30.12.11

Buffered Earnings





Salam Jumaat terakhir 2011
(ayat salam pun dah touching)



Sebenarnya aku serba salah kalau biar je belog ni berhantu sendiri. Berhantu di sini bermaksud sepi tanpa ada apa-apa update dari empunya belog. Haha. Boleh pulak macam tu kan. Masa aku duk update belog ni hari-hari aku cek status page view belog ni ada la visitors dalam 200-300 sehari. Then bila aku tak update aku masih gatal tangan pi tengok status pageviews kat dashboard ni. Ada jugak dalam 40-50 visitors sehari. Eh biar betul. Aku pun was-was siapa la yang sudi jenguk page berhantu ni even tak ada update dari aku. Lepas tu mula buat andaian sendiri belog ni betul-betul berhantu ke? Ahahahaha.... tak tahu tak tahu..... Apa-apa pun aku nak ucap terima kasih pada kamu yang membaca belog ini walaupun belog ni hanyalah belog picisan. Sekadar tempat aku menceritakan kisah harian aku sebagai seorang hamba Allah, seorang anak, seorang adik, seorang kakak, seorang pelajar dan seorang sahabat dalam menempuh hari-hari mendatang. Haaaa... drama dah mula dah.... :p




Disebabkan aku rasa macam tak sampai hati nak biarkan belog ini terus berhantu, lebih elok kiranya aku muncul sekarang. Sebenarnya aku teruja sebab tadi masa aku bukak Nuffnang aku, sesaja la kan gatal tangan nak bukak aku tengok dekat earning aku......


Oh Nuffnang sangat baik hati memberi dua Buffered Earning (BE) kepada budak kecik yang masih berhingus ini. (erk??? hingus???? haha). Sebelum ni pernah jugak dapat BE tapi tak la dapat dua sekaligus. Terima kasih ye Nuffnanggg... anda sangat baik hati! (Bila bagi duit terus jadi baik kan. hahaha). Aku nak terang lebih-lebih pasal BE ni sebenarnya aku bukannya tahu sangat. Dan aku pasti anda lagi tahu dari aku kan? Tapi kalau tak tahu jugak boleh la google sebab dah ramai bloggers yang buat entry pasal BE ni. Kalau anda aktif berbelog tapi tak mendaftar dengan Nuffnang maka adalah rugi di situ ye adik-adik. 



Siapa nak bagi duit free kat kita kan? Ok tak ada lah free, cuma kita kena pandai lah letak iklan di tempat yang betul kat belog kita ni. Lagi satu kalau tak silap aku traffic di sesebuah belog juga memainkan peranan penting bagi memastikan pihak pengiklan tahu target yang mereka sasarkan untuk mengiklankan produk mereka. Bukan traffic kat jalan raya tu okayyy tapi traffic visitors yang masuk ke belog kita! Untuk lebih lanjut silalah google sendiri tentang Nuffnang ni. Seriously aku tak tahu sangat. Nanti aku tulis lebih-lebih kang ada yang keluar ajaran songsang pulak. Hihi. 



Bila dah bukak Nuffnang tadi rasa macam tak best pulak kalau biar belog ni berhantu (tak habis lagi kisah hantu aku ni. haha). Terus rasa nak update belog sentiasa. Haaa... gituu.. awal-awal je macam ni. Esok-esok takde dah semangat ni.. huhu. 



Terima kasih terima kasihhhhhhhhh kepada anda yang menjenguk ke page ini. Tanpa anda siapalah belog ini. Ayat bajet Yuna menang anugerah lagu terbaik tapi lastly kena hantar semula anugerah tersebut bagi kat Anuar Zain. Eh???? Ngaaaaaaaaa...... sebelum peminat Yuna naik angin baik aku......





Larikkkkkkkkkk!!!!!!


Ok bai!



No comments: