9.11.10

Tujuh Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Salam semua.

Musim-musim exam ni, macam-macam perasaan yang wujud dalam kepala-kepala mereka yang bakal, sedang dan akan menduduki final exam.

*Iklan sebentar...*


Hahaha...comel giler. (Gambar tak ada kena-mengena dengan cerita kita hari ini)Credits to tumblr.

Ok, sambung balik. ;))

Malas, tak ada mood nak study, rasa nak tidur jer, serabut, tension tengok roommate kuat study dan seribu satu hal kalau tak semua, satu tu pun memang confirm kita pernah hadapi, kan? Kan? Cepat angguk kepala. *Sengih*

That's normal, baby. Don't worry.
Cikgu aku pernah cakap, kalau kamu rasa tension sangat bila nak exam, tu tandanya hormon-hormon dalam badan kamu sedang beroperasi dengan aktif. You are healthy. You are a normal person.

So, bila exam mesti kena study, kan? Mesti kena buat banyak latihan, buat nota kecil, dan sebagainya lah, depends on your own way of study. Kalau aku, bila dah last-last minute cam sekarang aku just baca lecture notes jer dan waktu ni highlighter sangatlah penting bagi aku. Entah la, aku memang tak boleh tengok lecture notes aku pudar je. Aku suka ada warna-warni. Aku suka conteng-conteng, kaler-kaler notes aku. Comel. Baru semangat nak study. Tak gitu?



Ok, aku nak share sikit artikel yang aku baca dari sebuah website kegemaran aku.
Bukak mata besau-besau. Happy reading, guys!


Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.
Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.





Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?
Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:

01.Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

02.Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

03.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

04.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

05.Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

06.Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

07.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.


Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.


Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.


Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.


Sumber : Motivasi

25.10.10

LIKE.LIKE.LIKE.

Sayang, sayang tolong la.

Sayang semua pergi dekat sini.
 Then klik LIKE.

Lepas dah LIKE, klik kat sini pulak.

Sama jugak, paling penting klik LIKE UNTUK PICTURE RAYA TU. 

Ni haa pic yang perlu di ''like'' kan....





''like''

Thanx ya for supporting me by click at my pic.
Yang tak klik lagi, silalah yer, ajak orang kampung sekali klik ramai2.
(cuba nasib jer ni..suka2...hihi.)

21.10.10

My Raya Moments Contest

Salam.
Aku tahu Syawal dah lama meninggalkan kita. Tapi aku jugak tahu bahawa aku tak tertinggal lagi untuk join contest ini.

Since contest ni simple dan mudah saje untuk disetelkan so, aku tergerak hati jugak nak memeriahkan contest ni. Plus nak support jugak blogger2 yang anjurkan contest sebegini.Well, 'support-menyapport' itu bukan kan indah??? Menang kalah letak belakang, bukan tepi. Yang penting aku dah tunaikan tanggungjawab sosial. Ehek2.

Ok, here are some photos that I would like to put on this contest. My Raya Moments this year. Trust me, it's awesome, baby! (Oh ya, abaikan tarikh pada gambar di bawah. Salah tu. Lupa nak setting time kat camera. Eksited posing!)



Ini gambar aku dan semua adik-beradik aku masa pagi Syawal. Cukup lima-beradik. Kami bergambar di taman kesayangan bonda kami. Tema tahun ni: PINK!




 Yang ni orang kampung aku cakap candid! Ahaa...gambar candid. Terima kasih kepada Encik Sepupu sebab tolong snapkan. Model utama: RUMPUT bonda. Hihi.


Ahaa...this is the best ever  picture I have. Encik Ayah dan askar-askarnya yang dah besar panjang semuanya. Tengok, bukan senang weh kitorang nak suruh En. Ayah buat gaya manja dan gedik camtu. Dengan baju melayu pink lagi tu haa... Comel giler aku tengok!


Last sekali, I need tu sertakan sekali ayat ni.

My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150) and Denaihati (RM200)

Ok, I'm done!
 Encik penganjur, cepat serbu saya! Hihi.

Update: Al-fatihah buat seluruh keluarga bro eyriqazz di atas pemergian ayah tersayang. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

14.10.10

Surprise!!!!!!!!!!!!!!!!!!

I just wanna give my big hugs and smiles to her........

(>____<)/

You know why????

 Because...


Ohhh my...........................I got a surprise from my cutiey loviey duviey friend, Trah, yesterday.
 You know how it feels when you do not expect anything and then it suddently happen to you?!!!!

 Aduhai, Tuhan je yang tahu perasaan aku. Ok, sebenarnya camni, Trah suruh aku tolong hantarkan kek birthday kepada teman istimewa dia yang satu kolej dengan aku. Semalam birthday teman dia tu. Memandangkan Trah nun jauh di Perlis dan aku memang nun dekat dengan teman itu, so memang kejamlah kan kalau aku tak tolong hantarkan. So, aku on je lah.

Semua dah setel, Trah dah bagi no handphone aku kat Tuan punya delivery cakes tu untuk contact aku in case la tak jumpa kolej aku kan.

So, semalam dalam pukul 10.30 pagi akak kek tu call aku cakap dia dah otw nak pergi kolej aku. Aku free je pagi tu, next class plak pukul 2 petang. Everything went smoothly.

Dalam pukul 11 lebih akak kek tu samapi kolej aku. Ok, fine. Dah terima semua kek tu. Ade dua kotak kek. Ni haa......


Mula-mula aku tak sedar lagi. Aku just expect dua-dua kotak kek tu untuk teman Trah. So, aku buat bodoh je la. Jalan naik atas blok aku dengan kek tu sebab nak kena simpan dalam peti ais dulu before hantar kat teman Trah because He still at HKL sampai petang. Nanti kan cair camtu je cup cakes yang sanagt kiut-miut itu.


Dah samapi bilik, aku perhati betul-betul cup cakes yang belah kanan tu. Then, aku perasan, Eh apesal ada nama aku plak kat atas cup cakes tu?  aku dah lain macam dah, takkan Trah tak sedar dia dah salah suruh akak kek tu letak nama.

Meh aku close up lagi. Ni haa......


You see??? ''
HAPPY 22nd BIRTHDAY MAY''


Oh my god. Ya ALLAH!
Trah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Time tu jugak aku ym Trah.

Aku taip


" TRAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Time tu jugak la Trah balas:


" SURPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"



Trah, thanks sanagt-sanagt. Aku tak tahu dah nak cakap camne... Seriously... Tengah terkejut lagi time tu. Hahahahaha.

 Trah, U got it. baby! Kamu berjaya surprisekan aku!!!!!


You know how i love u, and our friendship too....(TOUCHING ni)


The whole cup cakes. Semua ade 25 bijik. Awal-awal tu rasa sayang gila nak makan sebab comel sangat. Tapi kena marah ngan Trah. Dia pakse aku makan time tu jugak. Hihi.

Dah bagi kat semua housemate aku 7 orang, and teman-teman baik aku. But now, cup cakes tu ada lagi. Aku dah tibai 5 biji. Ada dalam 5 6 bijik lagi kat dalam peti asi. Nanti aku smabung makan lagi. Hihi.




Once again,

THANK YOU VERY-VERY-VERY MUCH, DARLING.......!!!!!

Tahun depan wat surprise gempak lagi yer! Hihi.

sayang kamu!!!!!

muahh44x!!!!!

29.9.10

29 SEPTEMBER 2010

Salam.

Sebelum aku mula menaip dengan lebih panjang lebar, aku nak beritahu bahawa entry ini aku buat semata-mata kerana aku tak mahu lepaskan tarikh keramat dalam hidup aku ni. Walaupon sebenarnya aku sangat-sangat sibuk dengan hal-hal akademik aku, tapi demi tarikh kesayangan aku, aku tetap cari sedikit masa untuk aku luahkan sedikit rasa syukur aku pada Pencipta di atas sana.


29 September 2010.
Genap usia aku 22 tahun. Ya ALLAH....Dah besar panjang rupanya aku. Bak kata orang kalau dah kahwin mesti dah beranak-pinak ni. Hihi. Gatal. *DUSH-DUSH*

Bersyukur sangat pada rahmat Tuhan kerana tika ini aku masih lagi diberi peluang untuk menghirup dan menghembus nafas seperti 22 tahun yang lepas. Juga diberi peluang untuk berubah menjadi seorang anak yang taat, seorang sahabat yang jujur, seorang pelajar yang kuat semangat, seorang rakyat yang setia, juga seorang manusia yang masih mendambakan cinta dari-NYA.



