30.4.15

Sembang Petang


1. Hai. Bersua kembali setelah sekian lama tenggelam dan timbul.


2. Kehidupan sekarang alhamdulillah, bahagia dan gembira bersama suami tercinta. Life after marriage is just awesome. Setiap hari belajar benda baru tentang pasangan tercinta. Setiap hari eksaited tunggu jam 5 petang cepat-cepat bergegas pulang ke rumah dan mula beraksi di dapur.


3. Kalau ikutkan perkiraan we have been married for two months ++. Setiap hari selalu jatuh cinta kat suami sendiri. Jatuh cinta yang bukan main-main. Ni memang jatuh cinta betul-betul. Sungguh, tak tipu. Dah kenapa rasa beriya sangat cakap sampai kena stress-kan jatuh cita berulang kali ni? Hahaha


4. Sekarang sangat tidak ada mood untuk pergi kerja especially waktu pagi. Haihhh rasa nak cuddling-cunddling manja-manja sokmo dengan suami sendiri. Haih bini sape manje sangat ni hoiiiiii.


5. Im gaining weight secara serious in the past two months. YA, tak tipu. Gaining weight this time bukan calang-calang naik 2 3 kilo tapi berkilo-kilo-kilo-kilo okeyyyy. T___________T


6. Selalu je cuba untuk update blog tapi setiap kali itulah tidak kesampaian. Macam dah betul-betul hilang bakat mengarang entry di sini walaupon entry hanyalah entry kosong. Hmmm. What happened to you, Mamay? Sumpah rindu giler zaman study dulu setiap hari update blog. Sakit perut pon nak cerita dekat blog. Sekarang ni... nak ada entry baru sebulan sekali pon punyelaaaaa payah. T___T


7. Dalam proses meletakkan azam baru dalam diri ini which is aktif semula dalam memeriahkan industri blog demi kemajuan rakyat dan negara. Nak cerita pasal majlis kahwin pon masih tak berupaya. Gambar dari OP untuk majlis di Puchong dah dapat dah. Tapiiiii aku cukup malas nak resize gambar tu semua. Tengoklah macam mana nanti. Gambar untuk majlis di Terengganu je tak dapat lagi. Aku sebenarnya malas dan tak suka nak push orang. Aku ada whatsapp OP tu akhir bulan 3 tanya beliau bila gambar boleh siap. Dia cakap hujung minggu depan which is around 1st week of April la kan. But now dah nak masuk bulan May pon. Since then aku tak tanya lagi dah. Hmmm. Tengokla macam mana nanti. Kalau habis bulan May still tak siap lagi album kahwin memang agak menyedihkan dan mengkecewakan laaaa. T_____T


8. This weekend will be a long holiday. Tak berapa nak panjang sangat sebenarnya. Cuti 4 hari kira okey la kan. We will spend our holiday at Kedah. Balik kampung sebelah suami sebab tok wan nak buat kenduri sambut cucu baru. Hamboi tok wan.... eksaited ehhhh dapat Mamay jadi cucu tok wan? Hehehehe. Esok bertolak ke Penang dulu bermalam kat rumah my brother. I have a mission to be settled up there which is fooodddd huntinggggggg. Aku terlalu rindukan pasemboqqqq dan laksa penang di Padang Kota. Arghhhhhh...... *teringa-ingat* Laksa, kau tunggu aku datangggggg !!!!! *emo*


9. Entry berakhir di sini.

Bye. Panjang umur kita jumpa lagi. Selamat bercuti semuaaaa. Jaga diri, hiasa peribadi. #tetibe

17.4.15

Aku Terima Nikahnya | Zawawi & Maisarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. 

Alhamdulillah segala puji dan syukur aku panjatkan pada Yang Maha Esa di atas segala nikmat, rahmat dan limpah kurnia-Nya kepada aku sehingga ke hari ini. Aku telah selamat bergelar isteri yang sah kepada jejaka yang sentiasa membuat tidur malamku tidak lena, mandiku tidak basah dan makanku tidak kenyang (May, please stop the drama) okay okay back to the topic.

Ye. Aku sudah selamat bergelar isteri kepada Encik Zawawi bin Shafie (haruslah bold nama suami supaya semua nampak) pada Jumaat, 20 Februari 2015, jam 9.25 pagi to be exact. Dengan sekali lafaz, alhamdulillah. Thats my hero ! *cuim pipi suami* #eh


Majlis resepi aka majlis perkahwinan sebelah pihak perempuan di Terengganu kiterrrr diadakan pada keesokan harinya, Sabtu 21 Februari 2015. Seterusnya majlis sebelah pihak lelaki di Puchong selamat diadakan pada 14 Mac 2015. :)


Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan meriah, seadanya. Tiada yang lebih menggembirakan hati apabila dapat berkumpul seluruh keluarga dan rakan taulan yang sudah lama tidak ketemu bagi meraikan hari bersejarah kami. Eh dah macam karangan "Hari Raya Saya" la pulak. Kihkihkih. Maafla ye, penulis sekarang sudah hilang rentak menulis dengan baik sejak bergelar isteri. Hmm ada kaitan ke? Takpe abaikan sahaja....... :P


Di sini saya kepilkan gambar-gambar tidak rasmi sepanjang majlis berlangsung. Kenapa tidak rasmi? Kerana gambar-gambar rasmi masih lagi di tangan Photographer. Hashtag Sabar Itu Indah. Takpe nanti dah dapat picture kebaaaabom aku update lagi ye. Mungkin lagi dua tahun dari sekarang entry itu akan muncul di sini. @____@. 



Akad Nikah
 






















Resepsi Sebelah Perempuan














Seronok basuh periuk, bang? ;P

Sebahagian hadiah daripada tetamu. Terima kasihh semuaaaa. :')



Resepsi Sebelah Lelaki












Life after marriage? I can sum up in one word. AWESOME !!!!! hehe. Life is great. Alhamdulillah. Alhamdulillah.... Alhamdulillah. Perjalanan masih panjang. Banyak lagi yang nak dikecapi bersama suami. Auwwww. Dah ada suami oiiiiiii. *larik masuk bilik*

I love you, Suami. :)

Details majlis nanti aku sambung cerita in the next entry once I received the official photos from OP, macam biasa hashtag Sabar Itu Indah. Insyaallah. Sehingga ketemu lagi di lain masa. x0x0