... Dah takde rezeki Malaysia...(fikir positif). Btw, saya dah mula cair bila tengok Shahrul Azwari. kehkehkeh. *over!*



Nota 4: Kekecewaan saya sedikit terubat bila balik bilik semalam Paah ada bawak durian dan rambutan manyakkkk oo.... Berpesta durian la kami semalam. Awesome yaww!



Nota 5: Harini birthday roomate saya. So, happy birthdayyyyy, Izyan! Nanti kita celebrate sesama ye. :)



Nota 6: Mood saya agak bercelaru hari ini. Saya pun tak tahu apa masalah saya sebenarnya ni. T__T


Ok, malam ni saya kena habiskan nota Parasitology ni. Jumaat ni ada test. Denggg! Saya tak pernah jatuh hati dengan test! *tongue out*


Have a great day, people! Thanks for your time here. 


24.11.11

Don't Be Sad. Allah Is With Us.


Salam


Aku stress. Kerja banyak yang amat. Tak tahu nak mula yang mana dulu. Dari semalam lagi macam ni. Last2 decide pergi rapat2 dengan katil, usap2 katak gemok and then...zzzz...selamat.... Macam ni lah aku kalau serabut kerja banyak sangat. Bukannya cuba nak siapkan one by one. Lagi banyak tidur! Lepas tu bila bangun tidur mulalah nak menyesal dengan diri sendiri sebab tidur, barulah reti tahu nak hargai masa. Nonsense may! Pi la tidur lagi lepas ni, tak payah bangun terus. Ouhh over la pulak. Ok, cukup mukadimah untuk hari ni. Takmo cerita pasal stress, pasal mood swing, pasal kerja bertimbun, pasal presentation, pasal test..ouchhhh!  Lagi menambah tekanan ada ar! Dush22!!! 




Hilang stress bila tengok makhluk Allah yang super duper comel ini. Ouhhhh bakal suami, nak anak macam ni jugak boleh takkk????!! *melting*



Sebenarnya aku muncul dekat sini bukannya apa, sekadar nak lepaskan perasaan serabut aku ni. Nak mengadu dekat suami, suami tak ada lagi. Dekat yang di atas sana dah mengadu dah...cuma sesaja nak manja2 dengan belog ni nak luah perasaan sikit. Auuwww gediknya beliau! Memang sekarang ni banyak sangat yang menuntut perhatian aku, tak tahu nak pi peluk siapa dulu. Presentation, buletin report, test, assignments dan macam2 lagi. Erm...kalau i peluk u boleh tak?? Ngaaaaaa.....*kidding*



Walaupun sekarang aku dah mula rasa down, tapi aku seharusnya ingat bahawa




Disebabkan inilah aku perlu


Kalau kau rasa kau tu susah, ingat, ramai lagi yang lebih susah dari kau. Lagi satu aku ni baru tahap buat degree, yang kat luar sana tu lagi ramai haa yang tengah buat master, Phd, ok je dioarang tu... so tak payahlah nak stress2 sangat duk fikirkan beban tugasan yang memanggil tu. Belajar kat atas dunia ni mana ada senang, sekelip mata je kau boleh berjaya? No! Sebelum berjaya kenalah rasa susah dulu. Kenalah harungi ranjau, onak dan duri. Nanti bila dah berjaya barulah best sikit nak cerita dekat anak2 yang mama dia ni bukan main tak tidur malam duk study, duk pulun siapkan assignment semata2 nak berjaya, semata2 nak dapat papa yang hensem dan banyak duit. Ehh?? Alamak, terover pulak! 



Maka dengan itu marilah kita sama-sama




Kerana cabaran dan dugaan yang kita hadapi sekarang sebenarnya menguatkan kita. 



The most important thing is you have to




Ya Allah, forgive me. Sometimes I'm too quick to judge, too harsh, too ignorant, too unkind, too rash, too obnoxious, too selfish, too idiotic...



"Don't be sad. Allah is with us [9:40]"



Once you can control your mind, then everything will be okay. So, when you feel stress and tense, just ask your brain and your mind to get rid off that feeling and try to act as you are the most happiest person in the world! Think positive!




“Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan. 

Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. 

Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?”




Nota 1: I will be away for these few days or maybe a week. Wanna spent my weekend with my brother and sister in law. Will go back to Rawang after class tomorrow. Yeyyy!!!! 

p/s: walaupon tak update belog, tapi aku aktif je kat twitter tuh. (rujuk di sidebar)


Nota 2: Niat di hati nak buat puding oreo untuk budak2 ni. Kesian sangat haritu diorang dapat rasa sepotong kecik je sorang. Tak sampai hati pulak bila diorang asyik tanya je bila aku nak buat lagi puding tu. Insyaallah sayangsss semua. Isnin ni i bawak okay..:)


Nota 3: Minggu depan ada test Parasitology. Isnin depan tu supervisor yang baik hati nak buat ujian SPSS untuk anak2 bawah dia. Aduhaiii..aku lemah betul bab2 SPSS ni. *nangesss*





Smile...it irritates those who wish to destroy you. :)


Naaaahh..jangan rindu dekat budak Mamay ni tauuu..
(best pulak bila ada orang panggil mamay. haha. takpe, jangan risau, mamay ni tak rampas suami orang.lol!)



Jage diri. jangan stress22 nanti cepat tuaaa!!!
Doakan agar budak Mamay ni kuat! Owyeahhh!!!!

Bai semua!

love,
-budak mamay-


20.11.11

Update of Cheese Puding With Oreo






Salam


Aku sangat sangat sangat SANGAT tak sangka bahawa resipi puding oreo yang pertama kali aku buat dan aku update dekat belog aku ni rupa-rupanya mengandung mengundang seribu satu kesukaan dan kecintaan terhadap mereka yang melihat puding oreo ini. Ohh terharu betul I tahu. 


Masa first time buat hari tu (cuti semester) selepas dicuba oleh mak, ayah, abang dan adik serta seorang jejaka jambu yang suka tengok cerita Korea (hewhewhew) respond yang diterima sudah cukup membuat hati kecik aku berbunga-bunga cinta keriangan. So, selepas percubaan pertama aku boleh dikatakan berjaya, lepas tu terus sikit2 nak buat puding oreo, sikit2 nak buat puding oreo. Asal ke dapur je nak buat puding oreo, asal ke dapur je nak buat puding oreo, asal nak buat puding oreo je aku ke dapur. Ok2... Cukup la May, tak kelakar pon. T__T


Anyway, tujuan aku update pasal ni sebab ada yang tak berapa faham atau konfius sikit pasal nak buat puding ni. Ada lah beberapa sooalan yang aku dapat daripada member2 aku yang teringin nak buat tapi still tak berapa clear tentang steps and ingredients yang aku guna. Bagi yang dah cuba buat tu, well done, baby! 


So, disebabkan aku baik hati plus aku tengah rajin ni, meh aku list out kan antara soalan yang diajukan kepada aku. Aku bagi jawapan terus, senang tak payah nak google2 lagi dah lepas ni. *smileeeeee*


1. May, biskut cheese tu biskut camne? Aku tak pernah tahu pon pasal biskut neh. 

Ok sayang..let me tell you the truth..biskut cheese ni adalah biskut keju. Like...seriously May? Naaaa...jawapan tu tak membantu pon kan, yang hang duk translate je semua orang tahu la woi. Ok2...rileks laaa...cool bebeh cool.... sebenarnya biskut cheese ni dia macam biskut meri alaa biskut meri yang kita selalu makan mase kecik2 dulu cicah dengan air teh panas yang bulat2 cecomel tu...cuma beza die, biskut cheese kecik sikit and masin sikit. Sikit je. Dapat tak? Apa bengap sangatla ini budakk...fine2...meh aku tunjuk ye..alaaa tomey tomeyyy......


Untuk hasil yang terbaik selepas aku buat ujikaji sendiri guna pelbagai jenis biskut keju yang terhangat terdapat di pasaran, aku dapati bahawa biskut keju jenama Julies bisa menghasilkan sebuah puding keju oreo yang memilik tekstur, rasa, warna, bentuk dan ghupe yang memang awesome!

Inilah biskut cheese cap julies yang aku maksudkan. so lepas ni beli biskut ni okayyyy cayang2 mucuk2 sekalian....



Next!


2. Kenapa masa aku campurkan adunan yang diblend ke dalam agar2 ia jadi macam berketul2 ni May?

Ouh...bisa diatur ya ibuk! Jangan dikhuatirin ya kerna itu masalah gak gedek ya..solusinya mudahhh bangat...lu harus pastiin (pastikan) fine berbelit aku cakap indon. ehem2 tukar suara jadi orang Ki El. Macam ni haa...lepas masukkan bahan2 yang dah diblend ke dalam agar2 yang tengah mendidih tu kau kena make sure kau terus kacau kacau dan kacau non-stop hingga masak (mendidih). Note that masa awal2 memang adunan tu nampak macam agak berketul2 dan keras but once they all got sebati together (with your non-stop kacau) then later it will be smooth. Jangan risau ye. Paling penting kacau jeeee......! Kacau dengan tangan tau, bukan dengan perut. :p



3. Masa nak letak biskut oreo layer by layer dengan adunan yang dah masak tu, biskut oreo tak tenggelam ke May?

Haaa..yang ni masa first time nak buat aku ada jugak terfikir macam tu. Aku fikir bila letak selapis adunan puding lepas tu bila taruk biskut oreo kat atas adunan tu nanti mesti biskut oreo tenggelam kat dalam adunan tersebut. Ouhh...nampaknya anda memang normal kalau berfikiran seperti itu. Tetapi....tetapi hakikatnya sebenarnya tak! Bukan anda tak normal, tapi biskut oreo tu. Sebenarnya biskut oreo tu tak akan tenggelam pon. Reason dia senang je. Adunan yang dah dimasak tadi sebenarnya bukan cayaq macam ayaq (translate: cair macam air). Nehi...nehi babooji....adunan tu agak pekat so don't worry my dear. You oreos won't be sink into the adunan! Amek kau dah keluar dah bahasa penjajah. HAHA. 


Ini yang aku maksudkan sebentar tadi. Tengok, mana ade biskut oreo tenggelam..sehat walafiat je oreo2 aku tersusun kat atas adunan tu haaa...so, lepas tu bolehlah teruskan melayerkan puding ini dengan adunan dan biskut oreo sampai biskut oreo dah tak ada lagi. 



4. Biskut oreo tu kena buangkan cream dulu eh???

Jawapannya is....YES!!! You have to kick it off! hehe. kalau tak buang krim nanti jadi 2 keping la pulak kan sekali letak biskut oreo. nanti kang ada yang tercekik. So, memang kena buang krim dari biskut oreo dan pisahkannya jadi sekeping2. Okayyy...lagi satu kan, hari tu masa dah siap puding aku buat (dah lupa puding yang keberapa aku buat) tahu tak puding tu ada rasa blueberry. Korang tahu tak kenapa? Sebab aku terguna biskut oreo yang krim berperisa blueberry. Tengok, even aku dah buang krim tu still boleh rasa blueberry. Nasib baik aku beli yang blueberry, kalau beli perasa halia? Tak ke naye puding oreo ala2 halia. K fine, aku tahu takde pon oreo kat pasaran berperisa halia. Moral kat sini korang just beli oreo yang original je okaaayyy...


-Beli oreo yang ni tau..original flavor.-


Jangan beli yang ni. Ni oreo blueberry yang aku bagitahu tadi. Oreo Blueberry Ice-cream.



Haaaa...tulah antara soalan yang member2 aku tanya. Banyak kan. HAHA. Banyak la sangatt! Yang lain yang tak tanya tu maksudnya dah clear la steps yang aku tunjuk dalam entry lepas. So, lepas ni belehlaaa cuba okayyyy!


Anyway, ingat lagi tak kat dalam entry ni aku cakap aku ada plan baekkk punyer nak buat dengan Lily? Sebenarnya we als buat puding ni la malam tuh! HEHE. Aku kena buli dengan Lily. Kena paksa buat puding. No la..aku yang baek hati nak buat puding ni untuk dia. Boleh nampak tak kebaikan yang ada dalam diri aku? Boleh kan..hakhakhakhak.


Bahan2 mentah yang disponsor oleh Lily. Ingat lagi tak bahan2 mentah yang kita perlukan????




Ni antara puding2 yang pernah aku hasilkan. :)
For the first time. nampak tak ketidaksmooth-an bahagian atas puding tu? dah kate first time buat, tak perfect lagi. gelojoh sangat masa tu, puding tak keras lagi aku dah terbalikkan. T__T



Haaaa...tengok yang ni..for the n-th times. dah banyak kali sangat aku buat tak ingat dahhh....cuba tengok surface dia tu..smooth kannnn??? :) Practice make perfect...gituuuu....



and this one yang paling latest. masa buat dengan cik Lily kita.




Ok anak2..jangan terkejut.... Ni bukan puding tapi ni salah seorang hamba Allah yang sangat mengidam nak makan puding ni lepas aku upload gambar puding dekat Facebook. Semangat pi tuntut puding dekat rumah Lily. Nasib baik ada lagi disimpan untuk beliau. Hai abang Syawal! Nampak puding tu..ada lagi sikit. Sila lihat respond beliau di bawah:




HAHA...Syawal2.....nasib baik dapat rasa puding tu..kalau tak habislah kempunan kang tak pasal2 pergi masuk dalam batu belah batu bertangkup. haha.overr! Hari tu masa lepas cuti raya haji aku ada jugak bawak puding ni bagi budak2 course aku rasa. Tapi sikit je la each of them dapat makan sebab aku tak bawak semua. Niat asal nak buat makan kat rumah je then mak aku duk paksa2 suruh aku bawak puding sekali pi kolej. So, dapat la jugak budak2 ni rasa even sikit sangat siap ada yang kecewa sebab tak puas makan lagi. Nampak tak? nampak tak? nampak kan....lol!



