9.4.14

Trip To Sabah- First Day (Part 1)


Assalamualaikum.


Marilah mulakan cerita yang dah masam-masam basi ni haaaaa... alkisah budak kampung pertama kali menjejakkan kaki di bumi Sabah. FYI, actually this is a company trip, started from 19th to 25th Mac 2014. Haaa boleh tahan lame jugak la dekat sana. That's why la gigih kononnya buat entry part by part. Bukan apa, gambar berlambak-lambakkk berbondong-bondong aku snap. But just bear with me... tak tahu la mampu ke tak nak update untuk part seterusnya.. Well you know me... pemalas kadang-kadang lupa yang aku ada blog.  =.='


To cut the story short, lets enjoyyyyyy the photos. Aku cerita sikit-sikit la eh.


Dari KLIA kami naik Malindo. So far aku puas hati naik Malindo walaupon ramai yang cakap Malindo ni kecik. Memang kecik kalau flight dalam semenanjung...but still okay laaa sebab seat dia lagi besar kalau compare dengan Air Asia. Perjalanan haritu smooth je... Pilot melakukan tugasan dengan begitu efficient and aku rasa pendaratan kali ni adalah antara pendaratan terbaik yang pernah aku hadapi. Gituuuu. Sebelum ni kalau landed bukan main gegor2 bak ankkkk. Takut mak. T__T


Selepas dua jam setengah akhirnya sampai la kami di Kota Kinabalu International Airport. Alhamdulillah... Hello Sabah !!!!!! 


Nisa, Mamay, Aini. Teman serumah dan teman sepejabat. 


First of all, check in apartment dulu. Untuk first few days we alls stayed at Marina Court Resort Condominium. Since kami ramai so adalah penjimatan hebat kalau sewa apartment compared dengan sewa bilik hotel. Tak gitu ? 



Amek beg masing-masing. :P




Nak jugak makcik nih. =.='


Ada 3 bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, meja makan, dapur complete dengan set untuk memasak, Tv sekali dengan Astro, line internet (wireless), balkoni, washing machine, fridge etc. Pendek kata memang complete la condo nih. Sesuai untuk seisi keluarga. 


After setel check in semua we ols keluar pergi lunch dekat shopping mall kat bawah condo nih. Shopping mall tu within walking distance je. Lepas makan semua selamat terbongkang dalam bilik. Penat sangat la tu kononnya pagi tu bangun seawal jam 4 pagi sebab nak siap-siap ke KLIA. 

Shopping mall yang dimaksudkan sebentar tadi. 


Selepas lena diulit intan mimpi entah berapa lama... bukak je mata tengok langit dah gelap. Oh lupa kat Sabah waktu dia lagi cepat dari Semenanjung. Pukul 6 petang dah rupa macam 8 malam kat KL. @___@
Dah siap-siap semua, we are ready for our first dinner. Kami just keluar makan dekat area-area bawah condo tu je. Dekat seberang jalan tu ada satu tempat macam food court la, facing the sea (romantik kau !) tapi lupa pulak apa nama tempat makan tuh.   


Yang kelakarnya, tiap kali kami melewati every and each kedai makan tu pekerja kat situ duk berebut-berebut nak suruh kita makan kat kedai dia. Sabor je laaa... mungkin tu cara dorang tarik pelanggan kot. Kita tak decide lagi nak makan diorang dah beriya-iya tarik kerusi suruh kita duduk. 


Last sekali terdampar kat kedai makan nih. Tu half of us. :)


 Seafood dekat sini memang TERBAIK !!!!!! Fresh from the sea. Ohhh what a happy tummy !!!!

 Aku pesan mi hailam. Okay, boleh tahan rasanya.. penuh ngan seafood. :)

Manggo juice die perghhhhh teringat-ingat sampai sekarang. Hehe


Lepas perut kenyang, apa lagi marilah kita biarkan lemak bersuka ria di dalam perut. Begitulah cerita kami di Sabah untuk hari pertama. Another six days baby, six days ! HAHAHAHA. Gelak jahat kat diri sendiri sebab rasa mustahil boleh update semua hari. LOL.


Okay. Continue cerita hari kedua ketiga dan seterusnya next year. Eh tak tak... insyaallah nanti update lagi kalo rajin. Boleh bha kalau kau !!!!!!

Thanks for reading and Assalamualaikum.

1 comment:

one shaheeda said...

oh! Marina court mmg tempat yg ssuai utk yg g ramai8..
Sgt selesa. Ummi prnah stay kt sane ^____^