Salam 20 Ramadan
Wahhh wahhhh...dah tak lama lagi bulan Syawal nak muncul. Semua orang dah eksaited duk buat persiapan raya. Ye dok?????
Btw, aku nak tanya, anda ingat lagi tak masa kecik2 dulu anda selalu buat apa? I guess semua orang mesti setuju kalau aku cakap being a kid is one of the best thing ever happened in our life, kan??? Apa yang ada dalam kepala cuma nak main, nak makan, nak tidur.. Damnn..giler tak bahagia jadi kanak2 kan?
Hari tu aku pernah cerita pasal kenangan indah zaman sekolah kita dulu. Best kan! Ni aku nak bagitahu antara perkara yang pernah terjadi dalam hidup aku semasa aku bergelar kanak2
Masa kecik2 dulu.....
1. Malam2 tengah tengok tv kat ruang tamu then tertidur depan tv. Bila buka mata pagi esok tengok2 dah ada kat atas katil dalam bilik. Magik kan?
2. Mak selalu cakap tak boleh main kat luar rumah time Maghrib sebab hantu akan keluar cari makanan time tu.
3. Kalau lukis matahari mesti macam ni
Kan??
4. Ada satu kemusykilan bagi aku masa aku kecik2 which is aku selalu tertanya2 kenapa kalau dalam drama tv, dalam masa 2 jam tu boleh bertukar kejap siang, kejap malam lepas tu ada scene hujan la, ribut la..aku pelik la kat rumah aku masih lagi malam, elok pulak cuaca tak hujan pon. Aduhai..kesian kan jadi aku???
Lepas dah puas aku pikir punya pikir tak dapat jawapan baru aku tanya mak aku. Boleh die gelakkan aku..then barulah aku tahu rupanya drama tv tu adegan yang dah dirakam, bukan live punya...*lempang pipi sendiri sebab noob sangat*
5. Aku selalu terfikir bila aku sambung kerusi banyak2 aku boleh naik atas langit lepas tu dapat sentuh awan..Oh seronoknyeee!!!!
Haaa..macam ni lah lebih kurang......jauh kan pemikiran aku.hahaha. ni mungkin terpengaruh tengok cerita Keluang Man barangkali.
6. Hari paling best jadik kanak2 ialah hari raya sebab time tu lah berlumba2 dengan adik-beradik dan kawan2 sekampung siapa dapat duit raye paling banyak. Pehhh kenangan ni paling best aku rasa...bayangkan pergi rumah orang2 kampung semata2 nak duit raya. Kau hidang la segala macam juadah pon, kami tak heran pon sebab aim utama: DUIT RAYA!!!! Adehhh....
7. Aku selalu bayangkan kalau polis je, mesti ada misai panjang, muka garang. (ni pengaruh cerita Roda2 Kuala Lumpur, tengok A. Galak. haha)
8. Masa aku kecik2 jugak aku selalu dan suka sangat bercakap sorang2 depan kipas sebab eksaited bila bercakap atau menjerit depan kipas suara aku akan bertukar jadi macam suara robot. Innocent kan, aku? T___T
Hahaha..bukan aku sorang je macam tu. ;))
Aku rasa banyak lagi bende2 best masa aku kecik2 dulu tapi sekarang otak aku tak boleh nak recall..itu je yang dapat aku rungkai buat masa ni. Anda punya mesti lagi best dan awesome kan? Nak2 lagi kalau jadi kanak2 kampung.. maksud aku tinggal di kampung. Tak adanya macam kanak2 sekarang, bukak mata je layan Facebook. Mana ade reti nak main sorok2 dalam semak ke hape.... (eh apesal main sorok2 dalam semak? hahaha tak tahu..tak tahu...)
Haa, sekarang bagitahu aku apa kenangan yang paling anda tak boleh lupa sekali time jadik kanak2.
Mabeles kan?! :))
4 comments:
panjat pokok dgn adik!mmg best.main2 tmbak2 guna senapang terung.haha
kngn zman kecik mmg plg best!!^^
aku paling suke part ko sambung kerusi tu.hahaha ce ko try buat waktu sekarang.boleh masuk book of record woo.hahaha
chillhood memory always exist in our mind. Just need time to recall all.
-->cik ery:
hahaha..betul2..mmg bestttlahh!
-->rath:
aku dah try buat tp sampai harini x lepas2.adehhh
-->en. psychopath:
yeah, you are right! =))
Post a Comment