16.11.11

Aku, Cita-cita dan Perjalanan Hidup


Salam.

Dulu masa sekolah rendah bila cikgu tanya besar nanti nak jadi apa dengan pantas, cepat dan bersemangat aku cakap:


"Cikgu, saya nak jadi doktor!!!!"


Beberapa tahun kemudian bila dah masuk ke sekolah menegah masih ada lagi cikgu yang bertanya nanti besar nak jadi apa. Eh cikgu, dah tak ada soalan lain yang lagi best ke nak tanya? (monolog dalaman)



Masa tu cita-cita daripada nak jadi doktor dah bertukar kepada nak jadi cikgu. Salah satu sebabnya adalah terlalu obses sangat dengan cikgu2 dekat sekeliling yang selalu dapat banyak hadiah yang best2 daripada anak murid kalau tiba Hari Guru. Tapi kalau cikgu tanya kenapa nak jadi cikgu aku jawab lah sebab nak mendidik anak2 bangsa demi agama dan negara. Ayat bukan main nak drama kan. HAHA





Bila dah makin menginjak usia, perasaan nak jadi cikgu tu semakin berkobar-kobar. Bila dah dapat result SPM terus apply maktab sama2 dengan kawan baik aku, Puan Etiey.


"Harap maaf, dukacita dimaklumkan permohonan anda tidak berjaya. Terima kasih."


Perasaan masa tu tak payah cakapla, kecewa melangit. Tiba2 rasa macam dunia dah gelap-gelita sebab dah confident giler kalau tak dapat masuk maktab confirm nanti tak dapat jadi cikgu. Sempit betul pemikiran aku masa tu. Etiey pon tak dapat jugak. Tiba2 ada sinar baru bila aku diterima masuk Universiti Malaya (UM) untuk program asasi. So, terus lupakan pasal maktab, walaupon masa tu Etiey beriya2 suruh aku buat rayuan dulu untuk maktab dan pada masa yang sama Etiey pon dapat jugak tawaran ke Asasi UM.



Masa tu dah boleh terima kenyataan tak dapat sambung belajar dekat maktab, plus Etiey pon dah ambil keputusan nak sama2 dengan aku masuk UM. Namun, kuasa Allah melebihi segalanya. 2 3 hari sebelum nak mendaftar di UM Etiey dapat tahu rayuan maktab dia diterima. Masa tu aku rasa dunia kembali gelap-gelita. Perasaan menyesal sebab tak buat rayuan maktab seakan2 menyesakkan dada aku. Etiey nekad masuk maktab dan aku pulak "terpaksa" gagahkan diri masuk UM. No more maktab, no more together with Etiey.


*seminggu dekat UM, minggu orientasi*


Apa yang boleh aku cakap, masa tu aku sangat stress. Aku langsung tak boleh nak adapt dengan suasana dekat situ. Totally UM is not for me. Tahu2 la kan macam mana keadaan kalau minggu orientasi. Setiap hari call rumah cakap dengan mak nangis2 mintak ayah datang ambik, sebab nak balik rumah tak mahu stay dekat UM lagi dah, siap decide dah nak sambung Form 6 je kat kampung! Giler tak matang aku time tu kan? HAHA. Cuma satu je kenangan yang UM bagi dekat aku sampai hari ni aku takkan lupa iaitu Nurzahirah Zahaludin (Zeyra). The only best friend I found when I was there and guess what a friendship that tied in just one week is still grows until today! (I love you, babe!)



*cuci mata jap*



Sambung.


Nak dijadikan cerita, 2 hari terakhir orientasi aku dapat panggilan dari rumah. Dan panggilan tersebut betul2 bermakna dan merubah hidup aku (haaa gituu). Masa tu aku cakap dengan kakak aku. Dia bagitahu yang aku dapat tawaran ke matrikulasi (KMNS). I was like err...betul ke ni? Ya Allah..tuhan dah makbulkan doa aku. Kakak aku tak abes lagi cakap, aku terus sambung " Nakkkkk!!!!!! Suruh ayah datang ambikkkk kat sini. Takmo stay UM lagii dahhhhhh!!!!"



Esok tu ayah dengan mak datang jemput aku balik. Ahhh suke gilerrrr bila dapat peluk mak lagi. Padahal baru seminggu berpisah. Once again, giler childish aku mase tu kan. HAHA. Cuma aku sedih sebab kena tinggalkan Zeyra. Sorry babe, its all about my future, my dreams and my life. Ayat nak drama je kan. HAHA.



Kalau aku tak silap hari Jumaat aku keluar dari UM and hari Isnin aku dah kena mendaftar di KMNS. Masa sangat suntuk. Bayangkan baju yang aku pack masa nak masuk UM tu still tak dikeluarkan dari beg pakaian aku dan beg tu jugaklah aku bawak pi KMNS. Dah macam pelarian pon ada aku masa tu. Ke hulu ke hilir dengan beg besaq aku tu. Lagi kesian adalah dekat ayah aku. Bayangkan dia baru je hantar abang aku masuk UUM, Sintok dan lepas tu datang ambil aku kat Kelantan lepas tu nak kena hantar aku lagi sekali ke Negeri Sembilan! Aku tahu ayah penat sangat masa tu tapi dia tak tunjukla dekat aku. Anak punya pasal kan, kena berkorban. Terima kasih ayah!!!!



Nak dipendekkan cerita dan berbalik kepada kisah cita2 aku tadi, sepanjang aku dekat matriks aku masih tegar dengan perasaan untuk bergelar seorang pendidik. Sehinggalah masa nak isi permohonan ke universiti (UPU), 2  subjek teratas yang aku pilih adalah Pendidikan Kimia dekat UKM dan UM. Oh ya masa dekat matriks aku sangat pelik dengan diri aku sendiri macam mana aku boleh score subjek Kimia dengan flying colors lagi padahal masa SPM dulu Kimia aku teruk la jugak. Mungkin salah satu sebabnya adalah lecturer yang mengajar Kimia aku kot. She's the best lecturer yang aku pernah jumpa, serioulsy! Nama beliau Miss Tee. Ouhh...tetiba rindu dekat beliau.



Dan...akhirnya impian aku untuk jadi pendidik hampir (hampir je okay) berjaya bila aku dapat menduduki Medsi Test. Senarai nama yang dapat menduduki ujian medsi ni adalah diambil daripada kursus yang kita dah daftar masa isi UPU tu. Aku dah lupa medsi is stand for what tapi yang aku paham ujian tersebut adalah ujian saringan pertama untuk melayakkan seseorang menjadi guru yang mana kalau kita lulus ujian tu peluang untuk dipanggil temuduga (untuk sambung kursus pendidikan) tu adalah cerah. And yes, I make it! Aku lulus ujian tu dan aku dipanggil untuk temuduga bagi kursus pendidikan kimia di UKM.



TAPI.....yang tak best adalah aku dapat tahu aku kena pergi temuduga malam sebelum aku ditemuduga! Last minute okayy! Bayangkan! Budak innocent macam aku ni yang tak pernah ada pengalaman pergi temuduga dapat berita dia kena pergi temuduga 8 jam sebelum ditemuduga. Memang tak terduga lah kan! Aduhai....aku pasrah je..memang tak sempat nak buat preparation langsung untuk temuduga tu. Tidur malam tu pon tak lena asyik terfikir soalan apa yang akan ditanya nanti.



Pagi tu dengan penuh cool (cool la sangat!) aku ditemani ayah pergi temuduga. Aku bawak semangat yang aku ambil daripada mak aku, mintak restu beliau. Serius, aku nervous sangat2 okayyy! Aku taknak cerita panjang2, taknak suspen2..temuduga tu bagi aku bukanlah sesuatu yang menakutkan pon sebenarnya. It's just about how you act and be confident in front of people who you don't know in which at the same time you hope something good from them. Cakap bukan main lagi aku ni kan, padahal...padahal....padahal aku tak lulus pon temuduga tu!!!!! Wuwuuuuuu...sedih oh.....hancur berkecai harapan aku masa tu.




