10.7.15

Mr. Z First Blog Entry

Assalamualaikum semua !!

Harini bukan tuan tanah a.k.a Mamay yang menulis, tapi penyewa tanah a.k.a Mr. Z yakni suami yang sah mengikut kehendak syarak  kepada beliau yang menulis. Tak sangka betul, aku yang menulis walaupun hakikatnya blog misscornetto ni bukanlah blog yang bendasing  asing bagi aku.

Aku dah jadi pembaca setia blog ni dah bertahun lamanya, even sebelum kami ber"gitu-gitu" lagi. Tak sangka sungguh, tetapi sesungguhnya jodoh itu rahsia ilahi. :-) Kehidupan selepas jadi suami orang..hmmm.. not bad, banyak bende yang dipelajari setiap hari tetapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehingga ke saat dan ketika ini.

Baru tulis 2 perenggan aku dah start blurrr, Hahahaha, Tetapi memandangkan aku dah jadi penyewa tetap blog ni, dari semasa ke semasa aku akan kongsikan beberapa tips dan pengalaman hidup seperti tips beli rumah, tips backpacking dan lain-lain. Semoga ketemu lagi di lain waktu. Byeeee.....




*Thanks tuan tanah, sudi bagi sewa blog*

Yang Benar,

Mr. Z

10 Julai 2015/23 Ramadhan 1436H


8.7.15

Resepi Nasi Ayam Special & Sedap


Hai. Salam 21 Ramadan. 

Harini aku rajin dan baik hati nak kongsi resepi nasi ayam yang senang, mudah dan ringkas tapi SEDAP MELETUP BEST KAU MEMANG THE BOMB! Metafora haruslah ekstrem bagi membangkitkan rasa dan selera. Kihkihkih.


Seumur hidup aku, aku tak pernah lagi masak nasi ayam sendiri dari A to Z. Kalau kat rumah masa sebelum kahwin dulu pernah la tolong mak aku masak. Setakat tolong-tolong gitu je, aku tak ambik port sangat apa bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara nak masak nasi ayam. 


Memandangkan aku ni sedar diri, dah jadi bini orang... maka haruslah aku independent berusaha mencari resepi dan memasak dari sementah-mentah bawang sehinggalah semasak-masak sup ayam. #PeribahasaRekaan...., takkan setiap hari nak ulang dialog kat laki "Abang, harini Sayang nak makan nasi ayam. Mohon booking meja di The Chicken Rice Shop" Lempang sekali baru tahu. 


Oklah to cut the story short, let it go  lets go belajar cara-cara memasak nasi ayam untuk orang yang tersayang. Resepi ni adalah ilham dan sumber dari ibu mertuaku who is #bffbaruku


Hasil usaha berperang di dapur semalam. 


Bahan-bahan yang diperlukan & cara-caranya adalah:


Untuk Nasi, Ayam dan Sup

Bahan-bahan: 
  1. Ayam yang sudah dibersihkan ***
  2. Bawang putih 3,4 ulas (diketuk) ***
  3. Halia, 2inci (diketuk) ***
  4. Kiub pati ayam/ chicken stock ***
  5. Bawang merah + bawang putih (blend) + halia 2 inci (diketuk)
  6. Daun pandan 2,3 helai
  7. Butter 1 sudu besar
  8. Beras
  9. Secubit garam
  10. Kayu manis +++
  11. Bunga lawang +++
  12. Pelaga +++
  13. Lada Sulah +++
  14. Daun sup dipotong halus +++


Dah cukup semua bahan di atas, here we go:

  1. Masak air sehingga mendidih dalam periuk besar. 
  2. Masukkan bahan-bahan yang bertanda *** (ayam, bawang putih, halia dan kiub pati ayam) 
  3. Rebus selama 10 minit. 
  4. Angkat ayam dan toskan.


Ok setel first part. Next, untuk masak nasik pulak:

  1. Basuh beras dan rendam sekejap sementara tengah masak ayam di atas
  2. Tumis bahan-bahan dari no 5 hingga 7.
  3. Apabila bahan-bahan tumisan tadi dah garing, masukkan air yang diguna untuk rebus ayam sebentar tadi. [p/s: sukatan air untuk masak nasi ayam sama macam masak nasi biasa, bezanya kali ni guna air rebusan ayam]
  4. Dah mendidih masukkan beras yang sudah dibersihkan berserta secubit garam dan masak macam biasa sehingga terhasil nasi ayam meletup. Jap, kalau nak bagi nasi kekuningan boleh tambahkan sedikit serbuk kunyit. :)
  5. Done nasi ayam. Bravooooooooo *tepuk bahu sendiri*


Harum semerbak yummehhhhh



Ok next is sup. Lebihan air rebusan ayam tadi adalah untuk dijadikan sup. 

  1. Tumis sedikit bawang merah+putih yang dah diblend bersama bahan-bahan no 10 hingga12 +++
  2. Masukkan sedikit lada sulah dan secubit garam untuk menambahkan rasa 
  3. Campurkan ke dalam lebihan air rebusan ayam. 
  4. Masak sekejap hingga sebati semua bahan tersebut. 
  5. Hiaskan dengan daun sup. DONE. 
Tumis bahan-bahan  sehingga garing

Sup dah siap !


Nasi dah setel. Sup pon dah setel. Sekarang kita kerjakan ayam pula. 

  1. Lumur atau perap ayam yang dah ditoskan tadi bersama bawang putih (tumbuk/atau blend), sos tiram dan garam. Kalau ada minyak bijan boleh perap sekali. 
  2. Goreng dan siap ! 
Rupa ayam yang sudah diperap. Goreng and done.


Untuk sos cili:

  1. Blend/ tumbuk seulas bawang putih, sedikit halia bersama sos cili. Kalau nak pedas boleh tambah cili besar.
  2. Kalau nampak pekat sangat, boleh tambah sedikit air. Done.


Next, sos/sambal kicap.

  1. Cili api (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diingini), bawang besar 1 labu dan kicap all together--->>>> blend. 
  2. Now you are almost done. 


Last but not least, potong timun batang, salad dan tomato. Basuh dan toskan. Hidang dan susun cantik-cantik atas pinggan. OK YOU ARE DONE. 




Hahhh tunggu apa lagi. Dah siap, marilah kita makan beramai-ramai. Rasanya memang dijamin sedapppppppppppppppppppp. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. 


Sekian, majulah perut suami untuk kebahagiaan rumah tangga. Ewahhhhh !


xoxo,
Bakal Ibu Anak Kembar
>_________<