31.1.12

The Day He Sang A Song To Me


Dari atas jambatan di Taman Warisan, Kuala Terengganu


Sabtu lepas aku gerak ke Kuantan dengan kakak aku dan jugak kawan beliau. Bermalam di rumah mak saudara aku dekat Tanjung Api. Pastinya aku seronoks sebab boleh jumpa dengan pakwe kecik lagi. Siapa lagi kalau bukan si Hazim yang gebu itu. Btw, Hazim tak sihat, dia batuk dan demam. Padahal minggu lepas masa cuti Chinese New Year pergi Kuantan sempena majlis aqiqah Hazim elok je dia sihat dan ceria. Adehh kesian tengok budak kecik tu nangis-nangis bila ibu dia nak suapkan ubat. T__T



Keesokan hari, Ahad aku gerak ke Kuala Lumpur dengan kawan kakak aku. Beliau kerja di KL, kebetulan beliau nak balik sana so aku tumpang sekali memandangkan beliau cuma memandu seorang diri sahaja. Oh yaaa, aku balik KL ni sebab nak setelkan Final Year Project (FYP) kononnya masuk lab untuk analisis sampel air. TAPI semalam aku dapat tahu bahawa lab ditunda ke suatu tarikh lain. Fine, suka-suka hati je kan nak cancel date last minute! Apa kau ingat rumah kami ni kat belakang Kolej 17 ke wehh senang-senang kan kami kena ulang-alik ke kampus. Aku memang bengang sebenarnya dekat hamba Allah ini (terpaksa dirahsiakan identiti beliau) sebab semua hal yang berkaitan dengan lab ni nak kena ikut mood dia je. Dahla nak jumpa and deal dengan dia banyak punya payah. Aku tak tahu apa masalah dia yang sebenarnya sebab tiap-tipa tahun masalah ni memang akan timbul di kalangan student yang buat FYP guna satu alat dalam lab ni. Ok stop kat situ je masalah tu, malas nak panjang2 buat hati sakit je.



So, disebabkan tak boleh mulakan lagi analisis sampel air, no point la kan kami nak stay dekat kolej je sampai minggu depan. Aku buat keputusan untuk balik rumah terus. Lagipun cuti semester aku tinggal beberapa minggu je lagi. Baiklahh aku habiskan sisa-sisa cuti ni dekat rumah. Anddd yeahhh aku dah selamat pun sampai rumah pagi tadi. Naik bas dari Shah Alam semalam. First time okeh naik bas ke Terengganu dari Shah Alam. Tak terbayang dek akal fikiran hari ni aku dah ada di Terengganu. HAHA. Kiranya aku dekat KL hanya selama 36 jam je kot. Adehhhh. Petang Ahad sehingga Isnin malam. Huhu. 



Btw, 36 jam lepas berada di KL adalah sangat awesome i tell you!!!! Guesssss whatttt?? Aku pergi tengok Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 secara live okehhh! LIVE! Berbekalkan tiket VIP Free yang aku dapat dari sepupu aku. Wehuuuuuu! Cerita pasal AJL nanti aku akan update di entry seterusnya. Surpriseeeee! *gaya Eric Leong*



Sekarang ni layan la dulu gambar-gambar sekitar beberapa hari yang lepas ketika aku di Kuantan dan jugak di rumahhhhhhhh. Kiranya ni sebagai entry konklusi untuk beberapa hari lepas belog ini ditinggalkan sepi tanpa berita. Acehhhhhh.  Sekali harung terus. hihi.


Taman Warisan, KT. Masa ni bawak Amy jalan2 kat sekitar KT.

Ngaaaaaaa Hazimmmmm!!!!!!

Budak kecik ni dah pandai senyummmm. Jommm gigit diaaa!!!!

Nadiah (kakak Hazim), tengah tunggu kek dekat Secret Recipe. ;))



Naaaa.. inilah kek itu. White Choclate Macadamia. Tak tahu ni untuk belated birthday atau advanced birthday. HEHE. Sedappp okeh kek ni. Tak manis dan tak muak, paling penting ada banyak kekacang. Terima kasih cik sepupu yang baik hati belanja kek ni. :)) 


Sebelum balik tinggalkan Hazim di Kuantan. T__T


Balik rumah layan si gemuk yang kuat tidur ini.

Makan angin di pantai bersama member2 sekolah. 


Ketika di Kuantan Ahad lepas. Babai Hazim, nanti kita jumpa lagiii. *hugssssand kissesss banyak2*




Last but not least,

VIP Tickets for AJL 26. Awesome yaww!




Btw, tajuk entry The Day He Sang A Song To Me sebenarnya merujuk kepada hero aku, Faizal Tahir yang susah2 nyanyi untuk aku masa kat AJL semalam. Terharu tauuuuu...... :D


Nanti aku update kisah AJL yeeeee.

Ok itu saja, babai. 

0 Respond(s):