27.10.11

A Road To Shah Alam | Peteh Ganu Peteh!


Hello!


Siapa kat sini sokong Terengganu, gimme five yawwww!!!!!


Peteh Ganu Peteh!

pangbungbungpangggg
*bunyi bunga api*




Nah amekkk kau! Adik aku pagi2 lagi bangun pergi beli tiket semalam. Eksaited tak eksaited tak? HAHA
Iklan: yang kat belakang tu adalah bot kecik yang aku buat masa aku praktikal dekat Mset. Buat bersama2 Cik Aziemah dan En Adham. :)





Close up tiket kot2 la ada yang rabun ingat tu tiket wayang ke kan. lalalalala~~~




Penyokong tegar Terengganu kiter.




Disebabkan keprihatinan kerajaan negeri Terengganu, maka kami bayar tiket separuh harga sahaja.
Negeri kau ada?? Tak ada kan..tak ada la sebab negeri kau mana masuk final Piala Malaysia! HAUHAUHAU 
*gelak jahat*




Siapa nak tiket free??? Cepat cepat tak payah buat apa2 sebab tak ada pon orang nak bagi tiket free kat kau. 
*gelak jahat lagi*



Hikhik

Heyyy...aku gurau je okay..jangan ambik hati pulak dengan ayat2 aku kat atas tu...biasalah aku terlebih excited ni sebab  ini adalah pertama kali dalam sejarah hidup aku pergi tengok perlawanan bola sepak live kat stadium. T__T


Kesian kan aku. Wuwuuuuu..................


Ni pon kebetulan aku ada kat rumah and adik serta abang aku nak pergi tengok bola Sabtu ni so aku pon akan join sekali laa. Esok kami bertiga akan gerak pergi KL(abang drive) and then Sabtu nanti pergi stadium Shah Alam sama2 dengan abang besar and kakak ipar aku. 


TAPI

 MASALAH 

SEKARANG

AKU

TAK 

ADA

JERSI 


NAK 

PAKAI

SABTU

NI!!!



Ok, mesti ko nak cakap alaah dia ni takde jersi pon nak kecoh....


Of course la weh....takkan aku nak pi tengok bola pakai baju kurung kot. Takpon kebaya. Ok, lagi best pakai jubah. Erm...ala..blouse laa...




Jap2.....aku nak tanya ni....



Ada siapa2 baik hati nak bagi aku jersi Terengganu tak?


Ok, fine aku tahu memang tak ada la kan.


Takpe2..nanti Sabtu pergi beli dekat stadium Shah Alam before bola start.


Mesti banyak kan orang bukak gerai jual jersi2 semua ni kan. Kan????
*angguk cepat!*



Abang, belanja jersi sehelai, please.....
*sambil buat muka mintak simpati, eh bukan mitak simpati tapi mintak jersi*



Ok, itu sahaja. Ada siapa2 pergi stadium tak Sabtu ni?
Jumpa kat sana ok. I pakai baju kuning. Ehhh apa pulak, I pakai jersi Terengganu nanti.
*bajet aku sorang pakai jersi Terengganu! haha gelakkan May Maisarah*
T__T



P/S: Aku suka tengok Marzuki yang tinggi giler tuu main. Dan...dan jugak Joseph Kalang Ti yang kiut tapi ganas tuu. Wuhooo!!!!



Marilah kita sama2 doakan agar pasukan Terengganu menangg!!!!!!

amin.......
(aminkan ramai2)


[all pictures were take by my Xperia X8 without editing]

15.10.11

She Was Taken (Part 2) | Solemnization-01 September 2011


Haihaihai

Sambungan daripada entry She Was Taken.


Mula2 sekali aku nak mintak maaf la sebab lama sangat duk peram entry ni. Lepas sebulan lebih baru ada sambungan. Maklumlah sejak ada suami dan anak2 ni hidup aku tersangat2 sibuk..nak update belog pon tak sempat..kejap2 anak panggil, kejap2 suami panggil masuk bilik, kejap2 anak mintak susu, kejap2 suami mintak kasih sayang. Kejap2....WOI KEJADAH KO KAHWIN! PROPOSAL FYP PON TAH KE MANAAAA!!!! T__T


Banyak songeh la minah ni. Ok2...aku serius. So seperti yang anda semua sudah sedia maklum, kawan baik aku dah pon selamat bergelar isteri pada 3 Syawal bersamaan 1 September 2011. Tu haa..yang duk tersenyum manis tu...itulah isteri orang.



Ini detik2 sebelum akad nikah. Btw, depa akad nikah dekat Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu. Dekat je dengan rumah si pengatin perempuan. Selaku kawan baik juga merangkap pengapit haruslah aku ada di setiap majlis apetah lagi majlis sepenting majlis akad nikah ni. Eh, paham ke apa yang aku taip ni sebab aku rasa aku cakap berbelit2 je, eh bukan cakap, tapi taip eh APA AKU TAIP NI EH APA NI APA NI.


Tahu tak, masa mula2 aku masuk dalam masjid ni dari jauh aku dah nampak kawan baik aku ni. Ya Allah...betul ke ni Etiey? Betul ke? Betul ke? (monolog dalaman) You know what? She was soooooo beautiful! Betul, tak tipuuu pon....masa tu aku rasa macam nak terus pergi peluk dia dan ciom2 pipi dia and tampar pipi aku sambil cakap, OI KO GILER KE MAY?! Sopan sikit, ni masjid lah! Terus aku cover diri aku and berjalan dengan penuh sopan ke dalam masjid. =.="


See???? Kan aku dah cakap...cantikkkk!!! Seri pengatin agaknya..berseri2 muka beliau. Tak sangka selama ni aku berkawan baik dengan makhluk yang begitu indah sempurna ciptaan-Nya. :)


Anyway, masa sampai kat masjid, kedua2 keluarga pihak pengatin dah sampai. Etiey dengan sopan duk bertimpuh dekat atas bantal besar yang  muat untuk 2 orang duduk dan orang tersebut yang sepatutnya duduk di sebelah Etiey adalah aku yang merangkap sebagai pengapit. Dan aku seperti tak dapat nak terima kenyataan yang aku harus duduk di situ sebab aku MALUUUUUU! Demmmm, tah bila tah aku jadi pemalu nih. Bukannya apa, pengatin kan kena duduk depan sekali...menghadap seluruh keluarga pihak lelaki. Oh no.....Tibe2 aku rasa macam nak cakap dekat Nabil, jom kita tukar baju kita. aku takmo jadi pengapittttt..ngaaaaa........


Eh, jap yang aku nak malu2 terlebih ni ape pasal? Bajet ada orang nak tengok aku. Boooo May! Grr! Mula2 aku duk sesama ngan budak2 ni (Lily, Dayah, Nabil and Fieza) tapi lepas dah berkali2 dipanggil oleh kawan Etiey, si Anis and Etiey jugak acap kali duk buat isyarat dekat aku suruh pi duduk sebelah dia, maka pergilah aku menepek dekat sebelah beliau. Bila duk atas bantal tu tiba2 rasa..oh...bestlah duk atas bantal ni...EMPUKNYAAA..terus hilang malu aku tadi. haha!

Sebelum akad nikah. Ehya' mesti nebes giler kan? Rileks, bro..cool......padahal kan time ni aku duk bisik2 dekat Etiey yang aku nebes sangat...Etiey pulak bisik dekat aku yang dia takde rasa apa2...Etiey COOL giler time tu tapi aku pulak yang menggelabah lebih2 mengalahkan orang nak menikah! Tapi betul weiii..aku memang berdebar2 masa before akad nikah tu. Tak tahulah apa masalah aku yang sebenarnya ni. T__T


Aku terima nikahnya Maisarah Binti Zakariah dengan mas kahwin sebanyak nabelasribuduapuluhringgitpatposen tunai....!

Eh alamak..typo..yang betulnya adalah "aku terima nikahnya Nur Izzati Fatimah biti Mazlam dengan maskahwin sebanyak...alamak, aku tak ingat berapa mas kahwin."

SAH!!!!! Baca doa selamat dulu.....:)


Masa tengah duk tadah doa aku sempat lagi bisik2 dekat Etiey:

"T, mu dah jadi bini orang......aku rasa macam nak nangislahhh....ngaaaaa....."
*tahan air mata daripada keluar*

Aku yang beriya2 cakap nak nangis tadi tapi last2 aku yang pi lap air mata Etiey. Adehhh......syahdu betul time ni. T__T


Tahniahhhhhh Etieyy!!!! You are someone's wife now! Uhuk2 *nanges2 sambil sengih2*


Upacara perasmian membatalkan air sembahnyang. Sentuhan pertama setelah bergelar suami isteri. :)


Alololololo..manisnyaaaaaaa kawan aku nih.


Ehya' nebes lagi ke? Apesal muka serius sangat nih? hehe


Naaa....kan comel senyum tu...hikhik.


Bang, cover bang....cover...kikiki.


 My besties. Etiey and Lily


*Cium-pipi-muahmuah-tiga-kali*


With Dayah yang bakal mengikut jejak langkah Etiey tidak lama lagi. ;)


The-anak-daras (daras is a plural form of word "dara")
From left: Fieza, Dayah, Lily, May


Kesayangan2ku.....paling tepi sebelah kanan adalah Nabil. (pemandu peribadi aku. peaceee....hihi)


Left to right: Fieza, Dayah, May, Etiey, Lily, Nabil.

Sebenarnya kitorang semua 7 orang yang datang masa akad nikah ni. Lagi 2 orang si Nizam and Tirah tapi this time diorang tak masuk dalam masjid disebabkan masalah2 yang tak dapat dilelakkan. So, diorang tunggu kat luar je lah. Kesian mereka, tak dapat nak posing2 macam kami. Kehkehkeh.


Ok, tamat sudah part paling penting dalam perkahwinan. Etiey dah selamat jadi isteri kepada Abang Ehya' (abang?) HEHE. Lepas habis akad nikah we all balik rumah pengatin perempuan untuk acara bersanding di atas pelamin anganku musnah yang indah. Nak tahu apa yang berlaku masa bersanding? Pelamin Etiey runtuhhh!!!!! Ngaaaahahaha......aku tipuuu je la wehhh...giler ganas kalau pelamin runtuh. HAHA.



Doakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke hujung nyawa serta semoga mereka cepat2 dikurniakan babies yang comel-momels macam Untiey Maymay. Eh???!!!


Ngaaa...larikkkkk!!!!!


Thanks for readingggg!


Have a great weekends people!!!

3.10.11

6 Things To Consider Before Publishing Your Love Life Online- Hanis Zalikha


Salam.


Aku tertarik sangat bila baca entry "6 Things To Consider Before Publishing Your  Love Life Online" daripada blogger yang aku boleh cakap she's beauty with brain. Siapa lagi kalau bukan Hanis Zalikha. Aku memang adore dengan penulisan dia. Jujur, menarik, informatif dan yang paling penting her writing is always inspire me!



So, berbalik kepada entry beliau tentang perihal manusia seantero alam yang mempublish kisah cinta mereka kepada umum atau lebih spesifik, melalui atas talian (online). She was listed 6 points why she won't exposed her personal love life to the public. Let me go through one by one. It's kinda interesting you know!


1. Your Audience


Ni point pertama yang beliau list out. Ok aku bagi contoh dekat Facebook. Kau ada ramai kawan tak kiralah kawan baik ke kawan tak baik ke, kawan masa sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kawan2 universiti seterusnya kawan2 kerja tu tak termasuk lagi saudara mara, boss, clients (bagi yang ada clients la), jiran2 dan semualah. So, cuba kau bayangkan bila kau terlalu exposedkan kisah cinta kau tu hinggakan pergi pasar malam beli cendol dengan boyfriend/ girlfriend pon kau nak nak cerita jugak. Bagi kau benda tu perkara biasa tapi bagi sesetengah orang (macam aku) tak perlu kot nak heboh satu Malaya. Betul, sebabnya aku rasa benda tu sangat common and everyone are facing it! Unless, masa korang balik dari pasar malam tu korang terserempak dengan Faizal Tahir ke, takpelah jugak, berbaloi la nak cerita. HAHA!


Yang paling aku kelakar bila baca Hanis tulis part ni.


"Tak berwibawa betul nak cerita hari tuh kitew giew Uptown mamam doyan (durian dalam bahasa takde gigi) dengan diew hewhewhew nafas diew bau doyan lew pastuew, kitew pon samew jew, maluewww hikhikhik."

LOL! You also have sense of humor, Hanis!

