14.8.15

Apabila Anak-anak Dah Pandai Menendang...


Bismillahirahmanirrahim...


Hello blog.


Sejak tak berapa nak muda ni aku macam dah tak ada hati nak merapu dekat sini. Haritu bukan main eksyen kononnya nak sambung cerita pregnancy. Bulan berganti bulan hmmmm habuk pon tara. Masa first update tu aku baru habis first trimester. Sekarang ni.... wallaaaaaa dari jauh kau akan nampak perut dulu baru nampak aku. =.='


Aku sekarang dah masuk minggu 23. Hmmmm how time flies...... eh sebenarnye tak rasa macam flies cepat sangat sebab lately aku dah mengalami simptom2 susah nak tidur malam. Setiap malam akan terjaga sebab rasa tak selesa, kena tukar posisi tidur. Katil pon dah tak nampak sebab penuh dengan bantal. Yeahhh bantal adalah best friend aku tika dan saat ini. T__T


Oh ye, rasanya semua dah tahu kot yang aku mengandungkan anak kembar. Alhamdulillah rezeki.... Baby bump aku dah mula muncul sejak masuk 3bulan pregnancy. Anak-anak membesar dengan sihat dan kuat, selari dengan usia kandungan. Alhamdulillah. So sekarang memang tak pelik la kalo orang ingat aku dah 8, 9 bulan sebab perut aku memang besar. =.='' #besarituINDAH


What else? Hmmm.... alahan... aku rasa aku tak mengalami alahan yang teruk macam wanita mengandung yang lain. Aku takde alah pada bau, apa sahaja bau. Sesetengah orang tak boleh bau minyak masak, bau suami, bau bawang or apa sahaja bau yang ada di dunia yang fana ini. Tahniah buat diri sendiri. Aku masih cergas untuk beraksi di dapur setiap kali lepas balik kerja demi memenuhkan perut suami yang kosong. Cuma kadng-kadang datang jugak mabuk tu. Kihkih.


Masa trimester pertama dulu ada la jugak muntah-muntah tapi masih boleh tolerate. Selera makan toksah cakap. Bagi je ape makanan kat aku semua aku bedal, especially right now. Kahkahkah


Cuma awal-awal dulu aku memang tak boleh langsung makan makanan yang berangin macam kipas angin. Ok tak kelakor. Aku takleh makan taukeh taugeh, pulut, nangka, kekacang dan yang sewaktu dengannya. Tapi bila dah masuk 4 bulan aku dah back to normal. Takde masalah dah kalo makan tu semua. Alhamdulillah. 



Kisah masa pertama kali scan adalah sangat kelakor dan penuh kejutan. Maklumlah pertama kali dalam hidup seorang Maisarah kena scan perut sebab nak tengok baby. Woaaaaaaahhhhhh ! Mula-mula takda apa yang menterkejutkan sebab semua normal nampak satu kantung. At one time bila doctor gerak-gerakkan alat scan tu tetibe eh ada dua kantung la!


Aku being an innocent person tanya doktor. "Apa maksud dia doktor?" Kau ghaser nak lempang tak wanita ni? Kahkahkah. Seriously aku tak expect langsung yang aku sedang mengandungkan dua bayi. Laki aku pon sama... takyah nak control macho. I know beliau pon sama-sama terkejut masa tu. Memang tak terfikir pon akan dapat baby kembar. Sepanjang hari tu aku memang duk sengih jeeee. Mihmihmih. 

Babies- 6 weeks old. Nampok ke idok ada dua kantung tu?

Since then bermulalah rutin seorang ibu mengandung. Pergi buat buku pink dekat Klinik Kesihatan (KK) and monthly check up. Doktor dekat private clinic nasihatkan aku untuk pergi buat buku pink seawal mungkin sebab aku dikira high risk pregnancy sebab mengandungi mengandungkan kembar. Aku ni special sikit sebab kena pergi buat monthly check up kat dua tempat, di KK dan juga hospital. 


Aku dah rasa minum air gula di awal kehamilan. Hoho. Nasib baik boleh tolerate. Aku dengar macam-macam kisah horror di sebalik minum air gula. =.=' Result darah aku ok. Takde kencing manis setakat ni, alhamdulillah. Lepas ni kena repeat lagi sekali maybe masa kandungan 7, 8 bulan gitu. Wait and redah saje laaaa. *pasrah*


Babies- 9 weeks old. Tu nampak dah ckit ada rupa human. Kaki dan tangan cinonet je comeyyyyy. hehehe


First time check up dekat hospital Sungai Buloh (HSB). Dapat la scan pic kat bawah ni. Tapi tak berapa nak clear sangat. Masa tu around 12 weeks of gestation. Dah 3 bulan anak-anak Ibu kat dalam tu. 

First twin. Not too clear

Second twin, clear sikit yang ni kan... boleh nampak satu badan, bentuk kepala, perut dan kaki


Last scan 3 minggu lepas, at 21 weeks. Both are growing well. Alhamdulillah. Cuma terlupa nak snap pic and HSB juga tak bagi print out scan picture babies. Laki bini teruja, doktor pon teruja duk scan twin ni. Sorang dah revealed gender. Lagi sorang punyala susah nak tengok. Asyik menyorok jeee. Alahai baby... hopefully next scan dapat tahu la gender sorang lagi sebab I dah tak sabar nak setelkan shoping barang-brang mereka. Tetiba bahasakan diri sebagai I. =.='



Paling best sejak beberapa minggu kebelakangan ni aku dah boleh mula rasa tendangan-tendangan lembut dari dalam perut. First time rasa tu ya Rabbi... punya la eksaited laki bini ni. Aduhai kelakor... aku menjerit. Laki aku pon menjerit sama tengok perut gerak-gerak. Ohooo that moment was sooo priceless! Sampaila saat ni.. tendangan mereka makin hari makin kuat dan padu. Haih anak-anak... syok berpesta kat dalam tu eh? Its okay, just have fun there, babies.  >_____________<



Aku rasa dah panjang benau aku duk merapu dekat sini. Mohon untuk mengundurkan diri buat beberapa tahun seketika. Mungkin entry baru akan muncul selepas anak aku berumur nambelas tahun. Kehkehkeh. Well, pregnancy hormones make me forget that I have a blog here (tak habis-habis nak salahkan hormon) LOL 



Sebelum daku pergi, terimalah sekeping gambar wanita comel berperut comeyyyy. 
wkwkwkwkwkwkw *gelak apakah ini?*


Kenangan Syawal 2015. Beraya bersama suami. Auw auwwww auwwwwwwww


Till then.

Assalamualaikum.

7.8.15

A Note

Hello August.

I have been very busy with life.

See you when I see you.

Take care and have a nice day ahead.

xoxo,

Mamay