4.8.12

Temuduga Pertama






Blog ini makin lama makin suram. Aku makin tua agaknya. Kebelakangan ni selalu lupa nak catat apa yang berlaku dalam hidup kat sini. Lebih memilih untuk simpan sendiri, kunci kemas-kemas simpan dalam kepala. Tak tahu la kenapa dah kurang bercerita kat sini, tak macam dulu-dulu zaman jadi budak U. Tiap-tiap hari update belog, tempek gambar2 happy bersama teman-teman sekuliah. Oh rindunya mereka semua.... T__T



Lagipun sekarang aku kan dah naik pangkat jadi penganggur terhormat. So setiap hari buat benda sama je kat rumah... tergolek, terlentang, ngadap Tv, online, bagi Usop makan, bagi perut sendiri zat dan khasiat, dan yang seumpama dilakukan oleh suri rumah tangga sepenuh masa. Nothing interesting. BUT I LIKE THIS KIND OF LIFE ! Yelah kan dah goyang kaki je siapa tak suke HOI ! HAHAHAHA. 



Okaylah since dah lama tak bercerita kisah sendiri kat sini meh aku nak habaq mai satu kisah aku menghadiri temuduga kerja pertama kali dalam sejarah hidup aku pada minggu lepas. Sedih giler umur dah nak masuk 1/5 abad baru nak ada pengalaman hadiri temuduga. Eh betul ke 1/5abad ? Kahkahkah. 



Untuk dipendekkan cerita, izinkan aku copy paste status yang aku update dekat Fb aku sebaik sejurus selepas aku pulang dari bertemuduga. Status ini cukup menggambarkan keseluruhan isi temuduga tersebut. Oh by the way, if you did asked me what position I was in... it was a Safety and Health Officer (SHO), at one of the FIVE stars hotels in KL. (nama hotel dirahsiakan di sini even aku slumber je dah mention dah dalam Fb tuh. hahaha). Kenapa aku caps lock kan perkataan FIVE itu ????? :P




Are you willing to put off your scarf when you work here????


*pengsan*

Banyak feedback yang aku dapat dari kawan-kawan aku dekat Fb.. Ada yang marah betul bila jadi macam ni... alahai... kalau anda marah, aku yang depan-depan ditanya soalan macam tu apetah lagi..... mengucap panjang je aku mase tu... (mengucap dalam hati). Kenapalah pihak hotel tu tak bagitahu aku awal-awal mengenai peraturan kerja kat situ.. kan dah tengok gambar aku bertudung dalam resume yang aku hantar. Oh mungkin sebab mereka ter-imagine-kan sesetengah wanita yang kejap bertudung, kejap tak. Eh ? Fine laa... aku tahu aku kadang-kadang ada jugak khilaf sendiri tapi at least aku usaha untuk perbaiki diri aku.. takde la aku cakap aku sempurna ke apa kan..cuma bila timbul keadaan sebegini aku rasa kesal. Kesal sebab di negara Malaysia so-called negara Islam masih boleh wujud undang-undang atau peraturan kerja seperti ini. Kesian wanita-wanita Islam yang masih dinafikan hak sebagai Muslim di negara ini. 



Somebody should bring this thing up ! Seriously ! This is not a joke. *sigh*




Kat bawah ni sebahagian komen yang aku dapat. 








Apa yang buat aku rasa berbesar hati adalah apabila kawan-kawan aku yang berbangsa Cina masih tahu dan hormat tentang perkara seperti ini. [Note: komen dari Lee Yoon Yee, Chin Siong and Sia Chee Chai.] What a shame on you the XXX hotel ! Oh btw, the one who interviewed me was an Indian. LOL.



Tapi tak apalah... anggap itu sebagai pengalaman buat aku. Lepas ni kalo nak apply kerja bukan main apply je. hahaha... Eh eh minggu depan ada satu lagi interview tapi kan tapi kan.... aku tak tahu nak pergi ke tak...hoho... tengah fikir lagi... puasa-puasa macam ni agak malas untuk ulang-alik KT-KL. Huhu...



Itu aje... eh kejap, nak ucap Salam 15 Ramadhan buat semua... sekejap je kan dah separuh Ramadhan dah kita... tak lama lagi dah nak raya... Eh ? =))



Baju raya tak siap lagi. T__T



2 comments:

Anonymous said...

mungkin rezeki u bukan kat situ. tak sume company macam tu. teruskan usaha dan jgn give up okey? :)

May Maisarah said...

Hehei thank you so much, Rara. Yeahhh... hopefully.... insyaallah..amin... =)