10.12.14

A So Called "Darah Manis"

Assalamualaikum.


Begitu pantas masa berlari. Kira-kira hampir 3 purnama dahku mengikat getah tali pertunangan bersama pilihan hati yang sentiasa menjadi penghibur duka dan lara, Z. Menamakan beliau sebagai Z di dalam halaman ini kurasakan sedikit cool. Wohaa ! Perasaan jadi tunang orang... Hmmm nothing much, masih sama macam sebelum jadi tunang artis orang except for ada cincin kat jari. Auwwwww. Yelah, aku tak pernah memiliki cincin seumur hidup aku 22 tahun ni. Sobs. Nasib baik dapat bertunang, dapat la feeling pakai cincin tu cemana. Wahahaha. 


Sebenarnya kisah tunang ni tak begitu dirancang sangat lah antara kami berdua. Maksud aku takdela beriya sangat setahun sebelum tu dah plan itu plan ini. Macam mana nak plan setahun sebelum, love is in the air pon tak sampai setahun lagi. Haha. Tapi apa yang aku boleh cakap hubungan ini kelihatan begitu smooth, sentiasa dipermudahkan oleh Dia. Alhamdulillah... Starting from soalan keramat beliau pada aku on one fine night cewah ! Start dari situ la putik-putik cinta di mana lautan api sanggup kurenangi bukit tinggi sanggup kudaki bermula. Gituuu kau metafora taknak kalah. HAHA.


Kononnya lepas dah declare jadi makwe dan pakwe WEK WEK we ols terus tak pandang belakang dah. Kalau boleh nak pandang depan jeeeeeee takmo patah balik mana-mana dah. Over kau. Maksudnya dari situ kita mula nak kenal hati budi masing-masing dengan lebih deep. Ye deep. DEEP. Sebab kalau tak deep macam mana kau nak tahu yang dia betul-betul ikhlas nak dekat kau. Apa kau ingat nikah kahwin ni macam main pondok-pondok ke harini cakap nak esok nak lagi lusa dah bosan kau blah. Oh HELLO ! Dah aku nak emo lelebih ni kenapa. Okay okayyy sorryyyyy. 


Sambung.


So first step yang aku buat waktu tu adalah bawak Z jumpa Abang sulong aku aka Papa Aidi Mirza. Disebabkan dia je orang yang paling rapat dan paling dekat dengan aku kat KL ni makanya dialah orang yang tepat untuk aku rujuk. Gitu. Itupun lepas abang aku tanya bila nak bawak Orang Puchong jumpa dia. Oh ye Orang Puchong tu merujuk kepada Z sebab sebelum ni memang selalu guna kata ganti nama untuk beliau sebagai Orang Puchong. Wakakaka. Macamla Puchong tu bapak dia punye. So we had a beautiful early dinner at Flaming Steamboat on 8th March 2014.Tapi sebelum nak jadi beautiful tu haaaaa si Z bukan main nebesssss. Wahahaha. Nervous tapi still nak cover macho. Menyampah tauu you ni. Nasib baik I sayang. Eh.


Hello. Aidi Mirza dan Timay. We are bff.
Overall, everything went well. Aku tengok Z dengan abang aku okey la sembang-sembang makan sembang makan jeling aku makan dan curi-curi pandang aku. Haha. Aku perhati je la.. bagi chance abang aku interview Z. Depa okey je. Takde benda pelik berlaku. Alhamdulillah. Setel Ujian 1. Haha


.
Kof kof koffff *buat-buat batuk* Tahniah sebab berjaya buat-buat tenang jumpa Abangku. Hehe.


Kehidupan diteruskan seperti biasa. Oh ye, masa tu Z banyak ulang-alik Puchong-Paka sebab kena in-charge projek kat sana. So ada satu hari tu dia ambil peluang untuk pergi jumpa mak bapak aku kat kampung. Maka Ujian 2 menanti Z di Kuala Terengganu. Kihkih. Ujian kali ni harulah a bit tougher compare dengan Ujian 1. Mahu tak tough, nak gi jumpa mak bapak aku kot. HAHA. 


30 Mac 2014. Tarikh Ujian 2 untuk Z. Hehe. Oh ye, masa tu aku pon ada balik kampung. So, takdelah mamat tu gelabah sangat, yelah pompom girl ada. Boleh la aku support dari sebalik jendela. Ewah ! Haha. Semua okey je... alhamdulillah.. mak ayah aku bukannya jenis pelik-pelik request macam-macam. Steady and cool...., tengokla anak dia siapa. Ok takde kaitan.So, a big congrats, Sayang ! Sebab berani gagahkan diri jumpa bakal mak pak mertua. Wiwiwiwiwi. 


Dah habis gelisah dan gundah gelana di hatimu wahai kekanda? HEHE


Selepas dua pertemuan antara Z dan abang sulong aku serta mak ayah aku maka berakhirlah sedikit ujian buat beliau. Disebabkan tiada masalah dan isu berbangkit, (alhamdulillah syukurrrr) hubungan ini sememangnya harus diteruskan bagi kelangsungan hidup kau dan aku. Haha. Maka datanglah pula ujian buat daku ye buat daku kerana pada suatu hari Z telah membuat keputusan untuk membawa aku mengadap kedua orang tua beliau.


Perasaan waktu tu... of course la aku cool je. Being a girl named Maisarah haruslah cool, steady, tenang, comey, dan gagah. HAHA. Ok tak. Aku sedikit  gementar sebenarnya. Sedikit sahaja, tak banyak. Ala-ala gementar ayam. Dah kenapa ayam pulak? Entah. Aku pon tak tahu kenapa tiba-tiba keluar perkataan ayam di situ. Abaikan sahaja.


Secret Recipe One City USJ menjadi saksi pertemuan 6 pasang mata. Kenapa 6? Sebab ada 2 mata aku, 2 mata ayah Z dan 2 mata mak Z. Mata adik-beradik Z yang lain tak perlu kira sebab mereka masih belum baligh. Sekali lagi takda kaitan. Pffttttt. Dipendekkan cerita, semuanya berjalan lancar.


Alhamdulillah. 


Hubungan antara Z dan M mendapat lampu isyarat hijau dari kedua-dua belah pihak. Syukurlah... itu je yang aku harapkan. Restu mak ayah aku,restu mak ayah Z.:)


Dari situ la baru start fikir untuk ke next step which is ----->>> TUNANG. 


13 September 2014, merangkap hari lahir Z. Disebakan aku ni seorang awek yang sweet maka aku setuju untuk pilih tarikh tu sebagai hari kami bertunang. Persiapan biasa-biasa sahaja. Semuanya aku DIY. Nothing fancy, its just like a small beautiful engagement ceremony for two of us. For sure, it will be one great moment for us. The day we tied the knot, di mana aku kini sudah di-chop oleh Z. HEHE. *tutup muka dengan bantal*


Bermula dari tarikh itu kami berdua mula pening fikirkan tentang persiapan untuk majlis perkahwinan. Phewwwwwwww. *lap peluh*


To be continue......

5.12.14

The Weddings

Hai.


They said "you are getting OLDER when you received wedding invitation MORE than birthday party invitation".



Tak dinafikan lagi. Kawan-kawan sekolah dan universiti dah ramai yang mendirikan pondok rumah tangga. Disebabkan dah lama aku tak cerita pasal kenduri kahwin member-member kat sini maka terimalah sebuah entry yang meng-kompilasi-kan majlis perkahwinan mereka sepanjang tahun 2014. Last cerita kahwin yang aku update kat belog ni rasanya majlis kahwin Ummi Khalaf Rizki kot. Tak ingat? Boleh baca kat sini. 


Pembukaan tahun 2014 dimulakan dengan kenduri Lily & suami serta Azieniza & suami. They ols kahwin pada tarikh yang sama, awal Februari aku tak ingat the exact date dan dua-dua bunting pelamin and baru dapat baby bulan November, beza 2 3 hari je kot tarikh jadi mak depa dua orang ni. Bravoooo. Kihkihkih. #gelakgatal


Azie sebelum akad nikah

Dah selamat nikah

Resepsi Azie.

Puan Lily dan Miro. Dah selamat nikah masa ni.

Pelamin anganku musnah Lily lawaaaaaaaa

Geng-geng sekolah menengah

Amek berkat untuk kesekian kalinyaaaa. Wahahaha

Masa ni Fiza tak kahwin lagi. Majlis Fiza seminggu lepas Lily.

Since aku tak berkesempatan untuk ke majlis Fiza di Terengganu maka kami berkonvoi ke majlis sebelah suami Fiza, Haziq di Perak. Konvoi dengan Nizam & husband, Lily and jumpa Trah dekat sana.


Sama cantik sama padannnnn. Baju Fiza gorjes sangat oiiiii.

Ewahhhh !

Kawan dulu kini dan selamanya. Kualiti gambor agak teruk. Haha

Ni first time bergambor dengan beliau bersama pengantin di atas pelaminan woahahaha


Ok next wedding is...... Puan Susue gediksssss. Hehehe. Ok Sue sekarang tak gedik macam dulu dah.. sekarang dah sopan lagi ayuuuu. Ni geng zaman matriks dulu. Sempat pi majlis Sue dengan sorang lagi teman baik aku, Amy. I miss youuuuuu, girls !!!!!




