Ye. Ku kira ini adalah post terakhir dari aku untuk tahun ini. Selamat tinggal 2013. Selamat datang 2014. Semoga hadirmu membawa kebahagiaan dan kegembiraan untuk kita semua. Insyaallah, mudah-mudahan amin...
Tahukah betapa aku sangat rindu untuk menulis di sini? Kehidupan kebelakangan ini baik-baik sahaja. Alhamdulillah. Walaupun banyak perkara yang terjadi pada aku baik manis mahupun pahit, bukankah itu semua sudah tertulis untuk aku? Maka, redha sahajalah dengan apa yang Dia telah aturkan. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Perancang. #syukur :)
Nak tulis apa lagi ni. Oh aku buntu. Kalau aku masukkan gambar pasti lebih terbuka sinaps dan impuls di dalam benak fikiran aku ni kan, lantas boleh menjauhkan aku daripada kebuntuan untuk menulis. Lagipun dah lama kan aku tak bercerita kisah di sekeliling aku.. kannnnn. Hehe.
Itu gambar Rabu lepas, sempena cuti umum X-Mas aku dah move step forward daripada menghabiskan cuti dengan tidur saja ke arah gaya hidup yang lebih sihat which is---->>> jogging ! Woha ! Aku pergi jogging di Taman Tasik Shah Alam. Pertama kali aku datang jogging dekat sini. Tasik ni tersangatlah besaaarrrrr. Sumpah tak mampu nak tawaf the whole lake. =.='. Sekarang aku jalan dah macam rupa perempuan baru lepas bersalin okeh. Sakit urat kot dah lama sangat tak work out. Huhu.
Selasa lepas big boss belanja makan pizza. Aku just nak cakap udang kat atas pizza tu sedapp!!!! Fresh sangat ! Yang lain aku tak pandang sangat sebab aku bukanlah peminat tegar cheese. Haha, Overall kenyang sesangattt well makan free kan. Siapa tak suka, dok gitu ? :p
Hehei ! Ini Aidi Mirza, kesayangan daku selamanya. Ohoi budak ini sudah besar bagaikan sang juara. Seriously, you will never say no this cutie face ! Ya Rabbi.. sungguhla indah ciptaan-Nya. Aidi !!!!
Haritu kami pergi Taman Layang-layang kat Kepong tu haaa... saja la kan bawak budak kecik ni tengok dunia luar. Dah duk asyik pergi shopping mall jeeee kan...
Mulut comot sebab mama tengah suapkan bubur. Good job, Aidi ! |
I swear I will be your favourite aunty forever ! |
Sempena penutup entry tahun 2013 terimalah wajah kesayangan anda semua. Wakakakaka.
Gambar masa tengah syok berendam main air. Haha. Syukur alhamdulillah aku dah berjaya harungi pahit getir selama 3 hari di sini untuk dapatkan sijil BOSET yang membolehkan aku pergi offshore. Clap clap clap ! Good job Mamay !
Ok cukup sampai di sini sahaja. Semoga kamu semua baik-baik sahaja walau di mana berada. Selamat berhujung minggu. Yeah ! I love weekend !
No comments:
Post a Comment