2.8.11

Sepetang Bersama Makhluk Ciptaan Allah Yang Alolololololo Comel, Bushuk, Manja Dan Gebu






Assalamualaikum.

Second day of fasting. So, how's your fasting today? Still ok, right? You are not kid anymore la! Hopefully all of us are able to complete this Holy month with A+. Insyaallah...


Nak tengok salah satu makhluk ciptaan Allah yang alolololololo comel2 bushuk2 manja dan gebu tak???? Sebelum tu meh aku nak cerita sikit kat hangpa semua bagaimana aku boleh terjebak dengan makhluk Allah yang alolololololo comel2 bushuk2 manja dan gebu ini. Oh ya makhluk itu adalah..........TUCENG. Eh, bukan tuceng tapi KUCING.


Alkisah cerita bermula. Hari tu hari Sabtu. Bukan Sabtu lepas tapi Sabtu yang lepas dan lepas. Maksudnya Sabtu 2 minggu lepas. Tapi baru hari ni nak upload cerita. HEHE. Okeh kami (which are aku, pakwe kecik aku, kakak pakwe kecik aku dan si penggemar roti tempayan who is sepupu kepada pakwe kecik aku) dengan penuh gigih pergi ke Stadium Sultan Mizan, KT. Sebab apa aku cakap gigih?


Sebabnya masa 1st time dah sampai kat stadium abang aku call mintak kunci rumah. Aku terlupa nak tinggal kunci rumah kat port biasa sebab time tu mak ayah aku pergi kenduri kahwin. Abang aku dah keluar awal2 lagi. Aku orang last yang tinggal rumah. So, kunci ada dengan aku. Nak tak nak terpaksala kami pusing patah balik ke rumah nak hantar kunci kat abang aku lepas tu baru pergi stadium semula. Adeh! Nasib baik stadium dengan rumah dekat je.


Pungpang pungpang dalam kereta akhirnya dah sampai stadium. Oh lupa aku nak bagitahu kami pergi sebab sempena (tengok gambar kat bawah)


Ya! Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu 2011 (ye ye je aku suruh tengok gambar lepas tu aku taip balik. haha). Oh korang mesti bayangkan kami ni jiwa orang2 tua kan. Ye ar, sebut je penternak, peladang dan nelayan mestilah orang2 tua je yang terlibat dengan benda2 macam ni. Mesti ada pameran durian BAEKKK PUNYER dan segala macam jenis buah-buahan, lepas tu ada binatang2 ternakan, alat2 tradisional untuk tangkap ikan, so on and  so forth.


Nehi...nehi babuji...tujuan utama kami susah payah pergi stadium sebenarnya sebab ni haaa.....


Yeah! Sebab kami nak tengok makhluk ciptaan Allah yang alolololololo comel2 bushuk2 manja dan gebu tu. Lupa aku nak bilang sama kamu, pakwe kecik aku nih memang suka benau dengan kucing. Sebab tu la dia comel, asyik bersama dengan kucing dia je di mana sedikit sebanyak kecomelan kucing2 tu dah merebak ke muka dia. HEHE. Tak percaya pakwe kecik aku ni comel? Nah tengok.



Haa please say Hi to my cute little boyfriend, Apik! (yang girl tu kakak Apik dan yang sorang lagi besau dari Apik tu sepupu dia) Tapi kan...sebenarnya dia lagi comel dari kucing! Hihi. i love u pakwe kecik!


Okeh sambung cerita. Pertandingan kucing ni berlangsung 2 hari, Sabtu dan Ahad. Tapi kami pergi hari Sabtu je. That day hari pertandingan where as Ahad hari pameran. Masa kami sampai tu tengah ada pertandingan pakaian beragam. Giler comel dan kiut-miut kucing2 tu wa cakap sama lu....


Marilah kita basahkan tekak dengan gambar2 makhluk ciptaan Allah yang alolololololo comel2 bushuk2 manja dan gebu ni.


Nama: Adam Hassan Mustaffa.

Bulu dah macam permukaan kek pelangi. 


Nama: Dafi Shuib Ab. Wahab

Oh..this one was sooo adorable. Geram giler aku nengok mamat nih. (mcm sure je ni kucing jantan.haha). Comel giler dia tidur. (jap, aci la eh aku guna kata ganti diri "dia" untuk kucing ni yer). Yang tak tahan tu boleh pulak tuan dia bagi pakai jersi bola. Perghhh! Bertambah2 macho mamat ni.



