Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

9.12.12

Nothing Worth Having Comes Easy



















“Sometimes the same hardship you wish would be removed is the very thing that is curing, protecting and saving you.”  -Yasmin Mogahed


"Allah Ta’ala is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain. He sees, He hears, and He is never too far."


**All quote photos credits to Tumblr**



23.10.12

Resipi Kuih Melayu: Onde-onde



[Gambar]


Meh sini aku nak ajaq ampa cara-cara membuat kuih onde-onde. Aku tak pasti la kalau orang belah Pantai Barat sana panggil kuih ni apa. Ke memang onde-onde ni name universal ? Ahh lantak. Aku bukan nak cerita pasal sejarah nama asal-usul kuih ni tapi titeww nak kongsi resepi yang titeww tahu ajewwww. Rasa nak lempang aku tak ? HAHA



Ok bahan-bahan yang diperlukan adalah: (tetiba serius)

  1. Kelapa muda (diparut)
  2. Gula merah (orang kampung aku panggil 'nissang')
  3. Air kapur
  4. Daun pandan
  5. Tepung pulut



1. Ok first and foremost, ambik beberapa helai daun pandan masukkan dalam pengisar kemudian kisar. Dah hancur campur dengan air dan tapis supaya terhasil air daun pandan yang wangiiiiii. seperti dalam gambar ini. Setel.

*its okay kalau takde daun pandan. boleh je guna pewarna hijau epal yang dijual di pasaran macam dalam botol esen vanila tuuuu. 



2. Potong gula merah aka nissang seperti dalam gambar di atas. Potong dadu atau potong kecik-kecik comel-comel gituuu.



3. Ambil tepung pulut (guna separuh cukup) masukkan dalam bekas yang besar supaya senang nak gaul-gaul dan tenyeh-tenyeh nanti. Masukkan sedikit air kapur (seperti dalam gambar di atas). (Mak aku ada bagitahu fungsi air kapur ni terhadap onde-onde tapi sekarang aku lupa. nanti ingat aku bagitahu semula ye. hihi.)



4. Masukkan air daun pandan tadi ke dalam tepung pulut. Gaul dan gaul dan gaul sehingga sedap mata memandang. Ahah ! maksud aku gaul sehingga jadi doh, tak lembik dan tak keras sangat. Ok, paham ?
hehehe.



5. Haaa.. gaul sampai jadi macam ni. Pandai-pandai la agak sendiri ye.. jangan keras sangat dan jangan lembik sangat. Mak aku cakap so so ajewww. p/s: aku punya ni macam tak berapa nak ijooo (hijau) sangat.  Takpe.... tak ijo takpe, janji sedap.*cover line*



6. Ok dah siap gaul sekarang masa untuk membentuk onde-onde. Ambik sikit doh tadi, penyek-penyek, masukkan gula merah aka nissang dan bentukkan jadi bolat-bolat comel-comel macam kat bawah ni:



7. Gula merah dah selamat berada di dalam setiap bulat-bulat itu. Ko jangan bulatkan tepung semata-mata tanpa gula merah. Kang tawor laaa onde-onde tuh. 



8. Sediakan air di dalam periuk. Bagi anda yang hidup dipenuhi dengan daun pandan, boleh masukkan daun pandan bagi kasi wangi gituuuuuu. Auwwww. Masak air sehingga mendidih.



9. Bila air sudah mendidih boleh masukkan onde-onde tersebut. Masak sehingga masak. Hihi. Biasanya onde-onde yang dah masak akan timbul di permukaan kolam ikan periuk. 




10. Bila dah masak, sila sejukkan dulu onde-onde di dalam air (guna air masak or air paip pon boleh).



11. Dah sejuk, toskan dan gaulkan bersama kelapak mudaaaaa. *kelapa tu campur garam sikit.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaaaaaa !!! Onde-onde kini siap untuk dihidangkan kepada mereka yang mengidam dan kelaparan di waktu petang, malam mahupun selepas Subuh. 



Senang je kannnn ? 

Kini sesiapapun boleh terbang buat onde-onde. 
*tiru tagline Air Asia. kikikiki



Pssssssssss.......[Resipi Cheese pudding with oreo]



29.8.12

Call Me Aunty Mamay





Assalamualaikum



Ingat lagi tak dekat kawan baik kita yang kahwin pada tahun lepas? Kalau tak ingat takpe, ni kita bagi link entry pasal majlis perkahwinan beliau hari tu. [Akad nikah] [Bersanding] 



Selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang, akhirnya.......


Taraaaaa~~~

 Kawan baik kita dah jadi ibuuuuu. Alhamdulillah.... syukur semuanya selamat. Tapi kan kenapa kita lagi besar dari ibu tu ??? Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa *stress sensorang*


*Congratulations, Etiey!*


 Tu kita tengah posing dengan baby, si ibu dan jugak kawan praktikal kita masa kat MSET, Sha. :)



Inilah baby yang keluar awal sebab nak sambut raya dengan ayah dan ibu dia. 
Hehei, say hi to Nur Dina Hafiya. ;))
[pic ni dari instagram papa Dina]



Aaaaaa bestnya ada baby sendiri kan ? Hehehe. To Baby Dina, sila cepat-cepat besar sebab nanti Aunty Mamay nak suruh Dina jadik flower girl masa Aunty Mamay kahwin. Hehehe. 
Love you both, Etiey and Dina.


p/s: Thanks Auncle bawak kita jumpa Baby Dina. :)


8.8.12

Phone Call Interview





*phone ringing*

Chinese Guy (CG): Hello. May I speak to Maisarah binti Z******* ?

Me (M): Yes, speaking.

CG: I called from XXXX, we received your application for the post of bla..bla...bla.. 

M: Ohh yes yes.... I did applied it few days ago. 

CG: Do you have time for about 15 to 20 minutes for me to ask you some questions regarding this post ?

M: Yes yes... sure....


*after 20 minutes of Q & A*

CG: Maisarah, are you sick ?

M: Errr.... no no... I just got sore throat.



BUT, the truth is 


HELLO, YOU KNOW WHAT, I AM SLEEPING JUST NOW AND AWAKE AFTER THE PHONE IS RINGING ! 
And that's why I lost my voice. Alaaa..biasa kalau orang baru bangun tidur kan suara tak berapa nak clear je.... T__T



Oh gosh ! Can you imagine the situation I am talking about ? Aaaaa this is crazyy ! I'm just woke up from my longggg sleep (after Subuh) and then someone called me and interviewed me via phone ? Can you imagine with the-rough-voice-like-a-man and 'mamai-mamai' condition, I have to answer a lot of tough questions ??? Duhh !



But anyway, thank God I managed to answer his questions even I know I just goreng goreng sesuke hati I je. Kahkahkah. And then after the conversation was done my brain start to think... ''Aaaaa...why I'm not answering his question like this ? why I just said that? why I did not say this ?Why didn't I elaborate a bit longer? why why why? " *face palm*


Aduhai.... its okay laa...kalau ada rezeki ada la.... moral of the story please study about the company after you sent your application, not after you receive the invitation for the real interview. Because you know what, I just knew that this company (who called me) actually do the phone call interview first after they short-listed their applicants and then only they will proceed to the real face-to-face interview (note that other company might also practice this, so watch out). Damn ! Lepas dapat call aku baru gelabah nak google pasal company tuh. I'm just highlight this because I am not ready for the phone call interview this morning. Pity me. T__T


But then, never mind laaa... Learn from the mistake and now lets pray for the best. :)


Itu sahaja tazkirah daripada saya. 

Selamat bersahur semua ! 

love you ! *tetibe*




6.8.12

Salam Nuzul Qur'an, Ya Muslims.....




17 Ramadan :: Nuzul Qur'an.... ^^,

" In my entire life, of all the music I have heard, and of all the lyrics I have read! Nothing comes close to the Quran, it is definitely a medicine and a cure for the heart! It can make you cry and at the same time leave you as the happiest person on earth! The power of Allaah's words is indescribable!"  (malaysianmuslim)



Miracles Of The Al-Qur'an


1. The word “Prayers” in the plural (صلوات) was mentioned in the Qur’an, interestingly, only 5 times which ofcourse matches what? The number of times you have to pray in a day.

2. The word (Dunya) which means “This world” is mentioned 115 times and so is the word (Hereafter) or “Akhera.”

3. Angels are mentioned 99 times. Devils are mentioned 99 times. Both are mentioned in equal amounts in the Qur’an.

4. Life and Death are both mentioned in equal amounts in the Qur’an. Both 145 times.

5. The “People” and the “Messengers” are mentioned in equal amounts in the Qur’an. Why? Because the messengers came for all the people. 

6. “Iblees” and “Seeking refuge from him” were both mentioned in equal amounts in the Qur’an. Both 11 times. 

7. Zakah and Barakah were mentioned in equal amounts.

8. Prophet Mohamed’s name (PBUH) was mentioned 4 times. “Shar’eah” was mentioned 4 times. 

9. Days and Nights. Men and women: 24 times each. Intellect and light. All were mentioned in equal amounts in the Qur’an.




[Note: This entry I post last year, but it's okay to post it again here today, right ? :) ]


And I said: "When someone gave you or wish you something good, please don't too selfish to say THANK YOU. It shows that you are appreciated them."


4.8.12

Temuduga Pertama






Blog ini makin lama makin suram. Aku makin tua agaknya. Kebelakangan ni selalu lupa nak catat apa yang berlaku dalam hidup kat sini. Lebih memilih untuk simpan sendiri, kunci kemas-kemas simpan dalam kepala. Tak tahu la kenapa dah kurang bercerita kat sini, tak macam dulu-dulu zaman jadi budak U. Tiap-tiap hari update belog, tempek gambar2 happy bersama teman-teman sekuliah. Oh rindunya mereka semua.... T__T



Lagipun sekarang aku kan dah naik pangkat jadi penganggur terhormat. So setiap hari buat benda sama je kat rumah... tergolek, terlentang, ngadap Tv, online, bagi Usop makan, bagi perut sendiri zat dan khasiat, dan yang seumpama dilakukan oleh suri rumah tangga sepenuh masa. Nothing interesting. BUT I LIKE THIS KIND OF LIFE ! Yelah kan dah goyang kaki je siapa tak suke HOI ! HAHAHAHA. 



Okaylah since dah lama tak bercerita kisah sendiri kat sini meh aku nak habaq mai satu kisah aku menghadiri temuduga kerja pertama kali dalam sejarah hidup aku pada minggu lepas. Sedih giler umur dah nak masuk 1/5 abad baru nak ada pengalaman hadiri temuduga. Eh betul ke 1/5abad ? Kahkahkah. 



Untuk dipendekkan cerita, izinkan aku copy paste status yang aku update dekat Fb aku sebaik sejurus selepas aku pulang dari bertemuduga. Status ini cukup menggambarkan keseluruhan isi temuduga tersebut. Oh by the way, if you did asked me what position I was in... it was a Safety and Health Officer (SHO), at one of the FIVE stars hotels in KL. (nama hotel dirahsiakan di sini even aku slumber je dah mention dah dalam Fb tuh. hahaha). Kenapa aku caps lock kan perkataan FIVE itu ????? :P




Are you willing to put off your scarf when you work here????


*pengsan*

Banyak feedback yang aku dapat dari kawan-kawan aku dekat Fb.. Ada yang marah betul bila jadi macam ni... alahai... kalau anda marah, aku yang depan-depan ditanya soalan macam tu apetah lagi..... mengucap panjang je aku mase tu... (mengucap dalam hati). Kenapalah pihak hotel tu tak bagitahu aku awal-awal mengenai peraturan kerja kat situ.. kan dah tengok gambar aku bertudung dalam resume yang aku hantar. Oh mungkin sebab mereka ter-imagine-kan sesetengah wanita yang kejap bertudung, kejap tak. Eh ? Fine laa... aku tahu aku kadang-kadang ada jugak khilaf sendiri tapi at least aku usaha untuk perbaiki diri aku.. takde la aku cakap aku sempurna ke apa kan..cuma bila timbul keadaan sebegini aku rasa kesal. Kesal sebab di negara Malaysia so-called negara Islam masih boleh wujud undang-undang atau peraturan kerja seperti ini. Kesian wanita-wanita Islam yang masih dinafikan hak sebagai Muslim di negara ini. 



Somebody should bring this thing up ! Seriously ! This is not a joke. *sigh*




Kat bawah ni sebahagian komen yang aku dapat. 








Apa yang buat aku rasa berbesar hati adalah apabila kawan-kawan aku yang berbangsa Cina masih tahu dan hormat tentang perkara seperti ini. [Note: komen dari Lee Yoon Yee, Chin Siong and Sia Chee Chai.] What a shame on you the XXX hotel ! Oh btw, the one who interviewed me was an Indian. LOL.



Tapi tak apalah... anggap itu sebagai pengalaman buat aku. Lepas ni kalo nak apply kerja bukan main apply je. hahaha... Eh eh minggu depan ada satu lagi interview tapi kan tapi kan.... aku tak tahu nak pergi ke tak...hoho... tengah fikir lagi... puasa-puasa macam ni agak malas untuk ulang-alik KT-KL. Huhu...



Itu aje... eh kejap, nak ucap Salam 15 Ramadhan buat semua... sekejap je kan dah separuh Ramadhan dah kita... tak lama lagi dah nak raya... Eh ? =))



Baju raya tak siap lagi. T__T



6.5.12

Out Of My Busy Life





Assalamualaikum.




I have been crazily busy these past few days...almaklumlah... only less than two months I will stay here (UPM) and then I can say good bye to class, lectures, FYP, assignments, polystrene yes polystrene well budak hostel kan selalu tapau nasik letak dalam polystrene dari kepe ! ROFL !




Anyway, I have no intend to talk much. Just a recap of my recent busy life (busy la sssangat ! lol) through photos... Because..... you know what ? Ramai sangat yang rindukan Mamay belog ni sebab bila bukak page ni on top of that adalah entry bertarikh 30 April je sampai ke sudah... Maaflah dik, akak busy laaa... takde mase nak jenguk tanah puaka pusaka ni haa... Okaylah since I've been here now, so stop asking and nagging around, enjoy this entry beybeyh ! Those who miss me a lot, open your eyes wide out ! HAHAHA.



Aqilah aka Gwang Soo (holding DSLR), Mamay, Mamay's umbrellas, Abang Daus, Fadh aka JLO and half of Kak Yani,s body. :p


Btw, my busy week was started with volleyball match on Tuesday aka 1 May aka Public Holiday. We all bertanding sesama satu course, setiap batch hantar dua pasukan. Since aku memang atlet kebangsaan haruslah aku join demi tahun akhir KPP. Team kami merangkumi aku, Abang Daus, Matki, Gwang Soo, JLO, Kak Yani dan jugak Balok dapat jadi JUARA kumpulan 1. Juara kumpulan je... masa liga peringkat kumpulan kami menang semua tiga games tapi tewas akhirnya masa separuh akhir. Fyi, kami tewas kepada team Tahun 2. Hahaha... bukan apa, kami sesaje je laaaa bagi diorang menang..maklumla, diorang kan kecik lagi..nanti kalau kalah kang nangis pulak... kami takpe, dah matang, kalau kalah pon wat lek je... bhahahaha.



Since both team tahun akhir kalah masa dekat separuh akhir so untuk penentuan tempat ketiga dan keempat kami tak main dah sebab hari dah panas plus kalau lawan pon kompem tempat ketiga dan keempat jatuh kepada team tahun akhir. Overall, the game was great. Junior2 semua terer main.. bagus jugak ada game macam ni, bolehla mengeratkan hubungan silaturrahim sesama course. Masa ni la nak kenal junior2.. yelah, bebudak final year kan busy tidur buat FYP. hahaha. Lepas tu masa jumpa diorang hari tu boleh plak dalam hati  "ehh... diorang ni junior aku rupanya... eh... eh.. eh.. apesal tak pernah tengok pon sebelum ni? " okay.. lu pikir la sendiri.. !



Lagi gambar perlawanan bola tampar aku kemaskini di lain hari la ye sebab hari tu guna camera DSLR Aj yang Gwang Soo pegang kat atas tu. Tak pergi amek lagi gambar tu dengan Aj plus aku rasa Aj pon tak transfer lagi gegambar tu semua. Lagi satu, gambar kat atas tu pon sebenarnya ihsan dari Deq Wan kite. Hehe. Macehhh awop untuk gambar tu dan jugak untuk masa anda yang busy itu tapi sempat jugak turun pergi support kami. Ailebiyuuuuuu! =))




Ok, next !




Haaa.... nampak tiket tuh ? Ok fine tak payah gelakkan aku ...aku tahu dan aku dah terima kekalahan Terengganu kepada pasukan Sime Darby. Tapi bagi peluang untuk aku bercerita. Petang Selasa tu (after game volley) aku dapat call dari Sv MSET, tempat aku praktikal tahun lepas iaitu En Mad. Dia ajak aku pergi tengok bola dekat Stadium Selayang. Aku macam...errr.... ermmm..aummm... krokkk... eh teruknya bunyi ! Takdelah, masa tu aku baru bangun tidur, maklumlah letih main volley. Haha.



Hah nampak aku pegang tiket tu? Nampak aku pakai baju ape tuh ? Jesri Terengganu uhhh... Itu tandanya aku terima pelawaan Sv aku yang baik hati itu untuk  ke Stadium Selayang. Memandangkan aku sorang je yang ada and En Mad together with his best buddy, En Lan maka agak kurang enak la kalau aku sorang je yang keluar dengan mereka. Lalu aku menghubungi beberapa teman yang ku kira boleh diajak menemani aku. Malangnya semua temanku ada hal memasing tika itu. Aku kecewa. Tetiba tingggggg ! *bunyi dapat idea bernas



Aku call Tyah. Tyah pun tengah kebosanan di rumah and yes, she agreed ! Yeayyyy ! Thanks sayang. Tyah siap bawak adik dia sekali pick up kat UKM. Btw Tyah stay dekat Putrajaya, so tak jauh pun dari kolej aku. Aku suruh Tyah parking kereta dekat Hospital Serdang (sebelah kolej aku) sebab aku pasti malam nanti mesti balik lambat plus aku malas nak bertekak dengan pak gad yang ehem2 itu (fill in your own words) yang tak bagi kami masuk kalau balik after 12 midnight.



Diorang bermain dalam hujan okeh ! Kesian dekat Abang-abang player Terengganu kesayangan aku.. basah kuyup. T__T. Walaupun frust sangat Terengganu takleh pergi final tapi aku puas hati sebab dapat tengok live game tu. Terima kasih En Mad yang baik hati belanja tiket bola dan belanje makan yang best-best ! HEHE. Malam tuh aku stay kat rumah Tyah sebab dah lambat. Parking kereta kat Hospital Serdang so takde hal la balik lambat pun. Yeahh !




Next !


Nana dan Ida

Nana dan May

Ida dan Cikgu May. :p

Yang gambar atas tu sebenarnya tak ada event apa-apa pun... Sesaja snap masa class OSHMS Jumaat lepas. Ramai pulak yang tegur aku nak pergi mana masa masuk class. Hello I nak menuntut ilmu la. Diorang (bebudak course) ni takleh sikit kalau tengok aku pergi class pakai baju kurung camtu mesti ada je nak tegur... eh May, nak gi kenduri ke? Ehh cikguuu ! Ehhh May... baru balik jamuan eh? Fine ar.. taknak pakai lagi dah pasni. Maklumlah aku memang jarang sangat pakai baju kurung kalau pergi kelas sebab aku malas nak iron ! haha. Aku prefer jeans dengan t-shirt je. Kecuali kalau ada presentation. Hebak giler ar ko present pakai jeans ! =))




Ok, next !

(aku rasa entry ni dah panjang semacam je...)

Ahhh layankan saje okeh !







