Hari terakhir (2 September 2010) sebelum pulang ke kampung halaman untuk bercuti HARI RAYA AIDILFITRI selama 2 minggu.
Best waa cakap luuu sebab dapat lepak-lepak cuci mata walaupon hanya sehari dengan sahabatku terchenta, t-rah. Dari awal semester lagi kitorang plan nak keluar sesama tapi tak jugak jadi-jadinya. Last-last kali ni baru jadi kenyataan. T-rah turun dari Perlis sana semata-mata nak menunaikan janjinya padaku. (Walaupon sebenarnya budak ni turun KL sebab nak shopping raya!)
Dipendekkan cerita, Trah sampai KL dalam pukul 5.30 pagi then pergi ambil dia kat Stesen KTM Serdang. Bagi dia rehat-rehat jap kat bilik aku sebelum memulakan pengembaraan kami. Letih kot trah naik keretapi dari pukul 7 petang lagi.. Sian kawan aku sorang nih.
Bukan main dia tidur lena jer atas katil aku walaupon aku berat hati nak kejutkan dia. Shopping punyer pasal...
''Trah...bangun!!!!!!!!!''
Hahaha. Kitorang keluar dari Kolej aku dalam pukul 11 lebih.
''Good Bye K17. Lagi 2 minggu aku datang balik yep.''
Kitorang pergi Mid Valley dulu sebab nak simpan beg. Giler ko pergi shopping sambil galas beg yang nak bawak balik rumah ni. Berat weh. Nak shopping pon takde selera taw kena bawak beg berat gini. Lagipun barang Trah pon banyak jugak.
Then pergi la 2 budak yang tengah teruja ni ke Sogo KL dan sekitar Jalan TAR. Nasib baik orang tak ramai dan tak sesak sangat. Mungkin sebab awal lagi kot. Banyak la jugak duit terbuang di sana. And then dah siap pergi Mid Valley balik untuk berbuka puasa.
Guess what?? Pukul 5.30 petang kitorang dah tunggu kat food court. Kononnya nak chop meja. Hahaha. Awal memang la awal...tapi berbaloi la tunggu lama-lama sebab memang bukan senang nak dapat meja kat food court kalau bulan puasa macam ni. Ramai sangat yang sibuk je nak bukak puasa kat sini jugak. Heh!
SEBELUM BERBUKA......
4 slices of Secret Recipe. Aku punya choc indulgance (the best ever), tiramisu. Trah plak yang aku ingat banana choc. Lagi satu tak ingat.
Yeahh...The one who has high desire!!! Hehehehe, Trah laling, dont angry with me. xo
SELEPAS BERBUKA......
Tadaaa.....habes licin pinggan waaa cakap lu......See??? This two girls memang kuat nafsu.....nafsu..nafsu MAKAN laaaaa!
Apa-apapon aku memang enjoy and happy giler hari tu tambah-tambah lagi pas bukak puasa terus rushing pergi Hentian Putra untuk balik ke kampung halaman pula. Ohh..memang heaven giler. Terima kasih Ya ALLAH dan Thanks ye Trah... Nanti kita lepaking lagi.
p/s: Cik Lily, sila bertabah! hehehe
No comments:
Post a Comment