Assalamualaikum, hai !
Allahurabbi.... aku baru sedar sebenarnya susah untuk terus istiqamah menulis blog kebelakangan ini. Bukanlah sebab tak ada masa or terlalu sibuk ke apa, cuma.. entah... perasaan tu macam dah lain. Sejujurnya aku rindu sangat nak menulis macam dulu-dulu. Tak kisah la da orang baca ke tak, yang penting kepuasan. Ye kepuasan. So sekarang aku nak tarik semula janji aku dalam entry sebelum ni yang beriya betul kata nak update blog sekerap yang mungkin. Aku tak boleh janji untuk tulis blog setiap hari. Tapi aku yakin aku boleh janji sesuatu yang baru which is:
Aku janji aku akan selalu PONTENG dari menulis blog. #mukaserius
Sibuk beraya katanya |
Cerita hari raya pun tak sempat nak ukir dekat sini. Entah mana pergi seorang aku yang dulu rajin menulis. Tapi tak apalah.. omputeh kata, lets just follow the flow. Kalau tetiba ada entry baru dekat sini maksudnya aku dah kembali normal la tu. Hek hek hek. (gelak malu-malu)
Okay la. Mohon mengundurkan diri seketika. Ada kerja nak disiapkan (ni pun curi-curi waktu kerja untuk update. hehehe). Lain masa kita ketemu lagi di sini. Insyaallah.....
Selamat Hari Jumaat yang penuh tenang dan damai. Hujan jeee oooo dari pagi tadi. I like.
Have a great day, readers! :)
No comments:
Post a Comment