28.8.11

Ayat-ayat Orang Tua Bila Time Raya







10 TAHUN KEMUDIAN......






NAMPAK TAK PERMAINAN ORANG TUA NI?????
HAHAHA




Apa-apa pon aku dengan ikhlas hati nak ucap:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Yang memandu pulang, berhati2 di jalan raya. Semoga anda semua selamat sampai ke kampung halaman tercintaaa....

Baju raya dah setel?
Kasut raya dah setel?
Langsir raya dah setel?
Kuih raya dah setel?


Kalau tak setel lagi, pi la setel cepat2....udah2 la tu ngadap blog ni..hahaha!


P/S: I can't wait for her big day!

  1. Kisah 1
  2. Kisah 2
  3. Kisah 3

21.8.11

Cara Menyambut Raya. LOL!





(picture)

Kalau kau jadi cikgu tu apa kau nak buat kat anak murid jenis macam ni????

Haha!!!!


20.8.11

When I Was A Little Kid....


Salam 20 Ramadan

Wahhh wahhhh...dah tak lama lagi bulan Syawal nak muncul. Semua orang dah eksaited duk buat persiapan raya. Ye dok?????


Btw, aku nak tanya, anda ingat lagi tak masa kecik2 dulu anda selalu buat apa? I guess semua orang mesti setuju kalau aku cakap being a kid is one of the best thing ever happened in our life, kan??? Apa yang ada dalam kepala cuma nak main, nak makan, nak tidur.. Damnn..giler tak bahagia jadi kanak2 kan?


Hari tu aku pernah cerita pasal kenangan indah zaman sekolah kita dulu. Best kan! Ni aku nak bagitahu antara perkara yang pernah terjadi dalam hidup aku semasa aku bergelar kanak2 comel. And of course perkara2 seperti ini jugak pernah melanda diri anda, bukan? :))


Masa kecik2 dulu.....

1. Malam2 tengah tengok tv kat ruang tamu then tertidur depan tv. Bila buka mata pagi esok tengok2 dah ada kat atas katil dalam bilik. Magik kan?


2. Mak selalu cakap tak boleh main kat luar rumah time Maghrib sebab hantu akan keluar cari makanan time tu.


3. Kalau lukis matahari mesti macam ni



 Kan??


4. Ada satu kemusykilan bagi aku masa aku kecik2 which is aku selalu tertanya2 kenapa kalau dalam drama tv, dalam masa 2 jam tu boleh bertukar kejap siang, kejap malam lepas tu ada scene hujan la, ribut la..aku pelik la kat rumah aku masih lagi malam, elok pulak cuaca tak hujan pon. Aduhai..kesian kan jadi aku???

Lepas dah puas aku pikir punya pikir tak dapat jawapan baru aku tanya mak aku. Boleh die gelakkan aku..then barulah aku tahu rupanya drama tv tu adegan yang dah dirakam, bukan live punya...*lempang pipi sendiri sebab noob sangat*


5. Aku selalu terfikir bila aku sambung kerusi banyak2 aku boleh naik atas langit lepas tu dapat sentuh awan..Oh seronoknyeee!!!!


Haaa..macam ni lah lebih kurang......jauh kan pemikiran aku.hahaha. ni mungkin terpengaruh tengok cerita Keluang Man barangkali.


6. Hari paling best jadik kanak2 ialah hari raya sebab time tu lah berlumba2 dengan adik-beradik dan kawan2 sekampung siapa dapat duit raye paling banyak. Pehhh kenangan ni paling best aku rasa...bayangkan pergi rumah orang2 kampung semata2 nak duit raya. Kau hidang la segala macam juadah pon, kami tak heran pon sebab aim utama: DUIT RAYA!!!! Adehhh....



7. Aku selalu bayangkan kalau polis je, mesti ada misai panjang, muka garang. (ni pengaruh cerita Roda2 Kuala Lumpur, tengok A. Galak. haha)




8. Masa aku kecik2 jugak aku selalu dan suka sangat bercakap sorang2 depan kipas sebab eksaited bila bercakap atau menjerit depan kipas suara aku akan bertukar jadi macam suara robot. Innocent kan, aku? T___T



Hahaha..bukan aku sorang je macam tu. ;))


Aku rasa banyak lagi bende2 best masa aku kecik2 dulu tapi sekarang otak aku tak boleh nak recall..itu je yang dapat aku rungkai buat masa ni. Anda punya mesti lagi best dan awesome kan? Nak2 lagi kalau jadi kanak2 kampung.. maksud aku tinggal di kampung. Tak adanya macam kanak2 sekarang, bukak mata je layan Facebook. Mana ade reti nak main sorok2 dalam semak ke hape.... (eh apesal main sorok2 dalam semak? hahaha tak tahu..tak tahu...)


Haa, sekarang bagitahu aku apa kenangan yang paling anda tak boleh lupa sekali time jadik kanak2.

Mabeles kan?! :))

18.8.11

Tips Cantik Menawan Seperti Liyana Jasmay Di Pagi Raya


Assalamualaikum semua....


Alhamdulillah...hari ni dah selesai 18 hari umat Islam berpuasa. Tak lama lagi raya lah kita semua..ye dak? Aku pasti semua dah eksaited nak raya kan. Jemaah kat masjid pon makin hari dah makin kurang, tak macam masa awal2 puasa dulu. Biasalah, manusia..iman bertambah dan iman berkurang- tetibe teringat salah satu tajuk dalam subjek Pendidikan Syariah Islamiah masa form 4 dulu.


Dah dekat2 nak raya ni mesti kita semua terutamanya girls2 comels macam kita2 ni nak nampak cantik di pagi Hari Raya kan? Dengan harapan bila tetamu datang beraya kat rumah kita, mereka berbisik2 sesama sendiri memuji kecantikan dan kehalusan serta kemulusan kulit muka kita.


Lepas tu mulalah malu2 larik tutup muka masuk dalam bilik. Ok, aku dah melalut. HAHA



So, nak kulit muka nampak cantik, halus, gebu, flawless dan mulus tak???? Nak tak??
Ok, hari ni aku nak kongsi dengan anda tentang satu produk kecantikan yang aku baru beli. Eh, bukan satu tapi DUA! Nampak tak aku tengah eksaited nak cerita nih?


Ok, intro panjang2 takde guna jugak kan. Aku tahu anda mesti teruja nak tahu produk apa yang aku nak cerita ni kan. Kalau tak teruja pon, kau buat2 je lah muka eksaited okeh!


Ni haaaa produk yang aku baru beli, aku dah cuba pakai beberapa hari dan paling penting AKU SUKA GILER DENGAN PRODUK NI sebab produk ni best dan awesome sampai bila aku pakai aku tengok cermin aku terpana seketika sebab aku ingatkan tu Liyana Jasmay tapi lepas aku genyeh2 mata barulah aku sedar yang itu wajah aku. Giler tak hebat produk ni sampai dah bertukar muka sendiri dengan muka Liyana Jasmay (Baca sekali nafas je). Ok, aku tahu aku over.


Dah jangan buang masa lagi. Produk yang aku duk puji2 melangit ni adalah.........

*drum roll*
.
.
.
.
.
.
.
.



Adakah bedakmu berkuasa melawan apapun? NEW Clear Smooth All-in-one oleh Maybelline New York. Ia memahami kulit Asia Tenggara, bedak ultrahalus dengan Pro-Vitamin C yang menawarkan lapan manfaat pada kulit. Ada empat pilihan warna. Tunggu apa lagi? Cubalah~ Hanya RM19.90 (sumber)


Whoaaaa...aku ulang lagi sekali, hanya RM19.90! Ye, kalau aku yang tengah jadi suri rumah tangga sepenuh masa ni mampu beli, anda lagilah mampu...hihi.