"Experience is the best teacher.''


Yes. Exactly. Pengalaman hidup selama 22 tahun ini cukup banyak menemukan aku dengan pelbagai ragam dan jenis sifat manusia yang kadang-kadang aku sendiri tertanya-tanya....

'' Eh, dia ni orang ke binatang?''

Betapa keji nya sampai begitu kasar pertanyaan yang terlintas di lubuk hati aku.*APASAL AYAT AKU TERLALU BUNGA-BUNGA CINTA NI HAAA????*

Sambung lagi, ye...pengalaman juga banyak mengajar aku untuk terus berdiri, bangun, bertahan, yakin diri dan percaya bahawa setiap apa yang berlaku dalam hidup ini sudah semestinya ada hikmah yang kadang-kala kita sendiri tidak sedar. Kerana aku tahu dan percaya dengan janji Tuhan dan semestinya aku yakin bahawa Dia adalah Pencipta dan Perancang yang terbaik.

Ok, cukuplah part sedih-sedih dan touching-touching tu..Nanti kan tak pasal-pasal berjuraian air mata. Bukan aku yang nangis, tapi kamu. Yang membaca. Hihi.


Oh ya....dikesempatan yang sedikit ini, aku nak ucapkan TERIMA KASIH sehingga ke infiniti kepada keluarga terchentaaa, saudara-mara, sepupu-sepapat, teman-teman sekolah rendah, teman-teman sekolah menengah, teman-teman matriks, teman-teman bloggers dan teman-teman UPM yang masih ingat dan bagi hadiah dan ucapan hari lahir kepada aku melalui perkhidmatan Celcom, Maxis dan mostly melalui FACEBOOK. Terlalu ramai untuk aku sebutkan satu-persatu di sini takut nanti ada yang terkecewa jika namanya tiada dalam senarai.

Eh? yang kedua puluh? Hahaha. Ini birthday cake 2 tahun lepas. Sempat celebrate dengan family 2 hari sebelum 1 Syawal. Tahun lepas xsempat nak celebrate ramai-ramai. Tahun ni mungkin lambat sikit kot. Semua tak cuti.

Teringat pulak zaman sekolah menengah dulu. Tiap-tiap tahun celebrate birthday dengan meber-member kat hostel. Paling best sekali masa Form 5 sebab kitorang celebrate sekali birthday aku dan sorang lagi kawan aku, Fiza. Meriah giler time tu. Makan 2 biji kek sekali gus. Hahaha. Dan itu adalah sambutan hari lahir yang terakhir dengan teman-teman sekolah dulu sebab lepas sekolah dah susah nak berkumpul ramai-ramai espsecially time birthday camni........Aaaa...sedih!

Apa sedih-sedih ni wei???? Udah-udah.....
Sebelum saemua orang bosan baca entry yang pnjang ini, baik aku beredar dulu. Perlu keluar mencari sesuap nasi. *PERGI BELI MAKANAN UNTUK BERBUKA DAAAAA*

Ok, once again to diri sendiri:

SELAMAT HARI LAHIR!!!!!!!
(Harapan dan impian biarlah diri-sendiri je yang tahu.Hihi)
Dush-dush.Kebooom.Keboooommmm.Kebabaaabow!!!!!!!*BUNYI BUNGA API*

Till then, Babai.

17.9.10

Riang-ria Syawal # 2


Ini kisah Hari Raya Pertama bersama keluarga terchenntaaaaaa....muah muah muahhhhh!!!!!!
Nak letak gambar je. Let the pictures tell the story. Wihooo....

Lengkap satu family. Tema tahun ni pink color! Dulu-dulu tahun sebelum ni 7 orang je. But now, tambah lagi sorang. My dear sister in law. Harap-harap next year tambah lagi sorang. Opssss!


The siblings and the sepupu sepapat. Makcik aku yang duk kat KL ada beraya bersama kami sekeluarga. Meriah sangat rumah time ni. Oh yaa...we also got one new cousin, i mean cousin in law. Eh ada ke istilah tu??? Hahahaha. Baju merah menyala yang buat muka terkejut tu haaa... Ahli kelab baru. ;p



Photoshoot kat taman kesayangan mak pulak.


