17.9.10

Riang-ria Syawal # 1



SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!!!!

Wah wah wahhhhh......sakan beraya noo.....sampai tak hingat nak balik rumah ye kome-kome semer ni yer?????

Dah hampir 2 minggu balik kampung baru hari ni dapat meriahkan blog sendiri. Bahagia dan gumbira betol balik beraya kali ni. Tak tahu kenapa. Dan tak dapat nak diungkap dengan kata-kata betapa bersyukurnya aku dikurniakan dengan nikmat ini oleh Yang Maha Agung di atas sana kerana diberi peluang untuk bertemu Ramadhan dan Syawal yang menenangkan hati dan jiwa. Alhamdulillah.....(Ada rasa insaf tak?)

Yelah kan, masa raya ni lah dapat berkumpul semua adik-beradik, saudara-mara, rakan-taulan yang nun jauh di hujung dunia dan yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Masa ni lah jugak waktu untuk mengeratkan semula hubungan yang makin hampir terputus, membetulkan apa yang yang kusut, menjernihkan segala kekeruhan yang terjadi, dan yang paling penting masa ni lah waktu sesuai untuk KUMPUL DUIT RAYA!!!!!!!! (Maksud aku, kanak-kanak la)

Tapi kan....walaupon aku bukan lagi kanak-kanak yang gumbira sakan bila dapat duit raya, aku tetap HAPPY SANGAT-SANGAT sebab tahun ni kan...tahun ni kan aku dapat jumpa dengan kawan-kawan sekolah rendah aku yang dah sepuluh tahun tak jumpa. (Padahal kami semua duk sekampung jer)

Yelah kan masing-masing sibuk dengan tanggungjawab dan komitmen masing-masing. Dah tak ada lagi masa nak naik basikal sama-sama pusing kampung, main kejar-kejar, main hide-and-seek lepas habis waktu sekolah dan macam-macam lagi kisah budak-budak sekolah rendah yang penuh dengan kegembiraan semata-mata.

Ini sebahagian memori yang tercipta anatara kami pada hari raya ketiga dan kelima tahun ini. Layannnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!

Gambar kat atas ni semua masa kat rumah Cikgu Farah. Tapi, malangnya cikgu tak ade kat rumah masa ni, yang ada hanya anak bujang cikgu jer. Nak tunggu cikgu balik lambat sangat sebab banyak rumah lagi nak pergi kan. So, tak dapat beraya dengan cikgu, beraya dengan banglo cikgu yang meletopss ni ok la kan.

Kat rumah Mr Aslam yang berbaju krim tak berapa nak krim tu haa.....Semua ni member sekolah rendah dulu.

Ini di masa open house di rumah Cik Ekin kita yang bertudung oren itu haaa....10 tahun tak jumpa dia wehh.....Last jumpa masa ambil result UPSR tahun 2000 ni baru jumpa balik. Sadis, bukan?



Ahaa........saat-saat yang ditunggu-tunggu. Part beraya ke rumah Cikgu Man, cikgu kesayangan semua memang best wa cakap lu...... Cikgu Man yang baju hijau tu. Huhh...lama jugak lepak kat rumah cikgu. Paling best nasi dagang yang bini cikgu buat. Pehhh...

" Menjadi jugak semua anak-anak murid cikgu ek,'' ayat yang paling aku tak leh lupa. Hahahaha.


Ni open house kat rumah Cik Tirah kita. oh, ni bukan member sekolah rendah. Ni member sekolah tinggi plak. Hikhik.


Open house di rumah Cik Lily. Yang ni memang best sebab dapat jumpa ramai member sekolah tinggi dulu. Tapi, sedikit keciwa sebab tak dapat nak snap pic banyak-banyak sebab masa ni ramai sangat tetamu. Tuan rumah tak menang tangan nak melayan tetamu.


Last but not least, open house di rumah gua laaaa! I tak ada dalam gambar sebab I kesiankan mereka, tak ada orang nak tolong snapkan gambar dorang semua. Hahahaa....Cun semua kawan I ni kan?

Fuhhh....letih. Nak g sambung makan almond london jap. Bai.

No comments: