13.5.15

Balik Kampung. Yeay !


Dua minggu lepas aku berpeluang balik ke kampung sebelah suami terchenta di Alor Setar, Kedah. Ye, suamiku berasal dari sana and both his parents adalah anak jati Kedah. Cuma mereka menetap di Selangor sejak berdekad yang lalu. 


Sejak kahwin, ni la kali pertama aku balik ke sana, bermalam di rumah Wan dan Tok (datuk dan nenek suami) since mereka sebenarnya nak buat kenduri kesyukuran sempena majlis perkahwinan kami. So this was the third time kami diraikan sebagai pasangan suami isteri. HEHE. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Meriah seadanya. Makan sedap. Perghhhhh. Ok sebutlah alhamdulillah. :)


Aku nak cakap yang aku suka sangat SANGAT sangat kat suasana kampung ni. Rumah Wan letaknya betul-betul kat tengah bendang atau dikenali juga sebagai sawah pagi. Seriously at the middle of it. Giler cool aku rasa. Kihkih. Sedikit jakun kerana kampungku di Terengganu letaknya di tepian pantai. Bila bendang bertemu pantai maka cinta terus bersemi selamanya auwwww dah apa aku mengarut ni. Grrrr.


Ni semua gambar kat kawasan belakang rumah Wan. I.just.loved.it !






Taknak kalah. Mihmihmih *gelak sopan*

Cinta bertamu di sawah bendang eceh !


Sesungguhnya aku telah jatuh cinta dengan kehidupan di sini yang penuh aman damai bahagia dan sejahtera. Kat Subang pon aman damai bahagia dan sejahtera juga sebab ada suami di sisi. EH? 


Okbye. Lain hari aku update lagi. XOXO.