So...siapa2 yang nak cuba buat bagi orang2 kesayangan makan bolehlah ye...full recipe of cheese puding with oreo is:


HERE!!! (klik)


Dah siap buat tu hantar la sikit kat bilik B.G.5.2 okayyy!!!

meh nak cium sikit....muahhhhhhxxxx!!!!
suke eh cium2 ni...gatai...!
haha!


esok isnin kan? isnin kena pergi class kan? T__T

CEPAT LA ABES BELAJAU...NAK KAHWINNNN!!!!


Kbai!


16.11.11

Aku, Cita-cita dan Perjalanan Hidup


Salam.

Dulu masa sekolah rendah bila cikgu tanya besar nanti nak jadi apa dengan pantas, cepat dan bersemangat aku cakap:


"Cikgu, saya nak jadi doktor!!!!"


Beberapa tahun kemudian bila dah masuk ke sekolah menegah masih ada lagi cikgu yang bertanya nanti besar nak jadi apa. Eh cikgu, dah tak ada soalan lain yang lagi best ke nak tanya? (monolog dalaman)



Masa tu cita-cita daripada nak jadi doktor dah bertukar kepada nak jadi cikgu. Salah satu sebabnya adalah terlalu obses sangat dengan cikgu2 dekat sekeliling yang selalu dapat banyak hadiah yang best2 daripada anak murid kalau tiba Hari Guru. Tapi kalau cikgu tanya kenapa nak jadi cikgu aku jawab lah sebab nak mendidik anak2 bangsa demi agama dan negara. Ayat bukan main nak drama kan. HAHA





Bila dah makin menginjak usia, perasaan nak jadi cikgu tu semakin berkobar-kobar. Bila dah dapat result SPM terus apply maktab sama2 dengan kawan baik aku, Puan Etiey.


"Harap maaf, dukacita dimaklumkan permohonan anda tidak berjaya. Terima kasih."


Perasaan masa tu tak payah cakapla, kecewa melangit. Tiba2 rasa macam dunia dah gelap-gelita sebab dah confident giler kalau tak dapat masuk maktab confirm nanti tak dapat jadi cikgu. Sempit betul pemikiran aku masa tu. Etiey pon tak dapat jugak. Tiba2 ada sinar baru bila aku diterima masuk Universiti Malaya (UM) untuk program asasi. So, terus lupakan pasal maktab, walaupon masa tu Etiey beriya2 suruh aku buat rayuan dulu untuk maktab dan pada masa yang sama Etiey pon dapat jugak tawaran ke Asasi UM.



Masa tu dah boleh terima kenyataan tak dapat sambung belajar dekat maktab, plus Etiey pon dah ambil keputusan nak sama2 dengan aku masuk UM. Namun, kuasa Allah melebihi segalanya. 2 3 hari sebelum nak mendaftar di UM Etiey dapat tahu rayuan maktab dia diterima. Masa tu aku rasa dunia kembali gelap-gelita. Perasaan menyesal sebab tak buat rayuan maktab seakan2 menyesakkan dada aku. Etiey nekad masuk maktab dan aku pulak "terpaksa" gagahkan diri masuk UM. No more maktab, no more together with Etiey.


*seminggu dekat UM, minggu orientasi*


Apa yang boleh aku cakap, masa tu aku sangat stress. Aku langsung tak boleh nak adapt dengan suasana dekat situ. Totally UM is not for me. Tahu2 la kan macam mana keadaan kalau minggu orientasi. Setiap hari call rumah cakap dengan mak nangis2 mintak ayah datang ambik, sebab nak balik rumah tak mahu stay dekat UM lagi dah, siap decide dah nak sambung Form 6 je kat kampung! Giler tak matang aku time tu kan? HAHA. Cuma satu je kenangan yang UM bagi dekat aku sampai hari ni aku takkan lupa iaitu Nurzahirah Zahaludin (Zeyra). The only best friend I found when I was there and guess what a friendship that tied in just one week is still grows until today! (I love you, babe!)



*cuci mata jap*



Sambung.


