19.2.12

Random Babbling #2








Salam.



1. Lama betul tinggalkan belog. Kesian kau belog, ada tuan tapi terabai. Baru-baru ni bukak Nuffnang tengok ada 2 Buffered Earnings tengah berjalan. Terima kasih, Nuffnang! Terus rasa bersalah sebab tak update apa-apa kat sini still Nuffnang baik hati nak bagi duit. Okeh, mulai sekarang berazam untuk sentiasa layan belog setiap hari (kot). 



2. Aku sekarang kat rumah Abang. Sebenarnya dah seminggu ada kat KL, seminggu dah bertapa kat dalam bilik kat Kolej 17 tu. Balik awal seminggu dari student lain sebab nak siapkan FYP tapi hampehh tak siap jugak! Bengang yang amat sangat sebab balik awal kononnya nak kena masuk lab untuk analisis sampel air tuh, tapi tup-tup end up tak ada buat apa-apa pon seminggu tuh. TAK ADA BUAT APA-APA PONNNN OK! *baca dengan kuat sekali*



3. Masalah dengan alat yang harga ribu-riban dekat lab tu sebab asyik nak rosak je. Nama alat tu ialah Atomic Absorption Spectrophotometer aka AAS. Punyalah sensitif macam perempuan mengandung. Ada je tak kena. Err.. disebabkan alat tu la aku duk tergolek je dalam bilik seminggu tak pergi mana-mana. #NakMarah!



4. Masa stay kat kolej aku berubah jadi manusia tak normal. 4 hari berturut-turut aku stay up sampai pagi sebab layan movies dan cerita yang ada dalam external aku tuh. Ohh fyi, aku memang ada banyak koleksi cerita dan movies yang aku copy dari abang aku. Dan sememangnya aku menjadi lubuk emas bagi budak-budak kolej aku untuk copy cerita-cerita tu semua. LOL.



5. Result semester lepas dah keluar. Tak tahu nak menangis ke nak gembira. HAHA.


6. Esok dah kena balik kolej. Malasnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!



7. Abang dah dapat buah hati baru hari ni. Nanti aku cerita pasal buah hati beliau tu ye. *kenyit mata*




What ever it is, I wanna wish this:

Hello new semester! Hello my last semester! Please be nice to me okey!


p/s: Tak sabar nak grad! Ouhhhhhhh!

p/s/s: Tengah layan game Arsenal lawan Sunderland. Tak tahu la kenapa dengan aku sekali terikut layan game nih. HAHA.



Okay dah habis. Jumpa lagi. Bai. 


17.2.12

Jatuh Cinta


(Credits)




"Jatuh cinta dengan orang yang punya hobi yang sama itu menyenangkan, 

tapi jatuh cinta dengan orang yg punya TUJUAN yang sama itu luar biasa."










(saya tak tahu kenapa saya suka sangat menangis. T__T)


Kepada pemilik tulang rusuk ini, saya tahu awak sedang memperbaiki diri awak. Begitu juga saya. Insyaallah.


1.2.12

AJL 26, Live From Stadium Putra Bukit Jalil


Salam.


Sambungan daripada entry ini dan ini.


Untuk rekod, entry ini merupakan entry yang paling BANYAK gambar dalam sejarah aku menulis di belog ini. Oleh yang demikian, sila baca dengan risiko anda sendiri (read with your own risk). Kelajuan internet sangat diperlukan demi memastikan semua gambar dapat loading dengan ceria dan gembira.



Dah banyak sangat gambar jadi tak perlulah aku nak cerita panjang-panjang. Bak kata orang belakang rumah aku lets photos do tell the stories. Eh sekejap, belakang rumah aku mana ada rumah orang, semak samun je yang ada. Kihkihkih. :p



Layannnnnnnnnnnnnnnn................................................!



Tiket VIP Free yang aku dapat ihsan dari sepupu aku yang baik hati. :))

Teman berjimba-ria merangkap pemandu peribadi aku. Ehh? *hai Zeyra!,mehh nak cium sikit. *

Mana aci letak gambar Zeyra je. Aku pon nak glemer jugak. Weeeeee.

Naaaahh... kami bertiga, aku Zeyra dan Qila. Btw, Qila tu last minute join kitorang sebab aku ada tiket lebih, masa sebelum pergi sempat la duk online kat Fb, update status tetiba si Qila ni duk komen2 status aku. Dipendekkan cerita yang tak berapa nak panjang, aku ajak sekali beliau pergi bersama kami. 


Tak habis-habis nak show off tiket. Hakhakhak.

