Assalamualaikum.
Selamat datang, 2014. Walaupun dah hampir sebulan kita di tahun 2014 aku tetap nak ucap hello kepada tahun 2014. Tahun 2013 dah pun selamat menjadi sebahagian daripada sejarah hidup. Apa yang baik kita ambil, apa yang tak berapa nak baik kita simpan buat pedoman. Alhamdulillah untuk segala suka duka dan pahit manis yang berlaku pada tahun lepas. 2013 yang banyak mengajar aku tentang diri sendiri yang serba kelemahan, cengeng, mudah mengalah, sensetif dan banyak lagi. T__T
Life aku takdelah sehebat orang lain, tapi aku sangat bersyukur untuk segala yang telah Dia tetapkan untuk aku harungi hidup sepanjang tahun lepas. *lap air mata, sebak di dada*
These are few best things happened to me last year. Leayanzzzzzz~~~
Life aku takdelah sehebat orang lain, tapi aku sangat bersyukur untuk segala yang telah Dia tetapkan untuk aku harungi hidup sepanjang tahun lepas. *lap air mata, sebak di dada*
These are few best things happened to me last year. Leayanzzzzzz~~~
- Aku dinobatkan menjadi Aunty Mamay aka TIMAY kepada Aidi Mirza Bin Mohd Nizam.
Aidi Mirza adalah cucu sulong dalam keluarga Pak Cik Zack aka Zakariah. Kelahiran yang sangat dinanti-nanti oleh seluruh ahli keluarga. *happy tears* This boy sekarang dah 10 months++. Sangat aktif merangkak, suka masuk dapur duduk bawah meja. Paling best beliau sekarang dah boleh cam aku. Auwwww Timay sangat terharuuuu bila sampai depan pintu rumah beliau terus merangkak ke arahku sambil ketawa keriangan. >___________<
Dear Aidi Mirza,
I promise to you that I will be your favourite aunty poreber and eberrrrrrr muahmuahhhh !
- Menjadi wanita bekerjaya >>>> my first job as an Industrial Hygiene Consultant
To be exact, aku start kerja on 7 Januari 2013. Kerja pertama aku selepas aku grad dari UPM. Menjadi seorang pekerja yang makan gaji banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan (gittew). Seriously. Stress, serabut, sakit hati, sedih, rase nak give up, rasa nak makan orang, suka, dan macam-macam lagi, semua aku rasa. Dulu masa kecik senang je kan takde duit mintak duit dengan mak ayah. Sekarang baru aku rasa betapa susahnya nak dapatkan duit untuk sara hidup. Sobs. Lepas tu bila dapat gaji rasa macam omg tak cayaaaa aku dah ada pendapatan sendiri. Hehe. Alhamdulillah.... :)
- Menjalankan tanggungjawab sebagai Pengundi
hantu
Hoho. So it was my first time ever pergi mengundi memandangkan umur aku yang genap 21 tahun waktu tu. Hehehe. So, next turn kena tunggu la lagi 5 tahun. By that time mungkin aku akan pergi mengundi sambil dukung anak. Haha. Tapi aku sedih.... tak sangka lepas mengundi semua harga barang dekat Malaysia yang masih aman ni naik harga kecuali kangkung. @___@
- Trip kerja ke Sarawak
Frankly speaking, it was my first time menjejakkan kaki di bumi Kenyalang. Last year dalam 3 kali aku ke Sarawak, to be specific in Bintulu. Pergi untuk assist boss aku bagi training pada clients we ols dekat sana. Everything was fine especially the FOOD. Trust me, makanan yang dihidangkan ketika training/ seminar adalah sangat awesome ! Dan Bintulu adalah sebuah bandar yang sangatlah peaceful. :)
Itu Nisa, merangkak teman sepejabat, teman serumah dan teman segala suka dan duka sepanjang aku bekerja di bumi Subang. Apa? Nak no hp Nisa. Errr sorry... she's already married. :p
Aummm !
