23.10.12

Resipi Kuih Melayu: Onde-onde



[Gambar]


Meh sini aku nak ajaq ampa cara-cara membuat kuih onde-onde. Aku tak pasti la kalau orang belah Pantai Barat sana panggil kuih ni apa. Ke memang onde-onde ni name universal ? Ahh lantak. Aku bukan nak cerita pasal sejarah nama asal-usul kuih ni tapi titeww nak kongsi resepi yang titeww tahu ajewwww. Rasa nak lempang aku tak ? HAHA



Ok bahan-bahan yang diperlukan adalah: (tetiba serius)

  1. Kelapa muda (diparut)
  2. Gula merah (orang kampung aku panggil 'nissang')
  3. Air kapur
  4. Daun pandan
  5. Tepung pulut



1. Ok first and foremost, ambik beberapa helai daun pandan masukkan dalam pengisar kemudian kisar. Dah hancur campur dengan air dan tapis supaya terhasil air daun pandan yang wangiiiiii. seperti dalam gambar ini. Setel.

*its okay kalau takde daun pandan. boleh je guna pewarna hijau epal yang dijual di pasaran macam dalam botol esen vanila tuuuu. 



2. Potong gula merah aka nissang seperti dalam gambar di atas. Potong dadu atau potong kecik-kecik comel-comel gituuu.



3. Ambil tepung pulut (guna separuh cukup) masukkan dalam bekas yang besar supaya senang nak gaul-gaul dan tenyeh-tenyeh nanti. Masukkan sedikit air kapur (seperti dalam gambar di atas). (Mak aku ada bagitahu fungsi air kapur ni terhadap onde-onde tapi sekarang aku lupa. nanti ingat aku bagitahu semula ye. hihi.)



4. Masukkan air daun pandan tadi ke dalam tepung pulut. Gaul dan gaul dan gaul sehingga sedap mata memandang. Ahah ! maksud aku gaul sehingga jadi doh, tak lembik dan tak keras sangat. Ok, paham ?
hehehe.



5. Haaa.. gaul sampai jadi macam ni. Pandai-pandai la agak sendiri ye.. jangan keras sangat dan jangan lembik sangat. Mak aku cakap so so ajewww. p/s: aku punya ni macam tak berapa nak ijooo (hijau) sangat.  Takpe.... tak ijo takpe, janji sedap.*cover line*



6. Ok dah siap gaul sekarang masa untuk membentuk onde-onde. Ambik sikit doh tadi, penyek-penyek, masukkan gula merah aka nissang dan bentukkan jadi bolat-bolat comel-comel macam kat bawah ni:



7. Gula merah dah selamat berada di dalam setiap bulat-bulat itu. Ko jangan bulatkan tepung semata-mata tanpa gula merah. Kang tawor laaa onde-onde tuh. 



8. Sediakan air di dalam periuk. Bagi anda yang hidup dipenuhi dengan daun pandan, boleh masukkan daun pandan bagi kasi wangi gituuuuuu. Auwwww. Masak air sehingga mendidih.



9. Bila air sudah mendidih boleh masukkan onde-onde tersebut. Masak sehingga masak. Hihi. Biasanya onde-onde yang dah masak akan timbul di permukaan kolam ikan periuk. 




10. Bila dah masak, sila sejukkan dulu onde-onde di dalam air (guna air masak or air paip pon boleh).



11. Dah sejuk, toskan dan gaulkan bersama kelapak mudaaaaa. *kelapa tu campur garam sikit.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaaaaaa !!! Onde-onde kini siap untuk dihidangkan kepada mereka yang mengidam dan kelaparan di waktu petang, malam mahupun selepas Subuh. 



Senang je kannnn ? 

Kini sesiapapun boleh terbang buat onde-onde. 
*tiru tagline Air Asia. kikikiki



Pssssssssss.......[Resipi Cheese pudding with oreo]



5 comments:

Anonymous said...

sedapnyaaa. teringin!! :)

May Maisarah said...

Silalah buat. hihi. =))

P U C A T said...

dap errr.
temptingg!!

adham ismail said...

dapp ohh!

Ily Iranaz said...

Awk dah ingat belum fungsi air kapur tu? Kita tertanya2 nie.. hahaha