And one more........!



Maybelline's Clear Smooth BB cream!!!! 


This one aku memang suka sangat2 lah....selesa sangat pakai. Simple, amek je secalit then tempeklah kat muka tu..sapu sampai rata. Then, taraaa...setel!



It has 8 benefits: it brightens, evens, smoothens, refines, clears, conceals, moisturizes and protects your skin!


ALL THAT for RM 19.90? Can you believe it?! Believe it! Tapi yang lagi bestnye, masa aku beli minggu lepas tengah ada promotion, i just bought it at RM16.90!



Aren't you going CRAZY for the new MAYBELLINE NY CLEAR SMOOTH MINERALS B.B. CREAM?!?!!


(lupa nak cakap, haruslah pakai bb cream dulu then baru pakai clear smooth tu.sori, aku cerita tak ikut step.maklumlah, eksaited bila muka dah nak sama macam Liyana Jasmay.hihi)


Serius aku cakap, bila pakai 2 produk ni aku dapat rasa perbezaan yang menakjubkan. Kulit muka nampak lebih natural. Tu yang aku suka sangat tu. Dan yang paling penting sekali, even aku pakai dari pagi sampai petang muka tetap nampak segar, maksud aku tak berminyak pon!


So, korang tunggu apa lagi, cepat siap2 terus pergi Watsons, Guardian ataupon mall2 berhampiran anda. Jangan berlengah lagi pergi dapatkan 2 produk yang aku ceritakan tadi. Insyaallah, korang tak akan menyesal punya beli produk ni. Malah korang akan rasa lebih yakin, cantik dan menawan terutamanya di pagi raya nanti. hoyeaa hoyeaaa ho liawwww!


Oh jap, sebelum tu ni ada aku nak tunjuk satu video best demo mekap dari model Maybelline ni, Liyana jasmay yang super gorjes! Auwww!!!!! Check it out, babeh!





Yeahhh...puas hati tak? Puas tak? Mestilah tak puas selagi tak beli produk ni..kan?! Dah2...tak yah nak malas2. Kalau nak jadi cantik macam aku Liyana Jasmay silalah beli produk ni. Anda mesti suka punya!!!!


Untuk maklumat selanjutnya tentang produk ni silalah ke Facebook Maybelline New York Simply Fabulous. (klik dan like lah page ni)


Itu sahaja nak cerita. Pergi beli dulu then baru share dengan aku pendapat korang lepas guna produk ni. okai sayang2 semua?! Haa..macam tu lah....meh nak peluk sikit meh....

*hugssss*

Ke ade yang dah pakai produk ni sebelum ni? Amacam? Best kan?!!! Ce cite...ce citer....




Thanks for reading.
Bai!

17.8.11

Wordless Wednesday (No. 2)- Amazing Creatures






15.8.11

Do It Yourself: Cheese Puding With Oreo


Assalamualaikum

HOYEAH HOYEAHHH!!!!!

Nampak tak aku tengah eksaited ni sampai taip hoyeah2 tu caps lock! Yeahhh..aku memang eksaited sebab selama 22 tahun aku hidup kat atas muka bumi ni, hari ni lah hari bersejarah aku sebab pertama kalinya aku berjaya buat pudingggg!!!

HOYEAAAAHHH..HO LIAWWWW!!!


Aku jadi eksaited giler nak mampus sebab sebelum ni aku selalu je meleleh2 sorang diri bila tengok orang lain buat puding/cake. Ye, aku memang suka memasak dan banyak je lauk pauk yang aku boleh masak tapi kalau sampai part pencuci mulut ni aku memang surrender! Sebab aku tak reti buat puding, koktel dan spesis2 yang sewaktu dengannya.


Sehinggalah aku jumpa dengan satu resipi puding yang sangat simple kat belog sorang akak gorjes, Mrs VIP aka Kak Chenta Zetty. Study punyer study sampai tak tidur malam (ok, tipu) maka dengan gigihnya aku hari ni bertungkus-lumus bersilat kat dapur sorang2 untuk melahirkan sebuah karya agung.

*pukul gendangggg*


Taraaaaaa................!



Nampak menyelerakan tak???


So, nak tahu tak macam mana nak buat puding gorjes ni????

*bunyi bunga api*

Apa yang anda perlukan adalah:



Part A:

  1. 13g Agar-Agar
  2. 1 liter Air
  3. 120g Gula


Untuk Part A ni, cara dia macam nak buat agar2 kosong. Just masakkan agar2 dengan air sehingga agar2 tu hancur. Then, bila dah hancur baru masukkan gula. Kacau sehingga agar2 sebati dengan gula.


**Oh ya, kalau korang tak ade penimbang, jangan risau..(sebab aku pon tak timbang.haha) Korang boleh agak2..for this, biasanya sepeket agar2 (biasanya dijual sepeket 30g),  korang just guna separuh. Air sukat  sebanyak 4 cawan, dan gula secawan. Setel.


Now, we move on to the next step.


Part B:

  1. 3 biji Telur
  2. 120-150g Biskut Cheese - blend halus baru timbang k
  3. 1 sudu besar Tepung Kastad
  4. 400ml Susu Cair = 1 tin ya.
  5. 200g Susu Pekat
  6. 50g Mentega
  7. Biskut Oreo (di buang cream) 


Here we go!

Motif utama Part B (memasak pon ada motif.adehh) adalah untuk campurkan segala bahan2 di atas kecuali Oreo. Untuk memudahkan kerja, kita just blend semua bahan ni. Senang je, mula2 switch ON blender. Ok, tak lawak. 


**Oh lupa korang tak ade penimbang, kan? Jangan risau, ok telur tak payah la gatal2 nak timbang, amek je 3 bijik. (tapi aku guna 4 bijik, beselah aku kan tamak.hahaha), then biskut cheese tu korang beli je sepeket guna semua tuh, mentega dalam sesudu besar (lebih sikit pon sokay), len2 takde masalah kan.


Ok, sambung. 

Amek telur, blend for about 10 seconds. Then masukkan semua bahan tadi (biskut cheese yang dah hancur, mentega, susu cair + pekat, tepung kastard) kecuali oreo. Blend sekali lagi sehingga telur and all these things got sebati. 

Setel.

What you need to do now is....

Masukkan adunan yang dah diblend sebati tu ke dalam agar2 yang tengah mendidih dekat atas dapur tu. 

**PENTING:

Make sure korang kacau adunan tadi non-stop. Yes, jangan berhenti kacau sehinggalah adunan tersebut mendidih. Sebabnya, kalau tak kacau adunan tu akan jadi berketul2..Tak cantik nanti. 


Oh ya, tak payah la kacau sampai Subuh esok pagi. Bila dah mendidih itu tandanya ia sudah pon masak! Hoyeahhhh!!!! Done.


Next!


Masukkan adunan yang dah masak tadi ke dalam bekas yang anda suka. (make sure bekas tu besar, nantikan tak muat pulak.)



Tuangkan adunan diselang-selikan (layer by layer) dengan biskut oreo yang dah dibuang cream tadi. (macam dalam pic kat atas ni)

Teruskan tuang sehingga adunan dan biskut Oreo dah habis.

Then, SIAP!!!!!!!

Sejukkan, and now its ready to serve to your loved one! Cecehhh....

p/s: kalau nak sedap dan cantik, bila dah keras, terbalikkan puding ni and letak atas pinggan untuk dimasukkan ke dalam peti ais buat seketika. Puding ni sedap dimakan kalau sejuk.


Inilah hasil titik peluh gua sepanjang bersilat di dapur petang tadi.



Boleh nampak biskut Oreo tu....


Paling sedap bila gigit dekat part yang ada biskut Oreo tu sebab rasa macam coklat2 gitu...



Yang ni masa sebelum potong. Kat tengah2 tu nampak tak smooth kan? Sebab aku gelojoh sangat, tak keras sepenuhnya lagi dah gatal tangan pi terbalikkan. Hasilnya macam tu lah...hahaha.
Maafkanlah, ni pertama kali cuba buat tahu. So, banyak la kekurangan here and there.




So, tunggu apa lagi. Kalau saya boleh, anda pasti boleh juga..wahhh gitu..dah macam dekat kem motivasi pulak.adehhh....hahaha. (beselah, orang tengah eksaited ni)


Lagi satu, nak ucap terima kasih mucho gracias arigato gozaimas dan syukron muahh muahhh dekat Kak Zety sebab kongsi resepi ni dengan aku (gambar bahan2 & gambar biskut oreo kat dalam bekas tu aku amek kat blog die). Pi la tengok blog dia kat --> sini.


Esok nak buat kek chocolate indulgence macam kat Secret Recipe tuh..hahaha. *berangan!*

All the best!!!! (bagi yang nak cuba buat)


13.8.11

Best Friends



They are there to be obnoxious with you…




 And to listen to your stupid stories.




They know how to cheer you up…





They know when you like someone…




Or when you need to rebuild your self esteem.




Sometimes, they can be annoying…





Or just simply embarrassing…




But they will be always there for you, forever.



Yet, there are still your best friends!


*i love you*

12.8.11

Setiap LIKE Anda Sangat Berharga

Salam.

Aku ada masuk Contest - Memori Terindah Hari Raya. 


So, di sini aku nak mintak jasa baik kalian untuk vote picture aku ini.


Macam biasalah, korang kena LIKE Page ni dulu and then baru LIKE kat picture aku.


Sesaja nak mencuba nasib, mana tahu murah rezeki macam tahun lepas dalam My Raya Moment Contest anjuran Abg. Eyriqazz. Oh ya, dalam contest tu aku berjaya dapat tempat kedua. Not bad la kan? Kalau tak percaya, meh tengok dekat SINI.


So, sekarang tolong aku okeh.


Ni picture yang aku pertaruhkan. Actually, pic ni pic sama yang menang dalam My Raya Moment Contest cuma aku edit balik pic tu kasik lagi fresh. Hihi.


Here's the picture.



Help me, guys.





Korang klik je pada link tu okeh!


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, tak salah kalau tolong saudara sesama Islam kan? Ecehhhh.....

I do appreciate each of your LIKE. Thank you very much!!!!!

Good Things Are Always Come To Those Who Wait...


Assalamualaikum...


Salam 12 Ramadhan semua..... :))


Sekejap je kan? Hari ni dah masuk hari ke-12 umat Islam berpuasa dan sekarang kita semua berada dalam fasa kedua Ramdhan di mana keutaman fasa kedua ini adalah Allah banyak memberikan maghfirah atau keampunan kepada hamba-Nya. Inilah saat yang paling tepat bagi kita untuk meminta keampunan daripada-Nya dengan memperbanyakkan zikir serta taubat. Semoga dengan keberkatan bulan suci ini segala amalan dan taubat kita diterima oleh Allah SWT. InsyaAllah.... 

*dah macam Ustazah Nor Baiyah la pulak..hihi*



Cukuplah tu tazkirah kita pada hari ni..Kan panjang2 ada yang boring pulak. Ye dak?




Balik ke pangkal jalan tujuan asal kita semula. Aku rasa dah lama aku tak cerita pasal life aku sekarang ni kat sini. Lately banyak pulak post2 aku berkisarkan keagamaan. Macam post INI..., INI....., INI jugak....dan jugak yang INI...Amek kau! (boleh klik link kalau rasa ada masa lebih)


Yelah, bulan puasa ni elok2 la kita berkongsi benda2 baik dengan orang lain. Takkan nak cerita pasal benda2 tak elok pulak. Ye dak?



