Showing posts with label tenang. Show all posts
Showing posts with label tenang. Show all posts

8.5.12

Small Little Things That Make Our Day




pic


Kadang-kadang bila rutin seharian penuh dengan tekanan dan emosi, benda-benda kecil yang dilakukan oleh orang sekeliling kita walaupun tidak seberapa dan bukanlah ditujukan secara langsung buat kita sesungguhnya bisa menggembirakan kita. Ye, menggembirakan hati dan setidak-tidaknya buat kita lupa seketika tentang masalah dan bebanan yang kita galas dan terasa seperti diri dihargai. Cewahh ! *ayat asyik nak sastera je. lol.


:: Abang, terima kasih untuk entry yang sangat kelakar dan manis. Oh sungguh tak terlintas di hati kecil aku untuk membayangkan abang menulis entry sebegitu. Setidak-tidaknya aku mampu tergelak even dah masuk kali kelapan aku baca entry itu. HAHAHA. I Love You, Abang ! (link entry)


:: Rumet, terima kasih kerana selalu kejutkan kita bangun Subuh. :))


:: Aj, terima kasih untuk nescafe latte yang sejuk dan menggiurkan itu.



"Apabila pelajar saya yang yg masih belum pandai menulis tesis dikerah menghantar artikel/ journal sebelum thesis mereka siap... saya benar-benar kecewa..." -Pensyarah Kesayangan Mamay

:: Dr Malina, terima kasih kerana memahami isi hati kami yang sememangnya agak tertekan mengejar datelines thesis dan yang seumpama dengannya- poster, short paper, viva, etc.... #HargaUntukSegulungIjazah


:: Awie aka Zawawi, terima kasih kerana cakap aku tak gemok even aku tahu ko saje je nak jage hati aku, kan ? HAHA.


:: My Bro Pian, terima kasih kerana selalu top-up kredit hp saya walaupun kredit sebelum ni tak luak lagi. Insyallah kredit sekarang boleh tahan sampai bulan Julai (kot). HEHE.


:: Ayah, terima kasih kerana susah payah call nak tanya saiz baju saya sebab takut tersalah beli baju di Indon. wootwoot~~~



p/s: I'm done with my journal aka short paper. Praised be to The One up there. Alhamdulillah... Now, focus on thesis writing. Second draft thesis should be submit on 10 th May. Hari ni 8 hb dah... Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh...........


p/s/s: Alhamdulillah, I woke up today and I feel good. Fever was gone. The key point here is : Get enough sleep and you will feel good. :))
pic


pic

8.12.11

Behind Every Problem, Experience and Lesson are Hidden.


Salam.


Hai belog! Rasa macam dah lama tinggalkan dunia ni. Maaflah, emosi tak berapa nak stabil sangat kebelakangan ini. Dengan kekangan masa sebagai seorang pelajar tahun akhir yang tak habis2 dimomokkan dengan pelbagai jenis tugasan, test, presentation, mini project, Final Year Project, bla bla bla, nak uruskan diri sendiri lagi yang dah tak berapa nak terurus ni. Dengan macam2 masalah dan dugaan yang datang secara tiba2 yang kadang2 buat aku rasa macam dah give up untuk teruskan perjalanan akademik yang hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum aku dapat terima scroll azimat itu! Ohhhh!!!!! 



Namun.....namun....walaupun kadang2 hati rasa macam dah tak kuat nak hadapi semua ni, tapi dengan adanya sokongan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi daripada keluarga terutamanya abang sulung dan isteri beliau yang paling dekat dengan aku kat sini plus kawan2 yang selalu bertanya aku ok ke tak diiringi kata2 semangat dari mereka supaya aku banyak bersabar, maka aku masih mampu bertahan. Dan yang paling penting haruslah diri kita sendiri. Emosi dan mental yang paling banyak pengaruhi pemikiran dan tindakan kita. Kalau selalu fikir diri kita dah tak mampu nak berdiri, tak mampu nak berdepan hari esok, lemah semangat, putus harapan, so there you go! Sebab tu lah kita selalu kena fikir positif. Jangan sebab masalah yang kita hadapi kita rasa Allah tak adil dengan kita, kita rasa kita malang. 



