Showing posts with label upm life~. Show all posts
Showing posts with label upm life~. Show all posts

8.12.11

Behind Every Problem, Experience and Lesson are Hidden.


Salam.


Hai belog! Rasa macam dah lama tinggalkan dunia ni. Maaflah, emosi tak berapa nak stabil sangat kebelakangan ini. Dengan kekangan masa sebagai seorang pelajar tahun akhir yang tak habis2 dimomokkan dengan pelbagai jenis tugasan, test, presentation, mini project, Final Year Project, bla bla bla, nak uruskan diri sendiri lagi yang dah tak berapa nak terurus ni. Dengan macam2 masalah dan dugaan yang datang secara tiba2 yang kadang2 buat aku rasa macam dah give up untuk teruskan perjalanan akademik yang hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum aku dapat terima scroll azimat itu! Ohhhh!!!!! 



Namun.....namun....walaupun kadang2 hati rasa macam dah tak kuat nak hadapi semua ni, tapi dengan adanya sokongan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi daripada keluarga terutamanya abang sulung dan isteri beliau yang paling dekat dengan aku kat sini plus kawan2 yang selalu bertanya aku ok ke tak diiringi kata2 semangat dari mereka supaya aku banyak bersabar, maka aku masih mampu bertahan. Dan yang paling penting haruslah diri kita sendiri. Emosi dan mental yang paling banyak pengaruhi pemikiran dan tindakan kita. Kalau selalu fikir diri kita dah tak mampu nak berdiri, tak mampu nak berdepan hari esok, lemah semangat, putus harapan, so there you go! Sebab tu lah kita selalu kena fikir positif. Jangan sebab masalah yang kita hadapi kita rasa Allah tak adil dengan kita, kita rasa kita malang. 



He gave you tests just because you are the chosen one. He know that you are able to face all those tests and problems. 


Never lose hope in mercy of Allah.;)




“And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As-Sabirun (the patient).”

(Surah Al-Baqarah, 2:155)

....................................................................................................



Nota 1: Dah setel satu presentation, Health Impact Assessment (HIA)! Everything was fine, mood Prof Zailina sangat baik masa hari kami present. Alhamdulillah.... Nanti kalau aku rajin aku update cerita HIA dekat sini. Buat masa ni boleh baca kisah HIA kami dekat belog adik manis kita kat -->> sini :)


Nota 2: Aku rindukan Kuala Terengganu. Like seriously! Rasa macam dah lama sangat tak balik. Mak, tak rindu dekat masakan anak mak ni ke? Wuwuuu... dekat Usop lagi la rinduuu rinduuu rinduuuu! Hari tu tahu tak abang call aku semata-mata nak gelakkan aku sebab nak bagitahu yang Usop selalu kena dera dengan kakak aku. Kakak aku tak suka Usop, dia selalu sepak Usop lepas tu kalau dia tengah menyapu lantai bila Usop lalu kat situ dengan Usop sekali dia sapu. Kamu sangat kejam wahai kakak! Demmm...Usop, sila kuat semangat macam tuanmu ini. Anggapla tu dugaan untukmu. Lagi sebulan Mamay balik ye..nanti Usop boleh tidur atas perut Mamay. Ops, kantoi sudaaa. haha.


Nota 3: Isnin ni cuti. Tapi rasanya weekend ni stay kat bilik je kot. Banyak sangat benda yang perlukan perhatian aku dekat sini. Ohhh that's the "awesome" thing being a final year student. LOL! Tapi kalau macam bosan sangat kat kolej nanti maybe pergi melawat Makcik aku dekat Ampang. Plus dah lama sangat tak balik sana. Nanti boleh jumpa budak comel ni.


Ini Afif Aiman. Ingat tak kat Aiman? Alaaa...yang masa majlis cukur jambul dia hari tu ada kakak aku yang cun melecun yang lain mak lain bapak dengan aku ada datang jugak tu... Kalau tak ingat boleh klik sini. Aiman dah besar... Umur nak masuk 7 bulan. Ni tengah posing dengan jubah yang nenek dia beli kat Mekah baru2 ni. Aiman, kalau takde pape nanti Aunty Mamay balik Ampang ye....nak cium Aiman!!!!! Weeeee~~~
  

Nota 4: Malam ni kena siapkan slides untuk proposal presentation. Esok Dr Din nak tengok.Wuwuuuu.