Okeh dengan Qila pulaks.

Pintu masuk ke dalam stadium.

Sebelum bermula. Fyi, sebenarnya kami antara orang yang awal jugak la masuk dalam stadium ni. Mula-mula ingat nak pi duduk kat seat bawah, depan sikit tapi bila tengok pentas clear giler dari atas so kami decide untuk duduk kat seat atas, belakang.

Apa yang boleh aku cakap,pentas malam tu memang terbaikkk!!!! Sangat cantik okeh!

Watak utama haruslah ada. Wahahahaha.

See???? The lightingggggg was awesome yawwww!

Tengah siapkan pentas.


Last. Pasni aku tunjuk gambar pentas jeeee. hihi.






Show dah nak mulaaaaa.... ayuhhhhhh.


Persembahan dimulakan dengan nyanyian daripada Abang Jam (baca: jem). Haha. Jamal Abdillah... suara beliau sangatlah AWESOMEEEE! cayaq aku dengaq nooo.

Next, ratu jazz Malaysia...->> Datuk Sheila Majid

Warna-warni pentas. Cantikkkknyaaa lahhhh.

Tak sempat nak snap gambar Awie. Lagu pertama: Wanita Seluruh Dunia by Projek Pistol.



Kanda kerja siang...dinda kerja malam...
ok2... dah.. sambung sendiri lirik seterusnya.



Gambar Ana Raffali masa nyanyi lagu Kalau Berpacaran aku tak ambik sebab tak minat. Boleh?? HAHA


*bayangkan gambar Ana Raffali tengah joget-joget*


Nampak piano ituuuu???



*tiba-tiba mata aku jadi bersinar-sinar bak cahaya bulan*

Ouhhhhh abe....................... *jantung gugur, lepas tu sempat kutip semula*

I jatuh hati dekat you sejak kali pertama kita jumpa. Auwwwwww.



*lari tutup muka masuk bilik tekup muka dengan bantal busuk*

Haaaa.. orang lain mampu nak main-main api camtu??? Tak kan.... hanya abe sahaja yang mampu. Aummmmm!

*baling flying kiss dari atas*

Ok habis drama gedik. Now, Aliyah. Whoaaaa suara beliau sangat menjadi. Sedap okehhhh. Pentas jugak sangat cantik time tuh.

See? penuh dengan lampu-lampu yang indahh..... masa ni aku boleh terima kalau lagu ni menang AJL sebab Aliyah nyanyi bestttt yawww!


I love you babeh!

Naaah masa ni satu stadium kecohhhhh yang amat bila Remy Ishak(RI) keluar. Giler tak kecoh bila Aliyah lentoks atas bahu RI. Terbaekkkk. HAHA


Aizat! one of my favourites too. Sayang betul lagu ni tak menang.

Art sand yang sangat kreatif.

Sukaaaaaa sebab aku sempat snap time die tulis Sungai Lui tu. HEHE.

Nahhh juara kita malam itu, Hafiz......awan nano nano nano nano nano..............



Okeh, dah habis gambar.


p/s 1: Gambar Yuna langsung aku tak ambik sebab aku TAK SUKA dia. kbai.

p/s 2: Gambar yang ada sehingga persembahan Hafiz je sebab lepas Hafiz nyanyi aku terus jadi tak boleh kawal diri. HAHA. Dengar suara Hafiz nyanyi live memang besttttt wa cakap lu..!

p/s 3: Sebenarnya bateri kamera dah habis laaaaa.... sebab tu tak sempat nak snap sampai habis. HEHE.

p/s 4:  Overaall, memang puas hati. Pentas dan lighting memang the bomb laaaa. Very beautiful i tell you. Tengok live memang best. Sound system very nice. Cuma aku agak terkilan sebab ramai jugak pregnant lady yang pi tengok live sebab bagi aku tak sesuai la mereka join konsert macam ni. Tahu-tahu la kan sound  system tu kuatttt kot.. adehh kesian baby dalam perut tu, mesti asyik tersentak je sepanjang konsert tu. huhu.

p/s 5: Puas hati jugak dengan senarai pemenang. Good job, Abe Pejal Tahir. Sayang lebihhhhh ar! 

p/s 6: Terima kasih lagi sekali kat abang Afiq sebab bagi tiket percuma ni. HEHE. Tahun depan bagi lagi. :))

p/s 7: Terima kasih jugak dekat Zeyra dan Qila sebab sama-sama teman aku pi stadium malam tu. Sayang koranggg lebihhhhh ar! *nah hugsss*


Okeh, dah habis.

-TAMAT-