31.7.11

Alkisah Hari Ini Bersama Beliau

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum.


Sebelum aku berceloteh dengan lebih mendalam, ingin aku tekankan di sini bahawa entry ini adalah kesinambungan daripada:
  1. Kisah Aku Semput dan juga 
  2. Kisah Mereka Juga Semput
Bagi anda yang tak tahu apakah kisah di sebalik itu, silalah klik pada kisah-kisah dia atas. Terima kasih. =)

Ok, mari kita sambung kisah kita pada hari ini. Tapi, aku konfius la apesal ayat aku macam ayat nak tulis karangan Aku Sebuah Buku je ni? HAHAHA. Lantak pi lah.

Hari ini...aku sangatlah gembira sebab dapat ketemu kawan baik buah hati pengarang jantung aku sebelum beliau "diikat".

Hari ini.....mungkin hari terakhir aku keluar bersama-sama beliau sebagai 2 anak dara atau dua anak gadis atau dua gadis sunti atau dua dara pingitan atau dua sahabat yang masih bujang. Amekkk kau! HAHA

Hari ini...kami bergelak ketawa berHUHA-HUHA sama seperti 5 tahun lepas ketika kami masih di bangku sekolah.

Hari ini...kami berkongsi cerita kisah bermula segalanya bagaimana daripada majlis bertunang beliau bertukar kepada majlis berkahwin.

Hari ini...mungkin hari terakhir aku meluangkan masa bersama beliau sebagai seorang sahabat yang masih belum dimiliki oleh seorang yang bergelar suami.

Hari ini...aku menemani beliau ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu (KT) untuk menghantar borang nikah beliau. (Oh ya, sekarang beliau sudah mampu menarik lafas lega kerana part paling penting untuk berkahwin sudah selesai iaitu tarikh untuk akad nikah berjaya ditetapkan. So, my friends, just wait for her invitation okeh! She will announce it soon!)

Hari ini...kami bersama-sama mentakedarah ayam kay ef si berhampiran Mydin KT.

Hari ini...kami sama-sama meredah kesibukan bandar KT semata-mata untuk memborong barang-barang perkahwinan beliau.

Hari ini...kami ketemu 2 sahabat baik sekolah menengah dulu secara tidak sengaja ketika memborong barang-barang di Pasar Besar Kedai Payang.

Hari ini...kami sama-sama menunaikan solat Zohor dan Asar bersama-sama di Masjid Putih KT.

Hari ini...kami sama-sama menyanyi-out-loud di dalam kereta ketika lagu 2 Insan berkumandang di Radio Era.

Hari ini...kami sama-sama gelak macam potianak apabila kami terlihat Pakcik berbangsa Cina menuding-nuding jari ke arah kereta kami kerana beliau telah tersilap masuk ke jalan sehala (kami di lane bertentangan). Saborrr je lahhh!!! HAHA

Hari ini...aku banyak terkejut beruk kerana beliau acap kali brek mengejut ketika memandu. Oh babe, kau memang tak boleh bawak perempuan mengandung bersama2 kalau kau drive. Mahu terberanak orang tu. HAHA

Hari ini...dia memberikan aku sepasang baju putih yang sangat indah untuk aku pakai sebagai pengapitnya di hari pernikahannya nanti. (Seriously baju tu memang dah setaraf dengan baju pengatin ok. OMG!!! Cantik sangat!!!!)

Hari ini...aku pulang ke rumah lantas terus mencuba baju putih itu dan Aaaaa.....




Hari ini...aku dengan penuh eksaited giler nak mampus mati panggil Puan Emak untuk tengok aku pakai baju tersebut sambil pose tak tumpah seperti Gisele Bundchen (tak tahu ke siapa gisele bundchen? Ok, kau google la sendirik. malas aku nak explain lebih2 sebab dia bukan watak utama dalam kisah kita hari ini) sambung, seolah-olah gisele bundchen tengah pose kat atas stage lantas Puan Emak berkata,


"Ok, lepas ni kalau ada orang yang nak masuk meminang terima jer sebab anak mak ni dah boleh kahwin dah. Dah besar dah. Sesuai sangat dengan baju tu" (berkata-kata dalam loghat Terengganu)


Ahahahahaha! Aku dah tergolek-golek dengar mak cakap begitu. Lantas aku menjawab,


"Ye ke mak? Ok2...mak prepared je lah lepas ni untuk terima menantu lagi sorang."


HAHA! Alahai omak........



She's the one. Excited cari tudung untuk Akad Nikah. Sambil test tudung sambil bertanya dekat bakal suami pasal tudung yang sesuai. Hp always di tangan okeh! Aduhai....:p



Si teman yang baik hati ke sana ke mari bersama beliau mengelilingi bandar KT sepanjang hari ini.






Kebetulan bertemu lagi 2 sahabat baik yang dah lama giler tak jumpa, berbaju merah itu Wan Najmiah (Oh Wan, anda sudah kurus!) dan berbaju purple itu adalah Syarifah (Syaa maintain jer macam zaman sekolah dulu, kecik molek). Sebab eksaited sangat jumpa dorang terus keluarkan camera amek gambar tang tu jugak. Padahal kalau hari2 biasa takde maknenya nak posing kat tengah2 Pasar Payang tuh!  HAHA!


Sambung lagi...


Hari ini...aku just nak cakap yang perasaan aku sebenarnya bercampur-baur. Aku sedih, aku happy, aku excited, aku geram, aku bangga, aku teruja, aku aku aku....aku rasa segala macam perasaan dah menyelinap dalam hati aku sebab.....kawan baik yang selama ni duk bergelak ketawa HUHA-HUHA dengan aku dan yang selalu bagi pinjam bahu dekat aku akan bergelar seorang isteri sebulan saja dari sekarang.

Entah kenapa aku rasa macam akan kehilangan dia......*mata dah berair dah ni*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


My dear Etiey


If you read this, I just wanna let you know that having you as a BEST FRIEND who I received from The One Up There since 8 years ago is the best gift ever in my life.


I can't tell you how much i love you because my love for you as a FRIEND is just infinity!


I pray for you so that all the preparations for your big day will goes well as both of you and Ehya'  planned. InsyaAllah....


(Sorry sebab tiba2 aku emosional ckit sekarang ni. Hihi)


Ok, dah ok..dah lap air mata. So, what ever it is you will always be my friend...my best friend forever even you are not anak dara lagi. HAHA!


Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, segala-galanya akan dipermudahkan. InsyaAllah....


Untuk terakhir kalinya, aku nak ucap dekat semua yang beragama Islam


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.


‎"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" (al-Baqarah:183).

Sedikit renungan kita bersama. (KLIK)

Semoga Ramadhan ini...,ringankanlah lidahku, peliharalah masaku, permudahkanlah sujudku, bersihkanlah hatiku dan jagalah tubuhku. InsyaAllah.


P/S: Malam karang jangan lupa bangun sahur okeh!

LOVELOVELOVE!!!!

No comments: