29.4.12

Tarikh Penting Sebelum Boleh Bergraduasi



Assalamualaikum.







Untuk pertama kali dalam sejarah hidup manusia bernama Maisarah aka May tidak begitu teruja menanti kehadiran bulan May, bulan kesayangan beliau selain bulan September. LOL. Oh seriously... terasa seperti menggalas batu besar di kedua-dua belah bahu sekarang ini.



Ohoi betapa susahnya nak dapatkan segulung ijazah. Salah seorang senior course aku dulu yang dah pon berjaya grad dan dah kerja sekarang nih pernah cakap kat aku the moment dia terima scroll masa kat atas pentas  masa graduation day tuh, saat tuh perasaan gembira bukan sebab 4 tahun bersengkang mata menuntut ilmu nak dapatkan ijazah, tapi sebab sempurna dan selesainya buat Final Year Project masa tahun akhir tuh. Huhhhh ! Nampak tak dekat situ apa yang significant sangat ???? Betapa bersyukur dan gembiranya beliau kerana berjaya siapkan FYP.



Yes ! Aku rasa aku memang setuju dengan kenyataan beliau. FYP adalah penentu segalanya. Hei.. kalau kau tak siap FYP kau tak boleh grad okeh ! Please noted that.



Cakap panjang-panjang pun tak guna... tengokla tatapla puas-puas2 gambar kat atas tu. Silalah bersyukur dengan diri anda sebab anda bukan berada di dalam kasut saya ketika ini. Setidak-tidaknya anda tidak perlu buat FYP macam saya. Ohhhhh......... !



Semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Insyaallah.... mohon doa ikhlas dari anda semua. Oh... lagi dua bulan sebelum semuanya berakhir. Harapan aku cuma satu : Segalanya akan berakhir dengan sempurna. Insyaallah.. amin ya rabbal a' lamin....... :)



Gambar penutup entry:




Kawan-kawan kesayangan saya, kita hanya ada lebih kurang dua bulan untuk bersama. Dah hampir empat tahun kita di sini. Sekejap je kan? Walawehhh... sedih la pulakkkkkk ! T__T. Apa-apa pun, selamat berjuang, kawan-kawan ! Impian kita cuma satu sekarang ni: GRADUATION DAY !



Related Posts:
  1. Lagi Sebelah Kaki Untuk Bergraduat
  2. Photoshoot Yang Awesome
  3. Lagenda Budak Setan Versi Lagenda Budak KPP



2 comments:

Anonymous said...

Tahniah sebab nak habis belajar dah. :D

May Maisarah said...

Terima kasih Khuzrin Kamarudin. Semoga urusan kami semua dipermudahkan oleh-Nya.. Insyaallah... =))