Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts

17.10.12

Reminicsing



Salam and Hi.


Oh rasa awkward sangat bila dah lama tak menaip dekat sini. Rindu zaman belajar dekat UPM dulu. Tiap kali stress mesti update blog. Banyak benda nak cerita tapi selalu je tak terluah dekat sini. Blog, aku rindu kau sangat tahu ?!


My life for the last few months is just nice. Being home is just great I tell you ! Eh macam dah lari topik je ni. Aiyooooo tengok bila dah lama tak menaip macam ni laaa merapu-rapu je cakap. Eh tapi rasanya belog ni memang sentiasa merapu pun kan? LOL. *gelak sensorang.


Eh eh kita memang ada banyak benda nak cerita. Tapi tak tahu nak mula yang mana. Lagipun kebanyakan cerita dah basi dah. Alang-alang dah basi biar la jadi masam terus kan. HAHA. Ok tak kelakar pon May. Maafkan penulis. Beliau terlalu over excited barangkali. Oh sangat cool bila bahasakan diri sendiri sebagai beliau. Ahak !



To be continue.......


Ok tak saspen pon May. Semua orang dah tahu yang ko dah grad. :P


Ahhh tak kira. Aku tetap nak cakap T.O...B.E...C.O.N.T.I.N.U.E.......



28.8.12

Rindu




Hehei ! Rindunya kat blog usang ni. Dah lama tak cerita-cerita kat sini kan ? Ok ok mulai saat ini saya janji saya tak akan tinggalkan blog usang ini kesepian kesunyian kedukaan dan sebagainya. Banyak cerita nak dikongsi. Banyak kenangan nak dipahat dekat sini. Ohhh rindunya zaman jadi budak U dulu.... T__T


Tetiba rasa macam tua je bila cakap macam tuh. HAHA.


Lepas ni kita sambung cerita lagi ye. Ni saja-saja kira panas enjin dulu laaa. :p



30.12.11

Buffered Earnings





Salam Jumaat terakhir 2011
(ayat salam pun dah touching)



Sebenarnya aku serba salah kalau biar je belog ni berhantu sendiri. Berhantu di sini bermaksud sepi tanpa ada apa-apa update dari empunya belog. Haha. Boleh pulak macam tu kan. Masa aku duk update belog ni hari-hari aku cek status page view belog ni ada la visitors dalam 200-300 sehari. Then bila aku tak update aku masih gatal tangan pi tengok status pageviews kat dashboard ni. Ada jugak dalam 40-50 visitors sehari. Eh biar betul. Aku pun was-was siapa la yang sudi jenguk page berhantu ni even tak ada update dari aku. Lepas tu mula buat andaian sendiri belog ni betul-betul berhantu ke? Ahahahaha.... tak tahu tak tahu..... Apa-apa pun aku nak ucap terima kasih pada kamu yang membaca belog ini walaupun belog ni hanyalah belog picisan. Sekadar tempat aku menceritakan kisah harian aku sebagai seorang hamba Allah, seorang anak, seorang adik, seorang kakak, seorang pelajar dan seorang sahabat dalam menempuh hari-hari mendatang. Haaaa... drama dah mula dah.... :p




Disebabkan aku rasa macam tak sampai hati nak biarkan belog ini terus berhantu, lebih elok kiranya aku muncul sekarang. Sebenarnya aku teruja sebab tadi masa aku bukak Nuffnang aku, sesaja la kan gatal tangan nak bukak aku tengok dekat earning aku......


Oh Nuffnang sangat baik hati memberi dua Buffered Earning (BE) kepada budak kecik yang masih berhingus ini. (erk??? hingus???? haha). Sebelum ni pernah jugak dapat BE tapi tak la dapat dua sekaligus. Terima kasih ye Nuffnanggg... anda sangat baik hati! (Bila bagi duit terus jadi baik kan. hahaha). Aku nak terang lebih-lebih pasal BE ni sebenarnya aku bukannya tahu sangat. Dan aku pasti anda lagi tahu dari aku kan? Tapi kalau tak tahu jugak boleh la google sebab dah ramai bloggers yang buat entry pasal BE ni. Kalau anda aktif berbelog tapi tak mendaftar dengan Nuffnang maka adalah rugi di situ ye adik-adik. 



Siapa nak bagi duit free kat kita kan? Ok tak ada lah free, cuma kita kena pandai lah letak iklan di tempat yang betul kat belog kita ni. Lagi satu kalau tak silap aku traffic di sesebuah belog juga memainkan peranan penting bagi memastikan pihak pengiklan tahu target yang mereka sasarkan untuk mengiklankan produk mereka. Bukan traffic kat jalan raya tu okayyy tapi traffic visitors yang masuk ke belog kita! Untuk lebih lanjut silalah google sendiri tentang Nuffnang ni. Seriously aku tak tahu sangat. Nanti aku tulis lebih-lebih kang ada yang keluar ajaran songsang pulak. Hihi. 



Bila dah bukak Nuffnang tadi rasa macam tak best pulak kalau biar belog ni berhantu (tak habis lagi kisah hantu aku ni. haha). Terus rasa nak update belog sentiasa. Haaa... gituu.. awal-awal je macam ni. Esok-esok takde dah semangat ni.. huhu. 



Terima kasih terima kasihhhhhhhhh kepada anda yang menjenguk ke page ini. Tanpa anda siapalah belog ini. Ayat bajet Yuna menang anugerah lagu terbaik tapi lastly kena hantar semula anugerah tersebut bagi kat Anuar Zain. Eh???? Ngaaaaaaaaa...... sebelum peminat Yuna naik angin baik aku......





Larikkkkkkkkkk!!!!!!


Ok bai!



27.12.11

Mamay is Back Yawwwww! :p



Salam.


Haipppp! Sila buat muka penuh keterujaan sebabbbbbb (teruja sangat sampai taip huruf asyik terlebihhhh jeeee....) sayaaa ada banyak bendaaaaaaa nak cerita dekatttt sini ( bajet ada orang eksaited nak tahu. ahhh takpe yang penting aku memang eksaitedddd! sindrom syok sendiridi atas tanah belog sendiri memang dah bertahun2 wujud kan. haha. so, kau nak eksaited sama naik dengan aku atau pun tak aku tak kisahhhhh..tiada paksaan. kihkihkih..okay just kidding laaa... :p).


Rasa macam dah bertahun-tahun tinggalkan tanah tumpah darah belog ini. Ahahh over! Oleh kerana si budak ni sangat eksaited sampai tak tahu nak cerita yang mana dulu maka adalah lebih baik kiranya saya letak sekeping gambar sebagai pencuci mulut. Eh? Tak... maksud saya sebagai pembuka selera. Ahh tak tahuuuuuuu la sebagai apa. Layan je lah yer....



Nahhhh amekk! Salah satu keterujaan saya bila dapat balik rumah baru2 ni. Hazim dan Aiman! Dua2 membesar dengan sihat cepat dan kuat! Rasa macam ohhh akulah orang paling bahagia dalam dunia ni sebab dapat jumpa dua budak gemok yang dah lama aku rinduii ni... Ouhhhh... terima kasih ya Allah... syukur sangatttttt ..... :)



Sebab saya teruja tiba2 saya jadi tak tahu nak taip apa dah. Okay, nanti saya sambung lagi.


Bai!

p/s: tak tahu kenapa tiba2 kata ganti diri "aku" bertukar jadi "saya". Hikhik! :p



28.11.11

Sesuci Embun, Sedingin Angin Pagi







Salam.



Penulis masih lagi dalam mood menguruskan badan. Setiap hari lepas Subuh akan adalah seorang cewek dengan azam yang tinggi berlari-lari anak (jogging) di atas trek di padang Kolej 17. Ye, setiap hari. Dan setiap kali jogging pasti si cewek itu akan menangkap gambar matahari yang sedang menonjolkan diri di kaki langit. Oh...tersangatlah indah.....*senyum*



Ini adalah sebahagian gegambar yang berjaya ditangkap (snap) oleh beliau ketika berlari-lari anak. 


Mari kita hayati keindahan alam ciptaan-Nya bersama-sama.......



Camera: Xperia X8 (3.2 MP)
(Diambil dari padang k17)


Tarikh: 17 November 2011

 Langit Ilahi (6.55 AM)



Miss Sunshine..... (6.56 AM)




Panorama..... (7.12 AM)



Indahhh...... (7.13 AM)




Padang (7.14 AM)




 Heyyyy sunshine! (7.15 AM)



 Helloooooo! (7.16 AM)





18 November 2011

 Dinihari...... (6.54 AM)



 Court tenis (6.48 AM)



 Trek joging dari kiri (6.48 AM)



 Trek joging dari kanan (6.49 AM)



 Blok A (6.49 AM)



 Blok penulis- Blok B (6.50 AM)



Blok B lagi. (6.51 AM)


Nota 1: Setiap kali saya joging mesti banyak siput babi sedang berjalan-jalan kat atas trek joging ni. Saya dah habis satu pusingan trek, siput babi baru je berjalan dalam 3 cm kot. Memang patutlah orang selalu cakap lambat macam siput babi. Ko memang betul-betul lambat la siput oi! Terkedek-kedek. kehkehkeh. Btw, banyak jugak gambar siput babi yang saya sempat snap. Ada satu hari tu siap sempat snap gambar siput babi tengah mengawan (kot). haha. Tak percaya? Tengok kat bawah ni. 








Tak clear? Tengok bawah.

Ahahahaha! P/S: habislah saya...tengok aksi 18 SX. kehkehkeh.



Nota 2: Saya baru sedar hakikat sebuah kenyataan hidup bahawa untuk menaikkan berat badan memang SENANG tapi untuk turunkan atau maintainkan berat badan MEMANG payah. Masa awal semester saya joging 2 bulan hampir setiap pagi dapat turunkan 2 kilo JER then lepas tu ada cuti semester saya berhenti joging dalam 3 minggu kot, tengok2 naik semula 2 kilo yang dah turun tu. *sigh*



Nota 3: Tak sia-sia saya dan abang tak pergi tengok bola kat stadium semalam (kalau tengok kat stadium memeyy frustt giler ar kan!). Ye ar, bukan main team Malaysia dah leading 2-0 last-last boleh pulak Pak Arab berjambang tu score 3 gol dalam masa 6 minit. What The Fish! Diorang main 10 orang je kot. Aduhai.... Dah takde rezeki Malaysia...(fikir positif). Btw, saya dah mula cair bila tengok Shahrul Azwari. kehkehkeh. *over!*



Nota 4: Kekecewaan saya sedikit terubat bila balik bilik semalam Paah ada bawak durian dan rambutan manyakkkk oo.... Berpesta durian la kami semalam. Awesome yaww!



Nota 5: Harini birthday roomate saya. So, happy birthdayyyyy, Izyan! Nanti kita celebrate sesama ye. :)



Nota 6: Mood saya agak bercelaru hari ini. Saya pun tak tahu apa masalah saya sebenarnya ni. T__T


Ok, malam ni saya kena habiskan nota Parasitology ni. Jumaat ni ada test. Denggg! Saya tak pernah jatuh hati dengan test! *tongue out*


Have a great day, people! Thanks for your time here. 


4.8.11

Thursday Babbling


Assalamualaikum.

Salam 4 Ramadhan. Pejamcelikpejamcelik dah masuk 4 hari kita di bulan puasa. Alhamdulillah..semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk menghabiskan ibadah puasa dengan lancar. InsyaAllah.


Hari ni nak membebel-bebel sahaja. Random thoughts on Thursday.


1. Semalam hari paling tak produktif dalam hidup sebab tidur je for the whole day. Aihh kurang la pahala puasa semalam. (apesal time puasa tidur siang jadi sangat sedap, menyelerakan dan best?)


2. Aku rasa kalau lah aku masih lagi teruskan gaya hidup aku seperti 3 bulan kebelakangan ini sudah pasti aku tak muat nak pakai baju pengapit masa bestie aku kahwin raya nanti. Adehhh! Ku harus gi mana ini yaaa?



3. Maksud gaya hidup di atas adalah gaya pemakanan aku. Aku rasa selalu memasukkan sumber2 protein, karbohidrat, kalsium, serat, zat besi dan taurina dengan kerap adalah normal bila seseorang pelajar unibersiti sedang bercuti di rumah manis rumah. Setuju?


4. So, aku consider normal la kan? Bukan spesis2 yang mentekedarah tak kira masa? HAHA! (I can't blame my mum for her mabeless cooking!)


5. Fine, there are so many people around me who dare to complain about my cheek! Is mine was too big? I meant...c to the h to the u to the b to the b to the y! Demm! (btw, i tak kisah sangat masa awal2 dulu tapi bila dah jumpe si A cakap "waaa...sehat sekarang yer", jumpa si B cakap "eh...dah berisi la sekarang", jumpa si C cakap "awat yang pipi tu macam terlebih jer...", jumpa si D cakap "bla...bla...bla...gemok...bla..bla..pipi besar..bla..bla..."....... mahu aku tak stress! boleh menyebabkan aku jadi kemurungan tahu gaa??? adehhhh!)


Tapi tak ape..never mind....NEVER MIND....ah-kak tak nak ambil port sangat..Ah-kak anggap kata2 nista itu semua adalah dugaan bulan puasa. Kita haruslah berfikiran positif, ye idak? Walaupon dah terang2 tu memang kenyataan! HAHA!





Oh my! Sooo adorable! Dont blame for her chubbiness! (im not sure if chubbiness is a correct word.hehe)
Motif gambar: MOOD CHUBBY. HAHA!



6. 2011 is the awesome year ever sebab sejak 11 tahun aku bergelar pelajar, to be specific by stayed at the hostel baru tahun ni aku dapat puasa PENUH di rumah. Yes, sebulan penuh puasa plus dapat pulak beraya selama 2 minggu before masuk semester baru. OHSEM!!!!



7. Oh ya tahun ni tak dapat nak kuih feberet Abang Besar aku iaitu onde-onde sebab tahun ni aku tak berada di Ki El untuk berbuka bersama2 di rumahnya. (Ye, aku memang terer buat onde-onde. teheee). Kalau aku kat UPM, every weekends memang aku balik rumah dia kat Rawang. Semalam Abang call dia cakap kalau nak datang rumah dia datang je lah. Dia dah kempunan nak makan kuih tu. Bukannya tak ada jual dekat sana tapi..well you know la kan.. buat sendirik dengan beli rasa dia TAK SAMA! (of course la buat lagi sodapp!)



Korang tak tahu onde2 tu ape? Aduhhh....ni haaa.....


Terliur tak? terliur tak? HAHA....! Sabar2...



8. Baru aku ingat, hari tu aku beriya2 nak buat 10 games. Siap berlagak cakap kononnya dapat setelkan dalam masa 3 hari. Dah lebih seminggu tapi baru buat yang first day. HAHA. Apa dah jadi May???










Ok...larikkkkkkk..................!!!!