Hi ! I'm coming to you dear blog ! Wiwiwi. Yesterday was just a.w.e.s.o.m.e !!!!!
Well, semalam kan cuti sempena Hari Pekerja. Sebagai seorang wanita yang bekerja haruslah kita kena raikan hari cuti ini. So semalam aku keluar sehari-suntuk dengan Nisa, merangkap teman sekerja dan teman serumah. Nisa is someone's wifey. Since husband jauh, biar aku je lah yang hiburkan dia. HEHE.
So we went out to Times Square, one of my fav place for shopping ! Sampai je sana terus melilau cari tempat makan. Aku kelaparan. Dan macam biasa memang selalu question nak makan kat mana. Last sekali aku decide kat Nisa haaa lets go to Old Town White Coffee. Sebelum memulakan misi terapi jiwa kenalah bekalkan cukup tenaga untuk tubuh badan, baru feel nak shopping tu muncul.
|
Aku punya. Orange Yogurt Smoothie dan Asam Laksa |
|
Nisa's. Nasik Lemak Rendang Ayam |
|
Meet Nisa. Sekarang 24/7 memang aku dengan dia ni je. Kerja sekali, duk serumah |
|
Lighting teruk. Haha |
Dah kenyang perut tunggu apa lagi, its time for shoppingggggg !
|
Exhausted. |
Seharian pusing satu Times Square semalam aku berjaya bawak balik hasil tangkapan berupa skirt 2 helai, baju 4 helai, shawl 3 helai dan handbag 2 bijik. Sekian terima kasih. Semoga sabar menunggu duit gaji bulan depan. Hari ni baru 2 hb eh ? T___T
Dalam duk pusing-pusing cari umpan nak pancing TETIBA aku ternampak satu wajah yang cukup aku kenal. Ida ! Sah beliau dengan si minah gebu Joyah aka AJ. Bukan main tadi aku agak hangin dengan Joyah sebab dia uplaod pic dengan Ida kat Fb tengah shopping. Ku agak sentapla sebab keluar tak bagitahu aku. Hahaha sekali rupanya diorang pon pasang pancing kat Times Square. Kebetulan sungguh. Apa lagi kan... dah jumpa haruslah lepak-lepak dulu walau seketika cuma. AJ sejak tukar kerja baru agak susah nak melepak dengan beliau. Maklumlah kerja dengan company besaq... busyyy memanjang.
|
Nisa dan saya |
|
AJ dan Ida |
|
Kami berempat. |
|
Muka penuh kegembiraan dan kepuasan |
Terima kasihlah AJ sebab keji baik sangat tunjuk aku handbag yang lawaaaaa sampai aku terus tewas dengan nafsu sendiri. Serius lepas ni kena puasa beli handbag selama dua tahun. *ok tipu*
Otw balik rumah singgah kat Bukit Jelutong, Nisa is hungry. Kesian. Lepas melahap nasik goreng kerabu sepinggan terus happy. Kat sebelah kedai makan tu ada KFC. Terus teringat cheesy wedges yang paling sedap dalam dunia nih.
|
Irresistable. Kalau kat Mc D aku takleh lupa bubur ayam, kat KFC aku takleh lupakan si gebu ini. |
Sekian sahaja kisah terapi jiwa bulanan di Hari Pekerja seorang wanita bernama Mamay. Sila doakan akan ada duit jatuh dari langit bagi menggantikan duit beliau yang terbang di Times Square semalam. =)
Hari Pekerja anda bagaimana ? Berapa pasang kasut baru beli semalam? Wiwiwiwiwi.
*ok now tune mood holiday to mood kerja*
Kad OGSP aku dah siap. Hmmm... I'm still thinking for how long I will be staying here. Rasanya kena buat solat istikharah banyak-banyak lepas ni mohon petunjuk dari Dia.
Sampai di sini sahaja. Lain hari aku update lagi. Babai.