Thanks Amy for the photos. Pic dari camera Amy sangatlah cun. Floles je muka I okey. HAHA


Wedding Sue last aku pergi sebelum kita start puasa tahun ni. Then lepas je raya haaa berderet-deret dapat invitation kahwin. Phewwwww asal raya je kahwin, asal kahwin je raya. Miahahaha. Mana yang aku dapat pergi tu alhamdulillah.. yang jemput tapi tak dapat menghadirkan diri ampun maaf dipinta. Hehe.


First wedding masa cuti Raya Aidilfitri aku pergi adalah majlis Fathiah aka Tyah. Tyah kawan baik masa sekolah menengah, geng-geng asrama ni. Hihi. Sempat attend akad nikah lagi pagi tu. 


Hai pengantin tak berapa nak baru. :)

Lepas puasa sebulan kurusssss lepas tu raya dua hari lagiii kurussss. KAHKAH

Awesome !!!! Suka sangat pelamin Tyah. Indah bukan?
Pengantin busy layang tetamu kita posing sajeeeee. Weeeeeee. Hai kawan-kawan lama terpisah




Muka-muka ini saje duk bertenggek di atas pelamin sehari suntuk. Haha.Geng-geng bas sekolah menengah semua ni

Thanks Akmal sebab sporting layan we olsssss.


Hari tu kami merasakan seolah-olah rumah Tyah seperti rumah kami semua. Woahaha


Dah puas makan dan posing atas pelamin Tyah we ols gerak ke rumah Abam Dur pulak. Untung jugak member kahwin hari sama, sekali harung je. Dur juga adalah kawan sekolah menengah we ols. Dijodohkan pula dengan Ida yang comeyyyyyy, juga satu sekolah dengan kitorang. Tapi Ida pindah sekolah masa Form 4. Bila dan bagaimana cinta mereka berputik hanya mereka sahaja yang tahuuuuu. Kihkihkih.


Kan aku dah cakap ida memang comeyyyyyyyyy.
Hadaplah muka-muka kacak kami.



Dah-dahhhhh. BALIK BALIKKKK !!!!!



*P/S: Credit pics to Gopro Kak Kinah gebus. Auwwwww


Selang beberapa hari selepas itu aku pergi ke negeri Cik Siti Wan Kembang bagi meraikan majlis perkahwinan kawan bolas masa dekat UPM dulu, siapa lagi kalau bukan Aziah Jamaludin aka AJ. Budak ni lagi la... tak ada angin tak ada ribut TIBA-TIBA bagitahu nak kahwin. Cool giler hoiiiiii. Buat preparation kahwin dalam masa sebulan jeee haaaa kau hade? Phewwwww. 


CONGRATS MEK ! Dapat jumpa Ida sekali. Silap, PUAN Ida. :)
AJ ke ni? Miahahahaha

Love you !

Habis cuti raya balik KL semula kerja macam biasa demi bersuap-suap nasi. Dan sempat juga meluangkan masa ke majlis perkahwinan kakak manis yang pernah sama-sama bekerja dengan aku di bawah satu bumbung, Kak Wani.

Congrats Kak Wani dan suami. :)

Next wedding is anak sepupuku. Baru lagi ni, awal November yang lalu. Majlis dekat Kajang.

Hai Aidi Mirza dan Adli Mirza kesayangan Timay.



Last but not least, majlis perkahwinan Dr. Izzat dan Dr. Eliza, just few weeks ago. What a beautiful wedding I can say. Dua-dua gorjesssss. Hehe.

Meet Dr Izzat, Dr Eliza, Syawal dan Wawa ehem. Hehehe

Ambil berkat untuk kesekian kalinyaaaaaaaaa


Majlis Izzat mungkin penutup majlis perkahwinan yang sempat aku pergi untuk tahun 2014. Tahun depan pergi majlis kahwin sendiri la pulak. #EH. Bulan Disember ni aku dapat dalam 7,8 jemputan tapi semuanya aku tak dapat hadirkan diri disebabkan kekangan masa. Cuti pon tak ada dah. Sobs sobs. Apa-apa pun, aku doakan semoga setiap perkahwinan yang dibina beroleh keredhaan Ilahi, diberkati, dan bahagia selamanya. Insyaallah AAMIINNNN........ :)






"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang." (Ar-Rum 21)



Counting days..... :)