Tertarik dengan wall post Wardina Safiyyah. (Yes, I adore her!)


2011.....

Apa yang boleh aku katakan sekarang, tahun 2011 adalah tahun yang penuh rahmat, berkat, kebahagiaan dan kegembiraan kepada ramai orang di sekeliling aku, dan mereka adalah orang2 yang aku sayang. Alhamdulillah.....syukur Ya Allah.


Antara kegembiraan yang dapat aku kongsi dekat sini adalah:


1. Ramai sahabat sekolah dan matriks aku dulu yang dah bertemu cinta sejati dalam hidup mereka. To be specific, they got married! Antaranya ialah Anisah bt Ahmad (classmate form 4), Noraziela bt Mahmudin (roomate masa kat matriks), Ahmad Yusof (schoolmate), Nor Shazwani (faculty-mate) dan the most important one is, my only one Nur Izzati Fatimah bt Mazlam (Etiey) who will change the status SINGLE to WIFE in just less than a month from now!


Here's the story about Etiey who triggers me to become so damn excited! Click if you wanna know: 


And for sure, there will more sweet and exciting stories will come here later once she get married! Stay tuned okay!


2. Kegembiraaan seterusnya pulak adalah di mana tahun 2011 telah merubah status teman2 aku daripada bujang--> berkahwin dan sekarang daripada suami/isteri --> MOMMY/ DADDY!


Yeah...since last year 3 orang teman sekolah aku yang berkahwin (dalam jangka masa yang agak dekat among each other) now this year diorang semua dah jadi MAK!!! Oh...how grateful and happy their life now! Yang paling best tu sorang dapat anak kembar!!! Auhhh eksaited dengar kan?!



Hai...nama caya Ahmad Rifqi bin Ahmad Tarmizi. (ni anak Rabiatul aka Beck)



Meet the twin girls! (puteri2 kesayangan Puan Liyana Athirah)

(babes, aku curik pic anak korang dekat Fb korang.hihi.)


Kalau dulu masing2 masih lagi keanak-anakan dengan seragam sekolah tapi sekarang dah bertukar jadi keibu-bapaan. eh ada ke perkataan tu?hahaha..well, seronok kan tengok teman2 sekeliling dah melangkah ke fasa kehidupan yang lebih mencabar. Aku bila lagi? hahaha...rileks bro, rileks...malam masih muda. Tetibe!


3.  Seterusnya...apa lagi ye....ahah! Tahun 2011 juga menyaksikan ramai teman aku yang dah berjaya menamatkan pelajaran mereka seterusnya dah berjaya mendapat jawatan tetap. Alhamdulillah...yang ni pon berita yang menggembirakan, kan. Antaranya, Cik Liyana bt Kamaludin, sekarang dah jadi auditor (tapi rasanya nanti dia nak tukar kerja lain kot), teman baik seasrama dan sekelas, Nor Salihah bt Abd. Latif yang dah berjaya menjadi penjawat awam which is nurse! Dia dapat posting dekat Hospital Ampang. Baru minggu lepas start. 


Siapa lagi ek? Hah...my ex-boyfriend who is still my friend, Mr F. Dia pon dah berjaya tamatkan pelajaran dia and now he's working as a Medical Laboratory Technologist at Hospital Serdang. (yeah, Hosp. Serdang which is bangunan yang bersambung dengan bangunan fakulti aku. apakah makna semua ini?adakah cinta bakal berputik lagi..hahaha..tak lah...im just kidding.we are still friend and he promised me to treat me lunch there! *blushing*) 


Selamat bekerja dengan tekun dan gigih ye sahabat2 sekalian!


4. Apa lagi ye???? Tu baru sebahagian kegembiraan di kalangan sahabat2 aku..Tak kira lagi di kalangan sanak-saudara aku...Yep, aku memang ada keluarga besar sebelah emak aku. We all memang happening and rawkss kalau ketemu. :))


Hah, ingat lagi tak sepupu aku yang kahwin tahun lepas? Aku ada post pasal majlis perkahwinan beliau dekat blog ni. Kalau tak ingat, meh baca kat SINI dulu.


