20.11.11

Update of Cheese Puding With Oreo






Salam


Aku sangat sangat sangat SANGAT tak sangka bahawa resipi puding oreo yang pertama kali aku buat dan aku update dekat belog aku ni rupa-rupanya mengandung mengundang seribu satu kesukaan dan kecintaan terhadap mereka yang melihat puding oreo ini. Ohh terharu betul I tahu. 


Masa first time buat hari tu (cuti semester) selepas dicuba oleh mak, ayah, abang dan adik serta seorang jejaka jambu yang suka tengok cerita Korea (hewhewhew) respond yang diterima sudah cukup membuat hati kecik aku berbunga-bunga cinta keriangan. So, selepas percubaan pertama aku boleh dikatakan berjaya, lepas tu terus sikit2 nak buat puding oreo, sikit2 nak buat puding oreo. Asal ke dapur je nak buat puding oreo, asal ke dapur je nak buat puding oreo, asal nak buat puding oreo je aku ke dapur. Ok2... Cukup la May, tak kelakar pon. T__T


Anyway, tujuan aku update pasal ni sebab ada yang tak berapa faham atau konfius sikit pasal nak buat puding ni. Ada lah beberapa sooalan yang aku dapat daripada member2 aku yang teringin nak buat tapi still tak berapa clear tentang steps and ingredients yang aku guna. Bagi yang dah cuba buat tu, well done, baby! 


So, disebabkan aku baik hati plus aku tengah rajin ni, meh aku list out kan antara soalan yang diajukan kepada aku. Aku bagi jawapan terus, senang tak payah nak google2 lagi dah lepas ni. *smileeeeee*


1. May, biskut cheese tu biskut camne? Aku tak pernah tahu pon pasal biskut neh. 

Ok sayang..let me tell you the truth..biskut cheese ni adalah biskut keju. Like...seriously May? Naaaa...jawapan tu tak membantu pon kan, yang hang duk translate je semua orang tahu la woi. Ok2...rileks laaa...cool bebeh cool.... sebenarnya biskut cheese ni dia macam biskut meri alaa biskut meri yang kita selalu makan mase kecik2 dulu cicah dengan air teh panas yang bulat2 cecomel tu...cuma beza die, biskut cheese kecik sikit and masin sikit. Sikit je. Dapat tak? Apa bengap sangatla ini budakk...fine2...meh aku tunjuk ye..alaaa tomey tomeyyy......


Untuk hasil yang terbaik selepas aku buat ujikaji sendiri guna pelbagai jenis biskut keju yang terhangat terdapat di pasaran, aku dapati bahawa biskut keju jenama Julies bisa menghasilkan sebuah puding keju oreo yang memilik tekstur, rasa, warna, bentuk dan ghupe yang memang awesome!

Inilah biskut cheese cap julies yang aku maksudkan. so lepas ni beli biskut ni okayyyy cayang2 mucuk2 sekalian....



Next!


2. Kenapa masa aku campurkan adunan yang diblend ke dalam agar2 ia jadi macam berketul2 ni May?

Ouh...bisa diatur ya ibuk! Jangan dikhuatirin ya kerna itu masalah gak gedek ya..solusinya mudahhh bangat...lu harus pastiin (pastikan) fine berbelit aku cakap indon. ehem2 tukar suara jadi orang Ki El. Macam ni haa...lepas masukkan bahan2 yang dah diblend ke dalam agar2 yang tengah mendidih tu kau kena make sure kau terus kacau kacau dan kacau non-stop hingga masak (mendidih). Note that masa awal2 memang adunan tu nampak macam agak berketul2 dan keras but once they all got sebati together (with your non-stop kacau) then later it will be smooth. Jangan risau ye. Paling penting kacau jeeee......! Kacau dengan tangan tau, bukan dengan perut. :p



3. Masa nak letak biskut oreo layer by layer dengan adunan yang dah masak tu, biskut oreo tak tenggelam ke May?

Haaa..yang ni masa first time nak buat aku ada jugak terfikir macam tu. Aku fikir bila letak selapis adunan puding lepas tu bila taruk biskut oreo kat atas adunan tu nanti mesti biskut oreo tenggelam kat dalam adunan tersebut. Ouhh...nampaknya anda memang normal kalau berfikiran seperti itu. Tetapi....tetapi hakikatnya sebenarnya tak! Bukan anda tak normal, tapi biskut oreo tu. Sebenarnya biskut oreo tu tak akan tenggelam pon. Reason dia senang je. Adunan yang dah dimasak tadi sebenarnya bukan cayaq macam ayaq (translate: cair macam air). Nehi...nehi babooji....adunan tu agak pekat so don't worry my dear. You oreos won't be sink into the adunan! Amek kau dah keluar dah bahasa penjajah. HAHA. 


