19.6.13

Dear Blog....


Mamay update blog hari ni ? Woha ! Ku kira ini adalah satu perkembangan yang menyihatkan. Rindu hoi nak membebel dekat sini. Sekarang dah jarang sangat bukak blog, tak kira la blog sendiri mahupon blog-blog favourite. Nak kata busy, tak adalah busy sangat pun... Hari-hari biasa kerja dari jam 9pagi sampai 5 petang. Balik rumah tengok Teduhan Kasih, makan, mandi, solat, sembang-sembang dengan house-mates, layan Running Man, layan video Fun (dan Nate Ruess) lepas tu mengantuk lepas tu tidur lepas tu bangun lepas tu pergi kerja and the cycle goes on. Plain and dull giler kan hidup seorang aku ? T__T


Eh tahu tak sekarang budak Mamay ni dah terjerumus dalam kalangan pengggemar ThePopLook (TPL). Oh Tuhan, kuat bebenor peer pressure kan. Ni semua Mek Lily dan Mek Nizam punya pasal. Hari-hari duk sembang pasal TPL. So far baru rembat sehelai dress dan dah selamat sampai pun dress merah itu. Oh Tuhan, aku sejujurnya sudah jatuh cintaaaaa dengan TPL. Aku dah giler dress sekarang. Huhu. Agak ladies dan feminine di situ ye. Adakah itu petanda akan ada orang datang meminang tak lama lagi ? Ahah ! Sekejap tadi baru sampai lagi sehelai dress kaler pink tapi yang tu bukan dari TPL. Hehe. So koleksi baju raya dah ada 2 pasang. Wiwiwiwiwi. :p


Sepanjang ketiadaan aku di ruang sepi ini sebenarnya banyak benda yang aku buat. Paling dah lama berlaku adalah sambutan hari lahir Aiman yang kedua. Meriahhh ooo sebab kami tak sangka ada tetamu istimewa datang. Guess who ? 


Tu haa tetamu istimewa kami. Johan in the house !!!!!


Hari tu ada event company, kita orang pergi bercuti di Fraser Hill. Ya Rabbi...., Fraser Hill sangat best okeh ! Best untuk kita-kita yang datang semata-mata nak bercuti. Sejukkkkk angatttt !!!!

Budak terlebih endorphins sebab pertama kali dalam sejarah hidup beliau naik kuda. 


Aku sempat balik kampung untuk attend kenduri sahabat kesayangan aku siapa lagi kalau bukan Encik Baihaqy. Beliau dah selamat jadi suami kepada akak kesayangan daku juger iaitu Puan Idayu yang omeyyynyeeee !!!!

Just married ! =)

Lepas tu apa lagi eh ? Ohh dua minggu lepas (kot ?) aku balik Ampang, masa itu Hazim anak sepupu aku yang gebu ada datang KL. So lepak-lepak and keluar jalan-jalan dengan Hazim and family. 

Hazim is now a big boy. Comel sangat panggil aku T May. ;)


Lepas tu minggu lepas aku fly ke Bintulu selama empat hari, ikut boss aku bagi training kepada staff Murhpy di sana. Minggu ni aku masuk office macam biasa, kena siapkan report CEM. Aini dan Nisa fly ke Bintulu jadinya aku duduk sorang diri la kat rumah tu. Sobssssss. Next week aku dengan Nisa pulak fly (again). Huhu



Apa lagi eh.... macam dah panjang la pulak entry ni. HAHA. Oh ye... ingat tak dekat anak buah kesayangan Aunty Mamay ? Aidi Mirza..... ohoooo budak ini semakin membesar dengan sihat dan kuat. Hari ni masuk 3 bulan umur Aidi. Semakin hari semakin comel, semakin bertambah-tambah sayang aku dekat dia. Hehe. 


Masa ni Aidi baru 2 bulan, kat birthday party Abang Aiman. 

Oh Tuhannn rindunyaaaa dekat budak kecik ni.... Jam dah pukul 5. Aku curi-curi masa je ni update blog. Kesian sangat tengok blog dah nak berhantu jeeee. HAHA. Nanti kalau aku rajin aku buat entry penuh untuk event-event kat atas ni. Ramai yang request entry majlis kahwin Ayu dan Aki. Ahaks comel tak Kak Ton ? #TIBA-TIBA SANGAT. HAHA. 


Okaylah. Nak balik. Petang ni ada date dengan Mek Lily dan Mek Jang kat Mid Valley. Yeay !


Take care y'olls ! :)



3.6.13

Blind



The person that loves you the most, 

is right in front of you 

but 

we are all just blind to see it....