He gave you tests just because you are the chosen one. He know that you are able to face all those tests and problems. 


Never lose hope in mercy of Allah.;)




“And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As-Sabirun (the patient).”

(Surah Al-Baqarah, 2:155)

....................................................................................................



Nota 1: Dah setel satu presentation, Health Impact Assessment (HIA)! Everything was fine, mood Prof Zailina sangat baik masa hari kami present. Alhamdulillah.... Nanti kalau aku rajin aku update cerita HIA dekat sini. Buat masa ni boleh baca kisah HIA kami dekat belog adik manis kita kat -->> sini :)


Nota 2: Aku rindukan Kuala Terengganu. Like seriously! Rasa macam dah lama sangat tak balik. Mak, tak rindu dekat masakan anak mak ni ke? Wuwuuu... dekat Usop lagi la rinduuu rinduuu rinduuuu! Hari tu tahu tak abang call aku semata-mata nak gelakkan aku sebab nak bagitahu yang Usop selalu kena dera dengan kakak aku. Kakak aku tak suka Usop, dia selalu sepak Usop lepas tu kalau dia tengah menyapu lantai bila Usop lalu kat situ dengan Usop sekali dia sapu. Kamu sangat kejam wahai kakak! Demmm...Usop, sila kuat semangat macam tuanmu ini. Anggapla tu dugaan untukmu. Lagi sebulan Mamay balik ye..nanti Usop boleh tidur atas perut Mamay. Ops, kantoi sudaaa. haha.


Nota 3: Isnin ni cuti. Tapi rasanya weekend ni stay kat bilik je kot. Banyak sangat benda yang perlukan perhatian aku dekat sini. Ohhh that's the "awesome" thing being a final year student. LOL! Tapi kalau macam bosan sangat kat kolej nanti maybe pergi melawat Makcik aku dekat Ampang. Plus dah lama sangat tak balik sana. Nanti boleh jumpa budak comel ni.


Ini Afif Aiman. Ingat tak kat Aiman? Alaaa...yang masa majlis cukur jambul dia hari tu ada kakak aku yang cun melecun yang lain mak lain bapak dengan aku ada datang jugak tu... Kalau tak ingat boleh klik sini. Aiman dah besar... Umur nak masuk 7 bulan. Ni tengah posing dengan jubah yang nenek dia beli kat Mekah baru2 ni. Aiman, kalau takde pape nanti Aunty Mamay balik Ampang ye....nak cium Aiman!!!!! Weeeee~~~
  

Nota 4: Malam ni kena siapkan slides untuk proposal presentation. Esok Dr Din nak tengok.Wuwuuuu.


Nota 5: Jangan rindukan budak Mamay.Hiks!!!!! Ok, babai for now! Take care sayang!!!!!



26.1.11

Kenikmatan Malam Pertama Bersama.....

Dah lame aku tak stay up memalam cam ni. Rasanya ni kali pertama untuk semester ni. Dulu-dulu aku memang selalu jugak stay up especially masa kat matriks and time sekolah duk hostel dulu plus bila musim2 exam. Aku memang suka stay up sebab time tuh semua orang dah tidur and surrounding that time memang best. Tenang. Nak lagi best kalau dapat dengar bunyi cengkerik duk mengawan. Eh. Baru ada feel nak study. And nak lagi masyuk kalau time tuh hujan  lebat pulak. Perghhh memang best kalau dapat sambung tidur je. Tak payah stay up. Hahahahah.



 Teka-teki: Apakah yang terdapat di dalam mangkuk ini?


Biasanya aku akan stay up bila petang tu aku kuat main. Maksud aku bile aku dah beriadah like main tenis or jogging. Bila petang dah main, banyak keluar peluh so memang letih so lepas maghrib mata memang dah malu2 nak terbuka so so..... Sleepy maaa.... Apa lagi kan. Tak payah la nak tunggu lagi. Tidur la jawabnya. Bukan ke ubat yang paling mujarab bila kita mengatuk adalah tidur?

