Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

5.12.14

The Weddings

Hai.


They said "you are getting OLDER when you received wedding invitation MORE than birthday party invitation".



Tak dinafikan lagi. Kawan-kawan sekolah dan universiti dah ramai yang mendirikan pondok rumah tangga. Disebabkan dah lama aku tak cerita pasal kenduri kahwin member-member kat sini maka terimalah sebuah entry yang meng-kompilasi-kan majlis perkahwinan mereka sepanjang tahun 2014. Last cerita kahwin yang aku update kat belog ni rasanya majlis kahwin Ummi Khalaf Rizki kot. Tak ingat? Boleh baca kat sini. 


Pembukaan tahun 2014 dimulakan dengan kenduri Lily & suami serta Azieniza & suami. They ols kahwin pada tarikh yang sama, awal Februari aku tak ingat the exact date dan dua-dua bunting pelamin and baru dapat baby bulan November, beza 2 3 hari je kot tarikh jadi mak depa dua orang ni. Bravoooo. Kihkihkih. #gelakgatal


Azie sebelum akad nikah

Dah selamat nikah

Resepsi Azie.

Puan Lily dan Miro. Dah selamat nikah masa ni.

Pelamin anganku musnah Lily lawaaaaaaaa

Geng-geng sekolah menengah

Amek berkat untuk kesekian kalinyaaaa. Wahahaha

Masa ni Fiza tak kahwin lagi. Majlis Fiza seminggu lepas Lily.

Since aku tak berkesempatan untuk ke majlis Fiza di Terengganu maka kami berkonvoi ke majlis sebelah suami Fiza, Haziq di Perak. Konvoi dengan Nizam & husband, Lily and jumpa Trah dekat sana.


Sama cantik sama padannnnn. Baju Fiza gorjes sangat oiiiii.

Ewahhhh !

Kawan dulu kini dan selamanya. Kualiti gambor agak teruk. Haha

Ni first time bergambor dengan beliau bersama pengantin di atas pelaminan woahahaha


Ok next wedding is...... Puan Susue gediksssss. Hehehe. Ok Sue sekarang tak gedik macam dulu dah.. sekarang dah sopan lagi ayuuuu. Ni geng zaman matriks dulu. Sempat pi majlis Sue dengan sorang lagi teman baik aku, Amy. I miss youuuuuu, girls !!!!!




Thanks Amy for the photos. Pic dari camera Amy sangatlah cun. Floles je muka I okey. HAHA


Wedding Sue last aku pergi sebelum kita start puasa tahun ni. Then lepas je raya haaa berderet-deret dapat invitation kahwin. Phewwwww asal raya je kahwin, asal kahwin je raya. Miahahaha. Mana yang aku dapat pergi tu alhamdulillah.. yang jemput tapi tak dapat menghadirkan diri ampun maaf dipinta. Hehe.


First wedding masa cuti Raya Aidilfitri aku pergi adalah majlis Fathiah aka Tyah. Tyah kawan baik masa sekolah menengah, geng-geng asrama ni. Hihi. Sempat attend akad nikah lagi pagi tu. 


Hai pengantin tak berapa nak baru. :)

Lepas puasa sebulan kurusssss lepas tu raya dua hari lagiii kurussss. KAHKAH

Awesome !!!! Suka sangat pelamin Tyah. Indah bukan?
Pengantin busy layang tetamu kita posing sajeeeee. Weeeeeee. Hai kawan-kawan lama terpisah




Muka-muka ini saje duk bertenggek di atas pelamin sehari suntuk. Haha.Geng-geng bas sekolah menengah semua ni

Thanks Akmal sebab sporting layan we olsssss.


Hari tu kami merasakan seolah-olah rumah Tyah seperti rumah kami semua. Woahaha


Dah puas makan dan posing atas pelamin Tyah we ols gerak ke rumah Abam Dur pulak. Untung jugak member kahwin hari sama, sekali harung je. Dur juga adalah kawan sekolah menengah we ols. Dijodohkan pula dengan Ida yang comeyyyyyy, juga satu sekolah dengan kitorang. Tapi Ida pindah sekolah masa Form 4. Bila dan bagaimana cinta mereka berputik hanya mereka sahaja yang tahuuuuu. Kihkihkih.


Kan aku dah cakap ida memang comeyyyyyyyyy.
Hadaplah muka-muka kacak kami.



Dah-dahhhhh. BALIK BALIKKKK !!!!!



*P/S: Credit pics to Gopro Kak Kinah gebus. Auwwwww


Selang beberapa hari selepas itu aku pergi ke negeri Cik Siti Wan Kembang bagi meraikan majlis perkahwinan kawan bolas masa dekat UPM dulu, siapa lagi kalau bukan Aziah Jamaludin aka AJ. Budak ni lagi la... tak ada angin tak ada ribut TIBA-TIBA bagitahu nak kahwin. Cool giler hoiiiiii. Buat preparation kahwin dalam masa sebulan jeee haaaa kau hade? Phewwwww. 


CONGRATS MEK ! Dapat jumpa Ida sekali. Silap, PUAN Ida. :)
AJ ke ni? Miahahahaha

Love you !

Habis cuti raya balik KL semula kerja macam biasa demi bersuap-suap nasi. Dan sempat juga meluangkan masa ke majlis perkahwinan kakak manis yang pernah sama-sama bekerja dengan aku di bawah satu bumbung, Kak Wani.

Congrats Kak Wani dan suami. :)

Next wedding is anak sepupuku. Baru lagi ni, awal November yang lalu. Majlis dekat Kajang.

Hai Aidi Mirza dan Adli Mirza kesayangan Timay.



Last but not least, majlis perkahwinan Dr. Izzat dan Dr. Eliza, just few weeks ago. What a beautiful wedding I can say. Dua-dua gorjesssss. Hehe.

Meet Dr Izzat, Dr Eliza, Syawal dan Wawa ehem. Hehehe

Ambil berkat untuk kesekian kalinyaaaaaaaaa


Majlis Izzat mungkin penutup majlis perkahwinan yang sempat aku pergi untuk tahun 2014. Tahun depan pergi majlis kahwin sendiri la pulak. #EH. Bulan Disember ni aku dapat dalam 7,8 jemputan tapi semuanya aku tak dapat hadirkan diri disebabkan kekangan masa. Cuti pon tak ada dah. Sobs sobs. Apa-apa pun, aku doakan semoga setiap perkahwinan yang dibina beroleh keredhaan Ilahi, diberkati, dan bahagia selamanya. Insyaallah AAMIINNNN........ :)






"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang." (Ar-Rum 21)



Counting days..... :)

30.5.14

Welcome Back


Aku rindu zaman aku muda-muda dulu. Zaman di mana semua benda yang jadi dalam hidup seorang aku ada dicatatkan di laman kusam ini sobs. Boleh aku mulakan semua ini semula atau dalam bahasa sedikit American, can we start it all over again, here ? Can you gimme chance to put few colors on my beloved blog after a long time I let it dull and plain? Oh wait... do I need to ask for a permission to write here ? Boooooooooooo Mamay !



Welcome back, Mamay. Welcome to our big family, Kak Azy. Yeahhh, my second brother Abang Pyan dah selamat mendirikan rumah tangga pada Sabtu lepas. So now, diriku sudah punyai seorang lagi kakak ipar. Yeay ! Next week, 7 Jun 2014 adalah kenduri sebelah keluarga we olss pulak. I can't wait to meet all of them again. Yeayyyy lagi. >_________<


Ok itu je nak cakap. Lepas ni aku tulis lagi. Pwomish ! Hehehe. I know I'm a boring person day by day. Blame the hormone. :p


Chiowwww. xoxo.

18.4.13

My Slimmy Wan Is Now A Wifey


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 


Saya tahu agak lama saya meninggalkan laman blog ini. Diri ini terasa janggal untuk melabuhkan bait-bait ayat bagi tatapan anda yang menerjah ke laman ini seraya mencari setitip kekuatan dan pedoman lantaran kepahitan dan keperitan hidup yang sentiasa ada turun dan naiknya, seolah-olah dunia ini adakalanya indah, adakalanya kelam, gelam, suram dan pedih. EH KO APEHAL MAY ? LEMPANG NAK ? 


Cehh tak bagi peluang langsung aku nak drama-drama, sastera-sastera sikit. Ok dah, memang.... memang aku rasa lain macam je bila nak tulis blog sekarang ni. Rasa macam serba-salah dekat blog sendiri sebab suka hati je bila nak update, bila nak buat-buat tanya macam eh aku ada blog eh?  Cuba tengok bila last aku update... kesian kau blog dianaktirikan.. hihihi.. 


So, berbalik kepada tujuan aku menulis hari ni, sebenarnya nak kongsi selautan kegembiraan dengan kalian semua di atas majlis pernikahan one of my best friendsssss yang telah selamat berlangsung pada Jumaat yang lepas (12 April 2013). Siapa lagi kalau bukan my slimmy partner ever, Wan Nur Shahida dan suami (awww suami kotttt), Khairul Razikin aka Abe Ikin. Akah nikah berlangsung pada Khamis malam manakala resepsi di sebelah perempuan pada hari Jumaat di Klate. Btw, both are from Klate. Untunglaaaa tak payah nak gaduh2 bila raya nak balik rumah siapa dulu kan ? HEHE. Nak carik suami orang senegeri jugok ah. :p


Cerita panjang-panjang mesti boring kan. Aku dah tahu dah... korang semua nak tengok gambar jeeee kannn sebab aku tahu korang bukan rajin sangat pun nak baca ayat panjang-panjang nih. Pulak tu aku yang mengarang si budak selebet kerja consultant (sobs), bukannya Hanis Zalikha ke Vivi Yusof ke... kan ? T_____T


Ok ok aku upload gambar banyak-banyak kat sini mana aku rasa rajin nak cerita aku cerita okeh. Meh layann... oh btw, aku gerak dari KL ke Kelantan on Jumaat pagi dengan Abang Awie. Kalau ikut plan asal ada lagi 2 orang yang join (Wani and Aisyah) tapi diorang terpaksa cancel last minute due to some reasons. Abes burn ticket flight pergi balik pulak tu. T___T........ maka terbangla aku dan Awie berdua sahaja. Auwwww ! Flight pukul 7.55 am, pukul 5.30 am aku dah setia menanti Awie di Putrajaya Sentral. Thanks Jiha dan Azie sebab kena bangun awal-awal pagi anto Mamay. And thankssss jugak sebab baik hati tumpangkan saya di rumah kalian. Zani, thanksssss sebab pick up kita kat Serdang. Eh tetiba jadik entry penghargaan pulak kan. Lagi sorang thanks kat Awie sebab susah-susah booked ticket flight, beli tiket ERL siap-siap. Mamay datang bawak diri jewww. Hehehe. 


Awal tau kitorang sampai kat LCCT. Boleh la rileks2 dulu. 


The skies are soooo beautiful. Subhanallah... 


Hello Kelantan !

Cuaca hari tu sangatlah baik. Sekejap sangat duk dalam flight tup-tup eh dah sampai daaa..... Aku baru nak tidur dah sampai Kelantan. T.T Lepas tu bila sampai ada adegan best happened kat airport. Afiq, cite sikit... HAHAHA. 


Meh layan dulu gambar sekitar malam akad nikah. Gambar-gambar ni Afiq upload kot WhatsAps group KPP. Afiq siap buat live update lagi. Kerlassss tauuuu... Afiq ada masa akad nikah sebab beliau sampai awal. 

Nervous la tuh ! :p



Simple yet beautiful mini pelamin done by Ma (Wan's mom)





Homeyynyeeeee.....






Officially a wife. :)


Bila sampai kat rumah Wan terus jadi eksaited. Oh my... kali ni jumpa Wan dengan status baru. Wan dah kahwin okayyy.. serius guwa tak percaya tapi kena buat-buat percaya jugak la. Wan, you are no longer an anak dara, you are someone's wife. Wehuuuuu....


Sebelum majlis. Pengantin pun tak bersiap lagi sebab masih awal. Sampai je terus ajak bergambar. Gelojoh sangat tahu. HAHA


"Mamay, jangan pegang-pegang... mahal cincin nih...."
"Ahhh nak pegangggg jugokkk !!!! "
HAHA.


