Assalamualaikum.
Aku selalu mengalami sindrom buntu secara tiba-tiba setiap kali aku mula nak menaip di sini. Ku kira ini mungkin faktor
Kehidupan sekarang alhamdulillah.. cukup makan pakai, sihat tubuh badan, hati tenang, bahagia dan gumbira, cukup apa adanya. Bak kata Fynn Jamal hidup tak perlu kaya untuk bahagia, cukup sekadar cukup maka kita akan ketemu bahagia. Gituuuuu bak hang ! Sedikit life update... aku masih lagi menetap di bumi Subang, berkhidmat sebagai seorang Perunding Higen Industri atau dalam bahasa kampung disebut Industrial Hygiene Consultant. Aku tak sangka yang aku masih setia di sini selama hampir dua tahun walaupun di awalnya aku sedikit goyah dengan kehidupan di sini. Tahniah buat diri sendiri. Setahun durian jagung dikira masih terlalu mentah dan muda, masih banyak pengalaman yang perlu aku gali dan korek.
Di satu sudut lain kehidupan aku sebenarnya sedikit busy membuat persiapan untuk proses menukar status bujang kepada isteri, dari Cik Maisarah kepada Puan Maisarah. Insyaallah tolak campur bahagi dan darab ada la dalam lebih kurang 3bulan dari sekarang. Phewwwwww. Persiapan? Hmmm.... so far so good. Masih di landasan yang benar, seperti yang kami rancangkan. Semoga dipermudahkan urusan sekarang dan selepas ini. Aaamiin... tak sabar nak kahwin oiiiii. HAHA. :)
Lain-lain yang boleh aku kongsikan adalah sekarang aku dalam proses menurunkan berat badan. Urghhhhhhhhh why is it so hard for me to lose weight this dayyy? Why why why???? Aku mula amalkan eating clean since last week. Tapi agak sedikit frust sebab nak masuk 2 minggu aku jaga makan baru berjaya turun few hudred grams. I repeat FEW HUDRED GRAMS !!!!! Not even a kilogram. Aku tak tahu sebab masih terlalu awal atau cara diet aku yang salah. Adoiiiii. Tengok la macam mana tahap istiqamah aku ni. Hehehe. Btw, aku tak gemok ponnnn. Aku tak gemok ! *hashtag minah saiko*
Ada banyak perkara yang ingin aku kongsikan dekat sini sebenarnya. Insyaallah kalau boleh recall aku recall balik apa-apa yang menarik, tertarik dan best untuk aku up dekat sini.Ghindu weyyyy nak update belog macam dulu-dulu.
Sehingga ketemu lagi di lembaran akan datang. :)

Budak dua orang ni dah nak kahwin ehhhhh. Hehehe. I love you, Z. |
Sehingga ketemu lagi di lembaran akan datang. :)
2 comments:
hensem r bakal suami kak may. Tahniah!
Ahahahaha. jangan dibilang begitu adik manis kelak nanti ada yang perasan. hehe. Thanks Yana. :)
Post a Comment