17.4.15

Aku Terima Nikahnya | Zawawi & Maisarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. 

Alhamdulillah segala puji dan syukur aku panjatkan pada Yang Maha Esa di atas segala nikmat, rahmat dan limpah kurnia-Nya kepada aku sehingga ke hari ini. Aku telah selamat bergelar isteri yang sah kepada jejaka yang sentiasa membuat tidur malamku tidak lena, mandiku tidak basah dan makanku tidak kenyang (May, please stop the drama) okay okay back to the topic.

Ye. Aku sudah selamat bergelar isteri kepada Encik Zawawi bin Shafie (haruslah bold nama suami supaya semua nampak) pada Jumaat, 20 Februari 2015, jam 9.25 pagi to be exact. Dengan sekali lafaz, alhamdulillah. Thats my hero ! *cuim pipi suami* #eh


Majlis resepi aka majlis perkahwinan sebelah pihak perempuan di Terengganu kiterrrr diadakan pada keesokan harinya, Sabtu 21 Februari 2015. Seterusnya majlis sebelah pihak lelaki di Puchong selamat diadakan pada 14 Mac 2015. :)


Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan meriah, seadanya. Tiada yang lebih menggembirakan hati apabila dapat berkumpul seluruh keluarga dan rakan taulan yang sudah lama tidak ketemu bagi meraikan hari bersejarah kami. Eh dah macam karangan "Hari Raya Saya" la pulak. Kihkihkih. Maafla ye, penulis sekarang sudah hilang rentak menulis dengan baik sejak bergelar isteri. Hmm ada kaitan ke? Takpe abaikan sahaja....... :P


Di sini saya kepilkan gambar-gambar tidak rasmi sepanjang majlis berlangsung. Kenapa tidak rasmi? Kerana gambar-gambar rasmi masih lagi di tangan Photographer. Hashtag Sabar Itu Indah. Takpe nanti dah dapat picture kebaaaabom aku update lagi ye. Mungkin lagi dua tahun dari sekarang entry itu akan muncul di sini. @____@. 



Akad Nikah
 






















Resepsi Sebelah Perempuan














Seronok basuh periuk, bang? ;P

Sebahagian hadiah daripada tetamu. Terima kasihh semuaaaa. :')



Resepsi Sebelah Lelaki












Life after marriage? I can sum up in one word. AWESOME !!!!! hehe. Life is great. Alhamdulillah. Alhamdulillah.... Alhamdulillah. Perjalanan masih panjang. Banyak lagi yang nak dikecapi bersama suami. Auwwww. Dah ada suami oiiiiiii. *larik masuk bilik*

I love you, Suami. :)

Details majlis nanti aku sambung cerita in the next entry once I received the official photos from OP, macam biasa hashtag Sabar Itu Indah. Insyaallah. Sehingga ketemu lagi di lain masa. x0x0


No comments: