27.1.13

Wanita Paling Hebat


Satu perkara yang aku sayang dengan Malaysia adalah kewujudan masyarakat majmuk. Disebabkan adanya masyarakat majmuk maka secara tidak langsung kita yang berbangsa Melayu akan turut terkena tempias apabila masyarakat lain menyambut perayaan. Tempias yang aku maksudkan adalah tempias CUTI UMUM.  Yes, thanks to those who celebrate Thaipusam. I don't have to go to work tomorrow and because of the public holiday I am now at my favourite place ever, TERENGGANU DI HATIKU. 


Walaupun cuti hanya 3 hari tapi aku tetap gigih balik kampung. One of the reasons kenapa aku gigih balik adalah sebab nak meriahkan majlis perkahwinan kawan baik zaman sekolah aku, siapa lagi kalau bukan Mek Jang. Beliau dah selamat dinikahkan pada Jumaat malam lepas and semalam mereka bersanding di atas pelamin nan indah. What a beautiful day ! Lepas ni aku up entry kahwin beliau dan yang pasti penuh dengan gambar-gambar indah dan homeyyy-homeyyy. Stay tuned.


Disebabkan beberapa hari lepas aku tidak mendapat tidur yang cukup, pagi tadi agak lambat aku bangun. Tiada apa yang membahagiakan bila bangun tidur makanan enak terhidang di atas meja makan. Semuanya hasil kerja sesorang wanita yang selamanya berada pada tempat tertinggi di hati aku. Mak. Beliau tak pernah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada kami adik-beradik yang dah tua bangka semuanya. HEHE. 


Dari saiz kaki aku sebesar tapak tangan hinggalah saiz sekarang yang amat susah nak cari kasut sebab kaki melonojng panjang dengan kuat dan sihat (mewarisi kaki mak yang panjang) Mak masih setia melayan aku dan adik-beradik. Sebelum tidur mesti tanya dulu pagi esok kita nak makan apa. Ohh how sweeeettt of you, Mom ! 


Dah 24 tahun aku hidup atas muka bumi ni tak pernah sekalipun aku dengar mak merungut keletihan sebab jaga anak-anak dia. 24 tahun mak tak pernah abaikan aku adik-beradik. Mak always there for us. How can I live without you, Mom ? 


You are such a great person. So beautiful, so humble, so loving, so hardworking, so strong, so patience  and everything sweet of you I could probably think of. You are just everything Mak. Having you in this world is a big blessing from Him.



Mak, I love you ! 






No comments: