Assalamualaikum.
Ye, dah lama sebenarnya aku nak sambung cerita Sabah hari tu tapi asyik tangguh je sampai sekarang. Kesian sungguh kat belog ni. Macam hidup segan mati tak mahu. Macam je laaa..... Ok kali ni nak sambung cerita masa pergi ke Rumah Terbalik. Hari ke berapa aku pun dah lupa oiiii. =.='
Dari Kota Kinabalu kitorang gerak seawal 7 pagi. Trip haritu adalah ke Kundasang. On the way to Kundasang kita akan jumpa kawasan Rumah Terbalik ni. So boleh la singgah sekejap tengok-tengok apekebendaaaa la rumah terbalik ni. Btw, kalau nak tahu sejarah pasal rumah terbalik ni rajin-rajinkanla bukak internet cari bahan bacaan. Aku takde masa nak cerita perihal sejarah kat sini. #angkuh :P
Just enjoy the photos. :)
Tengok, board ni pon tulisan diterbalikkan. Semua benda nak terbalik. Pasrah.
Gigih depa gantung kereta tu kan. HOHO
How to use this toilet?????!!!!!
Minah saiko.
Overall tempat ni kecik je.. tarikan dia of course la rumah terbalik sebijik tuuuuu. Tiket nak masuk dalam ni kalau aku tak silap RM10 (kot). Aku betul-betul lupaaaaaa. Nanti sebelum masuk kat dalam rumah tu akan ada pekerja yang guide kite. Dia akan cerita la serba-sedikit pasal sejarah rumaah terbalik ni. Bila masuk dalam tu kita tak boleh snap picture and take video sebab dalam tu adalah hak cipta terpelihara.
That's why la takde pon gambar kat dalam rumah tu. Depa tak kasik amekkk. SOBS. Tapi bila masuk dalam tu memang kagum la tengok semua benda dalam keadaan terbalik. Just name it kipas syiling, TV, peti sejuk, mesin basuh ahhh semua terbalik. Aku duk dalam tu pon dah jadi sedikit confuse macam eh apa yang berlaku ni ehh aku di mana ni aaarghh stresssss sebab semua terbaalik. Ok drama sangat minah ni. Sorry, my bad. HAHA
Ok itu je mampu cerita buat masa ni. Rasanya bleh up lagi satu entry kat Kundasang pulak lepas ni. Insyaallah akan ku cubaa untuk terus istiqamah dalam memeriahkan kehidupan di blog ini. Sian dia takde orang jagaaaa. Kalau tak baca lagi entry Sabah sebelum ni boleh klik sini dan sini.
Sekian terima kasih.
Yang Rajin Update Blog Hari Ini,
XOXO,
Slimmy Mamay.
No comments:
Post a Comment