27.1.15

Membilang Hari

Hai semua (kalau ada yang masih baca blog usang ini)

Tahun 2015 dah hampir sebulan jumpa kita. Baru hari ni aku terkial-kial nak update belog. Hmm. Setiap kali aku nak menaip baris-baris ayat kat sini aku selalu lost. Lost sebab kena perah otak sedalam-dalam jurang Mariana untuk  muntahkan apa yang ada dalam kepala. Adakah disebabkan aku TERLALU jarang mengemaskini blog ini menyebabkan otak aku terlalu slow. =.='


Aku tahu aku terlalu ambitious dan sangat poyo mengatakan yang aku akan sentiasa update blog macam dulu-dulu, seperti zaman muda remaja walhal itu adalah sangat mustahil kerana aku merasakan seolah-olah aku sudah tiada bakat untuk menulis di sini. *sebak tiba-tiba* 


Walaubagaimanapun kehidupan harus diteruskan. Eceh ! Poyo lagi. 

Sepertimana clishe tajuk entry ini begitulah tak clishe-nya perasaan yang aku alami tika dan saat ini. EKSAITED !!!!! Apabila sesuatu perkatan ditaip dengan huruf besar ia menggambarkan betapa penulis, yakni aku ingin menekankan dan mengatakan yang beliau, yakni aku betul-betul tengah eksaited. Ye eksaited. Dah kenapa kau perlu ulang taip perkataan eksaited begitu banyak sekali. 


Mengikut perkiraan kalendar, kurang lebih 24 hari lagi aku bakal menamatkan zaman bujangku. Ehem ! *clear throat*


Nak kahwin dah oiiiiiiiii. Giler ah kalau kau tak eksaited. Woot woottttt.

Doakan agar majlis kami berjalan lancar dan rumahtangga yang akan dibina ini dirahmati serta beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Insyaallah. Aamiin....... dannnnn doakan juga agar aku terus rajin untuk update blog macam dolu-dolu. Hehe.


Rindu I tak? Kehkehkeh. #gelakhambar

Sehingga ketemu lagi di masa akan datang. Read: tahun depan. HAHAHA.