18.3.14

Biasa-biasa Sahaja


Hai. Assalamualaikum. 


Lama tak menyembang dekat sini. Aku akui sebenarnya sekarang ni susah bebenor nak istiqamah dalam menulis blog. Sungguhla susah. Nak kata terlalu sibuk dengan kerja-kerja pejabat sampai takde masa nak update blog, tak pon... bahkan setiap malam aku rileks je layan cerita Korea dalam kurungan Heartstring untuk kesekian kalinya. =.='


Hidup seorang aku kebelakangan ini biasa-biasa sahaja.... alhamdulillah.. masih sama macam dulu, tak kaya dan tak miskin. Cukup apa adanya. Gituuuu. Lain macam sangat ayat aku nih. Hoho. Aku rasa aku masih berhutang story aku pergi offshore. Haritu bukan main eksaited kata nak update entry pasal tuh... asyik tangguh je lelame lupa terus.. Aku pon dah lupa macam mane rupa kehidupan kerja dekat sana. @__@


Nanti la bila adaa mood tu mai aku update kat sini. La ni aku duk pulun siapkan report CHRA kat platform haritu laaa... dah few weeks duk hadap menatang tu takle siap-siap lagi. Haih. Macam mana nak siap kalau kerja asyik outstation je... Huhu. Start esok (19hb) sampai 25hb we alls semua akan pergi Sabah. Company trip ke sana. To be specific, ke Kota Kinabalu. Perasaan sekarang tak berapa nak eksaited sangat laaa.. tak tahu la kenapa. Hoi perasaan eksaited, mehla datang serang aku sekarang !!!!! *jeritkuat-kuat*


Aku lagi eksaited nak balik Terengganu sebenarnya. Oh aku balik kampung selepas balik dari Sabah nanti. Dah apply cuti siap-siap hari Jumaat dan Isnin. Wiwiwiwi. 




Hehey, lusa birthday my baby boy, Aidi Mirza yang pertama. OMG tak cayaaaa Aidi daah setahun. Rasa macam baru lagi budaak kecik ni lahir. Alhamdulillah syukur.... Aidi, nanti jumpa kat Terengganu okayyyy. Tak tahu lagi nak beli hadiah ape kat budaak nih... lets see how.. Timay always love you, sayang.


Okaylah. Till then. Lain hari aku update lagi. Doakan aku dan team NLCSB selamat pergi dan pulang ke Sabah. Insyaallah amin.... :)


Have a good day, darlings !


4.3.14

Nota Cinta




Sungguh bukan dia yang menggerakkan hatimu untuk saling mencintai. Itu kuasa Tuhan. Sama ada ianya cinta yang membuatmu bertambah dekat pada Allah atau membuatkanmu lebih jauh dariNya. Itu ujian Tuhan. Tidak penting pada siapa cinta itu berlabuh tapi di mana sebenarnya cinta itu berpaut. Itu lebih utama.


[Credit: penulisbuta]