Feeling artis gituuu. hahaha
PhotoG: Nizam's Fiancee
Actual photoG (in this photo): Tirah's Bf

Nizam, May, Tirah, Lily, Fieza
(tak cukup korum: Etiey, Nabil, Dayah, Zira) T__T


Macam biasalah, bila weekend haruslah kita keluar rehatkan minda. Dan macam biasa jugaklah... kalau tak balik Rawang jumpa abang besar,  dengan merekalah aku mengisi masa hujung minggu... tak ada orang lain lagi dah yang selalu menggembirakan aku.. i love youuuuuuuuuuuuuu bebigerls ! Bebigerls? ahh gedik giler bunyik di situ. hahaha. :p


Trah, Mamay, Lily, Nizam


Masa ni tengah tunggu Fiza sampai dekat Sogo. Ye, ni gambar semalam punya. Keluar meraikan kedatangan Trah dari Uitm Perlis ke KL sebab hari ni (Ahad) beliau ada conference, presentation paper Master beliau. Dah lama giler kot Trah tak turun Kl, maklumla orang sambung master memang busy je memanjang kan.. kalau jumpa pun bila time balik kampung bila semua cuti. Si Fiza pun tengah sambung master jugak sekarang kat Uitm Shah Alam. Lily and Nizam dan jadi warga tetap KL. Aku? erm... insyaallah soon ! wootwootttttt~~~



Quiz: Spot the differences between above and below photo ! 


Bebigerls auwww!

Haaaaa... gambar atas tu sama je dengan gambar sebelum tu. Yang ni versi instagram punya taken by Lily's tabby. Aku tak tahu la kenapa muka aku dan muka Lily very the shining and sparkling like a star ! Bhahaha ! Over tau Mamay ! =p


Iklan: Selamat bertunang, Cik Nizam ! Berseri-seri tau muka anda ! :))








Next lagi !




Ingat tak dua hero hensem kat atas ni ? Aiman (kiri) dan Hazim. Mereka ni kawan baik sebab lahir pada tahun yang sama. Aiman bulan May 2011, Hazim bulan Ogos 2011. Aiman tua sikit dari Hazim tapi Hazim dah lagi besau dari Aiman.



Ok sekarang ni aku nak cerita pasal Aiman. Cerita sedih tau....




Tengok tu.. Kesian Aiman... kena masuk wad sejak Jumaat petang sebab Aiman mengalami diarrhea yang sangat teruk. Doktor cakap Aiman kena jangkitan Rotavirus. Kami syak Aiman kena jangkitan dekat nursery tempat dia dihantar bila weekdays. Bukan Aiman je yang kena, baby lain pun ada jugak kena warded macam Aiman. kesiaaannnnnn tahu... kecik2 lagi dah kena masuk air kat badan. Masa mula-mula tengok gambar ni (upload by his dad on Fb) aku ingatkan Aiman patah tangan sebab nampak tebal sangat berbalut tangan tu.. rupanya sebab lain. Alahai.. dugaan....



Sekejap je lah aku jumpa my girls semalam sebab lepas makan-makan dengan diorang aku terus bergegas ke Ampang untuk pergi jenguk Aiman dekat Ampang KPJ Specialist Hospital. Abang dari Rawang datang pick up aku dekat LRT Ampang.



SIL dan Aiman

Petang semalam Aiman dah beransur pulih..cuma badan dia pasih panas lagi.. demam lagi.. Aiman dah gelak-gelak dah... lega sikit tengok Aiman nampak ceria dari semalam. Dia asyik nak tarik je wayar kat tangan dia tu. Rimas agaknya...


Makcik May. :p


Aiman, cepat-cepat sembuh okeh ! Tak best tahu bila jumpa Aiman Aiman dah tak aktif macam sebelum ni. Birthday Aiman dah tak lama lagi dahhh... Hopefully hari ni dah boleh discharged. Insyaallah.. doakan  Aiman cepat sembuh ye kawan-kawan. =))




Ok, last but not least:


05/05/2012



Happy Birthdayyyyy to you, Abang !!!!!!

We loves youuu damn damn damnnnn much !

You are the best brother I ever had in my life. 

Alhamdulillah....thanks Allah...for everything You gave me.

I cant thank you enough. 




Okay dah habis cerita. Fuhhhh penat tahu buat entry ni sebab panjang sangat. Kira fair la kan satu entry dah conclude untuk aktiviti seminggu punya. Hohohoho... Terima kasih kerana membaca di sini. 


Have a great weekends, everyone !!!!!!