27.12.13

Entry Terakhir Untuk Tahun 2013


Ye. Ku kira ini adalah post terakhir dari aku untuk tahun ini. Selamat tinggal 2013. Selamat datang 2014. Semoga hadirmu membawa kebahagiaan dan kegembiraan untuk kita semua. Insyaallah, mudah-mudahan amin... 


Tahukah betapa aku sangat rindu untuk menulis di sini? Kehidupan kebelakangan ini baik-baik sahaja. Alhamdulillah. Walaupun banyak perkara yang terjadi pada aku baik manis mahupun pahit, bukankah itu semua sudah tertulis untuk aku? Maka, redha sahajalah dengan apa yang Dia telah aturkan. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Perancang. #syukur :)


Nak tulis apa lagi ni. Oh aku buntu. Kalau aku masukkan gambar pasti lebih terbuka sinaps dan impuls di dalam benak fikiran aku ni kan, lantas boleh menjauhkan aku daripada kebuntuan untuk menulis. Lagipun dah lama kan aku tak bercerita kisah di sekeliling aku.. kannnnn. Hehe. 




Itu gambar Rabu lepas, sempena cuti umum X-Mas aku dah move step forward daripada menghabiskan cuti dengan tidur saja ke arah gaya hidup yang lebih sihat which is---->>> jogging ! Woha ! Aku pergi jogging di Taman Tasik Shah Alam. Pertama kali aku datang jogging dekat sini. Tasik ni tersangatlah besaaarrrrr. Sumpah tak mampu nak tawaf the whole lake. =.='. Sekarang aku jalan dah macam rupa perempuan baru lepas bersalin okeh. Sakit urat kot dah lama sangat tak work out. Huhu. 



Selasa lepas big boss belanja makan pizza. Aku just nak cakap udang kat atas pizza tu sedapp!!!! Fresh sangat ! Yang lain aku tak pandang sangat sebab aku bukanlah peminat tegar cheese. Haha, Overall kenyang sesangattt well makan free kan. Siapa tak suka, dok gitu ? :p





Hehei ! Ini Aidi Mirza, kesayangan daku selamanya. Ohoi budak ini sudah besar bagaikan sang juara. Seriously, you will never say no this cutie face ! Ya Rabbi.. sungguhla indah ciptaan-Nya. Aidi !!!! 

Haritu kami pergi Taman Layang-layang kat Kepong tu haaa... saja la kan bawak budak kecik ni tengok dunia luar. Dah duk asyik pergi shopping mall jeeee kan... 






Mulut comot sebab mama tengah suapkan bubur. Good job, Aidi ! 






I swear I will be your favourite aunty forever !

Sempena penutup entry tahun 2013 terimalah wajah kesayangan anda semua. Wakakakaka. 













Gambar masa tengah syok berendam main air. Haha. Syukur alhamdulillah aku dah berjaya harungi pahit getir selama 3 hari di sini untuk dapatkan sijil BOSET yang membolehkan aku pergi offshore. Clap clap clap ! Good job Mamay !


Ok cukup sampai di sini sahaja. Semoga kamu semua baik-baik sahaja walau di mana berada. Selamat berhujung minggu. Yeah ! I love weekend !



12.12.13

Just. A. Random.


Bintulu, 2013


It’s amazing how all we want is to relax and live a life without problem or issues, but in reality, it’ll never be that way. Life is a test.


Just because a person smiles all the time, doesn’t mean their life is perfect. That smile is just a symbol of hope & strength.


Do not complain why Allaah does not grant our wishes immediately. Rather thank Allaah that He does not punish us immediately for our sins.


You should take the good with the bad, smile with the sad, love what you have and remember what you had. Always forgive, but never forget, learn from your mistakes, but never regret. People change, things go wrong and life goes on. ♥


God would never place a burden upon you that He knew you couldn’t carry, every hardship has a blessing hidden somewhere within it.



29.10.13

At The Moment


Sekarang betul-betul rasa tak keruan. Tak faham dengan kehendak diri sendiri. Mungkin semua yang berlaku kebelakangan ni adalah satu ujian yang Dia bagi untuk buat aku sedar bahawa tak semua benda yang aku nak aku akan dapat. Kadang apa yang kita nak belum tentu baik untuk kita dan apa yang kita dah dapat belum tentu tidak baik untuk kita. Percaya dengan kehendak dan takdir Allah. Yakin dengan apa yang telah Dia tulis untuk lengkapkan cerita hidup kita. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang. Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Yakin dan teruskan berjuang. *sebak*


I have no idea what I have gone through for the past few weeks. I just hope and pray that there will be “something good” hidden out of this circumstances. Allahurabbi… please keep me strong...


"Ya Allah, please ease my path... ease my path in whatever that I do, and please don't let me go astray."
Ameen. 


Semoga ini jalan yang terbaik untuk aku.. at least for the time being. :’)

25.9.13

Masih Bernyawa


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku masih lagi diberi peluang untuk sedut oksigen secara aman dan damai. Alhamdulillah. Lama menyepi bukan bermakna aku sudah tiada di sini cuma kadang-kadang rasa payah nak mula menulis. Entah ada lagi ke idok orang yang sesat di blog usang lagi berkarat nih. T.T


Hidup kebelakangan ini penuh kebahagiaan dan kegembiraan. Alhamdulillah.... alhamdulillah untuk segala nikmat kebahagiaan ini. 


Cukuplah dengan adanya entry busuk ini kalian tahu bahawa aku masih bernyawa. Hingga ketemu lagi di lembaran lain. Insyaallah.... mungkin tahun depan baru up entry baru kot. Haha.


Assalamualaikum.




30.8.13

Tentang Seseorang





Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,.
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar..
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau aku harus lari kehutan
Belok ke pantai..?

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

(Ada Apa Dengan Cinta- Tentang Seseorang by Dian Sastro)

27.8.13

Jamuan Raya KPP Ala Kpop @ Flaming Steamboat 2013


Hujung minggu baru-baru ni adalah sangat memenatkan TETAPI sangat membahagiakan. Hari Sabtu siang aku ikut abang aku ke majlis Gala Raya Perodua. Awesome sangat sebab dapat jumpa Johan Raja Lawak dan paling awesomeness sangattt bila dapat tengok persembahan Amy Search dan jugak Ella. Bayangkan Amy Search pakai baju Melayu, bersamping dan bersongkok nyanyi lagu Isabella. PERGH ! Legend wehhh legend ! Banyak aku record video dan amek gambar tapi semua guna note abang aku. So takdelah nak upload dekat sini. Lagipun entry ni bukan nak cerita pasal majlis raya Perodua. Nak cerita pasal majlis tunang lain. Cerita raya Perodua dan cerita hari Ahad kite sambung lain entry. 


Majlis: Jamuan Raya KPP ala kpop tapi-tak-berapa-nak-majlis-raya-sangat-la
Tempat: Flaming Steamboat (Sebelah Sunway Piramid)
Masa: 8 malam sampai tutup kedai. hahaha


Majlis ni berlaku pada hari Sabtu lepas. Sebenarnya bukanlah majlis apa-apa sangat pun, lebih kepada untuk jumpa member-member lama, melepak dan makan-makan saje. Disebabkan sekarang kita masih lagi dalam bulan Syawal so kita consider ini adalah majlis raya la yeee.. Heee bereh boh ? Malam tu ada 29 orang yang datang kalau tak silap aku. Antaranya ialah Mamay dan pasangan, Wan dan suami, Afiq, Awie, Matki dan isteri (Dayu), Safwan, Noreen, Diha dan tunang, Azie, Jiha, Una, Sia, Wai Mun, Aida, Hana, Zani, Aqilah dan kekasih hati (ehem), Hasan (adik Matki), Sue dan family members. Rasanya dah sebut semua kot ni. Maaf kalau ada yang tertinggal. Hehe. 


Aku sampai agak lambat sebab gerak dari Rawang dah dekat nak Maghrib. Lepas tu singgah kat apartment di Subang then baru gerak ke Flaming. Rushing betul aku malam tu. Amy Search punye pasal la nih aku jadi lambat. Haha. Bila sampai semua tengah syiok makan. Layanla gambar-gambar yang tak seberapa ni ye. *alasan malas nak taip panjang-panjang*


Muka-muka yang telah lama tidak ku ketemu. :)


 Entoh ape yang kelakor sangat tuuuu oi budak tudung pepel ! =,="
Cuba fokus pada Safwan (baju belang-belang tu). Ahahahaha. Muka beliau lagi kelakooooo. :p


 Hanya di restoran steamboat sahaja bila bergambar keluar asap. Wakakaka misteri nusantara sangat !


 Sekarang baru terfikir nak tutup periuk tu. Maka tiada lagi asap. HAHA.


 Comel tak Kakton Mamay dan Sia ? Hehheehe. 


 Harap-harap takde orang marah bila bergambar macam ni. Mihmihmih. Bagila chance nak posing dengan Chinese guy paling handsome dalam alam semesta ini. Bertambah-tambah handsome bila pakai spec mata baru. Hehehe. 
*Sia, Mamay dah puji ni, agak-agak dapat tak ayam McD free ? Hehehe.




Tetiba menyibuk duk sebelah Ikin


Hasan, Balok, Noreen.


Anak buah Sue. Comey angat iyeee.... 


Itu Aqilah dan Aida. Yang baju belang-belang hitam biru tu kekasih hati Qilah. Weewwiitttttt~~


Baru nampak anak Che Yam. Hai Afiq. Sebelah Mamay itu adalah Kak Ayu dan suami, Abe Aki. Pengantin lama yang baru dapat beraya bersama. 


What do you expect from him other than this expression ? Hew hew hew. 
Gigih sangat makan tuuu Safwannggg oi. 


Yang depan ni member satu fakulti. Yang belakang tu abang kepada Khairi. Yang dua orang pasangan bahagia tu hamboi mesraaa angatttttt.. anjeeeee angatttttt. Hewhewhew. Sia, are you okay ? :p


Orang laut bertanya khabar orang-orang di daratan. Mihmihmih


Jiha, Azie, Diha.


Kak Ayu, puah dok ag gossip ngan May ? Hehehe.


Sue dan keluarga. :)


Yang ni dua orang tengah tunggu masa je ni.. *kompang dipaluuuuuuu......heyyyy !


My housemates yang dirindui. Azie dan Jiha.


Orang lain semua dah ready kecuali Safwan. Alahai Balok...


Okay ni kami semua. Thanks to Hasan yang bertindak sebagai jurugambar tidak bertauliah pada malam itu.


Oh please, Safwan ! Rosak gambor. Haha




Candid katanya. 


Ohhh I'm gonna miss youuuuuuu......


My best friend ! *hug sikit


Spot the hidden creature. Baby bump ! Auwwwwww. 


 Saksikan filem terbaru Cinta 3 Segiempat di pawagam berhampiran anda. Wahahaha. 


 Aloh comel sangat awok dua orang ni dan jugak yang dalam perut tu. Eh ? ;)


Azie dan Scha


Una *hai Afiq, Wan, Mamay, Jiha, Azie


Tambah lagi sorang, Diha.


Ok lagi sorang, Noreen.


Sia dan Puan Scha


 :')


:')

Scha dapat hadiah birthday polaroid camera. Tiba-tiba rasa macam nak beli jugak sebijik. Cuteness ! 



Paling best sekali sebelum balik ada orang bagi hadiah buku ni. Yeay ! =))


Semua gambar raw (kecuali gambar polaroid tu) dari camera Sony Nex-3N. Aku tak edit langsung gambar-gambar ni semua, cuma aku resize je sebab gambar asal memang besar saiz dia so terpaksa la resize untuk memudahkan kerja meng-upload di sini. Btw ramai yang tanya pasal camera ni. Details pasal camera ni boleh tengok di sini. Eh tetiba entry steamboat jadi entry untuk promote camera pulok. Kihkih.


DSLR versi kompak. Camera yang sangat user friendly. Thanks abangku kerana membeli camera ini agar adikmu dapat meminjam lantas berpura-pura seolah-olah ini adalah camera hak milikku. Wakakakaka. Pi la beli siapa yang berminat dengan camera ni. Serious best. :)




Sekian sahaja majlis raya KPP yang-tak-berapa-nak-raya-sangat untuk tahun ini. Sehingga ketemu lagi di tahun-tahun yang akan datang. Dear KPP friends, please plan for another meeting, activities, holiday or whatnot which we could meet up together again.


Thank you for reading. Have a nice day, people !

Assalamualaikum. Peace. :)


Lain-lain entry berkaitan:

1. Dinner ENVOCH at Steamboat Mardi 2012
2. Lagenda Budak Setan Versi Lagenda Budak KPP