15.8.11

Do It Yourself: Cheese Puding With Oreo


Assalamualaikum

HOYEAH HOYEAHHH!!!!!

Nampak tak aku tengah eksaited ni sampai taip hoyeah2 tu caps lock! Yeahhh..aku memang eksaited sebab selama 22 tahun aku hidup kat atas muka bumi ni, hari ni lah hari bersejarah aku sebab pertama kalinya aku berjaya buat pudingggg!!!

HOYEAAAAHHH..HO LIAWWWW!!!


Aku jadi eksaited giler nak mampus sebab sebelum ni aku selalu je meleleh2 sorang diri bila tengok orang lain buat puding/cake. Ye, aku memang suka memasak dan banyak je lauk pauk yang aku boleh masak tapi kalau sampai part pencuci mulut ni aku memang surrender! Sebab aku tak reti buat puding, koktel dan spesis2 yang sewaktu dengannya.


Sehinggalah aku jumpa dengan satu resipi puding yang sangat simple kat belog sorang akak gorjes, Mrs VIP aka Kak Chenta Zetty. Study punyer study sampai tak tidur malam (ok, tipu) maka dengan gigihnya aku hari ni bertungkus-lumus bersilat kat dapur sorang2 untuk melahirkan sebuah karya agung.

*pukul gendangggg*


Taraaaaaa................!



Nampak menyelerakan tak???


So, nak tahu tak macam mana nak buat puding gorjes ni????

*bunyi bunga api*

Apa yang anda perlukan adalah:



Part A:

  1. 13g Agar-Agar
  2. 1 liter Air
  3. 120g Gula


Untuk Part A ni, cara dia macam nak buat agar2 kosong. Just masakkan agar2 dengan air sehingga agar2 tu hancur. Then, bila dah hancur baru masukkan gula. Kacau sehingga agar2 sebati dengan gula.


**Oh ya, kalau korang tak ade penimbang, jangan risau..(sebab aku pon tak timbang.haha) Korang boleh agak2..for this, biasanya sepeket agar2 (biasanya dijual sepeket 30g),  korang just guna separuh. Air sukat  sebanyak 4 cawan, dan gula secawan. Setel.


Now, we move on to the next step.


Part B:

  1. 3 biji Telur
  2. 120-150g Biskut Cheese - blend halus baru timbang k
  3. 1 sudu besar Tepung Kastad
  4. 400ml Susu Cair = 1 tin ya.
  5. 200g Susu Pekat
  6. 50g Mentega
  7. Biskut Oreo (di buang cream) 


Here we go!

Motif utama Part B (memasak pon ada motif.adehh) adalah untuk campurkan segala bahan2 di atas kecuali Oreo. Untuk memudahkan kerja, kita just blend semua bahan ni. Senang je, mula2 switch ON blender. Ok, tak lawak. 


**Oh lupa korang tak ade penimbang, kan? Jangan risau, ok telur tak payah la gatal2 nak timbang, amek je 3 bijik. (tapi aku guna 4 bijik, beselah aku kan tamak.hahaha), then biskut cheese tu korang beli je sepeket guna semua tuh, mentega dalam sesudu besar (lebih sikit pon sokay), len2 takde masalah kan.


Ok, sambung. 

Amek telur, blend for about 10 seconds. Then masukkan semua bahan tadi (biskut cheese yang dah hancur, mentega, susu cair + pekat, tepung kastard) kecuali oreo. Blend sekali lagi sehingga telur and all these things got sebati. 

Setel.

What you need to do now is....

Masukkan adunan yang dah diblend sebati tu ke dalam agar2 yang tengah mendidih dekat atas dapur tu. 

**PENTING:

Make sure korang kacau adunan tadi non-stop. Yes, jangan berhenti kacau sehinggalah adunan tersebut mendidih. Sebabnya, kalau tak kacau adunan tu akan jadi berketul2..Tak cantik nanti. 


Oh ya, tak payah la kacau sampai Subuh esok pagi. Bila dah mendidih itu tandanya ia sudah pon masak! Hoyeahhhh!!!! Done.


Next!


Masukkan adunan yang dah masak tadi ke dalam bekas yang anda suka. (make sure bekas tu besar, nantikan tak muat pulak.)