Nama: Zaiton Aleesya An-Nur

Yang ni aku tengok dah macam mak orang. Maksud aku kucing ni rasanya dah ada pengalaman mengandungkan anak kucing sebab body dia macam ada banyak lemak2 degil. Biasakan ibu2 mengandung mesti ada banyak lemak2 degil lepas bersalin. (maaf ye pada ibu2 mengandung kalau terasa dengan ayat2 aku ni). Ok, Erra Fazira tak masuk dalam kes ni sebab Erra dah pergi Slim World!



Nama: Rogayah Danielle Farisya

Haaa! Ni kucing jiran aku. Dia pon masuk sekali dalam pertandingan ni. Kucing dia ni memang gorjes yang amat. Aku lupa la apa jenis kucing ni tapi yang pasti dialah kucing yang saiz paling besau antara kucing2 yang ada hari tu. Serius, aku lupa dia ni baka apa.


Ok, next gambar2 masa pertandingan pakaian beragam pulak. Take a look, my dear~~



Sehat walafiat betul kucing ni. Akak, nak sain!


Nama: Qistina Laila Chempaka Sari

Yang ni pulak dia punya tuan sama comel dan gebu dengan kucing. HAHA. Bukan main kau siap dengan rambut palsu curly2 gitu..Auwwww! Kalau aku tak silap kucing ni menang. Kami tak tunggu pon masa keputusan diumumkan sebab lepas tengok kucing kami ke tempat lain pulak.



Nama: Fernado Abu Jalil

Yang ni pulak dia punya bulu mak ai...kalah orang utan! Kan? Lebatnyalah...agaknya tuan dia guna shampu Rejoice kot time mandikan dia. Guna jari pon boleyhhh! Auwwww lagi sekali.



Nama: Siti Mia Natasya Najibah 

Wahhh..yang ni steady jer... Bulu lembut, tebal, muka comel, aihh...pakej lengkap. Topi kotak2. Menawan!



Nama: Suresh Kamariphan

This one also...not bad! Comel jugak.




Nama: Qaseh Amani Najwa

Sayang yang ni sebab aku tak sempat nak snap muka dia. Akak ni cepat sangat masuk. Tapi kucing dia pon comel jugak. Gegebu! HEHE. Baju dah ala-ala princess so dengan yakin aku berkata kucing ini adalah kucing betina.


Yang ni pon aku gagal untuk dapatkan posisi yang baik ketika tuan kucing membuat catwalk di depan khalayak. Tapi tak pa sebab ni sebenarnya adalah Zaiton Aleesya An-Nur, yang aku dah tunjuk awal2 tadi. Kalau tak ingat kau scroll la ke atas semula.


Nama: Pia Atiqah Qaisara

Gambar ni aku sendiri yang konfius siapa sebenarnya watak utama. HAHA. Maaflah ye, lagi sekali aku gagal mendapatkan pose yang menarik. Tak nampak sangat kucing itu. Kesian kau kucing... Tapi yang pasti baju dia memang awesome. Lawa kot! Hitam itu mutu, gaya dan keunggulan.


Nama: Zainal Alexendra Adam

Wahhh...sangat gigih dan tekun si penulis menangkap gambar2 makhluk ciptaan Allah yang alolololololo comel2 bushuk2 manja dan gebu. Oh ya, si penulis yang memegang camera berbaju merah berpaha besau itu. HAHA. Ok, penulis memang sehat, kembang dan gumbira sekarang sejak 3 bulan menternak lemak secara percuma di Rumahku Syurgaku.


Nak tengok lagi ke gambar makhluk ciptaan Allah yang alolololololo comel2 bushuk2 manja dan gebu? Kalu nak tengok banyak lagi anda boleh klik DI SINI. Page itu adalah page rasmi Kelab Kucing Malaysia (KKM). Silalah like page itu kalau anda penggemar dan peminat makhluk ciptaan Allah yang alolololololo comel2 bushuk2 manja dan gebu. Kat situ banyak gambar kucing yang diupload oleh penggemar2 makhluk ciptaan Allah yang alolololololo comel2 bushuk2 manja dan gebu.


Then lepas habis pertandingan pakaian beragam kami pon beredar pulang sebelum menjeguk2 di sekitar kawasan tapak pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Tak best pon, boring sebab aku tak minat benda2 macam tuh. Kalau mak aku mesti suka sebab dia kan minat dengan alam semulajadi ni. Masakan dia ada taman bunga sendiri kat depan rumah kami.


Lepas tu kami pergi lepak-lepak kat tepian pantai sambil menikmati angin yang sepoi2 bahasa Melayu Klasik
berserta keropok goreng dan air kelapa aka air nyior.


Betapa khusyuk si pakwe kecik menikmati sebatang nuget. (makanan peberet dia tu)



Aummmmm...



Apa tengok2?? Terliur eh tengok nuget caye? Tak boleh! Kakak, abang kan tengah puaca... (kata Apik kepada orang yang sedang membaca entry ini)



Eh, dah nak habislah nuget caye....


Dari kiri cepat jalan: Apik, keropok goreng, Zati kakak Apik, air nyior dan si penulis. Sepupu Apik: Tiada di dalam gambar kerana beliau bertindak sebagai jurupicture.


Dan yang terakhir.....



Saksi cinta May dan Apik. HAHAHA!

Aku rasa dah lebih 5 minit anda berada di blog ini. Untuk tidak melengahkan masa anda bagi membuat persediaan berbuka puasa maka eloklah jika aku menghabiskan ayat2 terakhirku di sini. Terima kasih kerana sudi membaca kisah cinta saya pada petang yang berbahagia ini.


Selamat berbuka, selamat berterawih dan selamat bersahur.


Renung-renungkan dan selamat beramal. (tetiba)

Eh..eh..eh... Siapa pulak Si Tiger nih???? Nak tahu siapa Tiger?

Jawapannya.....

TO BE CONTINUE....

(Wahh..dah macam movie Mamat Khalid la pulak ada sambungan2..hahaha)


Nota 1: Nama2 kucing yang aku bagi kat atas tu sebenarnya aku reka je. Manalah aku tahu nama sebenar kucing2 tuh. Tak sempat aku nak pergi interview tuan dia.


Nota 2: Siapa2 yang tinggal berdekatan tempat aku, jemputlah berterawih di masjid kampung aku (Masjid Kg Tok Jembal, KT) sebab malam ni dan 4 malam seterusnya Imam yang akan mengimamkan solat terawih adalah diimport dari Mesir. Aku excited ni. Mesti sedap kan bacaan beliau?  (boleh feeling2 macam berterawih kat Mekah) :)

Nota 3: Oh, hai kepada semua followers baru blog picisan ini serta hai jugak kepada kamu yang baru kali pertama mengelik tetikus kamu ke blog ini. *sambil lambai2 tangan*. Terima kasih di atas kesudian anda membaca blog picisan ini.


Just to let u know that I' m writing here to express what I've been trough, what I've seen, felt and experienced throughout my life. Not because of money, fame or other things. I blog for fun and yeahhh LIFE IS JUST AWESOME, isn't it????


Aku mintak diri dulu la yer. Ape2 hal call jer. HEHE.

 Peaceee yawwww!

6 comments:

rathiqah azmira rosli said...

oh saya penakut kucing
wuwuwuw

cu734ngel said...

hahahahaha mati2 ingat nama kucing2 tu mmg cmtu..hahaha lawak la yu ni..adoi...kering tekak bukan sbb puasa..sebab ketawa..:)

May Maisarah said...

@Rat:

Lor...takut kucing??? Pasni cuba2 la dekati kucing yer. :)


@Cuteangel:

HAHAHA..Sesaje je reka name tuh.hihi :)

m4rilyn said...

haih..tertipu ngan nama2 kucing..

errr pakwe kecik tu...handsome lah

DearCats said...

tipah tertipooo tipah tertipoo! kemain lg akak membaca nama2 tu .. kot2 leh la copy paste kat kucing2 akak kan.. tp cun gak nama2 tu hehe.. kalau kucing utk pertandingan ni semua jenis pedigree.. ada baka dan bersijil.. abis ribu riban.. so nama pun kena la panjang2.. mcm kucing2 akak yg 27 ekow tu semua nama2 biasa.. cuma sekow je jenis pedigree nama Daisy My Darling Girl.. boleh? haha!

anyway, am having fun reading yr celoteh :)) keep it up!

May Maisarah said...

--> M2rilyn:
Sesaje wat penyedap cerita.hihi.
btw, thanks..he's so adorable!

--> Dearcats:
Akak! Kita main2 jer..hihi..whoaaa byknye kucing akak...pasni bolehlah amek name yg sy reka tu bg name kt kucing2 akak yer..hihi..=))
Thanks ye kak.