So think, who is your audience/reader/follower/FB friend? Is that really what you want to expose to them? My future boss might be reading this too... (HELLO FUTURE BOSS!) -Hanis-



2. Privacy Issue




This is also one of the important point to think of. When you are exposed your private life to the public then, there is no more privacy for you and your lover. For me, there are things that I'd like to keep private because as a blogger (who exposes almost everything; study, family, friends, interests), I do need my own space. And my partner does need his space as well.  Kita kena ingat ada benda yang kita boleh share dengan public, ada benda yang kita tak boleh share or even TAK PERLU share dengan public.Reason dia senang je. PRIVACY ISSUE! So, once again, think!



3. Public Rating

Most of us have the tendency to judge/rate/compare someone's partner. I am not willing to let my other half go through that. Physical/economical/mental semua nak komen (mulut orang, takleh nak tahan jadi lebih baik avoid awal-awal).

Worse, I've seen some cases di mana sang public figure tukar-tukar boyfriend dan orang compare current boyfriend/husband with previous boyfriend. Tak ke stress? -Hanis-



4. Trash Can

No one wants to go separate ways in bitterness, but can you foresee the future? Kalau tertempek muka sang kekasih dalam entri terdahulu (we talk about bloggers), bila tak berhasil antara anda berdua, ha kan dah kena buang one good entry. Kalau banyak penulisan anda ada include dia? Ha kan dah kena buang few good entries.

Rugi... rugi...

Lagi drastik bila terpaksa tukar blog address/banner/host terus. -Hanis-


Ohyeaaahhh..point ini jugak sangat bagus. Aku setuju. Bukan saje di kalangan bloggers, tapi di kalangan Facebook-ers pon. Contohhya bila anda uplaod gambar2 mesra-ala-ala-orang-tengah-bahagia-macam-dia-je-yang-ada-kekasih dekat Facebook siap buat satu album khas lagi and tibe2 anda ter-clash dengan Bf/Gf anda. So, apa akan jadi pada album tersebut? Nak biar je dekat situ? No No No...for sure anda akan delete kan. So whats the point???? Alah, simpan jelah kenangan bahagia anda bersama Bf/Gf anda sendiri, diam2 kat dalam laptop atau handphone.

*Terasa dan sentap sebab aku pon pernah buat macam ni dulu. DULU, Ok!*



5. Over feeling


"Toleransi orang terhadap material jiwang berlainan. Ada yang suka nak baca, ada yang rasa nak pelangkung. Anda ada kan kawan di Facebook yang suka canang-canang pasangan dia, aktiviti mereka bersama, ekpresi cinta di hati, setiap 5minit? Ha anda suka? Kalau anda suka baguslah, anda memang penyayang. LOL!

Jadi saya nak elak benda tuh lebih baik jangan mulakan. Mana kita tahu kan, kot-kot dah angau takleh kawal. Nanti tulis pun macam bagus, pakwe I paling best/sweet/romantik/hot/berasap. Jenuh korang nak mengadap.

Takpelah, biar kami angau berdua sahaja. Last time I checked, love is between two people." - Hanis-


6. Special Place


"Begini. I buat belog dari I umur 18tahun. Imagine kalau dari waktu I start belog, setiap kali tukar pasangan, I tulis kat belog ini. Wah! Meriah uols! Takleh jadi... takleh jadi... Macam dah takde apa yang istimewa. Jadi apakata siapa yang menang (best man wins gitueww) je, boleh difeaturekan. Nama dia : Hasben." -Hanis lagi-


Wahhh..point last ni pon best! As for me, my personal love life, just let it be a very special story  just for my future husband and I......ONLY! Baru lah ada feeling2 romance sikit nanti. Ni tak, semua benda orang luar dah tahu, so whats left for both of you???? Lu pikir la sendiri!


For the full entry from Hanis Zulaikha, feel free to read it--->>> HERE

Another good writing, Hanis Zalikha! Kipidap!

2.10.11

Because It Was My Birthday! #1






29 September 2011


The date that is always become an important date for the rest of my life. ^^,













There are a lot of nice and sweet things happened on my big day. 

Will share all those memories here.

Insyaallah.

I love you all!!!! *seriously*

You may also like this posts:

2. Cheese Pudding With Oreo. AWESOME!
3. Steamboat With Love