10.12.14

A So Called "Darah Manis"

Assalamualaikum.


Begitu pantas masa berlari. Kira-kira hampir 3 purnama dahku mengikat getah tali pertunangan bersama pilihan hati yang sentiasa menjadi penghibur duka dan lara, Z. Menamakan beliau sebagai Z di dalam halaman ini kurasakan sedikit cool. Wohaa ! Perasaan jadi tunang orang... Hmmm nothing much, masih sama macam sebelum jadi tunang artis orang except for ada cincin kat jari. Auwwwww. Yelah, aku tak pernah memiliki cincin seumur hidup aku 22 tahun ni. Sobs. Nasib baik dapat bertunang, dapat la feeling pakai cincin tu cemana. Wahahaha. 


Sebenarnya kisah tunang ni tak begitu dirancang sangat lah antara kami berdua. Maksud aku takdela beriya sangat setahun sebelum tu dah plan itu plan ini. Macam mana nak plan setahun sebelum, love is in the air pon tak sampai setahun lagi. Haha. Tapi apa yang aku boleh cakap hubungan ini kelihatan begitu smooth, sentiasa dipermudahkan oleh Dia. Alhamdulillah... Starting from soalan keramat beliau pada aku on one fine night cewah ! Start dari situ la putik-putik cinta di mana lautan api sanggup kurenangi bukit tinggi sanggup kudaki bermula. Gituuu kau metafora taknak kalah. HAHA.


Kononnya lepas dah declare jadi makwe dan pakwe WEK WEK we ols terus tak pandang belakang dah. Kalau boleh nak pandang depan jeeeeeee takmo patah balik mana-mana dah. Over kau. Maksudnya dari situ kita mula nak kenal hati budi masing-masing dengan lebih deep. Ye deep. DEEP. Sebab kalau tak deep macam mana kau nak tahu yang dia betul-betul ikhlas nak dekat kau. Apa kau ingat nikah kahwin ni macam main pondok-pondok ke harini cakap nak esok nak lagi lusa dah bosan kau blah. Oh HELLO ! Dah aku nak emo lelebih ni kenapa. Okay okayyy sorryyyyy. 


Sambung.


So first step yang aku buat waktu tu adalah bawak Z jumpa Abang sulong aku aka Papa Aidi Mirza. Disebabkan dia je orang yang paling rapat dan paling dekat dengan aku kat KL ni makanya dialah orang yang tepat untuk aku rujuk. Gitu. Itupun lepas abang aku tanya bila nak bawak Orang Puchong jumpa dia. Oh ye Orang Puchong tu merujuk kepada Z sebab sebelum ni memang selalu guna kata ganti nama untuk beliau sebagai Orang Puchong. Wakakaka. Macamla Puchong tu bapak dia punye. So we had a beautiful early dinner at Flaming Steamboat on 8th March 2014.Tapi sebelum nak jadi beautiful tu haaaaa si Z bukan main nebesssss. Wahahaha. Nervous tapi still nak cover macho. Menyampah tauu you ni. Nasib baik I sayang. Eh.


Hello. Aidi Mirza dan Timay. We are bff.
Overall, everything went well. Aku tengok Z dengan abang aku okey la sembang-sembang makan sembang makan jeling aku makan dan curi-curi pandang aku. Haha. Aku perhati je la.. bagi chance abang aku interview Z. Depa okey je. Takde benda pelik berlaku. Alhamdulillah. Setel Ujian 1. Haha


.
Kof kof koffff *buat-buat batuk* Tahniah sebab berjaya buat-buat tenang jumpa Abangku. Hehe.


Kehidupan diteruskan seperti biasa. Oh ye, masa tu Z banyak ulang-alik Puchong-Paka sebab kena in-charge projek kat sana. So ada satu hari tu dia ambil peluang untuk pergi jumpa mak bapak aku kat kampung. Maka Ujian 2 menanti Z di Kuala Terengganu. Kihkih. Ujian kali ni harulah a bit tougher compare dengan Ujian 1. Mahu tak tough, nak gi jumpa mak bapak aku kot. HAHA. 


30 Mac 2014. Tarikh Ujian 2 untuk Z. Hehe. Oh ye, masa tu aku pon ada balik kampung. So, takdelah mamat tu gelabah sangat, yelah pompom girl ada. Boleh la aku support dari sebalik jendela. Ewah ! Haha. Semua okey je... alhamdulillah.. mak ayah aku bukannya jenis pelik-pelik request macam-macam. Steady and cool...., tengokla anak dia siapa. Ok takde kaitan.So, a big congrats, Sayang ! Sebab berani gagahkan diri jumpa bakal mak pak mertua. Wiwiwiwiwi. 


Dah habis gelisah dan gundah gelana di hatimu wahai kekanda? HEHE


Selepas dua pertemuan antara Z dan abang sulong aku serta mak ayah aku maka berakhirlah sedikit ujian buat beliau. Disebabkan tiada masalah dan isu berbangkit, (alhamdulillah syukurrrr) hubungan ini sememangnya harus diteruskan bagi kelangsungan hidup kau dan aku. Haha. Maka datanglah pula ujian buat daku ye buat daku kerana pada suatu hari Z telah membuat keputusan untuk membawa aku mengadap kedua orang tua beliau.


Perasaan waktu tu... of course la aku cool je. Being a girl named Maisarah haruslah cool, steady, tenang, comey, dan gagah. HAHA. Ok tak. Aku sedikit  gementar sebenarnya. Sedikit sahaja, tak banyak. Ala-ala gementar ayam. Dah kenapa ayam pulak? Entah. Aku pon tak tahu kenapa tiba-tiba keluar perkataan ayam di situ. Abaikan sahaja.


Secret Recipe One City USJ menjadi saksi pertemuan 6 pasang mata. Kenapa 6? Sebab ada 2 mata aku, 2 mata ayah Z dan 2 mata mak Z. Mata adik-beradik Z yang lain tak perlu kira sebab mereka masih belum baligh. Sekali lagi takda kaitan. Pffttttt. Dipendekkan cerita, semuanya berjalan lancar.


Alhamdulillah. 


Hubungan antara Z dan M mendapat lampu isyarat hijau dari kedua-dua belah pihak. Syukurlah... itu je yang aku harapkan. Restu mak ayah aku,restu mak ayah Z.:)


Dari situ la baru start fikir untuk ke next step which is ----->>> TUNANG. 


13 September 2014, merangkap hari lahir Z. Disebakan aku ni seorang awek yang sweet maka aku setuju untuk pilih tarikh tu sebagai hari kami bertunang. Persiapan biasa-biasa sahaja. Semuanya aku DIY. Nothing fancy, its just like a small beautiful engagement ceremony for two of us. For sure, it will be one great moment for us. The day we tied the knot, di mana aku kini sudah di-chop oleh Z. HEHE. *tutup muka dengan bantal*


Bermula dari tarikh itu kami berdua mula pening fikirkan tentang persiapan untuk majlis perkahwinan. Phewwwwwwww. *lap peluh*


To be continue......

No comments: