31.7.11

Alkisah Hari Ini Bersama Beliau

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum.


Sebelum aku berceloteh dengan lebih mendalam, ingin aku tekankan di sini bahawa entry ini adalah kesinambungan daripada:
  1. Kisah Aku Semput dan juga 
  2. Kisah Mereka Juga Semput
Bagi anda yang tak tahu apakah kisah di sebalik itu, silalah klik pada kisah-kisah dia atas. Terima kasih. =)

Ok, mari kita sambung kisah kita pada hari ini. Tapi, aku konfius la apesal ayat aku macam ayat nak tulis karangan Aku Sebuah Buku je ni? HAHAHA. Lantak pi lah.

Hari ini...aku sangatlah gembira sebab dapat ketemu kawan baik buah hati pengarang jantung aku sebelum beliau "diikat".

Hari ini.....mungkin hari terakhir aku keluar bersama-sama beliau sebagai 2 anak dara atau dua anak gadis atau dua gadis sunti atau dua dara pingitan atau dua sahabat yang masih bujang. Amekkk kau! HAHA

Hari ini...kami bergelak ketawa berHUHA-HUHA sama seperti 5 tahun lepas ketika kami masih di bangku sekolah.

Hari ini...kami berkongsi cerita kisah bermula segalanya bagaimana daripada majlis bertunang beliau bertukar kepada majlis berkahwin.

Hari ini...mungkin hari terakhir aku meluangkan masa bersama beliau sebagai seorang sahabat yang masih belum dimiliki oleh seorang yang bergelar suami.

Hari ini...aku menemani beliau ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu (KT) untuk menghantar borang nikah beliau. (Oh ya, sekarang beliau sudah mampu menarik lafas lega kerana part paling penting untuk berkahwin sudah selesai iaitu tarikh untuk akad nikah berjaya ditetapkan. So, my friends, just wait for her invitation okeh! She will announce it soon!)

Hari ini...kami bersama-sama mentakedarah ayam kay ef si berhampiran Mydin KT.

Hari ini...kami sama-sama meredah kesibukan bandar KT semata-mata untuk memborong barang-barang perkahwinan beliau.

Hari ini...kami ketemu 2 sahabat baik sekolah menengah dulu secara tidak sengaja ketika memborong barang-barang di Pasar Besar Kedai Payang.

Hari ini...kami sama-sama menunaikan solat Zohor dan Asar bersama-sama di Masjid Putih KT.

Hari ini...kami sama-sama menyanyi-out-loud di dalam kereta ketika lagu 2 Insan berkumandang di Radio Era.

Hari ini...kami sama-sama gelak macam potianak apabila kami terlihat Pakcik berbangsa Cina menuding-nuding jari ke arah kereta kami kerana beliau telah tersilap masuk ke jalan sehala (kami di lane bertentangan). Saborrr je lahhh!!! HAHA

Hari ini...aku banyak terkejut beruk kerana beliau acap kali brek mengejut ketika memandu. Oh babe, kau memang tak boleh bawak perempuan mengandung bersama2 kalau kau drive. Mahu terberanak orang tu. HAHA

Hari ini...dia memberikan aku sepasang baju putih yang sangat indah untuk aku pakai sebagai pengapitnya di hari pernikahannya nanti. (Seriously baju tu memang dah setaraf dengan baju pengatin ok. OMG!!! Cantik sangat!!!!)

Hari ini...aku pulang ke rumah lantas terus mencuba baju putih itu dan Aaaaa.....




Hari ini...aku dengan penuh eksaited giler nak mampus mati panggil Puan Emak untuk tengok aku pakai baju tersebut sambil pose tak tumpah seperti Gisele Bundchen (tak tahu ke siapa gisele bundchen? Ok, kau google la sendirik. malas aku nak explain lebih2 sebab dia bukan watak utama dalam kisah kita hari ini) sambung, seolah-olah gisele bundchen tengah pose kat atas stage lantas Puan Emak berkata,


"Ok, lepas ni kalau ada orang yang nak masuk meminang terima jer sebab anak mak ni dah boleh kahwin dah. Dah besar dah. Sesuai sangat dengan baju tu" (berkata-kata dalam loghat Terengganu)


Ahahahahaha! Aku dah tergolek-golek dengar mak cakap begitu. Lantas aku menjawab,


"Ye ke mak? Ok2...mak prepared je lah lepas ni untuk terima menantu lagi sorang."


HAHA! Alahai omak........



She's the one. Excited cari tudung untuk Akad Nikah. Sambil test tudung sambil bertanya dekat bakal suami pasal tudung yang sesuai. Hp always di tangan okeh! Aduhai....:p



Si teman yang baik hati ke sana ke mari bersama beliau mengelilingi bandar KT sepanjang hari ini.






Kebetulan bertemu lagi 2 sahabat baik yang dah lama giler tak jumpa, berbaju merah itu Wan Najmiah (Oh Wan, anda sudah kurus!) dan berbaju purple itu adalah Syarifah (Syaa maintain jer macam zaman sekolah dulu, kecik molek). Sebab eksaited sangat jumpa dorang terus keluarkan camera amek gambar tang tu jugak. Padahal kalau hari2 biasa takde maknenya nak posing kat tengah2 Pasar Payang tuh!  HAHA!


Sambung lagi...


Hari ini...aku just nak cakap yang perasaan aku sebenarnya bercampur-baur. Aku sedih, aku happy, aku excited, aku geram, aku bangga, aku teruja, aku aku aku....aku rasa segala macam perasaan dah menyelinap dalam hati aku sebab.....kawan baik yang selama ni duk bergelak ketawa HUHA-HUHA dengan aku dan yang selalu bagi pinjam bahu dekat aku akan bergelar seorang isteri sebulan saja dari sekarang.

Entah kenapa aku rasa macam akan kehilangan dia......*mata dah berair dah ni*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


My dear Etiey


If you read this, I just wanna let you know that having you as a BEST FRIEND who I received from The One Up There since 8 years ago is the best gift ever in my life.


I can't tell you how much i love you because my love for you as a FRIEND is just infinity!


I pray for you so that all the preparations for your big day will goes well as both of you and Ehya'  planned. InsyaAllah....


(Sorry sebab tiba2 aku emosional ckit sekarang ni. Hihi)


Ok, dah ok..dah lap air mata. So, what ever it is you will always be my friend...my best friend forever even you are not anak dara lagi. HAHA!


Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, segala-galanya akan dipermudahkan. InsyaAllah....


Untuk terakhir kalinya, aku nak ucap dekat semua yang beragama Islam


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.


‎"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" (al-Baqarah:183).

Sedikit renungan kita bersama. (KLIK)

Semoga Ramadhan ini...,ringankanlah lidahku, peliharalah masaku, permudahkanlah sujudku, bersihkanlah hatiku dan jagalah tubuhku. InsyaAllah.


P/S: Malam karang jangan lupa bangun sahur okeh!

LOVELOVELOVE!!!!

30.7.11

7 Peringkat Tipu Daya Syaitan


Syaitan menipu :


  • Bila manusia ingin melakukan ibadat, dia menghalang dengan pelbagai alasan.

  • Jika manusia berjaya melepasinya, dia menyuruh agar ibadat itu ditangguhkan.

  • Jika manusia berjaya melepasinya, dia meyuruh agar ibadat itu disegerakan (terburu buru)

  • Jika manusia berjaya melepasinya, dia menyuntik hati agar manusia melakukan ibadat dengan harapan ada orang melihat. 

  • Jika manusia berjaya melepasinya, dia menyuntik hati agar nanti ada orang yang memberi pujian.

  • Jika manusia berjaya melepasinya, dia menyuntik hati agar ibadatnya diceritakan pada orang ramai.

  • Jika manusia berjaya melepasinya, dia berkata “kau sudah pasti syurga tak payahlah lakukan ibadat lagi” atau “kau sudah pasti neraka buat apa lagi kau beribadat.”


Astaghfirullah. :’(

Taken from----<<< Bicara Bermula


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....

May this holy month...

Erase your sins,
Purify your heart,
Bring you happiness
and
Strengthen your Imaan.

InsyaALLAH.






26.7.11

Kenangan Zaman Persekolah Kita









Assalammualaikum.

Topik kita hari ini adalah fakta di zaman persekolahan (sekolah rendah). Check it out!



Zaman sekolah dulu kita:

  1. Bawak duit belanja 50 sen je. Tu pon dah kira banyak dah. Nasi lemak 30 sen, gula-gula 10 sen, simpan 10 sen. (Air masak dah bawak dari rumah)
  2. Kalau bergaduh dengan kawan mesti akan mitak maaf dalam surat lepas tu main pass-pass surat tu masa cikgu duk mengajar kat depan.
  3. Selalu berebut kawan baik dengan orang lain.
  4. Balik rumah cerita dekat mak sebab ada kawan sekelas dah tak mahu kawan dengan diri sendiri.
  5. Buat jadual siapa kena padam papan hitam.
  6. Sebab dulu tak ada handphone, bila dekat akhir tahun je mesti semua duk pakat bawak buku kulit tebal untuk dijadikan Buku Biodata lepas tu mintak kawan-kawan tulis kat dalam tu. Part paling best: Mesti ada tulis "Makanan kegemaran, Cita-cita, Prinsip hidup bla...bla..bla...(You all mesti ingat kan?)"
  7. Buku teks semua bawak pergi sekolah. Sudah-sudah beg sekolah dah lagi berat daripada berat badan sendiri!
  8. Menangis-nangis mintak dengan mak sebab nak beli beg beroda Swan. Time tu kalo bawak beg ada tayar pergi sekolah memang orang pandang kecik besar kecik besar je. HAHA!
  9. Boleh dikatakan setiap hari beli pemadam getah sebab selalu kalah bila main lawan pemadam. (Kalau kalah kena bagi pemadam dekat orang yang menang.)
  10. Paling dinanti-nantikan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan sebab eksaited nak main bola beracun!
  11. Time cikgu masuk kelas lambat sempat lagi ajak kawan-kawan main getah, main chop tiang dan jugak main batu Seremban.
  12. Nurse dan doktor gigi ada datang ke sekolah naik Van Kesihatan untuk ajar cara-cara gosok gigi dengan betul. LOL!
  13. Karangan yang selalu buat kepala jadi pening nak cari idea seperti "Aku Sepasang Kasut, Aku Sebatang Pen..bla..bla..."
  14. Ada van Milo datang bagi air Milo sejuk percuma. BEST ohhh!!!!
  15. Siapa yang buat bising dalam kelas nama dia akan terpampang dekat papan hitam.
  16. Kalau dapat result gempak mesti cikgu suruh jadi pengawas. HAHA! Diskriminasi betul.
  17. Kumpul sticker anime dan kartun-kartun yang famous seperti Hello Kitty, Goku, Doraemon dan banyak lagi. Lepas tu boleh pulak main tukar-tukar dengan kawan sekelas. HAHA.
  18. "Tangan ke bahu, jatuh!"


Ok, itu je yang aku dapat ingat setakat ni. Giler best kan zaman sekolah dulu? Mak kejut suruh bangun pagi, siap-siap pergi sekolah, masuk kelas, balik sekolah, buat kerja sekolah, tidur. Esok buat perkara yang macam semalam. How fun being a kid, right?! Tak adanya nak tension2 stress kejadah pikir nak buat Final Year Project, nak cari kerja, bla..bla..bal.... Yang ada dalam kepala cuma fikir nak pergi sekolah, jumpa kawan-kawan, main chop tiang lepas tu balik sekolah terkam dapur carik nasik!! HAHA! Semua clumsy, innocent je kan? Tapi BEST!


Sekarang??? Best jugak sebab tak lama lagi dah boleh kahwin! Ahahahaha. Larikkkk!!!!!



Apa lagi eh yang best time kita sekolah dulu? Mari kita kongsi bersama. Kot-kotlah korang punya kenangan zaman sekolah lain daripada yang lain. Sharing is caring. Caring is Dr Rozmey. Eh?? HAHAHAHA!




Peace, yawww! Have a nice day readers!

25.7.11

Bila Irma Hasmie Bertudung, Alahai Manisnya...

Salam sayang.


Hai-hai. Ingat lagi tak masa Irma Hasmie, Intan Ladyana dan krew-krew Tv9 Dekat Dihatiku datang serbu makan nasi dagang kat rumah aku hari tu? Ingat lagi tak? Ingat lagi tak? Ok, last question, INGAT LAGI TAK? Eh apesal aku emo je nih. HAHA. Tapi kan, masa tu kan Irma kan dia kan tak pakai tudung lagi. Masih lagi rambut percuma (free-hair).




(update)

*gambar dah diremoved*



Haa...kalau tengok gambar-gambar kat atas tu agak-agak ingat lagi tak? Irma dengan abang dan kakak aku kat rumah kami. Tak ingat?

Adik manis dan Abang hensem sekalian, never mind, never mind...Kalau tak ingat tak apa. Anda boleh pulihkan kembali ingatan anda DI SINI. (Klik kalau anda betul-betul tak ingat, okai?!)

Haa...dah ingat kan. Bagus. Kisah tu masa Irma tak pakai tudung lagi. Tak berhijrah lagi kata orang. Tapi sekarang....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Taraaaaaa!!!! Meet my Big Brother with his favourite actress, Irma Hasmie dengan penampilan dan imej baru beliau yang sememangnya cantik, manis, ayu, sopan dan GORJESSS !!!! Masa ni kat rumah Makcik aku dekat Ampang which is Majlis Cukur Jambul Baby Afif Aiman, anak sepupu aku who is anak kepada Abang Afiq, watak utama yang membawa orang-orang glamour ke rumah kami hari tuh!(Giler panjang ayat ni.haha) And yes, he is working with Media Prima Berhad. That's why la dia kenal dengan orang-orang glamour ni haa.. Artis-artis Malaysia ni dah jadi kawan baik dia dah. ayat bangga diri. HAHA! Awesome, right?!


Masalahnya sekarang, semua family aku dah jumpa dengan kakak angkat aku ni tapi aku sorang je yang selalu tak berpeluang nak jumpa dia, camwhoring together-gether dengan beliau. Aku selalu je miss event-event penting macam ni. Kuchiwaaaa!!! Aaaaaa.....semputttttttt...!!!!!


Pesanan khidmat masyarakat:
Abang Afiq, bawak Irma Hasmie balik beraya kat Terengganu tahun ni, PEH-LISHHHH!!!!


Mereka Juga Semput....HAHA!



Salam, Selamat Pagi Malaysia!
Entry ini adalah rentetan daripada kisah aku semput hari tu. Kalau tak tahu kenapa aku semput silalah baca kat SINI.HAHA.


Untuk berlaku lebih adil di mana tidak patut jika hanya aku seorang sahaja yang semput tanpa menjerumuskan sahabat2 aku yang lain maka dengan perasaan sesaje suka hati lalalala aku post entry tu dekat Fb aku. Well Fb kan nyawa kita semua. Dah jadi sebahagian daripada hidup kita. Kan?!

So beginilah rupanya bila entry  TU diupdate di Fb. HAHA lagi!



See? Mangsa kedua yang semput selepas aku. HAHA. Yes, dah ade geng! Bukan calang-calang orang yang semput, tu member sekolah aku yang sekarang berada dekat India pon boleh semput! Siap eksaited nak pergi majlis kahwin kawan baik aku tu. Dan yang paling tak boleh tahan, aku lebih-lebih pulak dah jemput dia bagi pihak kawan baik aku. HAHA. Gedik la mu ni May! HAHA lagi!

Ok, sambung lagi.



Yeah..ada lagi yang nak masuk geng. HAHA. Sebenarnya, bukan apa kawan-kawan aku ni cuma terkejut je. Ye ar, si bride-to-be ni senyap-senyap je tup tup keluar berita nak kahwin. Mahu tak semput! Siapa lagi yang semputttt? Next!



HAHA! Budak ni bukan takat semput je tapi boleh pulak nak jeles2. Ni kes ulat bulu dah naik daun la nih. Tak sabar2 nak kahwin jugak. Kerja dulu. KERJA! HAHA. Ops, yang, I'm just kidding!




By the way, actually those my friends who already read the entry can guess who's the main actress in this drama! Tekaan mereka sebenarnya memang betul pon. Aku je yang duk deny-deny lagi. So, lets meet the bried-to-be! Ops, nantilah... Walaupon ramai yang dah tahu takpelah. Aku dah bagitahu tuan punya badan pasal ni and dia just mintak anda semua doakan yang terbaik supaya majlis suci ni berjalan dengan lancar. Doakan ye. :)


Ni pon dalam duk deny-deny lagi last2 aku yang kalah sebab si budak manis ni dah jumpa bride-to-be face-to-face! Diorang belajar satu tempat.


Lastly, nak tak nak bride-to-be terpaksa la admit walaupon malu-malu. HAHA. Benda baik, tak payah nak malu-malu la sayang oi. Disebabkan entry aku tu lah ramai kawan-kawan sekolah yang dapat hidu pasal ni. Kantoi sudah! Bride-to-be, I'm still not revealed who are you yet, but WELL you know our friends KNOW you better! HIKHIKS!

Ouh, wait. Still got something to show you. 
Lets meet a husband-to-be! HEHE! 



Terharu lah bila bakal abang ipar pesan supaya jangan semput. Kehkeh! Last but not least take a look at this! Sayang, I'm just exciting! Wanna share here, you don't mind right? If you do, still I'm already put it here. Teheee~~~



I love you, sayang! (bride-to-be)

Okeh. Let's stop here first. There are more semput and nice stories will be share here until the big day has come. Wait ya! Love love love you all. Yeahhh!

Peace! Have a nice day, people!

18.7.11

9 Deadly Words Used By A Women


Hello boys out there. You guys should read this!



Most of them are right, seriously!

Daddy, Can I have $10?


A man came home from work late, tired and irritated, to find his 5 year old son waiting for him at the door.

“Daddy, may I ask you a question?”

“Yeah, sure, what is it?” replied the man.

“Daddy, how much money do you make an hour?”

“That’s none of your business! What makes you ask such a thing?” the man said angrily.

“I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?” pleaded the little boy.

“If you must know, I make $20.00 an hour.”

“Oh, ” the little boy replied, head bowed. Looking up, he said, “Daddy, may I borrow $10.00 please?”

The father was furious. “If the only reason you want to know how much money I make is just so you can borrow some to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you’re being so selfish. I work long, hard hours everyday and don’t have time for such childish games.”

The little boy quietly went to his room and shut the door. The man sat down and started to get even madder about the little boy’s questioning. How dare he ask such questions only to get some money. After an hour or so , the man had calmed down, and started to think he may have been a little hard on his son. May be there was something he really needed to buy with that $10.00 and he really didn’t ask for money very often. The man went to the door of the little boy’s room and opened the door. “Are you asleep son?” he asked.

“No daddy, I’m awake,” replied the boy.

“I’ve been thinking, maybe I was too hard on you earlier,” said the man. “It’s been a long day and I took my aggravation out on you. Here’s that $10.00 you asked for.”

The little boy sat straight up, beaming. “Oh, thank you daddy!” he yelled. Then, reaching under his pillow, he pulled out some more crumpled up bills. The man, seeing that the boy already had money, started to get angry again. The little boy slowly counted out his money, then looked up at the man.

“Why did you want more money if you already had some?” the father grumbled.

“Because I didn’t have enough, but now I do,” the little boy replied.

“Daddy, I have $20.00 now… Can I buy an hour of your time?”

Give time to your children, because its easy to get carried away with life.

credits to ---<< Islamicthinking

6.7.11

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikulnya...

Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...




-Norma-

Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..




-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..


Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..


 anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya

 -siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-

 -Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.


cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

 hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....


-boleh check entry ni sebab dari first day dapat tau Norma dapat cancer sampai keadaan Norma sekarang-


Totally COPY & PASTE from HERE .

p/s: Jika kita tak mampu untuk hulurkan bantuan derma, setidak-tidaknya doa kita juga sangat bermakna bagi Norma untuk meneruskan kehidupan. Sama-samalah kita berdoa agar kesihatannya semakin pulih. Amin....