31.3.12

Tersenyum Melihat Langit #2



Assalamualaikum 
dan 
Selamat Pagi !











Hai siput babi yang comel ! Siput babi selalu ada time aku joging . Sweet tau siput ni teman Mamay jogging ! Auuwww !

Semua gambar kat atas tu aku snap minggu lepas.

Dah lebih seminggu aku tak dapat buat rutin harian setiap pagi macam kat atas tu sebab setiap pagi bumi Serdang dilimpahi hujan

Hipotesis: Semakin bertambah bilangan hari hujan setiap pagi, semakin bertambah jumlah lemak yang terkumpul. 

Okbai.


**************************************


Nota 1: Mulai hari ini terpaksa tukar syif petang. Jog dekat Bukit Ekspo la kalau petang. Takde pilihan. Port jogging pepagi kalau petang penuh dengan pakwe2 Kolej 17 duk main bola padang. Takkan tetiba aku nak pergi jogging keliling padang tu !


Nota 2: Hujung minggu ni terpaksa melekat di Kolej 17 lagi sebab pagi ni ada kelas dari jam 9 sampai 12. Lepas tu esok ada seminar tentang CIDB dari jam 9 pagi sampai 4 petang (nanti aku cerita lelebih pasal seminar ni sebab sekarang aku pon tak nampak bayang rupa seminar ni camno. Yang aku nampak bayang adalah tentang duit 50 ringgit aku dah terbang untuk seminar ni)  T__T


Nota 3: Rindu nak balik Rawang ! Abang aku ni dah tak ingat ke yang beliau ada adik dekat sini? Huwaaaaaaaaaa ! Kalau dia tak ingat pon aku tetap akan balik sana jugak tapi masalah sekarang hujung minggu aku kebelakangan ini sentiasa dipenuhi dengan aktiviti2 yang sangat bermanfaat tangan-ke-bahu-mata-ke-langit. Sibuk mengalahkan wanita bekerjaya yang tepaksa uruskan kerjaya dan anak-anak serta suami dalam satu masa. Ehh ? 



Nota 4: Semua gambar kat dalam blog ni kalau aku tak mention dari sesiapa itu maknanya gegambar tersebut adalah hak milik mutlak aku. Maka dengan itu aku nak menegaskan bahawa plagiarism terhadap gambar2 aku tanpa kebenaran adalah DILARANG sama sekali. Dah besar panjang kan semua, so buat cara macam orang dah besar. Kalau nak jugak ambik, bagitahu dulu. Aku tak kejam pon. Okayyyyy sayang? :)



Ok, itu sahaja nak bebel.

Selamat berhujung minggu bersama yang tersayang !

Jangan rindu I tau ! Kalau rindu jugak pergi godek entry-entry lama aku dolu-dolu. Kehkehkehkeh 


Wassalam.



2 comments:

Rara Nasiha said...

wahh, baguslah pergi jogging. sy sampai takda masa langsung nak berjogging. heee. nampak sangat alasan kan? :)

May Maisarah said...

Rara:

Ahah kalau badan cun xpe... jogging untuk org2 gemok mcm saya. hikhik.