16.3.12

Lagi Sebelah Badan Untuk Bergraduat


Assalamualaikum.



Ini kisah hujung minggu lepas. Apabila kegembiraan untuk berhujung minggu telah diragut secara tiba-tiba...ouchhhhh! T__T. Tapi tak apa, secara keseluruhan, ambil ni semua dari sudut positif. Bagi yang tak tahu, aku dan bebudak final year yang lain telah menghadiri Kursus Finishing School selama 2 hari berturut-turut bermula 8.30 pagi sehingga 5.30 petang di mana kursus ini WAJIB diambil oleh pelajar tahun akhir sebelum bergelar graduan lepasan UPM. 




Layan gambar-gambar ni semua. Biarkan gambar yang berkata-kata. 



*Hari Pertama*


Kami ditempatkan dalam Group 3. Majoriti ahli group ni dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, iaitu bebudak Masscom. Pehhhh depa baq ank! Woohoooo~~~ p/s: Kalau ada event (eh event ke nih ok tak kisah la) macam ni lah bebudak FPSK boleh jumpa bebudak dari fakulti lain sebab we all kan tak bercampur dengan bebudak lain sebab we all dah ada fakulti dan kolej kediaman sendiri. So memang jarang la pergi ke main campus kecuali kalau ada ambik subjek tambahan seperti Tasawwur Islam yang Mamay ponteng semalam sebab Mamay merasakan shopping kasut Vincci lagi penting dari belajar. Okbai tak payah cakap pape lagi. 




So, wakil bebudak dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) adalah:


Kiri ke kanan: Ida (partner FYP Mamay), Afiq (hai bff!), AJ (pendengar setia Mamay), Aisyah (yang baik hati), Nana (memperkenalkan abang Nickhun kepada Mamay), dan paling kanan sekali tidak lain dan tidak bukan, Awek Nickhun kbai! =p
p/s: Thanks groupmate sebab tolong snap gambar bebudak FPSK. ;))


Bebudak 3 orang ni memang pandai eksyen! lol.


Ok kalau Mamay ada memang tak berlakon. Betul-betul fokus. HAHA.
(padahal sebelum snap dah pesan siap-siap kat depa suh get ready buat-buat macam menulis dan berdiskusi. hahaha)
Mamay dan Nana memang fokus menulis, Afiq dan Ida memang fokus berdiskusi tapi AJ? Err.. please try again after this, AJ! :p
Peribahasa hari ini: Kami dan camera handphone boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku.


Minum pagi. Ok ada penambahan ahli baru di situ. Hai Ijat! *sambil baling flying kiss.*
Errrr???! ok just kidding!
p/s: Satu je la yang best pasal Finishing School ni iaitu MAKAN FREE!

Ehhh ada lagi sorang ahli baru. Hai Mackey Baihaqi aka satu-satunya kawan satu course dengan aku hok sokmo tulom aku bila aku susoh dan jugok tulom beli tiket bah ke aku bile nok kelik kapum sebab aku nge ye ni asal Teranung. Dok pahang sudoh ar malah eh nok citer panjang-pajang ngat!
*sambil nyanyi lagu Iklim, Blues Terengganu Kite*
p/s: Ki, bakpe mu dok royap awal-awal nok paka baju tu? Kalu dok buleh pakai sekali feeling-feeling macam kapel gitu. Ehhhh Kak Dayuuuu, Adik Mamay mitok maaf..... ngeheeeee~~~
p/s/: Aku ada satu baju yang sama macam beliau pakai tuh ok aku tahu ko tak tanya pon tapi aku tetap nak bagitahu.



Macam orang tua membebel.

Ok next please! 


Nasi goreng pagi itu yang tawar tapi tetiba jadi sedap sebab ada ikan bilis goreng.