Nak dijadikan cerita, 2 hari terakhir orientasi aku dapat panggilan dari rumah. Dan panggilan tersebut betul2 bermakna dan merubah hidup aku (haaa gituu). Masa tu aku cakap dengan kakak aku. Dia bagitahu yang aku dapat tawaran ke matrikulasi (KMNS). I was like err...betul ke ni? Ya Allah..tuhan dah makbulkan doa aku. Kakak aku tak abes lagi cakap, aku terus sambung " Nakkkkk!!!!!! Suruh ayah datang ambikkkk kat sini. Takmo stay UM lagii dahhhhhh!!!!"



Esok tu ayah dengan mak datang jemput aku balik. Ahhh suke gilerrrr bila dapat peluk mak lagi. Padahal baru seminggu berpisah. Once again, giler childish aku mase tu kan. HAHA. Cuma aku sedih sebab kena tinggalkan Zeyra. Sorry babe, its all about my future, my dreams and my life. Ayat nak drama je kan. HAHA.



Kalau aku tak silap hari Jumaat aku keluar dari UM and hari Isnin aku dah kena mendaftar di KMNS. Masa sangat suntuk. Bayangkan baju yang aku pack masa nak masuk UM tu still tak dikeluarkan dari beg pakaian aku dan beg tu jugaklah aku bawak pi KMNS. Dah macam pelarian pon ada aku masa tu. Ke hulu ke hilir dengan beg besaq aku tu. Lagi kesian adalah dekat ayah aku. Bayangkan dia baru je hantar abang aku masuk UUM, Sintok dan lepas tu datang ambil aku kat Kelantan lepas tu nak kena hantar aku lagi sekali ke Negeri Sembilan! Aku tahu ayah penat sangat masa tu tapi dia tak tunjukla dekat aku. Anak punya pasal kan, kena berkorban. Terima kasih ayah!!!!



Nak dipendekkan cerita dan berbalik kepada kisah cita2 aku tadi, sepanjang aku dekat matriks aku masih tegar dengan perasaan untuk bergelar seorang pendidik. Sehinggalah masa nak isi permohonan ke universiti (UPU), 2  subjek teratas yang aku pilih adalah Pendidikan Kimia dekat UKM dan UM. Oh ya masa dekat matriks aku sangat pelik dengan diri aku sendiri macam mana aku boleh score subjek Kimia dengan flying colors lagi padahal masa SPM dulu Kimia aku teruk la jugak. Mungkin salah satu sebabnya adalah lecturer yang mengajar Kimia aku kot. She's the best lecturer yang aku pernah jumpa, serioulsy! Nama beliau Miss Tee. Ouhh...tetiba rindu dekat beliau.



Dan...akhirnya impian aku untuk jadi pendidik hampir (hampir je okay) berjaya bila aku dapat menduduki Medsi Test. Senarai nama yang dapat menduduki ujian medsi ni adalah diambil daripada kursus yang kita dah daftar masa isi UPU tu. Aku dah lupa medsi is stand for what tapi yang aku paham ujian tersebut adalah ujian saringan pertama untuk melayakkan seseorang menjadi guru yang mana kalau kita lulus ujian tu peluang untuk dipanggil temuduga (untuk sambung kursus pendidikan) tu adalah cerah. And yes, I make it! Aku lulus ujian tu dan aku dipanggil untuk temuduga bagi kursus pendidikan kimia di UKM.



TAPI.....yang tak best adalah aku dapat tahu aku kena pergi temuduga malam sebelum aku ditemuduga! Last minute okayy! Bayangkan! Budak innocent macam aku ni yang tak pernah ada pengalaman pergi temuduga dapat berita dia kena pergi temuduga 8 jam sebelum ditemuduga. Memang tak terduga lah kan! Aduhai....aku pasrah je..memang tak sempat nak buat preparation langsung untuk temuduga tu. Tidur malam tu pon tak lena asyik terfikir soalan apa yang akan ditanya nanti.



Pagi tu dengan penuh cool (cool la sangat!) aku ditemani ayah pergi temuduga. Aku bawak semangat yang aku ambil daripada mak aku, mintak restu beliau. Serius, aku nervous sangat2 okayyy! Aku taknak cerita panjang2, taknak suspen2..temuduga tu bagi aku bukanlah sesuatu yang menakutkan pon sebenarnya. It's just about how you act and be confident in front of people who you don't know in which at the same time you hope something good from them. Cakap bukan main lagi aku ni kan, padahal...padahal....padahal aku tak lulus pon temuduga tu!!!!! Wuwuuuuuu...sedih oh.....hancur berkecai harapan aku masa tu.