Ini yang aku maksudkan sebentar tadi. Tengok, mana ade biskut oreo tenggelam..sehat walafiat je oreo2 aku tersusun kat atas adunan tu haaa...so, lepas tu bolehlah teruskan melayerkan puding ini dengan adunan dan biskut oreo sampai biskut oreo dah tak ada lagi. 



4. Biskut oreo tu kena buangkan cream dulu eh???

Jawapannya is....YES!!! You have to kick it off! hehe. kalau tak buang krim nanti jadi 2 keping la pulak kan sekali letak biskut oreo. nanti kang ada yang tercekik. So, memang kena buang krim dari biskut oreo dan pisahkannya jadi sekeping2. Okayyy...lagi satu kan, hari tu masa dah siap puding aku buat (dah lupa puding yang keberapa aku buat) tahu tak puding tu ada rasa blueberry. Korang tahu tak kenapa? Sebab aku terguna biskut oreo yang krim berperisa blueberry. Tengok, even aku dah buang krim tu still boleh rasa blueberry. Nasib baik aku beli yang blueberry, kalau beli perasa halia? Tak ke naye puding oreo ala2 halia. K fine, aku tahu takde pon oreo kat pasaran berperisa halia. Moral kat sini korang just beli oreo yang original je okaaayyy...


-Beli oreo yang ni tau..original flavor.-


Jangan beli yang ni. Ni oreo blueberry yang aku bagitahu tadi. Oreo Blueberry Ice-cream.



Haaaa...tulah antara soalan yang member2 aku tanya. Banyak kan. HAHA. Banyak la sangatt! Yang lain yang tak tanya tu maksudnya dah clear la steps yang aku tunjuk dalam entry lepas. So, lepas ni belehlaaa cuba okayyyy!


Anyway, ingat lagi tak kat dalam entry ni aku cakap aku ada plan baekkk punyer nak buat dengan Lily? Sebenarnya we als buat puding ni la malam tuh! HEHE. Aku kena buli dengan Lily. Kena paksa buat puding. No la..aku yang baek hati nak buat puding ni untuk dia. Boleh nampak tak kebaikan yang ada dalam diri aku? Boleh kan..hakhakhakhak.


Bahan2 mentah yang disponsor oleh Lily. Ingat lagi tak bahan2 mentah yang kita perlukan????




Ni antara puding2 yang pernah aku hasilkan. :)
For the first time. nampak tak ketidaksmooth-an bahagian atas puding tu? dah kate first time buat, tak perfect lagi. gelojoh sangat masa tu, puding tak keras lagi aku dah terbalikkan. T__T



Haaaa...tengok yang ni..for the n-th times. dah banyak kali sangat aku buat tak ingat dahhh....cuba tengok surface dia tu..smooth kannnn??? :) Practice make perfect...gituuuu....



and this one yang paling latest. masa buat dengan cik Lily kita.




Ok anak2..jangan terkejut.... Ni bukan puding tapi ni salah seorang hamba Allah yang sangat mengidam nak makan puding ni lepas aku upload gambar puding dekat Facebook. Semangat pi tuntut puding dekat rumah Lily. Nasib baik ada lagi disimpan untuk beliau. Hai abang Syawal! Nampak puding tu..ada lagi sikit. Sila lihat respond beliau di bawah:




HAHA...Syawal2.....nasib baik dapat rasa puding tu..kalau tak habislah kempunan kang tak pasal2 pergi masuk dalam batu belah batu bertangkup. haha.overr! Hari tu masa lepas cuti raya haji aku ada jugak bawak puding ni bagi budak2 course aku rasa. Tapi sikit je la each of them dapat makan sebab aku tak bawak semua. Niat asal nak buat makan kat rumah je then mak aku duk paksa2 suruh aku bawak puding sekali pi kolej. So, dapat la jugak budak2 ni rasa even sikit sangat siap ada yang kecewa sebab tak puas makan lagi. Nampak tak? nampak tak? nampak kan....lol!



So...siapa2 yang nak cuba buat bagi orang2 kesayangan makan bolehlah ye...full recipe of cheese puding with oreo is:


HERE!!! (klik)


Dah siap buat tu hantar la sikit kat bilik B.G.5.2 okayyy!!!

meh nak cium sikit....muahhhhhhxxxx!!!!
suke eh cium2 ni...gatai...!
haha!


esok isnin kan? isnin kena pergi class kan? T__T

CEPAT LA ABES BELAJAU...NAK KAHWINNNN!!!!


Kbai!


2 comments:

SITI MASTURA said...

so bila nk buat utk kami plak k.may???? hehe...sedaaap tuuuuuuu

May Maisarah said...

Insyaallah...hujung minggu ni kmay blk rumah abang. if x de ape2 kmay buat utk korang okayyy. =))