29.9.10

29 SEPTEMBER 2010

Salam.

Sebelum aku mula menaip dengan lebih panjang lebar, aku nak beritahu bahawa entry ini aku buat semata-mata kerana aku tak mahu lepaskan tarikh keramat dalam hidup aku ni. Walaupon sebenarnya aku sangat-sangat sibuk dengan hal-hal akademik aku, tapi demi tarikh kesayangan aku, aku tetap cari sedikit masa untuk aku luahkan sedikit rasa syukur aku pada Pencipta di atas sana.


29 September 2010.
Genap usia aku 22 tahun. Ya ALLAH....Dah besar panjang rupanya aku. Bak kata orang kalau dah kahwin mesti dah beranak-pinak ni. Hihi. Gatal. *DUSH-DUSH*

Bersyukur sangat pada rahmat Tuhan kerana tika ini aku masih lagi diberi peluang untuk menghirup dan menghembus nafas seperti 22 tahun yang lepas. Juga diberi peluang untuk berubah menjadi seorang anak yang taat, seorang sahabat yang jujur, seorang pelajar yang kuat semangat, seorang rakyat yang setia, juga seorang manusia yang masih mendambakan cinta dari-NYA.



"Experience is the best teacher.''


Yes. Exactly. Pengalaman hidup selama 22 tahun ini cukup banyak menemukan aku dengan pelbagai ragam dan jenis sifat manusia yang kadang-kadang aku sendiri tertanya-tanya....

'' Eh, dia ni orang ke binatang?''

Betapa keji nya sampai begitu kasar pertanyaan yang terlintas di lubuk hati aku.*APASAL AYAT AKU TERLALU BUNGA-BUNGA CINTA NI HAAA????*

Sambung lagi, ye...pengalaman juga banyak mengajar aku untuk terus berdiri, bangun, bertahan, yakin diri dan percaya bahawa setiap apa yang berlaku dalam hidup ini sudah semestinya ada hikmah yang kadang-kala kita sendiri tidak sedar. Kerana aku tahu dan percaya dengan janji Tuhan dan semestinya aku yakin bahawa Dia adalah Pencipta dan Perancang yang terbaik.

Ok, cukuplah part sedih-sedih dan touching-touching tu..Nanti kan tak pasal-pasal berjuraian air mata. Bukan aku yang nangis, tapi kamu. Yang membaca. Hihi.


Oh ya....dikesempatan yang sedikit ini, aku nak ucapkan TERIMA KASIH sehingga ke infiniti kepada keluarga terchentaaa, saudara-mara, sepupu-sepapat, teman-teman sekolah rendah, teman-teman sekolah menengah, teman-teman matriks, teman-teman bloggers dan teman-teman UPM yang masih ingat dan bagi hadiah dan ucapan hari lahir kepada aku melalui perkhidmatan Celcom, Maxis dan mostly melalui FACEBOOK. Terlalu ramai untuk aku sebutkan satu-persatu di sini takut nanti ada yang terkecewa jika namanya tiada dalam senarai.

Eh? yang kedua puluh? Hahaha. Ini birthday cake 2 tahun lepas. Sempat celebrate dengan family 2 hari sebelum 1 Syawal. Tahun lepas xsempat nak celebrate ramai-ramai. Tahun ni mungkin lambat sikit kot. Semua tak cuti.

Teringat pulak zaman sekolah menengah dulu. Tiap-tiap tahun celebrate birthday dengan meber-member kat hostel. Paling best sekali masa Form 5 sebab kitorang celebrate sekali birthday aku dan sorang lagi kawan aku, Fiza. Meriah giler time tu. Makan 2 biji kek sekali gus. Hahaha. Dan itu adalah sambutan hari lahir yang terakhir dengan teman-teman sekolah dulu sebab lepas sekolah dah susah nak berkumpul ramai-ramai espsecially time birthday camni........Aaaa...sedih!

Apa sedih-sedih ni wei???? Udah-udah.....
Sebelum saemua orang bosan baca entry yang pnjang ini, baik aku beredar dulu. Perlu keluar mencari sesuap nasi. *PERGI BELI MAKANAN UNTUK BERBUKA DAAAAA*

Ok, once again to diri sendiri:

SELAMAT HARI LAHIR!!!!!!!
(Harapan dan impian biarlah diri-sendiri je yang tahu.Hihi)
Dush-dush.Kebooom.Keboooommmm.Kebabaaabow!!!!!!!*BUNYI BUNGA API*

Till then, Babai.

4 comments:

lilylala said...

happy bday sayang..nanti kite jupe..smoga pnjg umo n murah rezeki.takpe,masih pnjg perjalanan mu.skt mule2 supaya sng2 di kemudian hari.i kan ade.u jgn bmbg.i lap u ;)

May Maisarah said...

hoyeahhhh!!!!!!!!! amin.amin.amin...arigato gozaimas cik lily!!!! syg kamu jgk!!!!!!!

Syariniey Amran said...

salam
epy bufday cik may
moga sentiasa diredhai NYA
:)
thanks singgah blog sya tu

tajuk lagu
Dilema by Intan Nuraini

May Maisarah said...

Okai.thanx ya sya.. ;)