Nota 5: Jangan rindukan budak Mamay.Hiks!!!!! Ok, babai for now! Take care sayang!!!!!



28.11.11

Sesuci Embun, Sedingin Angin Pagi







Salam.



Penulis masih lagi dalam mood menguruskan badan. Setiap hari lepas Subuh akan adalah seorang cewek dengan azam yang tinggi berlari-lari anak (jogging) di atas trek di padang Kolej 17. Ye, setiap hari. Dan setiap kali jogging pasti si cewek itu akan menangkap gambar matahari yang sedang menonjolkan diri di kaki langit. Oh...tersangatlah indah.....*senyum*



Ini adalah sebahagian gegambar yang berjaya ditangkap (snap) oleh beliau ketika berlari-lari anak. 


Mari kita hayati keindahan alam ciptaan-Nya bersama-sama.......



Camera: Xperia X8 (3.2 MP)
(Diambil dari padang k17)


Tarikh: 17 November 2011

 Langit Ilahi (6.55 AM)



Miss Sunshine..... (6.56 AM)




Panorama..... (7.12 AM)



Indahhh...... (7.13 AM)




Padang (7.14 AM)




 Heyyyy sunshine! (7.15 AM)



 Helloooooo! (7.16 AM)





18 November 2011

 Dinihari...... (6.54 AM)



 Court tenis (6.48 AM)



 Trek joging dari kiri (6.48 AM)



 Trek joging dari kanan (6.49 AM)



 Blok A (6.49 AM)



 Blok penulis- Blok B (6.50 AM)



Blok B lagi. (6.51 AM)


Nota 1: Setiap kali saya joging mesti banyak siput babi sedang berjalan-jalan kat atas trek joging ni. Saya dah habis satu pusingan trek, siput babi baru je berjalan dalam 3 cm kot. Memang patutlah orang selalu cakap lambat macam siput babi. Ko memang betul-betul lambat la siput oi! Terkedek-kedek. kehkehkeh. Btw, banyak jugak gambar siput babi yang saya sempat snap. Ada satu hari tu siap sempat snap gambar siput babi tengah mengawan (kot). haha. Tak percaya? Tengok kat bawah ni. 








Tak clear? Tengok bawah.

Ahahahaha! P/S: habislah saya...tengok aksi 18 SX. kehkehkeh.



Nota 2: Saya baru sedar hakikat sebuah kenyataan hidup bahawa untuk menaikkan berat badan memang SENANG tapi untuk turunkan atau maintainkan berat badan MEMANG payah. Masa awal semester saya joging 2 bulan hampir setiap pagi dapat turunkan 2 kilo JER then lepas tu ada cuti semester saya berhenti joging dalam 3 minggu kot, tengok2 naik semula 2 kilo yang dah turun tu. *sigh*



Nota 3: Tak sia-sia saya dan abang tak pergi tengok bola kat stadium semalam (kalau tengok kat stadium memeyy frustt giler ar kan!). Ye ar, bukan main team Malaysia dah leading 2-0 last-last boleh pulak Pak Arab berjambang tu score 3 gol dalam masa 6 minit. What The Fish! Diorang main 10 orang je kot. Aduhai.... Dah takde rezeki Malaysia...(fikir positif). Btw, saya dah mula cair bila tengok Shahrul Azwari. kehkehkeh. *over!*



Nota 4: Kekecewaan saya sedikit terubat bila balik bilik semalam Paah ada bawak durian dan rambutan manyakkkk oo.... Berpesta durian la kami semalam. Awesome yaww!



Nota 5: Harini birthday roomate saya. So, happy birthdayyyyy, Izyan! Nanti kita celebrate sesama ye. :)



Nota 6: Mood saya agak bercelaru hari ini. Saya pun tak tahu apa masalah saya sebenarnya ni. T__T


Ok, malam ni saya kena habiskan nota Parasitology ni. Jumaat ni ada test. Denggg! Saya tak pernah jatuh hati dengan test! *tongue out*


Have a great day, people! Thanks for your time here. 


24.11.11

Don't Be Sad. Allah Is With Us.


Salam


Aku stress. Kerja banyak yang amat. Tak tahu nak mula yang mana dulu. Dari semalam lagi macam ni. Last2 decide pergi rapat2 dengan katil, usap2 katak gemok and then...zzzz...selamat.... Macam ni lah aku kalau serabut kerja banyak sangat. Bukannya cuba nak siapkan one by one. Lagi banyak tidur! Lepas tu bila bangun tidur mulalah nak menyesal dengan diri sendiri sebab tidur, barulah reti tahu nak hargai masa. Nonsense may! Pi la tidur lagi lepas ni, tak payah bangun terus. Ouhh over la pulak. Ok, cukup mukadimah untuk hari ni. Takmo cerita pasal stress, pasal mood swing, pasal kerja bertimbun, pasal presentation, pasal test..ouchhhh!  Lagi menambah tekanan ada ar! Dush22!!! 




Hilang stress bila tengok makhluk Allah yang super duper comel ini. Ouhhhh bakal suami, nak anak macam ni jugak boleh takkk????!! *melting*



Sebenarnya aku muncul dekat sini bukannya apa, sekadar nak lepaskan perasaan serabut aku ni. Nak mengadu dekat suami, suami tak ada lagi. Dekat yang di atas sana dah mengadu dah...cuma sesaja nak manja2 dengan belog ni nak luah perasaan sikit. Auuwww gediknya beliau! Memang sekarang ni banyak sangat yang menuntut perhatian aku, tak tahu nak pi peluk siapa dulu. Presentation, buletin report, test, assignments dan macam2 lagi. Erm...kalau i peluk u boleh tak?? Ngaaaaaa.....*kidding*



Walaupun sekarang aku dah mula rasa down, tapi aku seharusnya ingat bahawa




Disebabkan inilah aku perlu


Kalau kau rasa kau tu susah, ingat, ramai lagi yang lebih susah dari kau. Lagi satu aku ni baru tahap buat degree, yang kat luar sana tu lagi ramai haa yang tengah buat master, Phd, ok je dioarang tu... so tak payahlah nak stress2 sangat duk fikirkan beban tugasan yang memanggil tu. Belajar kat atas dunia ni mana ada senang, sekelip mata je kau boleh berjaya? No! Sebelum berjaya kenalah rasa susah dulu. Kenalah harungi ranjau, onak dan duri. Nanti bila dah berjaya barulah best sikit nak cerita dekat anak2 yang mama dia ni bukan main tak tidur malam duk study, duk pulun siapkan assignment semata2 nak berjaya, semata2 nak dapat papa yang hensem dan banyak duit. Ehh?? Alamak, terover pulak! 



Maka dengan itu marilah kita sama-sama




Kerana cabaran dan dugaan yang kita hadapi sekarang sebenarnya menguatkan kita. 



The most important thing is you have to




Ya Allah, forgive me. Sometimes I'm too quick to judge, too harsh, too ignorant, too unkind, too rash, too obnoxious, too selfish, too idiotic...



"Don't be sad. Allah is with us [9:40]"



Once you can control your mind, then everything will be okay. So, when you feel stress and tense, just ask your brain and your mind to get rid off that feeling and try to act as you are the most happiest person in the world! Think positive!




“Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan. 

Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. 

Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?”




Nota 1: I will be away for these few days or maybe a week. Wanna spent my weekend with my brother and sister in law. Will go back to Rawang after class tomorrow. Yeyyy!!!! 

p/s: walaupon tak update belog, tapi aku aktif je kat twitter tuh. (rujuk di sidebar)


Nota 2: Niat di hati nak buat puding oreo untuk budak2 ni. Kesian sangat haritu diorang dapat rasa sepotong kecik je sorang. Tak sampai hati pulak bila diorang asyik tanya je bila aku nak buat lagi puding tu. Insyaallah sayangsss semua. Isnin ni i bawak okay..:)


Nota 3: Minggu depan ada test Parasitology. Isnin depan tu supervisor yang baik hati nak buat ujian SPSS untuk anak2 bawah dia. Aduhaiii..aku lemah betul bab2 SPSS ni. *nangesss*





Smile...it irritates those who wish to destroy you. :)


Naaaahh..jangan rindu dekat budak Mamay ni tauuu..
(best pulak bila ada orang panggil mamay. haha. takpe, jangan risau, mamay ni tak rampas suami orang.lol!)



Jage diri. jangan stress22 nanti cepat tuaaa!!!
Doakan agar budak Mamay ni kuat! Owyeahhh!!!!

Bai semua!

love,
-budak mamay-


16.11.11

Aku, Cita-cita dan Perjalanan Hidup


Salam.

Dulu masa sekolah rendah bila cikgu tanya besar nanti nak jadi apa dengan pantas, cepat dan bersemangat aku cakap:


"Cikgu, saya nak jadi doktor!!!!"


Beberapa tahun kemudian bila dah masuk ke sekolah menegah masih ada lagi cikgu yang bertanya nanti besar nak jadi apa. Eh cikgu, dah tak ada soalan lain yang lagi best ke nak tanya? (monolog dalaman)



Masa tu cita-cita daripada nak jadi doktor dah bertukar kepada nak jadi cikgu. Salah satu sebabnya adalah terlalu obses sangat dengan cikgu2 dekat sekeliling yang selalu dapat banyak hadiah yang best2 daripada anak murid kalau tiba Hari Guru. Tapi kalau cikgu tanya kenapa nak jadi cikgu aku jawab lah sebab nak mendidik anak2 bangsa demi agama dan negara. Ayat bukan main nak drama kan. HAHA





Bila dah makin menginjak usia, perasaan nak jadi cikgu tu semakin berkobar-kobar. Bila dah dapat result SPM terus apply maktab sama2 dengan kawan baik aku, Puan Etiey.


"Harap maaf, dukacita dimaklumkan permohonan anda tidak berjaya. Terima kasih."


Perasaan masa tu tak payah cakapla, kecewa melangit. Tiba2 rasa macam dunia dah gelap-gelita sebab dah confident giler kalau tak dapat masuk maktab confirm nanti tak dapat jadi cikgu. Sempit betul pemikiran aku masa tu. Etiey pon tak dapat jugak. Tiba2 ada sinar baru bila aku diterima masuk Universiti Malaya (UM) untuk program asasi. So, terus lupakan pasal maktab, walaupon masa tu Etiey beriya2 suruh aku buat rayuan dulu untuk maktab dan pada masa yang sama Etiey pon dapat jugak tawaran ke Asasi UM.



Masa tu dah boleh terima kenyataan tak dapat sambung belajar dekat maktab, plus Etiey pon dah ambil keputusan nak sama2 dengan aku masuk UM. Namun, kuasa Allah melebihi segalanya. 2 3 hari sebelum nak mendaftar di UM Etiey dapat tahu rayuan maktab dia diterima. Masa tu aku rasa dunia kembali gelap-gelita. Perasaan menyesal sebab tak buat rayuan maktab seakan2 menyesakkan dada aku. Etiey nekad masuk maktab dan aku pulak "terpaksa" gagahkan diri masuk UM. No more maktab, no more together with Etiey.


*seminggu dekat UM, minggu orientasi*


Apa yang boleh aku cakap, masa tu aku sangat stress. Aku langsung tak boleh nak adapt dengan suasana dekat situ. Totally UM is not for me. Tahu2 la kan macam mana keadaan kalau minggu orientasi. Setiap hari call rumah cakap dengan mak nangis2 mintak ayah datang ambik, sebab nak balik rumah tak mahu stay dekat UM lagi dah, siap decide dah nak sambung Form 6 je kat kampung! Giler tak matang aku time tu kan? HAHA. Cuma satu je kenangan yang UM bagi dekat aku sampai hari ni aku takkan lupa iaitu Nurzahirah Zahaludin (Zeyra). The only best friend I found when I was there and guess what a friendship that tied in just one week is still grows until today! (I love you, babe!)



*cuci mata jap*



Sambung.


Nak dijadikan cerita, 2 hari terakhir orientasi aku dapat panggilan dari rumah. Dan panggilan tersebut betul2 bermakna dan merubah hidup aku (haaa gituu). Masa tu aku cakap dengan kakak aku. Dia bagitahu yang aku dapat tawaran ke matrikulasi (KMNS). I was like err...betul ke ni? Ya Allah..tuhan dah makbulkan doa aku. Kakak aku tak abes lagi cakap, aku terus sambung " Nakkkkk!!!!!! Suruh ayah datang ambikkkk kat sini. Takmo stay UM lagii dahhhhhh!!!!"



Esok tu ayah dengan mak datang jemput aku balik. Ahhh suke gilerrrr bila dapat peluk mak lagi. Padahal baru seminggu berpisah. Once again, giler childish aku mase tu kan. HAHA. Cuma aku sedih sebab kena tinggalkan Zeyra. Sorry babe, its all about my future, my dreams and my life. Ayat nak drama je kan. HAHA.



Kalau aku tak silap hari Jumaat aku keluar dari UM and hari Isnin aku dah kena mendaftar di KMNS. Masa sangat suntuk. Bayangkan baju yang aku pack masa nak masuk UM tu still tak dikeluarkan dari beg pakaian aku dan beg tu jugaklah aku bawak pi KMNS. Dah macam pelarian pon ada aku masa tu. Ke hulu ke hilir dengan beg besaq aku tu. Lagi kesian adalah dekat ayah aku. Bayangkan dia baru je hantar abang aku masuk UUM, Sintok dan lepas tu datang ambil aku kat Kelantan lepas tu nak kena hantar aku lagi sekali ke Negeri Sembilan! Aku tahu ayah penat sangat masa tu tapi dia tak tunjukla dekat aku. Anak punya pasal kan, kena berkorban. Terima kasih ayah!!!!



Nak dipendekkan cerita dan berbalik kepada kisah cita2 aku tadi, sepanjang aku dekat matriks aku masih tegar dengan perasaan untuk bergelar seorang pendidik. Sehinggalah masa nak isi permohonan ke universiti (UPU), 2  subjek teratas yang aku pilih adalah Pendidikan Kimia dekat UKM dan UM. Oh ya masa dekat matriks aku sangat pelik dengan diri aku sendiri macam mana aku boleh score subjek Kimia dengan flying colors lagi padahal masa SPM dulu Kimia aku teruk la jugak. Mungkin salah satu sebabnya adalah lecturer yang mengajar Kimia aku kot. She's the best lecturer yang aku pernah jumpa, serioulsy! Nama beliau Miss Tee. Ouhh...tetiba rindu dekat beliau.



Dan...akhirnya impian aku untuk jadi pendidik hampir (hampir je okay) berjaya bila aku dapat menduduki Medsi Test. Senarai nama yang dapat menduduki ujian medsi ni adalah diambil daripada kursus yang kita dah daftar masa isi UPU tu. Aku dah lupa medsi is stand for what tapi yang aku paham ujian tersebut adalah ujian saringan pertama untuk melayakkan seseorang menjadi guru yang mana kalau kita lulus ujian tu peluang untuk dipanggil temuduga (untuk sambung kursus pendidikan) tu adalah cerah. And yes, I make it! Aku lulus ujian tu dan aku dipanggil untuk temuduga bagi kursus pendidikan kimia di UKM.



TAPI.....yang tak best adalah aku dapat tahu aku kena pergi temuduga malam sebelum aku ditemuduga! Last minute okayy! Bayangkan! Budak innocent macam aku ni yang tak pernah ada pengalaman pergi temuduga dapat berita dia kena pergi temuduga 8 jam sebelum ditemuduga. Memang tak terduga lah kan! Aduhai....aku pasrah je..memang tak sempat nak buat preparation langsung untuk temuduga tu. Tidur malam tu pon tak lena asyik terfikir soalan apa yang akan ditanya nanti.



Pagi tu dengan penuh cool (cool la sangat!) aku ditemani ayah pergi temuduga. Aku bawak semangat yang aku ambil daripada mak aku, mintak restu beliau. Serius, aku nervous sangat2 okayyy! Aku taknak cerita panjang2, taknak suspen2..temuduga tu bagi aku bukanlah sesuatu yang menakutkan pon sebenarnya. It's just about how you act and be confident in front of people who you don't know in which at the same time you hope something good from them. Cakap bukan main lagi aku ni kan, padahal...padahal....padahal aku tak lulus pon temuduga tu!!!!! Wuwuuuuuu...sedih oh.....hancur berkecai harapan aku masa tu.




Aku tak dapat pon sambung kursus pendidikan Kimia tu dekat UKM. Sedih ohh.....course yang aku belajar sekarang adalah kursus ketiga yang aku pilih masa daftar UPU selepas 2 kursus pendidikan tadi tu. Kiranya kalau aku tak mintak kursus pendidikan tu, kursus yang aku belajar sekarang adalah kursus pertama pilihan aku lah kan. Paham tak?  Kursus ni pon aku apply lepas dapat advice daripada cousin aku di mana dia cakap kursus aku ni memang peluang kerja cerah. Yeahh....memang diakuilah..setakat ni senior2 aku takde lagi lah yang menganggur.  Kursus apa? Fine, tak tahu eh... aku sekarang adalah pelajar Bachelor Kesihatan Persekitaran dan Perkerjaan, UPM. In short, KPP. Bagi yang kerja dekat bidang industri memang tahulah kepentingan kursus yang aku belajar sekarang. Dan paling penting sekali belajar kursus ni memang dapat buat duit la in future. Seriously.



Masa awal2 dulu aku still macam tak percaya yang aku akan belajar semua ni sebab kursus ni memang dah menyimpang jauh dengan bidang pendidikan. Macam susah jugak nak terima yang impian aku untuk bergelar pendidik mungkin dah tak tercapai. Tapi bila aku fikir2 balik tak perlu lah aku nak meyesal ke apa, sebab aku kena yakin dengan segala yang Allah dah tetapkan untuk aku. Kita manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala- Nya. Seseungguhnya Dia adalah perancang yang terbaik.



*aku pernah cerita pasal cita2 aku yang tak kesampaian dan pasal course aku dekat sini*


Ramai je yang sekarang kerja jauh menyimpang dengan bidang yang mereka belajar masa dekat U dulu. Pernah kan dengar ada orang dulu belajar enginering tapi sekarang jadi taukey restoran besar. Ada je yang dulu belajar akaun tapi sekarang kerja jadi consultant. Ada yang belajar Usuludin dekat Mesir tapi sekarang jadi wartawan penyiaran TV3 (waris emak aku). Dan tak mustahil jugak kan kalau suatu hari nanti aku akan jadi cikgu. Daannn lagilah tak MUSTAHIL kalau aku dapat suami yang jadi cikgu (yelah kan, tak dapat jadi cikgu, kahwin dengan cikgu pon kira okayyylahhh. oh hai bakal suami! *kenyit mata*).

WHO KNOWS? :)




Oh ya...bagi anda yang tengah down sebab rasa macam diri tu bodoh dan tak pandai macam orang lain just ingat bahawa kalau anda gagal hari ini tak bermakna anda akan gagal selamanya. Dan kalau anda berjaya hari ini belum tentu anda akan terus berjaya selamanya. Ada yang gagal dalam SPM tapi still masih berjaya in future, ada yang excellent giler masa dekat U tapi end up hidup dalam pusat serenti. See the differences, right? And you are the only one who can make a different (for your life)!