Aku tak dapat pon sambung kursus pendidikan Kimia tu dekat UKM. Sedih ohh.....course yang aku belajar sekarang adalah kursus ketiga yang aku pilih masa daftar UPU selepas 2 kursus pendidikan tadi tu. Kiranya kalau aku tak mintak kursus pendidikan tu, kursus yang aku belajar sekarang adalah kursus pertama pilihan aku lah kan. Paham tak?  Kursus ni pon aku apply lepas dapat advice daripada cousin aku di mana dia cakap kursus aku ni memang peluang kerja cerah. Yeahh....memang diakuilah..setakat ni senior2 aku takde lagi lah yang menganggur.  Kursus apa? Fine, tak tahu eh... aku sekarang adalah pelajar Bachelor Kesihatan Persekitaran dan Perkerjaan, UPM. In short, KPP. Bagi yang kerja dekat bidang industri memang tahulah kepentingan kursus yang aku belajar sekarang. Dan paling penting sekali belajar kursus ni memang dapat buat duit la in future. Seriously.



Masa awal2 dulu aku still macam tak percaya yang aku akan belajar semua ni sebab kursus ni memang dah menyimpang jauh dengan bidang pendidikan. Macam susah jugak nak terima yang impian aku untuk bergelar pendidik mungkin dah tak tercapai. Tapi bila aku fikir2 balik tak perlu lah aku nak meyesal ke apa, sebab aku kena yakin dengan segala yang Allah dah tetapkan untuk aku. Kita manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala- Nya. Seseungguhnya Dia adalah perancang yang terbaik.



*aku pernah cerita pasal cita2 aku yang tak kesampaian dan pasal course aku dekat sini*


Ramai je yang sekarang kerja jauh menyimpang dengan bidang yang mereka belajar masa dekat U dulu. Pernah kan dengar ada orang dulu belajar enginering tapi sekarang jadi taukey restoran besar. Ada je yang dulu belajar akaun tapi sekarang kerja jadi consultant. Ada yang belajar Usuludin dekat Mesir tapi sekarang jadi wartawan penyiaran TV3 (waris emak aku). Dan tak mustahil jugak kan kalau suatu hari nanti aku akan jadi cikgu. Daannn lagilah tak MUSTAHIL kalau aku dapat suami yang jadi cikgu (yelah kan, tak dapat jadi cikgu, kahwin dengan cikgu pon kira okayyylahhh. oh hai bakal suami! *kenyit mata*).

WHO KNOWS? :)




Oh ya...bagi anda yang tengah down sebab rasa macam diri tu bodoh dan tak pandai macam orang lain just ingat bahawa kalau anda gagal hari ini tak bermakna anda akan gagal selamanya. Dan kalau anda berjaya hari ini belum tentu anda akan terus berjaya selamanya. Ada yang gagal dalam SPM tapi still masih berjaya in future, ada yang excellent giler masa dekat U tapi end up hidup dalam pusat serenti. See the differences, right? And you are the only one who can make a different (for your life)!



Dan yang paling penting sekarang:




Follow the flow. For the time being, I'll focus on my degree. Soal hati dan perasaan tu aku letak kat tepi dulu. Lagipon, tinggal sikit lagi aku dan kawan2 KPP nak sampai ke garisan penamat. And then we will graduate! Ouhh..can't waitttt for it! Nak kerja, nak bagi mak ayah rasa duit aku sendiri. Mereka dah banyak sangat berkorban untuk aku ni. I love you mom, dad! *senyum*






Semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Amin.....


Bagaimana dengan cita-cita dan impian hidup anda? Dah dapat apa anda yang diimpikan???


11.11.11

Aidiladha 2011 | BBQ With Loves


Salam.



Kiri ke kanan: Rumput Puan Emak, Kakak Ipar, Adik Bongsu, Abang Sulung, Abang Nombor Dua, Encik Ayah, Adik Perempuan Bongsu (HAI AWEK!), Pagar Rumah.
Belakang: Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

(p/s: gambar tu masa sebelum berangkat ke rumah Mokde)


Kita tutup kisah duka semalam. Mari buka kisah gembira agar hati kita sentiasa muda. Ecehh... Sila tengok gambar di atas tu. Sebagai gambar pembukaan haruslah letak gambar yang bisa meruntun hati manusia (ditujukan khas kepada kakak yang guwa sayangi) yang tak ade jersey meletups macam kami. HAUHAUHAU. *gelak syaitonnirrojim*.....



Gambar ni berjaya diambil oleh camera kami setelah disetkan timer selama 10 saat apabila si kakak guwa merajuk takmo tolong ambilkan gambar kami berenam kerana beliau tak dibenarkan bergambar bersama kerana beliau tak ada jersey meletops macam kami so beliau buat bodoh je masa kami mintak beliau ambilkan gambar kami, ok boleh tarik nafas sekarang. Cuba lihat Encik Ayah guwa tu. Gaya macam tengah sembahyang Zohor di rakaat pertama (eh, rakat kedua, ketiga dan keempat pon macam ni jugak kan?). Ah suka hati guwa la nak cakap rakaat ketujuh pon! Disebabkan we all hanya ada masa 10 saat untuk get ready, itulah akibatnya. Ayah guwa tak sempat nak buat gaya macam anak2 dia yang lain, gaya tu je yang terlintas dalam kepala beliau agaknya waktu tu. Takpe Yah (merujuk kepada Encik Ayah, bukan Cik Kiah)...GOOD JOB, bapak!



Anyway, cuti Raya Haji baru2 ni we all seluruh keluarga Pak Long & Co. berkumpul ramai2 di rumah Mokde (mak saudara guwa, bukan jiran kawan guwa. take note). Ada program baekkk punyer! We all buat BBQ di mana BBQ ini ditaja sepenuhnya oleh Cik Sepupu guwa yang kaya raya sekarang ni sebab dapat posting kat Saghawak (pronouce macam Lisa Sughihani) di mana beliau diberi elaun yang melimpah-ruah, walaupon kerja bukan sebagai doktor (beliau pegawai pemakanan) tapi gaji bersih dah hampir menyamai gaji doktor yang berkhidmat di semenanjung. Perghhhh! Guwa pon sanggup kalau dihantar kerja kat Sabah Saghawak kalau macam tu (dengan syarat mak bapak guwa ikut guwa sekali. hikhik)




Ok, sambung cerita BBQ kami. 



Program ni berjaya mengumpul 6 keluarga kesemuanya. Ouhhhh sebelum tu meh nak cerita sikit pasal keluarga Pak Long & Co. ni. Sebenarnya nama Pak Long merujuk kepada nama arwah datuk aku (ayah kepada emak aku yang merupakan isteri kepada ayah aku). Adik-beradik mak semuanya 9 orang, 7 perempuan, 2 lelaki dan mak guwa anak yang ke-4. Mengikut susunan daripada anak pertama hingga kesembilan, ini lah senarai pakciks dan makciks aku serta tempat tinggal sekali aku bagitahu.

  1. Mok Besar & arwah Bak (Kuantan) 
  2. Mok We & arwah Ayoh We (Kuantan) *****
  3. Pok Man & Ceq De (Muadzam, Pahang)
  4. Mok Ngoh & Ayoh Ngoh (mak& bapak guwa la tu) (Texas, Amerika Syarikat) *****
  5. Pok Ali & Mak Cik Tini (Kuantan) ***** 
  6. Mok Cik & Ayoh Cik (Kuala Lumpur)
  7. Mok Teh & Ayoh Teh (Dungun, Terengganu) *****
  8. Mok De & Ayoh De (Dungun, Terengganu) *****
  9. Cu** aka Mok Su & Ayoh Su (Kuantan)  *****


***** mereka yang terlibat dalam BBQ

** sepupu yang lahir sebelum abang guwa panggil mak sedara guwa yang last tu Mok Su tapi sejak kelahiran abang guwa dan sepupu2 selepas beliau semua panggil Mok Su sebagai Cu. Reason dia senang je. Masa abang guwa kecik2 dulu dia ni pelat bebenor cakap. Tak boleh nak pronounce "S", so Mok Su dah bertukar jadi Cu. Aduhai....tapi panggil Cu macam lagi best je...lagi manje gituuuuu! Hai Cu! Oh ya, jangan risau, sekarang abang guwa dah tak pelat macam dulu2 dah sebab dia pon dah tua bangka sekarang. Hai Abang! Jom beli Tutti Fruitti!



Haahh..tu baru pakciks dan makciks guwa. Tak cerita lagi pasal sepupu sepapat guwa yang berderat2 tu haa....kalau nak ikutkan Pak Long ni ada lebih kurang 50 orang cucu. Tu tak termasuk lagi cucu2 yang dah berkahwin dan beranak pinak. Adui..tak larat guwa nak kira. Guwa rasa kalau we all berkumpul seluruh anak cucu menantu cicit cuit semua ada la dalam 200 orang kot. Atau lebih? Ntah..guwa pon tak pasti.. lepas guwa grad masa duk tengah mencari kerja kosong nanti guwa kira semua we all ada berapa orang. Okayy? HEHE.



Lepas tu tahun ni pulak ada 3 orang sepupu guwa yang menamatkan zaman bujang (hai Abangmir, hai Abangju, hai Abang Asrul). 2 orang lagi dapat baby (hai mak ayah Aiman dan Hazim), seorang dah bertunang (Hai Kakda), lagi seorang bakal bertunang hujung tahun ni (hai Along) dan seterusnya tahun depan kahwin (hai MAY!). HAAA...KAU ADA???






Ehhhh....mana cerita BBQ? Alamak, guwa dah lari tajuk dah ni....tajuk entry pasal BBQ tapi isi dalam pasal sejarah keluarga Pak Long la pulak...alahai....maaflah la yer...penulis dah tua, asyik melalut je semenjak patlimabelas menjak ni... T__T



Disebabkan guwa merasakan entry ini sudah panjang jika dimasukkan kisah BBQ di sini maka bertambah panjang la entry ini seterusnya bertambah bosanlah anda yang membaca maka dengan itu kisah BBQ guwa cerita di kemudian hari la ye...Guwa pon dah letih duk melalut sorang2 dekat sini. Mintak maaf jugak pada yang eksaited nak tengok gambar ayam kena bakaq tapi tak kesampaian nak tengok sekarang. Bila guwa rajin, bila guwa rindu dekat kaum keluarga Pak Long nanti guwa sambung cerita BBQ ni ye....



Bai! Guwa nak tiduq sat. Japgi guwa nak pi menuntu ilmu. Kelas petang2 hari ni tahu2 je la macam mana tahap bowrinkkkk tuewwwww! (damn! guwa tertaip perkataan paling gedik abad ini, maafin aku yer)







4.11.11

What We Do On Facebook


2005: Facebook? What is that, huhh??


2011: What? You don't have a Facebook account??? 



What do we do on Facebook???

This is the answer! HAHA!


Damn true! HAHA

3.11.11

She Was Taken (Part 3) | Renjis2 Dipilis..Ewaahhhhhhh!!

Salam



Here goes the last part of their love story.



After the solemnization. We went back to Etiey's home for the reception. 
Left to right: Cik Lily, Cik Nabilah, Cik May (heyy eyes, what happened to you, huhh??), Cik Hidayah, Cik Tirah, Cik Hasnizam. :)
Wait2..where's Cik Fieza? Ok..she's the one who captured this photo. hihi. 



In the brides' room. We have entered the room before the groom step in. Sorry Ehya, we had already "rasmikan" your first night bed. HAHA. This time we were waiting for Etiey to get ready with her reception's outfits.



From a wife to a husband. Pink in color. Nice.



One more. :)



The cake. Ouh..i love it. Etiey have sent some pieces of the cake to my house after her wedding day. She brought her husband together to my house. 
(sort of sesi "bersuai-kenal" plus datang beraya sekali. tak sempat nak warning putus kawan kalo tak bawak ehya datang rumah, anda memang cepat dan tangkas puan etiey! hihi )



There you go! The princess is ready! Weehooooo~~~
What a beautiful outfit, (not just outfit, but you too) my dear! Simple but yet gorgeous!



While waiting for the groom to arrive. Girls time! Cik Fieza is here now. HEHE.



Etiey was looking at her husband who just arrived that time. ^^
"May ni sibuk je nak amek gambor lagi..aku dok sabar doh nok pi cium tangan cik abe aku ni."
 (deep inside Etiey's heart. hihi)



Yela2...pi la..pi la dekat abang Ehya tu....(deep inside May's small heart)

Naaaa...a "halal" touch after being declared as husband and wife.



They were sweet together. By the way there's not much photos taken from my camera during that time. Too much people in the house plus they already have their official photographer so I don't mind lah!



All of us. We met Cik Wan Najmiah (the left one) and Cik Fathiah too ( besides Cik Najmiah)



I've  posted this photo on my Facebook's wall and tag all the main casts there. LOL.



*keep on smiled*



We loves you, Etiey!



(this photo was taken from Etiey's tumblr. hihi)



"And one of His signs is that He created mates for you from yourselves that you may find rest in them, and He put between you love and compassion; most surely there are signs in this for a people who reflect."



"The love between man and woman (husband and wife) is the grace of Allah. This forms the fundamental base of alliance between couples of the same species. Love and compassion provides the cohesive force of this union. "



The Holy Prophet [s] said: "The doors of Heaven to mercy will be opened in four situations: when it rains, when a child looks kindly at his parent's face, when the door of the Ka'bah is opened, and when marriage (occurs)."



Have a bless marriage, my dear Etiey Izzati. I love youuu much much muchhhhh!!!!!!