Kak Ira dan Abang Afiq dah pon selamat menjadi ibu dan bapa kepada Afif Aiman pada tanggal 21 May 2011. Alhamdulillah.....bertambah lagi warga Pak Long & Co. 




Meet our new member of Pak Long & Co., Afif Aiman. :))


Erm...tu sepupu yang dapat anak, sepupu yang menamatkan zaman bujang tak cerita lagi. Adeh...fyi, tahun 2011 ni 4 orang sepupu aku yang kahwin. The best part was, tarikh diorang kahwin ni cuma selang seminggu je. Kau bayangkanlah macam mana kitorang hari tu..Tiap2 minggu jumpe buat kenduri. Adehh....hot jugak sepupu2 aku ni ye...kehkehkeh. Lepas tu lagi sorang bertunang. Majlis maybe Mac 2012 kot.


Kalau nak cerita bab kahwin sepupu aku ni agaknya tak berbuka la kamu yang baca post ni. HAHAHA. Later2 la aku story okeh. Cukuplah kalau aku bagitahu tahun ni aku dapat 4 orang sepupu ipar baru. (ada ke istilah sepupu ipar? haha)


As the title of this post, Good Things Are Always Come To Those Who Wait... Sesungguhnya, sabar itu ada manisnya...


2011, be kind to me too!!!!


I'm in final year now. Hopefully everything will goes well especially my becoming baby, Final Year Project! Do pray for me, readers! I wanna graduate on 2012!!!!!! Amin.....




Before I end my post, I just wanna let you know that seriously, I'm so happy and glad to see all this beautiful things and memories created in front of my eyes this year! So happy to see all nice and sweet things happened   to the people around me, especially all my loves.


Syukur kepadamu, Ya Allah........ 





Dear Allah,
 I pray that whoever reads this post shall have your comfort, joy, peace, love, & guidance. 
I may not know their troubles, but you do. Please keep protecting us. 
Amin.


Have a great day, readers!

Take care!

9.8.11

Ramadhan: Random #3


Ramadhan- Day 9




At a time when you’re puzzled what dish of food you’re gonna cook, a mother in Somalia has to decide which son to feed while the other has to die!

- Dr. Salman Al Odah-



Let’s be grateful for we always know we will have food to break our fast.. (: (: 

At the same time we mustn’t forget to offer supplications for our brothers and sisters in Islam in other parts of

 this world, 

especially in the stricken regions. (source)



Peace Be Unto You



May our A’maal within this month become a habit that we bring forth even after Ramadhan

Amin.


8.8.11

7 Things About Your Body



1. Your eyes are the only part of your body you can’t wash with soap


2. You can’t count your hair


3. Your tongue doesn’t reach every teeth in your mouth


4. Only idiots do number 3


5. You’re gonna laugh because you can reach every teeth in your mouth


6. You’re gonna laugh because you feel like an idiot


7. You’re going to reblog to see how many people fall for this



OMG! I just did that! LOL!!!!!





Ramadhan: Random #2




Trusting Allah would not make the mountain smaller, but would make climbing it easier. Do not ask Him for a lighter load, for Allah does not burden a person beyond his scope (Q, 2:286)

So, ask Him for a stronger back.

Happy 8th day fasting, people!

6.8.11

Ramadhan: Random #1




In Islam, a Woman is always under the care of someone. 

When she’s young, she’s under the care of her parents. 

When she’s married, she’s under the care of her husband. 

And when she’s old, she’s under the care of her children. 

These are her guardians and worldly protectors. 

Look at how Allah takes care of them from birth till death.

Subhan’Allah! :-)

12 Barisan Umat Muhamad Di Padang Mahsyar

Assalamualaikum.


Hari keenam berpuasa.


Sedikit renungan buat semua...


Renung-renungkan dan selamat berubah!

4.8.11

Thursday Babbling


Assalamualaikum.

Salam 4 Ramadhan. Pejamcelikpejamcelik dah masuk 4 hari kita di bulan puasa. Alhamdulillah..semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk menghabiskan ibadah puasa dengan lancar. InsyaAllah.


Hari ni nak membebel-bebel sahaja. Random thoughts on Thursday.


1. Semalam hari paling tak produktif dalam hidup sebab tidur je for the whole day. Aihh kurang la pahala puasa semalam. (apesal time puasa tidur siang jadi sangat sedap, menyelerakan dan best?)


2. Aku rasa kalau lah aku masih lagi teruskan gaya hidup aku seperti 3 bulan kebelakangan ini sudah pasti aku tak muat nak pakai baju pengapit masa bestie aku kahwin raya nanti. Adehhh! Ku harus gi mana ini yaaa?



3. Maksud gaya hidup di atas adalah gaya pemakanan aku. Aku rasa selalu memasukkan sumber2 protein, karbohidrat, kalsium, serat, zat besi dan taurina dengan kerap adalah normal bila seseorang pelajar unibersiti sedang bercuti di rumah manis rumah. Setuju?


4. So, aku consider normal la kan? Bukan spesis2 yang mentekedarah tak kira masa? HAHA! (I can't blame my mum for her mabeless cooking!)


5. Fine, there are so many people around me who dare to complain about my cheek! Is mine was too big? I meant...c to the h to the u to the b to the b to the y! Demm! (btw, i tak kisah sangat masa awal2 dulu tapi bila dah jumpe si A cakap "waaa...sehat sekarang yer", jumpa si B cakap "eh...dah berisi la sekarang", jumpa si C cakap "awat yang pipi tu macam terlebih jer...", jumpa si D cakap "bla...bla...bla...gemok...bla..bla..pipi besar..bla..bla..."....... mahu aku tak stress! boleh menyebabkan aku jadi kemurungan tahu gaa??? adehhhh!)


Tapi tak ape..never mind....NEVER MIND....ah-kak tak nak ambil port sangat..Ah-kak anggap kata2 nista itu semua adalah dugaan bulan puasa. Kita haruslah berfikiran positif, ye idak? Walaupon dah terang2 tu memang kenyataan! HAHA!





Oh my! Sooo adorable! Dont blame for her chubbiness! (im not sure if chubbiness is a correct word.hehe)
Motif gambar: MOOD CHUBBY. HAHA!



6. 2011 is the awesome year ever sebab sejak 11 tahun aku bergelar pelajar, to be specific by stayed at the hostel baru tahun ni aku dapat puasa PENUH di rumah. Yes, sebulan penuh puasa plus dapat pulak beraya selama 2 minggu before masuk semester baru. OHSEM!!!!



7. Oh ya tahun ni tak dapat nak kuih feberet Abang Besar aku iaitu onde-onde sebab tahun ni aku tak berada di Ki El untuk berbuka bersama2 di rumahnya. (Ye, aku memang terer buat onde-onde. teheee). Kalau aku kat UPM, every weekends memang aku balik rumah dia kat Rawang. Semalam Abang call dia cakap kalau nak datang rumah dia datang je lah. Dia dah kempunan nak makan kuih tu. Bukannya tak ada jual dekat sana tapi..well you know la kan.. buat sendirik dengan beli rasa dia TAK SAMA! (of course la buat lagi sodapp!)



Korang tak tahu onde2 tu ape? Aduhhh....ni haaa.....


Terliur tak? terliur tak? HAHA....! Sabar2...



8. Baru aku ingat, hari tu aku beriya2 nak buat 10 games. Siap berlagak cakap kononnya dapat setelkan dalam masa 3 hari. Dah lebih seminggu tapi baru buat yang first day. HAHA. Apa dah jadi May???










Ok...larikkkkkkk..................!!!!