Dan yang paling penting sekarang:




Follow the flow. For the time being, I'll focus on my degree. Soal hati dan perasaan tu aku letak kat tepi dulu. Lagipon, tinggal sikit lagi aku dan kawan2 KPP nak sampai ke garisan penamat. And then we will graduate! Ouhh..can't waitttt for it! Nak kerja, nak bagi mak ayah rasa duit aku sendiri. Mereka dah banyak sangat berkorban untuk aku ni. I love you mom, dad! *senyum*






Semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Amin.....


Bagaimana dengan cita-cita dan impian hidup anda? Dah dapat apa anda yang diimpikan???


26.1.11

Kenikmatan Malam Pertama Bersama.....

Dah lame aku tak stay up memalam cam ni. Rasanya ni kali pertama untuk semester ni. Dulu-dulu aku memang selalu jugak stay up especially masa kat matriks and time sekolah duk hostel dulu plus bila musim2 exam. Aku memang suka stay up sebab time tuh semua orang dah tidur and surrounding that time memang best. Tenang. Nak lagi best kalau dapat dengar bunyi cengkerik duk mengawan. Eh. Baru ada feel nak study. And nak lagi masyuk kalau time tuh hujan  lebat pulak. Perghhh memang best kalau dapat sambung tidur je. Tak payah stay up. Hahahahah.



 Teka-teki: Apakah yang terdapat di dalam mangkuk ini?


Biasanya aku akan stay up bila petang tu aku kuat main. Maksud aku bile aku dah beriadah like main tenis or jogging. Bila petang dah main, banyak keluar peluh so memang letih so lepas maghrib mata memang dah malu2 nak terbuka so so..... Sleepy maaa.... Apa lagi kan. Tak payah la nak tunggu lagi. Tidur la jawabnya. Bukan ke ubat yang paling mujarab bila kita mengatuk adalah tidur?

So, (asyik so je dari tadi) bila dah pas Maghrib masuk tidur, kalau bangun pagi esok memang over la kan. Tu nama dia tidur tak HINGAT dunia! But sometimes kerap jugak aku terover tidur sampai pagi esok terus. Huhu. Pastu bila bangun je mula la nak menyesal sebab tak bangun study. Hahaha. Alasan. Padahal memang sengaja buat2 tak sedar bila alarm hp duk meraung2.

Tapi sebenarnya bagi aku stay up dengan tak stay up sama je. Maksud aku dari segi duration study tu lah. Sebabnya, biasanya kalau aku stay up sampai pagi then after Subuh mesti aku akan tidur sampai tengah hari if weekend la. Kalau hari biasa tak boleh la, ada class. Meaning that, kalau stay up, mesti akan bangun lambat. Kalau tak stay up, akan bangun awal. After Subuh kita dah rasa segar kan. So tendency untuk sambung tidur mungkin agak tipis kecuali kalau bangun tidur hujan tengah lebat, confirm akan tarik selimut semula.

Iklan sebentar. 
Tadaaaaa~~~~~~~~~~~~
Slurrppppp22.................

Damping malam. lol


Orait, sambung balik.
Rumusan yang aku dapat buat kat sini is:

If stay up:
9pm-6am---->>study
6am-12 noon---->> tidur (qada')

If tak stay up:
1am-6am--->>tidur
6am-12noon--->>study

Sebab tu aku cakap actually tak ada beza pon, kalau stay up memalam, pagi esok tu mesti akan tidur tak HINGAT dunia. Kononya stay up. hahahaha. Well, semua tu depends on individual la kan. Sesetengah orang memang jenis burung hantu. Tiap2 malam stay up. Layan facebook. Hahaha. Contoh paling dekat adalah housemate aku sorang nih. Dia ni memang selalu stay up. Dia akan tidur after Subuh especially weekend la. Then nak masuk Zohor baru bangun. Huhu. Yang sorang lagi pulak memang jenis tak boleh tidur lambat. Dalam hidup dia memang tak ade istilah stay up barangkali. Dia tidur awal and akan bangun awal.



 Terliur tak?

 Slurrpppp....
Arghhh.....*kenyit2 mata*


Which one is much better? stay up, bangun lambat. Tak stay up, bangun awal?