30.12.16

Setahun Kemudian...Hai Zarif Sufi & Zara Sofea


Assalamualaikum.wrh.wbr.....


Salam penuh kerinduan. Ye, memang rindu yang amat sebab dah lebih setahun aku tak update blog ni. Kesian kat blog, ada tuan tapi macam tak bertuan. Hmm, adakah blog masih releven pada tika dan saat ini? Entah.. aku tak berapa pasti tentang itu..... tapi takpe itu semua tak penting, yang penting sekarang aku ada dekat sini and dah dapat ingatan tentang wujudnya blog aku. 


So, where to start? Haha blur pulak nak sambung taip entry ni. Tapi takpe, sis cuba. HEHE. Apa yang berlaku kepada Mamay setahun lebih menghilang nih? Wuhooooo banyakkkk sangat okeyyyy. Kalau nak list out kan dekat sini rasanya tak cukup space kot. Huahua. Tapi yang paling outstanding out of all is........ I AM NOW A MOTHER OF TWO. YES TWO, because I got twin babiesssss. Alhamdulillah. Allah is Great. :)


Siapakan gerangan si kembar itu ? Hehe. The name given; Zarif Sufi Bin Zawawi & Zara Sofea Binti Zawawi. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Tak terucap kata syukur tu. So haiiii anak-anak Ibu. Kesian pulok, dah masuk umur setahun baru ada peluang nak up kat blog Ibu yang femes suam-suam kuku ni . =.='


Its okay babies, people said better late than never so yeahhhhh, lets talk about you guyssss. Yes, you TWO LITTLE CREATURES WHO CHANGED MY LIFE ENTIRELY. I mean, our life (Ibu and Papa). Eh dah terspeaking pulok kau kenapa bhaaaaa. Mohon mengucap. Maaflah kadang-kadang Ibu selalu tersasul cakap bahasa kampung Ibu. Maklumla Ibu dulu lahir di California huahuahua okbye tak kelakor. Excuse me for the bahasa rojak here. 



Sebenarnya aku tak tahu nak fokus cerita apa dalam entry ni. Maklumla lama sangat tak guna otak ni untuk update belog. Huahua. Since ini adalah permulaan untuk aku menaip semula (kononnya..lets see how it goes huhu) after a longggggg while, sudilah kiranya jika kite terowbekk sikit kisah di sebalik kelahiran sepasang buah hati pengarang jantung kami ni. Aku cerita mana yang aku ingat la eh. Nak cerita details sangat tu idoklaaaa teman larat.


Sofea, Zarif nanti dah pandai baca boleh buka blog Ibu ni okeyyyy. *kissssss*


20.11.2015


Pagi tu pergi check up macam biasa dekat Hospital Sg Buloh. Aku macam biasa je laa rilek-rilek takda apa-apa feeling yang mencurigakan. Sekali bila jumpa doktor terus beliau suruh aku admit sebab dah cukup 37 minggu and dah boleh bersalin. Woahahaha macam tu je Dr admitkan aku. Hmmm. Since aku pregnant twins, memang Dr tunggu bagi cukup 37 minggu (which is consider cukup bulan, bayi dah cukup matang), so takleh hold lagi dah sebab babies kat dalam dah takde space almaklumlaaaa kena share dua orang kat dalam tu. ;)



Beg baju memang dah ready dalam kereta cuma aku jer macam shocked sikit la sebab tak expect langsung kena warded hari tu jugak. Rasa tak puas lagi nak lepak-lepak malas-malasan kat rumah. Btw, aku dah start maternity leave since 1 Nov lagi. Over kannnn. Tapi aku bukan saje-saje amek cuti awal, aku sebenarnye mamang tak larat dah nak usung perut masuk office. Nak jalan pergi dapur kat rumah pon merangkakkkk tahuuu dakkkkkkk. Maka bermulalah perjalanan seorang bakal Ibu kembar..... =.='



21.11.2016

Aku dimasukkan ubat untuk induce bersalin lebih kurang jam 11.15 pagi. Masa tu aku masih okay, sihat walafiat, boleh makan dengan gembira, cergas dan ceria. Few hours lepas tu dalam pukul 2 petang haaaaa aku dah start tak tentu arah. Contraction datang tidak diundang. Mula-mula sakit sikit-sikit je, lama-lama banyakkkk, makin lama makinnnnn kuatttttttt gilerssssss sakit tuuuu. Menjelang petang aku dah flat, dah tak larat duk lawan sakit contraction. Air mata taksah cakaplaaa. Aku hanya mampu menangisssssss sambil pegang tangan suami terchenta. Bila mak mertua datang tangan beliau pulak jadi mangsa keaadan. Macam ni ghupenya rasa sakit contraction. T__T


Start petang tu aku dah takleh telan makanan. Betapa kuat pinangan penangan contraction time tu. Entah berapa kali aku muntah. Perut lapar tapi takleh makan tapi kena makan sebab perlukan tenaga untuk push baby tapi tak mampuuuuuuu haaaaa ACANERRRRRRRR???


8pm aku dibawa masuk ke labor room since bukaan dah 4cm. Dah masuk dalam labor room berperang pulak aku kat dalam tu keseorangan menanggung kesakitan yang maha hebat. Lagi sedih sebab suami takleh masuk selagi belum betul-betul nak bersalin. Suami dibenarkan masuk bila sampai masa untuk push baby keluar. SOBS. Sesekali nurse and doktor masuk untuk check aku. Lain-lain ko tanggungla sendiri. Entah berapa kali aku muntah kat dalam tu. T____T


Mata aku asyik duk tengok jam kat depan aku. Sejam berlalu, berlalu dan terussss berlaluuuuu.