Layan je la kanak-kanak tua ni semua..Hahahaha...



Ahaaaa!!! This is the best picture ever! Seriously suke sangat tengok gambar ni.




Left to right: Abang sulung, the writer, adik bongsu tetapi paling besaw, abang no. 2 and the only one sister.


And this one, masa kat rumah my cousin. Of course la pergi beraya kan???


Itu sahaja kisah bersama keluarga terchenntaaaaa.......... Banyak lagi gambar raya, tapi tak mungkin nak upload semua kat sini kan.

Have a great day, people!!!!!!

hatiberbisik: esok dah nak kena balik KL. Sayuuu......

Riang-ria Syawal # 1



SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!!!!

Wah wah wahhhhh......sakan beraya noo.....sampai tak hingat nak balik rumah ye kome-kome semer ni yer?????

Dah hampir 2 minggu balik kampung baru hari ni dapat meriahkan blog sendiri. Bahagia dan gumbira betol balik beraya kali ni. Tak tahu kenapa. Dan tak dapat nak diungkap dengan kata-kata betapa bersyukurnya aku dikurniakan dengan nikmat ini oleh Yang Maha Agung di atas sana kerana diberi peluang untuk bertemu Ramadhan dan Syawal yang menenangkan hati dan jiwa. Alhamdulillah.....(Ada rasa insaf tak?)

Yelah kan, masa raya ni lah dapat berkumpul semua adik-beradik, saudara-mara, rakan-taulan yang nun jauh di hujung dunia dan yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Masa ni lah jugak waktu untuk mengeratkan semula hubungan yang makin hampir terputus, membetulkan apa yang yang kusut, menjernihkan segala kekeruhan yang terjadi, dan yang paling penting masa ni lah waktu sesuai untuk KUMPUL DUIT RAYA!!!!!!!! (Maksud aku, kanak-kanak la)

Tapi kan....walaupon aku bukan lagi kanak-kanak yang gumbira sakan bila dapat duit raya, aku tetap HAPPY SANGAT-SANGAT sebab tahun ni kan...tahun ni kan aku dapat jumpa dengan kawan-kawan sekolah rendah aku yang dah sepuluh tahun tak jumpa. (Padahal kami semua duk sekampung jer)

Yelah kan masing-masing sibuk dengan tanggungjawab dan komitmen masing-masing. Dah tak ada lagi masa nak naik basikal sama-sama pusing kampung, main kejar-kejar, main hide-and-seek lepas habis waktu sekolah dan macam-macam lagi kisah budak-budak sekolah rendah yang penuh dengan kegembiraan semata-mata.

Ini sebahagian memori yang tercipta anatara kami pada hari raya ketiga dan kelima tahun ini. Layannnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!

Gambar kat atas ni semua masa kat rumah Cikgu Farah. Tapi, malangnya cikgu tak ade kat rumah masa ni, yang ada hanya anak bujang cikgu jer. Nak tunggu cikgu balik lambat sangat sebab banyak rumah lagi nak pergi kan. So, tak dapat beraya dengan cikgu, beraya dengan banglo cikgu yang meletopss ni ok la kan.

Kat rumah Mr Aslam yang berbaju krim tak berapa nak krim tu haa.....Semua ni member sekolah rendah dulu.

Ini di masa open house di rumah Cik Ekin kita yang bertudung oren itu haaa....10 tahun tak jumpa dia wehh.....Last jumpa masa ambil result UPSR tahun 2000 ni baru jumpa balik. Sadis, bukan?



Ahaa........saat-saat yang ditunggu-tunggu. Part beraya ke rumah Cikgu Man, cikgu kesayangan semua memang best wa cakap lu...... Cikgu Man yang baju hijau tu. Huhh...lama jugak lepak kat rumah cikgu. Paling best nasi dagang yang bini cikgu buat. Pehhh...

" Menjadi jugak semua anak-anak murid cikgu ek,'' ayat yang paling aku tak leh lupa. Hahahaha.


Ni open house kat rumah Cik Tirah kita. oh, ni bukan member sekolah rendah. Ni member sekolah tinggi plak. Hikhik.


Open house di rumah Cik Lily. Yang ni memang best sebab dapat jumpa ramai member sekolah tinggi dulu. Tapi, sedikit keciwa sebab tak dapat nak snap pic banyak-banyak sebab masa ni ramai sangat tetamu. Tuan rumah tak menang tangan nak melayan tetamu.


Last but not least, open house di rumah gua laaaa! I tak ada dalam gambar sebab I kesiankan mereka, tak ada orang nak tolong snapkan gambar dorang semua. Hahahaa....Cun semua kawan I ni kan?

Fuhhh....letih. Nak g sambung makan almond london jap. Bai.

6.9.10

Dua Gadis Bernafsu Tinggi Menggunung.


Hari terakhir (2 September 2010) sebelum pulang ke kampung halaman untuk bercuti HARI RAYA AIDILFITRI selama 2 minggu.



Best waa cakap luuu sebab dapat lepak-lepak cuci mata walaupon hanya sehari dengan sahabatku terchenta, t-rah. Dari awal semester lagi kitorang plan nak keluar sesama tapi tak jugak jadi-jadinya. Last-last kali ni baru jadi kenyataan. T-rah turun dari Perlis sana semata-mata nak menunaikan janjinya padaku. (Walaupon sebenarnya budak ni turun KL sebab nak shopping raya!)

Dipendekkan cerita, Trah sampai KL dalam pukul 5.30 pagi then pergi ambil dia kat Stesen KTM Serdang. Bagi dia rehat-rehat jap kat bilik aku sebelum memulakan pengembaraan kami. Letih kot trah naik keretapi dari pukul 7 petang lagi.. Sian kawan aku sorang nih.

Bukan main dia tidur lena jer atas katil aku walaupon aku berat hati nak kejutkan dia. Shopping punyer pasal...

''Trah...bangun!!!!!!!!!''

Hahaha. Kitorang keluar dari Kolej aku dalam pukul 11 lebih.

''Good Bye K17. Lagi 2 minggu aku datang balik yep.''




Kitorang pergi Mid Valley dulu sebab nak simpan beg. Giler ko pergi shopping sambil galas beg yang nak bawak balik rumah ni. Berat weh. Nak shopping pon takde selera taw kena bawak beg berat gini. Lagipun barang Trah pon banyak jugak.

Then pergi la 2 budak yang tengah teruja ni ke Sogo KL dan sekitar Jalan TAR. Nasib baik orang tak ramai dan tak sesak sangat. Mungkin sebab awal lagi kot. Banyak la jugak duit terbuang di sana. And then dah siap pergi Mid Valley balik untuk berbuka puasa.


Guess what?? Pukul 5.30 petang kitorang dah tunggu kat food court. Kononnya nak chop meja. Hahaha. Awal memang la awal...tapi berbaloi la tunggu lama-lama sebab memang bukan senang nak dapat meja kat food court kalau bulan puasa macam ni. Ramai sangat yang sibuk je nak bukak puasa kat sini jugak. Heh!

SEBELUM BERBUKA......


Menu utama: nasi ayam, laksa penang, kek secret recipe, lemon ice tea, milo ice and mango ice.



Zoom nasi ayam. Trah mula jatuh hati kat nasi ayam ni sebab sedap.



4 slices of Secret Recipe. Aku punya choc indulgance (the best ever), tiramisu. Trah plak yang aku ingat banana choc. Lagi satu tak ingat.


Laksa penang 1 for me, 1 for Trah. Rasa tak sedap sangat. Tapi boleh la..not bad.


Here we go. Our sweety! Yummyyyy!!!!


Yeahh...The one who has high desire!!! Hehehehe, Trah laling, dont angry with me. xo


SELEPAS BERBUKA......


Tadaaa.....habes licin pinggan waaa cakap lu......See??? This two girls memang kuat nafsu.....nafsu..nafsu MAKAN laaaaa!


Dalam hati, "Eh..betol ke kita yang habiskan semua makanan ni Trah?''


Nafsu makan memang tidak dapat dikawal lagi. Sudu juga mahu ditelannya. Ishhh3....


Apa-apapon aku memang enjoy and happy giler hari tu tambah-tambah lagi pas bukak puasa terus rushing pergi Hentian Putra untuk balik ke kampung halaman pula. Ohh..memang heaven giler. Terima kasih Ya ALLAH dan Thanks ye Trah... Nanti kita lepaking lagi.

p/s: Cik Lily, sila bertabah! hehehe