- Company trip to Bukit Fraser
So we had a short vacation to Fraser Hill on May last year. Pergi dengan semua colleagues and family big boss. First time sebenarnya aku pergi Bukit Fraser ni. We had so much fun sebab pergi memang untuk berehat semata-mata. BBQ at night, and then jalan-jalan, naik kuda, memanah dan jugak kayak-ing. Oh yes, that was my first time did horseback riding (walaupun tak berapa nak riding sangatlaaaa setakat pusing satu trek tu je pon. haha). Ohhh tak sabar nak pergi Sabah pulak this becoming Mac. :)
- Aidilfitri bersama Aidi Mirza dan first time hulur duit raya
Tahun lepas adalah Aidilfitri paling bermakna bagi aku sebab dapat raya dengan Aidi Mirza dan memandangkan aku dah bekerja, so this time adalah pertama kalinya dalam hidup seorang aku dapat hulur duit raya kat budak-budak yang datang beraya kat rumah. Dan jugak tahun pertama dapat bagi duit raya kat mak ngan ayah.Tahun-tahun lepas mak dengan ayah yang bagi aku duit raya. Alhamdulillah. I feel blessed. :)
[Kiri ke kanan: Abang no 2, Ayah, Mak, Abang sulung aka Papa Aidi, Aidi, Kakna aka Mama Aidi, Kakakku, aku dan Adik yang lagi besor dari aku.]
Picture raya yang atas sekali tu tak lengkap satu family sebab abang polis tak dapat balik beraya masa first day Aidilfitri. Yang atas ni baru cukup. Tu pon hari raya keberapa ntah baru dapat bergambar satu keluarga. Aidi dah kenapa tuuuuu. :p
- In-person with Fynn Jamal aka Kokping
Ok, this is one of the best moments happened to me last year. Aku dapat peluang untuk jumpa Fynn Jamal secara empat mata semasa sesi bacaan live "Puisi Tepi Jalan".. OMG. Kokping sangatla sempoi gilerrrrrr. Best kot jumpa beliau. Sesiapa yang ikut kisah Kokping memang tahu la what she has been through for the past few months after Juna lahir. Yup Juna is her adopted child. Paling besttttt bila layan Fynn Jamal nyanyi secara unplug, live depan kami semua. Sebak giler time die nyanyi lagu "Biar" T___T
Yeahh this is Juna. Bakti Arjuna Fitri. Budak paling femes kat Instagram. Hehe.I love you baby !!!!! Tak sangka dapat jumpa Juna jugak hari tu. Ahhh ghindu nak peluk budak ni lagi. Kokping nanti balik Malaysia buat sesi ni lagi okey !!!!!
- Dapat seorang lagi abang iaitu
suamiabang ipar
Yezzaaaa, my one and only sister in the world dah selamat diijabkabulkan dengan suami terchentaaaaa last year. So sekarang aku dah ada 3 orang abang. Hehe. Gambar ni je yang ada dengan aku. Lain-lain semua dengan photoG sebab semasa hari majlis aku memang busy layan tetamu y'ols. Tak sempat langsung nak pegang camera. T__T **Abg Afiq, mananya official photo tak siap-siap lagi nii ????? :p
- Bakal dapat seorang lagi kakak ipar. Bakal.
Nampaknya keluarga Pakcik Zakariah bakal bertambah lagi tahun ni. Tahun lepas dapat 2 orang ahli baru iaitu Aidi Mirza dan Abang Hisyam (abang ipar). Then tahun ni bakal dapat lagi 2 orang, bakal kakak iparku (the one with white baju kurung and orange scarf) anddd lagi sorang guess who? Oh not my future husband, BUT adik kepada Aidi Mirza ! Yes Aidi bakal jadi Abang Long tahun ni. Alhamdulillah....gambar atas tu semasa we ols pergi merisik sekali dengan tunang abang aku yang no 2.
- Meet my Zack
Finally dapat jugakla aku memiliki sejenis binatang beroda empat pada tahun lepas. Bolehla pakai untuk ulang-alik pergi kerja dan dating. Dulu masa takde kereta aku boleh shopping macam orang tak siuman tapi sekarang nak beli maggi pun berkira tau. HAHAHA. Ok takla sampai takde duit nak beli maggi. Menipu sangat tu Mamay oi. Cuma sekarang memang kena pandai manage duit gaji. So Zack, please behave. :p
Ohoooo aku rasa entry ni dah terlalu panjang. Banyak lagi perkara best yang berlaku tahun lepas tapi aku dah tak larat nak cerita. So basically 2013 was about my journey as a working woman in Industrial Hygiene field, as an aunty, daughter, a friend, a caliph and many more. Talking about blog, tahun lepas adalah tahun aku paling malas mengupdate belog. Sibuk bekerjaya kononnya. Erk ! Haha.
So, next entry insyaallah aku nak cerita pengalaman aku pertama kali pergi ke:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
OFFSHORE !!!!!
So 2014, please be nice to me. I'm just hoping and praying to be a better person day by day, hoping for a great and brighter future and life. May Allah bless us and grant us happiness here and hereafter. Insyaallah.
Till then.
Thanks for reading! Assalamualaikum. :)
No comments:
Post a Comment