22.11.2016

1.am. Babies masih takde tanda nak keluar. Why Zarif why Sofeaaaa??? I was so damn exhausted that time. Takde tenaga at all. Sampai satu tahap aku cakap dekat doktor aku surrender, aku dah tak mampu nak teruskan untuk normal delivery. Sumpah tak larat. Aku penat yang amat. Aku dengan rela hati cakap nak operate. Well, doktor being a positive person, masih bagi harapan dekat aku. Katanya aku bolehhhhh. She said, kita tunggu lagi another few hours. FEW HOURS OKAY. Aku dah separuh mati boleh lagi dia cakap macam tu. HUWAAAAAA Papaaa I need you so bad. T_____T


Masa tu aku serahkan segalanya pada Dia. Aku betul-betul tawakal. Mulut tak habis-habis berzikir, apa je doa and ayat-ayat suci yang terlintas dalam kepala aku baca. Aku just fikir nak keluarkan anak-anak dengan selamat thats all. Tak lama lepas tu something was not good happened. Doktor detect that jantung babies dah mulai lemah (through CTG machine). Fetal distress they said. Aku masa tu memang dah separuh sedar, nyawa-nyawa ikan Maisarah. Sayup-sayup aku dengar pasal emergency czer. Yes on the spot semua duk kalut prepare untuk bawa aku ke dewan bedah for emergency cesarean. Like finally.... and hopefully that was the best for me, for my babies.


Sebelum kena tolak masuk dewan bedah aku sempat hulur tangan dekat Z dalam 2 saat. Masa tu nurse panggil suami masuk untuk isi consent form and etc. So dapatla pandang muka beliau sekejap. Touching betul time tu. Rasa macam nak bawak sekali Z ikut pi dewan bedah. #clingywife


Aku boleh ingat lagi nurses tolak aku ke dewan bedah. Sampai kat sana aku perasan ada few doctors sedang tunggu. Two of them are anesthetics. They briefly explained dekat aku pasal epidural, the effects and etc. Aku tak boleh nak fokus sangat time tu, dah penat sangat kot.


Hows me at that time? Ahah. Aku dari labor room memang dah separuh mati and separuh sedar. Lepas kena cucuk epidural aku terus khayal and tak sedar ape dahhhh tapi aku dapat rasa kesejukan terlampau dalam dewan bedah tu. Nurse siap pasang satu kipas yang bagi udara panas/ haba tepat hala ke kepala aku sebab aku memang betul-betul kesejukan tahap menggigil. Entah apa nama gadjet tu? Sepanjang operation tu aku tidur je, badan dah takde tenaga, exhausted giler plus dah kena efek ubat bius.


So to cut the story short, di dalam dewan bedah yang sangatla sejukkkkkkkk, tepat jam 4.13 am 22 November 2016, Sofea selamat keluar and 2 minit lepas tu Zarif pulak selamat keluar tengok dunia. Tengah syok tidur tetiba ada orang kejutkan aku.


"Puan, ni anak puan. Cuba tengok lelaki ke perempuan."

Dalam duk mamai kesejukan aku jawabla. Perempuan.

"Next, yang ni Puan?' -Lelaki. 


That was the first time aku tengok Sofea and Zarif. Setelah menanggung kesakitan hampir 13 jam akhirnya aku selamat lahirkan sepasang anak kembar yang ditunggu-tunggu oleh semua. Syukur tak terkata. Alhamdulillah. Terima kasih untuk segala nikmat ini, Ya Allah.


Lepas tu aku flat habis kesan dari ubat bius. Aku kena baring lagi 6 jam. Masa tu memang aku pulun tidur. Doze off zzzzzzzz...Ahh so Maisarah -.-'



"At every birth, two people are born- a baby and a mother"
(in my case, three people. hehe)



Fresh from oven. :)

Zarif Sufi bin Zawawi

Zara Sofea binti Zawawi






Ayoh Long and Maktok dengan kembar


Itu je satu-satunya gambar Ibu dengan Sofea & Zarif on that day. 

Atok dan Maktok yang kegembiraan dapat cucu-cucu sulong :)

Day 4

Papa <3 font="">


Hold my hand :)

Day 6

My Sofea 

My Zarif 


Sleep all day long. Wide awake all night long. Oh my babiessssss @___@


Our first selfie together ;)

2 months old yeahhhhhhh


3 months


Omg so twinsssssss !!!!!


4 months 

5 months

5 months


6 months


6 months

7 months

Aidilfitri 2016 


8 months



9 monthsssss


Buah hati Ibu :)

On Ibu's Birthday 


10 months

11 monthssss

<3 td="">


Exactly one year old on this dayyyyy, 22 November 2016







Just because 2016 is an amazing year for me. Terima kasih, Tuhanku. 






Fuhhh rasanya dah panjang sangat entry ni. Cukupla untuk cover setahun punya cerita. Hehe. The one and only entry I post for this year. Huahuahua. Ok la kan daripada tak update langsung. So dah nak masuk tahun baru 2017 lusa, harap-harapnya lepas ni aku akan jadi rajin dan istiqamah untuk update belog. #prayhard


Terima kasih sebab berjaya baca hingga ke saat ini. Aku doakan semoga korang semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera, gembira dan bahagia. Insyaallah. Selamat datang, 2017. 

Assalamualaikum. :)

Regards,
Maisarah, Ibu si kembar. 

1 comment:

Iza Fiza said...

Owhh twin 22nov.sebulan lepas tu tarikh yg sama k.fizah beranok plok.heee.