Afiq dan kawan baik beliau. Awie mana? Awie tidur dalam bilik. Penat sangat ke Awie oi.. hehehe




Sungguh la teruja muka 2 orang kanak-kanak sebelah kiri tuh. Pengantin lek-lek je..


 Comel no 1.

 Comel no 2. Ni 1st time aku tengok orang cucuk bunga telur kat pokok pisang.


 Sawah padi depan rumah Wan.


 Teruja tak ???? Pengantin sedang didandan rapi oleh Mama Long.


 Taraaaa~~~


Comeyyy lote anok Che Na nih.




 Wakil KPP Batch kami. Awie, Afiq, Mamay, Tikah, Suzi.


Hadiah dari kami. Tak surprise pon sebab hadiah ni tumpang simpan dalam kereta mak Wan. Hehe


Congrats to both of you.





 Kak Wani and Chemoh pon ada sekali. (they are our seniors)


Pengantin busy layan tetamu kami buat hal sendiri. HEHE




 Muka happy dapat tiket bas. Exam PTD punya pasal semua kena balik naik bas sebab tiket flight dah burn kena bakooorrr. HAHA



Sementara pengantin bertungkus-lumus mengukir senyuman dan melayan jemputan kami keluar membawa diri (cececece) makan angin petang kat Pantai Cahaya Bulan yang glemer sangat tuuuu... btw ni first time aku mai sini. Suka suka suka.... pantai yang indah... angin sepoi-sepoi tak berapa nak bahasa Melayu sangat laaa sebab time tuh macam nak hujan je.. 

 Businessman paling berjaya abad ini.


Nampak langit dah mulai gelap.








 Orang tu posing atas pelamin kita mampu posing atas batu. *usap-usap batu*
T___T


 Businessman dan cikgu tuisyen yang paling berjaya (di samping title SHO).


 Chillexing+eating+gossiping+rilexing= heaven


Dah macam dua beradik je..






At the end of the day:


 Pengsan tengok hadiah banyak sangat. Rezeki orang baru mendirikan masjid. Alhamdulillah....


Haruslah Mamay paksa Wan bukak hadiah kitorang bagi dulu... hehehehe. 



Awie dan Afiq terpaksa balik malam tu jugak. Tinggal aku je la stay sampai keesokan harinya. Sambung cuti kat rumah sendiri pulok sebab hati terlalu meronta-ronta rindukan anak buah kesayangan. Sanggup amek cuti lagi hari Isnin sebab nak spent masa lama sikit dengan Aidi. Wiwiwiwiwi. I am a happy girl. 



Tapi kan masa Wan hantar aku nak balik tu aku rasa macam syahdu sangat. Syahdu campur happy sebab Wan dah kahwin, yeahhh after so many things happened to her before. (Lets just us keep it as secret haaa gituuuu). Finally she found her true happiness... alhamdulillah... Wan, I am so happy for you. Ikin, you are the lucky guy to have Wan by your side... jaga Wan baik-baik okayyyyy....I trust you.. eh eh ni siapa mak ayah Wan sebenarnya nih tetiba je aku nak emosi lebih-lebih. Hahaha. well, woman... =.='


Macam manalaaa aku tak emo before balik Wan bagi aku nih:

A beautiful picture frame. So sweet of you, friend ! Saja la tuh nak suh orang touching :')


Have a long lasting marriage and happiness. May Allah bless both of you. Amin.....


No matter what, we are still best friend. Kami buddyz. Takkan terpisah. 


I love you. :')



Ok entry berakhir di sini. Tahniah sebab anda berjaya baca sampai ke perkataan ini. Harap tak bosan. 


Pesanan penaja:

1. Pic taken from my phone, Afiq, and Kak Wani.

2. Wan, jangan lupa bawak balik jubah Mamay ke KL yeeee... ngeeeee.

3. Anis, YOU ARE ROCKSSS BEBEHHHH. MAMAY LOVES YOUUU !!!! MA aka Che Na jugerrrr~~~ love you both.

4. Selamat mengundi. EH ? :P