22.10.12

Handphone



Hari ni hujan lebat dari pagi sampai ke petang. Balik dari interview terus cecepat turun dari kereta terkam masuk ke dalam rumah. Hujan masih lagi beraksi seperti anjing dengan kucing.


Rain heavily.


Selepas beberapa ketika aku baru perasan bahawa handphone aku tak ada dalam handbag. Merata aku cari.


Cuak yang amat. Tolongla jangan hilang di saat aku masih penganggur yang hidup mengharap belas ihsan mak ayah. *oh agak sadis di situ ye. :p


Terus mencari. Mak saspek aku dah tertinggal hp kat tempat temuduga. Tak pun katanya mungkin aku tercicir semasa breakfast dengan ayah di kantin Wisma Negeri.


Lagi aku cuak. Perkataan tercicir jarang ada dalam kamus hidup aku. Kalau pelupa ya. Haha.


Cepat-cepat aku call ayah tanya kalau-kalau hp aku terselit dekat tempat duduk belakang kereta. Ayah kata tak ada.Oh aku bertambah cuak. Tolong jangan hilang wahai hp kesayanganku. Ku cuba mendail no hp ku. Masih lagi on.


Sekali lagi aku call ayah tanya betul ke tak ada hp aku dalam kereta.


Tetiba mak menjerit dari luar rumah.


"Tu haaaa ape benda yang merah-merah kat atas tanah dalam air (lopak air hujan) tu.... ?"


Cepat-cepat aku keluar.


Subhanallah.. hp aku terendam dalam lopak air hujan di kala hujan tengah lebat yang amat. Terjatuh masa aku kelam-kabut keluar dari kereta nak cepat-cepat masuk dalam rumah barangkali.


Ohhh lebih kurang dalam 10 minit jugak hp berkeseorangan di situ.


Aku belek hp. Unlock.


2 misscalls. Satu panggilan dari rumah, satu lagi dari no hp ayah.


Perghhhhh cool giler hp ni. Masih hidup walaupun berendam dalam air hujan untuk beberapa ketika. Alhamdulillah.. masih selamat. Tak payah beli hp baru.



Syukur. :)


1 comment:

Anonymous said...

Nasib baik tak masuk air henpon tu :-P