Tuangkan adunan diselang-selikan (layer by layer) dengan biskut oreo yang dah dibuang cream tadi. (macam dalam pic kat atas ni)

Teruskan tuang sehingga adunan dan biskut Oreo dah habis.

Then, SIAP!!!!!!!

Sejukkan, and now its ready to serve to your loved one! Cecehhh....

p/s: kalau nak sedap dan cantik, bila dah keras, terbalikkan puding ni and letak atas pinggan untuk dimasukkan ke dalam peti ais buat seketika. Puding ni sedap dimakan kalau sejuk.


Inilah hasil titik peluh gua sepanjang bersilat di dapur petang tadi.



Boleh nampak biskut Oreo tu....


Paling sedap bila gigit dekat part yang ada biskut Oreo tu sebab rasa macam coklat2 gitu...



Yang ni masa sebelum potong. Kat tengah2 tu nampak tak smooth kan? Sebab aku gelojoh sangat, tak keras sepenuhnya lagi dah gatal tangan pi terbalikkan. Hasilnya macam tu lah...hahaha.
Maafkanlah, ni pertama kali cuba buat tahu. So, banyak la kekurangan here and there.




So, tunggu apa lagi. Kalau saya boleh, anda pasti boleh juga..wahhh gitu..dah macam dekat kem motivasi pulak.adehhh....hahaha. (beselah, orang tengah eksaited ni)


Lagi satu, nak ucap terima kasih mucho gracias arigato gozaimas dan syukron muahh muahhh dekat Kak Zety sebab kongsi resepi ni dengan aku (gambar bahan2 & gambar biskut oreo kat dalam bekas tu aku amek kat blog die). Pi la tengok blog dia kat --> sini.


Esok nak buat kek chocolate indulgence macam kat Secret Recipe tuh..hahaha. *berangan!*

All the best!!!! (bagi yang nak cuba buat)


14 comments:

amira humaira' said...

nyum2..mmg sedap..terliur tgk..may kene anta kt teluk intan cket cm ni..hehehe

nada said...

wahhhh may, macam sedapppppppp. hehe

::dAuZsHaNLeY:: said...

waahh..oreo cheese cake pernah lah buat..yg ni belu lagi..boleh try ni..
tp, biskut cheese tu ape eh? xpernah jumpa pon..

Hans said...

nih rasa nak buat nih
nampak sedap
thanks kongsi resipi

Bigdaddyz said...

makan tahu la...buat tak tahu...hehe

rathiqah azmira rosli said...

hebat.tu je aku boleh cakap.tsskkkk



aku nak masak jugaaakkkk!

oke pesal aku nak emo kat page hg ni.hahahaha

cik ery said...

pehhhh.sedap nmpk.


mguji ksbran toi.heh

Einaz Shah Rizal Thomas said...

ARITU EINAZ BARU LEPAS BUAT OREO CHESCAKE ;d

amira humaira' said...

salam may..mira br pas buat..tp die jd cm pekat la may..nape eah??ke mmg cm tu??wawa..sadis btol..

May Maisarah said...

-->>amira:
yup..sedap2....mehla dtg umah may..=))

-->>nada:
bkn macam, tapi memang sedap!pehhhh


-->>daudz:
ouh..biskut tu alahhh biskut yg bulat2 masin2 ckit tuh..byk je kat kedai ade jual..cicah air best biskut nih.hihi.

May Maisarah said...

-->>hans:
bolehla try buat pasni.


-->>bigdaddy:
xpe, 6t suh wife buat k...=))


-->>rat:
tah ko ni...dh2 xpyh nk emo kat cni plk..p blk mandi cepat.hihi

May Maisarah said...

-->>cik ery:
hihi...bolehla try buat...mmg sedappppp!!!


-->>einaz:
oh ye??mesti best kan???? =))

-->>amira:
hmmm..pekat sgt ke?yg may buat pekat la jgk..sbb agar2 dh campur dgn seme bhn2 tu kan..tp xde r pekat sgt2...

adham ismail said...

sedap ke??? :O

May Maisarah said...

Am, silalah terima kenyataan ini!