4.2.15

Save The Date

Hai. 



Ada bakal pengantin yang sama tarikh dengan kita tak? HEHE. Rasa macam baru je lagi mula berchentaaa dengan Z. Rasa macam baru lagi duk kalut buat preparation untuk tunang. Tup tup eh dah nak kahwin dah budak dua orang ni. Hehe. Tak lama dah oiii... lebih kurang 15 hari lagi. Akad nikah will be on 20 February 2015, Jumaat pagi insyaallah.


Preparation setakat ni alhamdulillah.. berjalan seperti yang dirancang. Tinggal lagi nak setelkan gubahan hantaran, bunga telur dan doorgift. Lain-lain rasanya semua okey. Hopefullyyyy... :)


Esok dan lusa kena attend training and then kerja lagi seminggu and then here we go...... balik kampungggggg and start cuti kahwin untuk dua minggu. Wuhoooo. Seriously I can't wait for thissss. Semoga dipermudahkan urusan sebelum dan selepas majlis. Aamiinnnn ya rabbal'alaminnnn. 


Apa lagi nak cerita. Banyak entry tertangguh sebenarnya.. Cerita trip pergi Sabah haritu pon tak habis update lagi. Lepas tu trip to Singapore. Ponnn tak ter-cerita. Macamla busy sangat. HAHA. Rasanya Lebih kepada tak reti nak menulis kot. HAHA. Hopefully blog ni akan terus aktif sebab ada orang tu duk tunggu-tunggu kita update blog. Die hard fan sangat oiii. :P


Awak semua (yang baca blog ni), jemput datang ke majlis kita nanti ehhhhh. 21 Februari 2015. See you soon. Muahmuah.