So, (asyik so je dari tadi) bila dah pas Maghrib masuk tidur, kalau bangun pagi esok memang over la kan. Tu nama dia tidur tak HINGAT dunia! But sometimes kerap jugak aku terover tidur sampai pagi esok terus. Huhu. Pastu bila bangun je mula la nak menyesal sebab tak bangun study. Hahaha. Alasan. Padahal memang sengaja buat2 tak sedar bila alarm hp duk meraung2.

Tapi sebenarnya bagi aku stay up dengan tak stay up sama je. Maksud aku dari segi duration study tu lah. Sebabnya, biasanya kalau aku stay up sampai pagi then after Subuh mesti aku akan tidur sampai tengah hari if weekend la. Kalau hari biasa tak boleh la, ada class. Meaning that, kalau stay up, mesti akan bangun lambat. Kalau tak stay up, akan bangun awal. After Subuh kita dah rasa segar kan. So tendency untuk sambung tidur mungkin agak tipis kecuali kalau bangun tidur hujan tengah lebat, confirm akan tarik selimut semula.

Iklan sebentar. 
Tadaaaaa~~~~~~~~~~~~
Slurrppppp22.................

Damping malam. lol


Orait, sambung balik.
Rumusan yang aku dapat buat kat sini is:

If stay up:
9pm-6am---->>study
6am-12 noon---->> tidur (qada')

If tak stay up:
1am-6am--->>tidur
6am-12noon--->>study

Sebab tu aku cakap actually tak ada beza pon, kalau stay up memalam, pagi esok tu mesti akan tidur tak HINGAT dunia. Kononya stay up. hahahaha. Well, semua tu depends on individual la kan. Sesetengah orang memang jenis burung hantu. Tiap2 malam stay up. Layan facebook. Hahaha. Contoh paling dekat adalah housemate aku sorang nih. Dia ni memang selalu stay up. Dia akan tidur after Subuh especially weekend la. Then nak masuk Zohor baru bangun. Huhu. Yang sorang lagi pulak memang jenis tak boleh tidur lambat. Dalam hidup dia memang tak ade istilah stay up barangkali. Dia tidur awal and akan bangun awal.



 Terliur tak?

 Slurrpppp....
Arghhh.....*kenyit2 mata*


Which one is much better? stay up, bangun lambat. Tak stay up, bangun awal?

9.11.10

Tujuh Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Salam semua.

Musim-musim exam ni, macam-macam perasaan yang wujud dalam kepala-kepala mereka yang bakal, sedang dan akan menduduki final exam.

*Iklan sebentar...*


Hahaha...comel giler. (Gambar tak ada kena-mengena dengan cerita kita hari ini)Credits to tumblr.

Ok, sambung balik. ;))

Malas, tak ada mood nak study, rasa nak tidur jer, serabut, tension tengok roommate kuat study dan seribu satu hal kalau tak semua, satu tu pun memang confirm kita pernah hadapi, kan? Kan? Cepat angguk kepala. *Sengih*

That's normal, baby. Don't worry.
Cikgu aku pernah cakap, kalau kamu rasa tension sangat bila nak exam, tu tandanya hormon-hormon dalam badan kamu sedang beroperasi dengan aktif. You are healthy. You are a normal person.

So, bila exam mesti kena study, kan? Mesti kena buat banyak latihan, buat nota kecil, dan sebagainya lah, depends on your own way of study. Kalau aku, bila dah last-last minute cam sekarang aku just baca lecture notes jer dan waktu ni highlighter sangatlah penting bagi aku. Entah la, aku memang tak boleh tengok lecture notes aku pudar je. Aku suka ada warna-warni. Aku suka conteng-conteng, kaler-kaler notes aku. Comel. Baru semangat nak study. Tak gitu?



Ok, aku nak share sikit artikel yang aku baca dari sebuah website kegemaran aku.
Bukak mata besau-besau. Happy reading, guys!


Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.
Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.





Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?
Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:

01.Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

02.Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

03.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

04.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

05.Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

06.Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

07.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.


Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.


Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.


Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.


Sumber : Motivasi