Aku tak dapat pon sambung kursus pendidikan Kimia tu dekat UKM. Sedih ohh.....course yang aku belajar sekarang adalah kursus ketiga yang aku pilih masa daftar UPU selepas 2 kursus pendidikan tadi tu. Kiranya kalau aku tak mintak kursus pendidikan tu, kursus yang aku belajar sekarang adalah kursus pertama pilihan aku lah kan. Paham tak?  Kursus ni pon aku apply lepas dapat advice daripada cousin aku di mana dia cakap kursus aku ni memang peluang kerja cerah. Yeahh....memang diakuilah..setakat ni senior2 aku takde lagi lah yang menganggur.  Kursus apa? Fine, tak tahu eh... aku sekarang adalah pelajar Bachelor Kesihatan Persekitaran dan Perkerjaan, UPM. In short, KPP. Bagi yang kerja dekat bidang industri memang tahulah kepentingan kursus yang aku belajar sekarang. Dan paling penting sekali belajar kursus ni memang dapat buat duit la in future. Seriously.



Masa awal2 dulu aku still macam tak percaya yang aku akan belajar semua ni sebab kursus ni memang dah menyimpang jauh dengan bidang pendidikan. Macam susah jugak nak terima yang impian aku untuk bergelar pendidik mungkin dah tak tercapai. Tapi bila aku fikir2 balik tak perlu lah aku nak meyesal ke apa, sebab aku kena yakin dengan segala yang Allah dah tetapkan untuk aku. Kita manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala- Nya. Seseungguhnya Dia adalah perancang yang terbaik.



*aku pernah cerita pasal cita2 aku yang tak kesampaian dan pasal course aku dekat sini*


Ramai je yang sekarang kerja jauh menyimpang dengan bidang yang mereka belajar masa dekat U dulu. Pernah kan dengar ada orang dulu belajar enginering tapi sekarang jadi taukey restoran besar. Ada je yang dulu belajar akaun tapi sekarang kerja jadi consultant. Ada yang belajar Usuludin dekat Mesir tapi sekarang jadi wartawan penyiaran TV3 (waris emak aku). Dan tak mustahil jugak kan kalau suatu hari nanti aku akan jadi cikgu. Daannn lagilah tak MUSTAHIL kalau aku dapat suami yang jadi cikgu (yelah kan, tak dapat jadi cikgu, kahwin dengan cikgu pon kira okayyylahhh. oh hai bakal suami! *kenyit mata*).

WHO KNOWS? :)




Oh ya...bagi anda yang tengah down sebab rasa macam diri tu bodoh dan tak pandai macam orang lain just ingat bahawa kalau anda gagal hari ini tak bermakna anda akan gagal selamanya. Dan kalau anda berjaya hari ini belum tentu anda akan terus berjaya selamanya. Ada yang gagal dalam SPM tapi still masih berjaya in future, ada yang excellent giler masa dekat U tapi end up hidup dalam pusat serenti. See the differences, right? And you are the only one who can make a different (for your life)!



Dan yang paling penting sekarang:




Follow the flow. For the time being, I'll focus on my degree. Soal hati dan perasaan tu aku letak kat tepi dulu. Lagipon, tinggal sikit lagi aku dan kawan2 KPP nak sampai ke garisan penamat. And then we will graduate! Ouhh..can't waitttt for it! Nak kerja, nak bagi mak ayah rasa duit aku sendiri. Mereka dah banyak sangat berkorban untuk aku ni. I love you mom, dad! *senyum*






Semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Amin.....


Bagaimana dengan cita-cita dan impian hidup anda? Dah dapat apa anda yang diimpikan???


2 comments:

Anonymous said...

Sygku :p ko kmns kan? Tak kenal ke ex aku :p

May Maisarah said...

Tak. sebab die tak femes pon. haha. :p