You are free to add your own caption. LOL.
p/s: Lily sayang, terharu tak sebab aku selalu pakai gelang Saghawak pepel yang mu bagi kat aku nih. :))

Nana, jangan sedih sebab AJ memang tak reti nak ambik gambar betul-betul. Ehhh hai Ida yang semangat buat peace dari dalam kereta Porshe AJ. Cepat carik Ida sekarang! Aisyah, buat ape tuh? Mengaji eh? :p

Ini makanan tengah hari. Oh tag nama klasik yang dibuat daripada plaster kertas tu adalah tag nama yang harus dipakai semasa aktiviti di dalam kumpulan. Pakai lekat pada bahu, dada atau mana-mana sahaja yang boleh nampak seperti TAMPAL PADA BEKAS MAKANAN TENGAH HARI! 



*Hari Kedua*
(bukak mata luas-luas sebab hari ni dah last day. Yeayy!!!!)


*gambar dalam bilik seminar tak ada sebab tak ingat nak ambik*


So ibaratnya hari kedua masuk-masuk je terus pergi lunch sesama. HEHE.


"Selamat datang ke gerai makanan kami. Kami menyediakan makanan yang segar, halal, suci dan murni terbaik dari ladang" *fokus kepada dua wanita yang bersimpuh ayu di tengah-tengah itu*

Wanita-wanita yang bersimpuh masih gigih mempromosikan makanan mereka. Aisyah sangat comel-momels waktu ini. :)
(p/s: Aisyah, tak payah nak blushing sangat)

Okeh, hari ni ada penambahan tiga ahli baru iaitu Safwan aka Balok, Awek kepada Balok iaitu Noreen dan jugak ehem-ehem iaitu Dibah. *mati aku lepas ni*
Ohh Mr Baihaqi dah macam gaya CEO je. CEO Mydin K.Tganu. HAHA.
Afiq, ank kenapa?



Okehhh ini je satu-satunya gambar dalam bilik seminar masa hari kedua. Ni pon gigibiru aka bluetooth dari budak comel ni. Hai kawan baru kita, Faradhilla Zahari (nama penuh aku bagi haaaa) aka Fara! Ai rindu kat yuuu laaa. Aummmm!
P/S: Fara major in broadcasting. Sesuai laaaaa kan. ngeheeeee. Ai pon sesuai jugak kan.. sesuai buat air untuk krew2 penyiaran. HAKHAK :)


Sebelum pulang


Ahli baru lagi sorang, Najihah (kelima dari kiri) ;)
p/s: Nor Hana cakap dia menyesal berdiri antara Mamay dan Baihaqi sebab rasa seperti melukut di tepi gantang bila berdiri di antara stok2 boleh jadi model. HAHAHA
p/s/s: Nor Hana, ni nasib baik Mamay pakai flats je, kalau pakai high heels nambelas inci camno ehh? lol.
Note: Nor Hana kedua dari kiri. 









Last but not least:

Baru perasan corak baju memasing lebih kurang nak sama je kan. Itulah orang cakap kalau dah jodoh memang tak kemana. Ehhh banyak la kau jodoh! HAHA.



Overall, banyak input dan intipati yang we all dapat sepanjang menghadiri kursus ni. Dah tahu macam mana nak buat resume dengan betul, tips2 yang bagus semasa nak menghadiri inteview, cara nak buat cover letter dan baaaaaaaaanyak lagi. Ohhh doakan kami semua dapat bergraduasi pada tahun ini. Amin.....
I love you all, my friends!!!!!

*bigggg bigggg hugsssss*

**sambung buat thesis Chapter 4**



Anda juga mungkin meminati post ini:




p/s: Say Hi to my blogger friend, Alia who never fails to come and drop comment here. Thanks dear. One fine day, we will meet each other and shoppingggg okey! *bigg hugssss for you* ^^,


p/s/s: Don't forget to LIKE my photo in My Pinky Moments Contest -->>>>  HERE


Thanksss!!!! Have a nice day, people!




Assalamualaikum... =))



2 comments:

Afasz said...

time study paling sonok....

Afasz said...

eh yg bj ungu tu sama la ngn saya.hehe